Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests :: 3 BotsNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
5 syarat utk melakukan maksiat
3 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
5 syarat utk melakukan maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki
yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama
ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah
mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima
lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan
maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar
itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas
Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah
memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
laranganNya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat
ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan
rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala
laranganNya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu
masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki
itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan
memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim
pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan
aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar
perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku
bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
sumber: www.halaqah.net

Re: 5 syarat utk melakukan maksiat
kerdilnye umat mu ini ya allah
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5833
Registration date : 2008-06-04
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|