e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
    Who is online?
    In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests

    None

    [ View the whole list ]


    Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
    Statistics
    We have 950 registered users
    The newest registered user is niketan verma

    Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
    Poll

    Negeri Asal Anda

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap6%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap23%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 23% [ 18 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap21%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 21% [ 16 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap8%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 8% [ 6 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap8%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 8% [ 6 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap6%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap6%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap0%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 0% [ 0 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap6%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap4%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 4% [ 3 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap0%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 0% [ 0 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap1%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 1% [ 1 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap3%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 3% [ 2 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap1%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 1% [ 1 ]
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcap5%SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 5% [ 4 ]

    Total Votes : 77

    Top posters
    Admin (4111)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    mekganu (3628)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    Juang (3494)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    penditaputra (3027)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    tokkmudim (2844)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    Kalam (2631)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    myra_roses (2534)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    zafran0512 (2315)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    FeLiSeWoMaN (2310)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 
    tajuNM (2159)
    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_lcapSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_voting_barSUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS I_vote_rcap 

    Keywords

    2010  baqarah  2011  2013  2024  2012  


    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    +4
    Zahabur
    toukey
    Adli
    Gelembong
    8 posters

    Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Gelembong Mon Feb 16, 2009 12:43 pm

    Dipetik dari seorang sahabat..semoga bermunafaat..

    Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

    Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
    Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

    Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
    Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas…". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."
    Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
    ERTI IKHLAS

    Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

    Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
    1. kerana suruhanNya
    2. kerana keredhoaanNya
    3. kerana arahanNya
    4. kerana mentaatiNya
    5. kerana patuh padaNya
    Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau keranaNya yang SATU, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
    Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
    Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang
    diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
    Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

    Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
    1. awal
    2. pertengahan
    3. akhir
    Kerosakan awal
    Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, "Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal…", "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
    Kerosakan pertengahan
    Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
    Kerosakan akhir
    Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
    Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
    Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
    "Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah….Amin".
    Sekian
    Gelembong
    Gelembong
    Pro-Canselor (Member Berkualiti)

    Number of posts : 346
    Location : Tuuuu...
    Reputation : 0
    Credits : 5874
    Registration date : 2008-05-24

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Adli Tue Feb 17, 2009 8:10 am

    Memang benar, sukar nak menentukan hati sama ada ikhlas atau tidak. Walau bagaimana pun, kita boleh melihat kesan selepas kita membuat sesuatu perkara untuk menentukan perbuatan kita diterima Allah atau tidak. Ini kerana Allah hanya menerima perbuatan yang ikhlas sahaja untuk diberi ganjaran. Dan Allah Menguasai hari pembalasan.

    Jika kita membuat sesuatu perkara dengan niat kerana Allah, dan selepas kita membuat perkara-perkara itu, kita merasakan ketenangan, kedamaian, semangat, semakin kuat kesabaran dan kata-kata kita semakin bermakna dan berhikmah, itu menunjukkan Allah telah menerima keikhlasan kita dan memberikan ganjaran terhadap perbuatan kita itu.

    Tetapi jika berlaku sebaliknya seperti jiwa makin resah, semakin cepat marah, suka melihat keburukan orang lain sebab ada riya', kata-kata hanya dusta dan kuat mencela, itu menunjukkan perbuatan kita selama ini tidak dinilai oleh Allah.

    Kita yang nampak dalam jiwa kita sendiri untuk menilai tahap penerimaan Allah terhadap perbuatan-perbuatan kita selama ini. Dan di akhirat nanti pun kita akan jadi saksi segala perbuatan-perbuatan kita selama ini. Jadi praktislah untuk menilai amalan sendiri dengan melihat kesannya kepada jiwa kita sama ada makin bertambah baik dan tenteram, atau makin bertambah penyakit dan resah.

    Orang yang mendustai agama kerana adanya sifat riya' telah dilahirkan dalam keturunan Islam sehingga menolak segala kebenaran yang disampaikan dengan bukti logik dan nyata, mereka sendiri boleh rasa debaran dalam dada ketika berdusta itu. Dan sehingga ke akhirat pendustaan ini mengekorinya jika dia tidak termasuk dalam golongan yang memperbaiki diri.

    Sesungguhnya Allah tidak lengah terhadap apa yang manusia lakukan.

    TIPS UNTUK MENCAPAI KEIKHLASAN

    - Niatkan sesuatu perbuatan kerana Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam semua perkara.

    - Lakukan perbuatan yang kita fahami nilai, logik dan kesan terhadap jiwa kita. Apa yang kita fahami itulah bukti yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Masa tu takde tok guru untuk dijadikan rujukan.

    - Jangan lakukan sesuatu yang kita tidak faham dan ketahui logiknya, lebih-lebih lagi atas dasar menurut membuta-tuli suruhan tok guru. Ingat, tiada tuhan yang disembah selain Allah. Jangan persia-siakan perbuatan kita itu hanya kerana nak jaga air muka pada masyarakat kononnya kita ini orang Islam. Allah tidak nilai perbuatan yang riya' lagi berbangga diri.

    - Setelah kita nampak logik dan faham apa tujuan di sebalik amalan yang kita lakukan, hati kita akan ada keyakinan. Seumpama seorang yang hendak menghadapi peperiksaan dengan telah bersedia dan faham apa yang dia belajar, sudah pasti dia lebih berkeyakinan berbanding orang yang hanya belajar dengan meniru orang lain (tidak faham apa yang dipelajari) macam golongan menurut tok guru membuta-tuli itu.

    - Kemudian sentiasa berharap Allah menerima perbuatan kita itu dan bertawakal kepadaNya selepas apa jua kita lakukan. Jika hati kita semakin bahagia, tenang dan damai, itulah tanda-tandanya Allah menerima amalan kita. Kelak, kita pun tenang nak hadapi mati.

    - Ketenangan hati akan mencurahkan ilham yang benar dan berhikmah yang berjela-jela panjangnya. Ini yang Nabi Muhammad capai dahulu (Quran). Dan ilham yang benar (wahyu) itu dibawa oleh malaikat yang taat bernama Jibril. Nabi Muhammad pernah mencabar orang-orang kafir dahulu supaya bawakan kitab seumpama Quran jika mereka golongan benar. Ini kerana, orang-orang kafir tidak akan mencapai ketenangan jiwa yang melayakkan mereka mendapat ilham yang benar. Jika mereka berkata-kata pun, pasti ikut emosi, penuh dusta dan mencela. Jika kita pun jenis macam tu, maka cepat-cepatlah memperbaiki diri sebelum mati. Jika di dunia sudah hidup dalam kepanasan hati tidak boleh menerima kebenaran dan nasihat, maka layaklah di akhirat dihumban ke dalam api neraka.
    Adli
    Adli
    Profesor Madya

    Number of posts : 1848
    State : SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS KEL
    Reputation : 4
    Credits : 7468
    Registration date : 2008-04-14

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by toukey Tue Feb 17, 2009 11:06 pm

    Sebenarnya keikhlasan ini wujud tanpa disedari.Kita lihat pada amalan yang kita lakukan seharian,Adakah amalan kita selalu bertambah atau berkurang ? itulah cara yang mudah untuk memahami tahap keikhlasan dalam diri kita.Wassalam..
    toukey
    toukey
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 151
    Reputation : 0
    Credits : 5916
    Registration date : 2008-05-11

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Zahabur Mon Apr 27, 2009 1:32 am

    ooOOOoooo camtu...logik gak tu.... Smile
    Zahabur
    Zahabur
    Pensyarah

    Number of posts : 535
    Reputation : 9
    Credits : 6045
    Registration date : 2009-04-23

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by semut api Mon Apr 27, 2009 9:55 am

    apa barang ikhlas ni sebenarnya?
    semut api
    semut api
    Doktor Falsafah

    Number of posts : 1482
    Reputation : 3
    Credits : 6993
    Registration date : 2009-04-26

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Al-Bahr Tue Apr 28, 2009 1:02 am

    semut api wrote:apa barang ikhlas ni sebenarnya?
    Takutnya camtu, kalau ikut dari posting yang 1st topik nie, banyak perkara yang saya buat tak ikhlas, sebab selalu sangat sebut ini 'lkhlas' dari saya...
    Camne tu? ada sesapa boleh tunjukkan? saya budak baru belajar...
    Al-Bahr
    Al-Bahr
    Sarjana Muda

    Number of posts : 310
    Location : CLASSIFIED
    Reputation : 0
    Credits : 5829
    Registration date : 2009-04-16

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Zahabur Tue Apr 28, 2009 1:09 am

    Memang susah nak melakukan sesuatu dengan ikhlas.... Smile
    Zahabur
    Zahabur
    Pensyarah

    Number of posts : 535
    Reputation : 9
    Credits : 6045
    Registration date : 2009-04-23

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Al-Bahr Wed Apr 29, 2009 7:02 am

    Jadi memang tak baik dan jangan sebut 'ini ikhlas dari saya' atau 'saya cakap ikhlas ni' , macam tu ker bro Rimau?

    Ish...ish silap, bukan kat bro saja, sapa2 yang nak dan boleh jawapnya dengan tepatlah...silakan beritau...sila, sila...jangan malu2...
    Laughing
    Al-Bahr
    Al-Bahr
    Sarjana Muda

    Number of posts : 310
    Location : CLASSIFIED
    Reputation : 0
    Credits : 5829
    Registration date : 2009-04-16

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by malam Wed Apr 29, 2009 9:06 pm

    agak2 org melayu yg pakai serban, pakai jubah ikhlas tak?kalau niat sebab nak dpt pahala sunnah nabi tu kira ikhlas tak?hmmm..
    malam
    malam
    Siswa-Siswi

    Number of posts : 27
    Reputation : 0
    Credits : 5524
    Registration date : 2009-04-27

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by wwanyakub Wed Apr 29, 2009 11:52 pm

    Tok Wan..ni..,sebagai orang tua..,biarlah Tok Wan jelaskan sedikit berkenaan keIKHLASAN Individu itu terletak pada NAWAITU..(NIAT). Kalau niat kita baik serta jujur...,keikhlasan itu akan datang dengan sendirinya..,Umpamanya bila melihat seorang tua sedang melintas jalan ditengah kesibukan lalu lintas yang pastinya mungkin berlaku kemalangan padanya...,Justeru terniat dihati untuk menolong disegerakan pula dengan perbuatan kita memimpin tangan orang tua tersebut dan membawanya ketempat selamat...,itulah yang dinamakan IKHLAS...,Jangan niat sahaja tidak disertakan dengan perbuatan.
    wwanyakub
    wwanyakub
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 197
    Reputation : 0
    Credits : 5782
    Registration date : 2008-08-31

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Zahabur Thu Apr 30, 2009 2:48 am

    Kalau kita cakap aku beri ni kat kau dengan ikhlas je....tu pun dah tak ikhlas sebab mengeluarkan ucapan camtu.... Basketball
    Zahabur
    Zahabur
    Pensyarah

    Number of posts : 535
    Reputation : 9
    Credits : 6045
    Registration date : 2009-04-23

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by wwanyakub Thu Apr 30, 2009 10:42 am

    Zahabur wrote:Kalau kita cakap aku beri ni kat kau dengan ikhlas je....tu pun dah tak ikhlas sebab mengeluarkan ucapan camtu.... Basketball

    NIAT DALAM HATI TU CAMNEE???....,IKHLAS KE IDAKKK...,KALAU CAKAP JE IKHLASS..,TAPIIII LAM HATI MAK OII..,HAMPEHH...POKAI AKU..,BAIK TAKYAH BERI LAGI BAGUIH..,
    TAPII KEKADANG NAK TUNJUK JUGA KAT AWEK SEBELAH...BETAPA PIHATINNYA ABANG MAT JAMBU NI...,
    wwanyakub
    wwanyakub
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 197
    Reputation : 0
    Credits : 5782
    Registration date : 2008-08-31

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Zahabur Thu Apr 30, 2009 1:16 pm

    Ahaksss!!! laughing laughing laughing
    Zahabur
    Zahabur
    Pensyarah

    Number of posts : 535
    Reputation : 9
    Credits : 6045
    Registration date : 2009-04-23

    Back to top Go down

    SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS Empty Re: SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

    Post by Sponsored content


    Sponsored content


    Back to top Go down

    Back to top

    - Similar topics

     
    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum