Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Al Quran - melahirkan manusia berjiwa pencipta
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Al Quran - melahirkan manusia berjiwa pencipta
Allah adalah Pencipta langit dan bumi. Allah juga yang menurunkan Al Quran kepada manusia, iaitu salah satu makhluk yang Dia ciptakan.
Kenapa diturunkan Al Quran kepada manusia, bukannya kepada binatang ternak? Sebab manusia ada keupayaan yang tidak dimiliki oleh binatang ternak, iaitu kemampuan mencipta.
Namun untuk memiliki keupayaan tersebut, manusia itu kenalah berjiwa insan, bukannya berjiwa haiwan. Hendak menjadi manusia yang berjiwa insan, kenalah rajin berfikir kerana haiwan tidak mempunyai keupayaan berfikir yang tinggi berbanding insan. Jika manusia itu merendahkan keupayaan berfikir, bermakna manusia itu menuju kepada jiwa haiwan. Kerana itulah orang-orang kafir dikatakan lebih hina daripada binatang ternak, iaitu kerena mereka ada keupayaan berfikir yang tidak miliki oleh binatang ternak , tetapi mereka suka hidup menurut membuta-tuli (tidak mahu berfikir) apa yang pembesar agama mereka katakan.
Dengan adanya ayat-ayat yang menggalakkan berfikir, menceritakan kisah Nabi-nabi terdahulu yang mampu mencipta sesuatu teknologi yang memberi manfaat, itu menunjukkan tujuan Al Quran diturunkan untuk menyuburkan masyarakat yang rajin mencipta. Ini kerana, seperti yang kita nampak pada hari ini, dengan adanya ciptaan-ciptaan teknologi itulah kehidupan manusia dipermudahkan dan si pencipta itu telah menyumbangkan kebaikan yang besar kepada ramai manusia. Bukankah sumbangan pencipta kapal terbang lebih besar nilai daripada orang yang beritual mengelilingi kiub batu umpamanya?
Apabila kita nampak tujuan Al Quran adalah ke arah melahirkan manusia berjiwa pencipta, maka kita akan nampak amalan sebenar yang Allah perintahkan kepada manusia pastilah ke arah melahirkan manusia berjiwa pencipta. Maka apabila datang manusia yang suruh kita membuat amalan ritual karut-marut yang tidak menjadikan kita sebagai seorang pencipta, nyatalah itu bukan datangnya daripada Allah melainkan diada-adakan oleh syaitan yang penipu.
Syaitan itu lawan kepada (musuh) Allah. Jika Allah Pandai Mencipta dan mampu merealisikan sesuatu ciptaan, maka syaitan itu tidak tahu mencipta melainkan hanya suka berdusta. Bila kita nampak perkaitan ini, mudahlah kita mengenal pasti ajaran Allah dan ajaran syaitan.
Lihatlah daripada suruhan membaca yang disebut dalam Al Quran, suruhan berfikir, menyelidik sama ada benar atau tidak, tidak menurut apa yang tidak diketahui, tidak mengada-adakan dusta, berpegang pada apa yang Allah turunkan, berbuat kebaikan, merealisasikan apa yang dikatakan, semua itu ke arah melahirkan jiwa pencipta. Ini kerana jika seseorang itu bercakap bohong, pastilah tidak akan wujud apa-apa hasil ciptaan pun. Hanya orang-orang yang berpegang pada suatu yang benar sahaja akan diizinkan Tuhan untuk menghasilkan sesuatu ciptaan kerana Dia-lah yang mengizinkan sesuatu itu terjadi.

Last edited by Juang on Sat Apr 16, 2011 4:19 pm; edited 1 time in total
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Al Quran - melahirkan manusia berjiwa pencipta
Bila kita lihat bersama, mereka itu orang2 yang pintar, banyak ilmu, ilmu bahasa Arab, ilmu hadis, mustalah hadis dengan banyak cabangnya, fiqih, ijtihad, bid'ah, khurafat, syiriik ahaww... melimpah. sayangnya mind set nya terkurung oleh hadis, waktunya banyak terbuang oleh rekasaya moyangnya sehingga sibuk dengan ilmu hadis, Al-Quran menjadi tilawah indah dalam perlombaan, menafsir Al-Quran tidak boleh keluar dari kurungan hadis. kesian.
antesa- Siswazah
- Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5015
Registration date : 2011-02-26
Re: Al Quran - melahirkan manusia berjiwa pencipta
Maka tidak hairanlah mereka diletakkan dalam golongan yang senasib dengan syaitan iaitu tidak mampu mencipta apa-apa teknologi untuk menyumbangkan manfaat, melainkan hanya mengada-adakan dusta.
1) keupayaan Allah (Terunggul)
- mencipta sesuatu
- mengatakan yang benar
2) keupayaan haiwan (paras biasa makhluk)
- tidak tahu mencipta
- tidak mengada-adakan dusta
3) keupayaan syaitan (terkutuk - lebih rendah daripada paras haiwan)
- tidak tahu mencipta
- mengada-adakan dusta
Ada Nabi-nabi diletakkan pada kedudukan keupayaan terunggul;
- mencipta sesuatu (seperti Nuh, Daud, Sulaiman)
- mengatakan yang benar (semua para Nabi/Rasul)
Orang-orang kafir diletakkan pada kedudukan terkutuk
- tidak tahu mencipta
- suka mengada-adakan dusta
1) keupayaan Allah (Terunggul)
- mencipta sesuatu
- mengatakan yang benar
2) keupayaan haiwan (paras biasa makhluk)
- tidak tahu mencipta
- tidak mengada-adakan dusta
3) keupayaan syaitan (terkutuk - lebih rendah daripada paras haiwan)
- tidak tahu mencipta
- mengada-adakan dusta
Ada Nabi-nabi diletakkan pada kedudukan keupayaan terunggul;
- mencipta sesuatu (seperti Nuh, Daud, Sulaiman)
- mengatakan yang benar (semua para Nabi/Rasul)
Orang-orang kafir diletakkan pada kedudukan terkutuk
- tidak tahu mencipta
- suka mengada-adakan dusta
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Al Quran - melahirkan manusia berjiwa pencipta
Cuba lihat nasib pembesar-pembesar agama. Tiada satu hasil ciptaan pun dapat mereka sumbangkan melalui amalan-amalan ritual yang mereka ada-adakan. Malah tiada ayat-ayat Allah dapat mereka kemukakan untuk menunjukkan amalan-amalan ritual mereka itu diperintahkan oleh Tuhan? Bukankah itu menunjukkan mereka diletakkan pada kedudukan terkutuk?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Al Quran - melahirkan manusia berjiwa pencipta
Salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang mahu mencipta adalah tidak menurut membuta-tuli. Kreativiti tidak akan datang dalam keadaan mentaliti terkurung di dalam kotak ajaran terdahulu. Maka, sebab itulah Allah tidak kurniakan kreativiti kepada golongan ritualis, kerana pemikiran mereka terhad menurut apa yang tok guru mereka katakan terutama ketaksuban mereka pada imam-imam terdahulu mereka.
Cuba kita bayangkan, jika pencipta komputer terikat dengan apa yang pencipta komputer terdahulu lakukan, sudah pasti saiz komputer hari ini masih sebesar bilik. Tetapi, disebabkan mentaliti orang-orang yang ada semangat mencipta ini sentiasa berkembang luas, maka hari ini kita dapat melihat komputer bersaiz sebesar tapak tangan sahaja, malah mampu melakukan applikasi yang jauh lebih maju berbanding komputer sebesar bilik dahulu.
Bila kita membuat perbandingan sifat-sifat yang ada pada saintis dan ritualis, fahamlah kita
Allah izinkan para saintis mencipta sesuatu teknologi yang bermanfaat besar, sedangkan para ritualis tidak dapat menyumbang apa-apa melainkan hanya tahu menggunakan sahaja. Sehingga kita nampak, tiada bezanya para ritualis itu dengan binatang ternak yang tidak dapat mencipta apa-apa teknologi untuk manfaat manusia.
Cuba kita bayangkan, jika pencipta komputer terikat dengan apa yang pencipta komputer terdahulu lakukan, sudah pasti saiz komputer hari ini masih sebesar bilik. Tetapi, disebabkan mentaliti orang-orang yang ada semangat mencipta ini sentiasa berkembang luas, maka hari ini kita dapat melihat komputer bersaiz sebesar tapak tangan sahaja, malah mampu melakukan applikasi yang jauh lebih maju berbanding komputer sebesar bilik dahulu.
Bila kita membuat perbandingan sifat-sifat yang ada pada saintis dan ritualis, fahamlah kita
Allah izinkan para saintis mencipta sesuatu teknologi yang bermanfaat besar, sedangkan para ritualis tidak dapat menyumbang apa-apa melainkan hanya tahu menggunakan sahaja. Sehingga kita nampak, tiada bezanya para ritualis itu dengan binatang ternak yang tidak dapat mencipta apa-apa teknologi untuk manfaat manusia.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Similar topics
» Kenapa Al Quran menyuruh manusia berfikir?
» Taksub Riwayat Hadis Melahirkan Keldai
» Bertanya manusia...
» Taksub Riwayat Hadis Melahirkan Keldai
» Bertanya manusia...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum