e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Selawat I_vote_lcap6%Selawat I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Selawat I_vote_lcap23%Selawat I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Selawat I_vote_lcap21%Selawat I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Selawat I_vote_lcap8%Selawat I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Selawat I_vote_lcap8%Selawat I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Selawat I_vote_lcap6%Selawat I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Selawat I_vote_lcap6%Selawat I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Selawat I_vote_lcap0%Selawat I_vote_rcap 0% [ 0 ]

Selawat I_vote_lcap4%Selawat I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Selawat I_vote_lcap0%Selawat I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Selawat I_vote_lcap1%Selawat I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Selawat I_vote_lcap3%Selawat I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Selawat I_vote_lcap1%Selawat I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Selawat I_vote_lcap5%Selawat I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
Juang (3494)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Selawat I_vote_lcapSelawat I_voting_barSelawat I_vote_rcap 

Keywords

2012  2013  2024  2010  baqarah  2011  

Selawat

5 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Selawat Empty Selawat

Post by faried Sun Jan 23, 2011 8:01 am

silatgayung wrote:
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33]

Jika Allah telah berselawat kepada Nabi,

kenapa ketika bertahiat dalam setiap ritual salat harus memohon kepada Allah agar berselawat kepada Muhammad?

Sangat aneh permohonan tersebut dan mengabaikan ayat 33 al-Ahzab di atas.

Apa memang ritual salat ditujukan untuk menunjukkan menolakan atas petunjuk Allah dalam Alquran? Tampaknya demikian.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by Juang Sun Jan 23, 2011 11:42 am

Salam,

Itulah "penyakit" membeza-bezakan para Nabi dan Rasul Allah. Penyakit inilah yang menyebabkan mereka sakit hati bila lihat kaum lain memuja nabi atau imam yang lain. Jelas di dunia kita sudah nampak kesan buruk penyakit memuja seseorang nabi atau rasul itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Selawat NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by faried Mon Jan 24, 2011 8:16 am

Salam,

Islam seharusnya berserah kepada aturan Allah,

tetapi

pada kenyataannya secara sadar atau tidak sadar 'islam' adalah berserah kepada aturan selain aturan Allah.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Mon Jan 24, 2011 8:49 am

Salam,

--> Transliterasi 33:56 Inna Allaha wamalaikatahu yusalloona AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena amanoo salloo AAalayhi wasallimoo tasleeman

Saya berpendapat perkataan "salloo" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan perkataan solaa iaitu komitmen dan perkataan "salim" dan "aslim" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan salam atau islam yang bermaksud aman atau damai, sejahtera dan seumpamanya.

--> 33:56 Sessungguhnya Tuhan dan para malaikatNya memberi komitmen kepada Nabi: Wahai kamu yang percaya, berilah komitmen kepadanya dan berdamailah dengannya dengan sepenuh kedamaian.

Terjemahan ini kelihatan sesuai dengan ayat seterusnya.

--> 33:57 Mereka yang bermusuh dengan Tuhan dan rasulNya - Tuhan melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan telah menyediakan untuk mereka hukuman yang memalukan.

Lawan bermusuh tentulah berdamai...
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan Mon Jan 24, 2011 9:40 am

Salam,

"Hiduplah kamu dengan hanya memerhatikan kejadian alam, lepas tu mendidik diri dengan belajar daripada persekitaran kerana itu universiti alam semulajadi." Mungkin ini yang kamu kehendaki sebab AlQuran dah menjadi bahan sandiwara kamu. Bertaubatlah.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Selawat Others10
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Mon Jan 24, 2011 10:07 am

Salam PE,

Mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai sandiwara adalah mereka yang mencemarinya dengan pelbagai riwayat dari sipolan dan sipolan. Apakah Tuhan dan rasulNya tidak mencukupi sehingga perlu bergantung kepada sipolan yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya?
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan Mon Jan 24, 2011 11:09 am

tolokminda wrote:Salam PE,

Mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai sandiwara adalah mereka yang mencemarinya dengan pelbagai riwayat dari sipolan dan sipolan. Apakah Tuhan dan rasulNya tidak mencukupi sehingga perlu bergantung kepada sipolan yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya?

Salam,

Adakah kita tahu hujung pangkal yang menciptakan kita, auzubillahiminzalik. Kita tidak tahu sebenarnya. Sebab itu Allah bersumpah didalam AlQuran..."Demi masa"..kerana Allah yang menciptakan masa dan Allah juga yang menciptakan hujung-pangkal. Jika perkara ghaib seperti itu pun saudara pertikaikan, apatah lagi wahyu Allah yang dilafazakan oleh nabi muhammad saw dan dituliskan dalam bentuk bahasa Arab yang dinamakan AlQuran yang boleh disentuh. Ingatlah manusia dijadikan dalan keadaan bakhil dan suka mengeluh....
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Selawat Others10
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by faried Mon Jan 24, 2011 11:09 am

Salam,

Sangat menarik argumen yang dikemukakan oleh pro'hadis' memutar balik fakta, tidak mengemukakan alasan, tetapi main tuduh dan fitnah.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan Mon Jan 24, 2011 11:16 am

Salam,

Sangat menarik juga bila 'anti-hadith' mendabik dada bahawa tafsiran mereka adalah yang betul tanpa bermuzakarah dengan umat Islam yang lain berkenaan pendapat mereka yang sentiasa boleh diterima atau ditolak.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Selawat Others10
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by faried Mon Jan 24, 2011 11:29 am

PenjunjungEhsan wrote:
Sangat menarik juga bila 'anti-hadith' mendabik dada bahawa tafsiran mereka adalah yang betul tanpa bermuzakarah dengan umat Islam yang lain berkenaan pendapat mereka yang sentiasa boleh diterima atau ditolak.

Menggunakan Alquran sebagai pembeda/criteria (furqan), sangat jelas Allah telah berselawat kepada Nabi.

silatgayung wrote:
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33]

Apa anda menilai ayat di atas hanya sandiwara belaka, sehingga pada setiap tahiat diakhir ritual salat masih memohon agar Allah berselawat kepada Muhammad?

Bukankah hal tersebut merupakan pemutar balikan fakta?
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan Mon Jan 24, 2011 11:44 am

faried wrote:
PenjunjungEhsan wrote:
Sangat menarik juga bila 'anti-hadith' mendabik dada bahawa tafsiran mereka adalah yang betul tanpa bermuzakarah dengan umat Islam yang lain berkenaan pendapat mereka yang sentiasa boleh diterima atau ditolak.

Menggunakan Alquran sebagai pembeda/criteria (furqan), sangat jelas Allah telah berselawat kepada Nabi.

Salam,

Jadi bagaimana pula disebut didalam AlQuran.."hanya Allah sahaja yang mengetahui takwilnya"...
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Selawat Others10
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by faried Mon Jan 24, 2011 11:48 am

Alquran adalah petunjuk untuk manusia (2.185), bukan petunjuk untuk Allah, dan tidak perlu Allah pamer ilmu terhadap manusia.

faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by Juang Tue Jan 25, 2011 9:53 am

tolokminda wrote:Salam,

--> Transliterasi 33:56 Inna Allaha wamalaikatahu yusalloona AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena amanoo salloo AAalayhi wasallimoo tasleeman

Saya berpendapat perkataan "salloo" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan perkataan solaa iaitu komitmen dan perkataan "salim" dan "aslim" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan salam atau islam yang bermaksud aman atau damai, sejahtera dan seumpamanya.

--> 33:56 Sessungguhnya Tuhan dan para malaikatNya memberi komitmen kepada Nabi: Wahai kamu yang percaya, berilah komitmen kepadanya dan berdamailah dengannya dengan sepenuh kedamaian.

Terjemahan ini kelihatan sesuai dengan ayat seterusnya.

--> 33:57 Mereka yang bermusuh dengan Tuhan dan rasulNya - Tuhan melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan telah menyediakan untuk mereka hukuman yang memalukan.

Lawan bermusuh tentulah berdamai...
Salam TM,

Menarik sekali penjelasan yang diberikan. Ada kesinambungan di antara ayat yang berturutan itu.

Jelas yang memusuhi Allah dan Rasul adalah orang-orang yang membuat amalan ritual menyekutukan Tuhan. Tidak kira Rasul zaman mana sekali pun, golongan menyekutukan Allah itulah yang paling kuat memusuhi RasulNya.

Rasul adalah orang-orang yang rajin berkomitmen. Sebab itulah mereka tidak menyampaikan ayat-ayatNya dengan mengharapkan upah macam ramai pembesar agama buat (kerana pembesar agama jadikan agama sebagai cara nak dapat duit - bercanggah dengan apa yang para Rasul buat).

Jadi dengan berikan komitmen kepada Rasul (Rasul ada pekerjaan yang sesuai dengan bakat dan minatnya), maka itu dapat menjauhi Rasul daripada memonopoli agama untuk mendapatkan duit.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Selawat NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Tue Jan 25, 2011 3:49 pm

Salam Juang,

Hairan juga bagaimana perkataan sollu tiba-tiba boleh jadi selawat...
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan Tue Jan 25, 2011 4:33 pm

tolokminda wrote:Salam Juang,

Hairan juga bagaimana perkataan sollu tiba-tiba boleh jadi selawat...

Salam,

Kalau kata awak fasih sastera arab, adakah awak mentafsirkannya menurut pemikiran sendiri atau awak belajar daripada orang lain contohnya kamus marbawi?
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Selawat Others10
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Tue Jan 25, 2011 5:25 pm

Salam PE,

Saya tidak tahu berbahasa Arab. Tapi dengan izin Tuhan, saya tahu menggunakan akal.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by Zulia Tue Jan 25, 2011 8:57 pm

tolokminda wrote:Salam PE,

Saya tidak tahu berbahasa Arab. Tapi dengan izin Tuhan, saya tahu menggunakan akal.

Tak tahu bahasa Arab? Tak pe tuan TM berjaya menjadikan beberapa orang sebagai pengikut tuan, itu sudah memadai. Sebab tuan tahu gunakan akal untuk mempengaruhi mereka, pengikut tuan pula kurang menggunakan akal.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Selawat PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Tue Jan 25, 2011 11:07 pm

Salam Zulia,

Siapa pengikut saya tu? Bodohnya. Nabi pun tak suruh ikut dia. Nabi suruh orang ikut Al-Quran - percaya pada Al-Quran. Bukan percaya pada dia.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Wed Jan 26, 2011 7:53 am

Salam,

Kita lihat satu contoh betapa tidak konsistennya para penterjemah membuat terjemahan. Di atas saya kata saya hairan bagaimana perkataan "solluu" boleh menjadi selawat. Lihat bagaimana mereka menterjemahkan perkataan yang sama dalam ayat ini.

Transliterasi 4:102 Waitha kunta feehim faaqamta lahumu alssalata faltaqum taifatun minhum maAAaka walyakhuthoo aslihatahum faitha sajadoo falyakoonoo min waraikum waltati taifatun okhra lam yusalloo falyusalloo maAAaka walyakhuthoo hithrahum waaslihatahum wadda allatheena kafaroo law taghfuloona AAan aslihatikum waamtiAAatikum fayameeloona AAalaykum maylatan wahidatan wala junaha AAalaykum in kana bikum athan min matarin aw kuntum marda an tadaAAoo aslihatakum wakhuthoo hithrakum inna Allaha aAAadda lilkafireena AAathaban muheenan

4:102 (Malay) "Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan salat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (salat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang salat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap-siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu."

Mengapa perkataan sollu di dalam ayat ini tidak diterjemahkan sebagai selawat?
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by faried Wed Jan 26, 2011 8:34 am

Zulia wrote:
tolokminda wrote:Salam PE,

Saya tidak tahu berbahasa Arab. Tapi dengan izin Tuhan, saya tahu menggunakan akal.

Tak tahu bahasa Arab? Tak pe tuan TM berjaya menjadikan beberapa orang sebagai pengikut tuan, itu sudah memadai. Sebab tuan tahu gunakan akal untuk mempengaruhi mereka, pengikut tuan pula kurang menggunakan akal.

Argumen yang masuk akal akan diikuti oleh orang yang menggunakan akal.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by PenjunjungEhsan Wed Jan 26, 2011 8:36 am

Tolokminda wrote:Salam,

--> Transliterasi 33:56 Inna Allaha wamalaikatahu yusalloona AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena amanoo salloo AAalayhi wasallimoo tasleeman

Saya berpendapat perkataan "salloo" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan perkataan solaa iaitu komitmen dan perkataan "salim" dan "aslim" mempunyai akar huruf dan dasar maksud yang sama dengan salam atau islam yang bermaksud aman atau damai, sejahtera dan seumpamanya.

--> 33:56 Sessungguhnya Tuhan dan para malaikatNya memberi komitmen kepada Nabi: Wahai kamu yang percaya, berilah komitmen kepadanya dan berdamailah dengannya dengan sepenuh kedamaian.

Untuk perkataan yusollo diatas, perkataan selawat ( Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة‎ ), doa, pujian].
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:

Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Dan salawat malaikat ialah doa.
Dan salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad[1]

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.

* Riwayat Ad-Dailami

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "

Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.

Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.

Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.

* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Wallahu 'alam bissawab.

Tolokminda wrote:Transliterasi 4:102 Waitha kunta feehim faaqamta lahumu alssalata faltaqum taifatun minhum maAAaka walyakhuthoo aslihatahum faitha sajadoo falyakoonoo min waraikum waltati taifatun okhra lam yusalloo falyusalloo maAAaka walyakhuthoo hithrahum waaslihatahum wadda allatheena kafaroo law taghfuloona AAan aslihatikum waamtiAAatikum fayameeloona AAalaykum maylatan wahidatan wala junaha AAalaykum in kana bikum athan min matarin aw kuntum marda an tadaAAoo aslihatakum wakhuthoo hithrakum inna Allaha aAAadda lilkafireena AAathaban muheenan

4:102 (Malay) "Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan salat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (salat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang salat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap-siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu."

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Syarat wajib solat:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat:

1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.

Rukun solat ada 13:

1. Berdiri bagi yang mampu.
2. Niat.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.

Wallahu ta'ala 'alam.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Selawat Others10
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by faried Wed Jan 26, 2011 8:41 am

PenjunjungEhsan wrote:
* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Sabda di atas sangat jelas bertentangan dengan penjelasan dalam Alquran bahwa:

Nabi/Rasul sama sekali tidak berharap apa pun dari umat, para Nabi/Rasul sepenuhnya hanya berharap imbalan/ganjaran (ajran) dari Allah saja.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by tolokminda Wed Jan 26, 2011 10:32 am

Tuan masih tidak menjawab persoalan saya mengapa perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 diterjemahkan sebagai sembahyang sedangkan dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai selawat. Kenapa? Kerana jika "sollu" dalam 33:56 diterjemahkan sebagai sembahyang, maka ayat itu akan berbunyi:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersembahyang ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersembahyanglah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. "

Takkan Tuhan dan malaikat sembahyang ke atas Nabi, kan? Nampak sangatlah mengarut. Jadi tang ayat ini sipenipu ubahlah sikit maknanya bagi nampak logik - tukar jadi selawat. Tapi mereka lupa bahawa Tuhan lebih bijak menangkis tipudaya mereka.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by Juang Thu Jan 27, 2011 12:22 am

faried wrote:
PenjunjungEhsan wrote:
* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Sabda di atas sangat jelas bertentangan dengan penjelasan dalam Alquran bahwa:

Nabi/Rasul sama sekali tidak berharap apa pun dari umat, para Nabi/Rasul sepenuhnya hanya berharap imbalan/ganjaran (ajran) dari Allah saja.
Salam,

Logik tu saudara Faried. Kalau Nabi/Rasul berharap apa-apa daripada umatnya, tentu dia akan menyampaikan ayat-ayatNya secara bergaji macam pembesar-pembesar agama hari ini suka lakukan.

Berbeza 180 darjah akhlak Nabi/Rasul dengan akhlak pembesar-pembesar agama yang biasa kita nampak hari ini. Akhlak bercanggah dengan Nabi/Rasul, tapi perasan mereka adalah pewaris Nabi. Hipokrit betul.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Selawat NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by Juang Thu Jan 27, 2011 12:26 am

tolokminda wrote:
Salam PE,

Tuan masih tidak menjawab persoalan saya mengapa perkataan "sollu" dalam ayat 4:102 diterjemahkan sebagai sembahyang sedangkan dalam 33:56 ia diterjemahkan sebagai selawat. Kenapa? Kerana jika "sollu" dalam 33:56 diterjemahkan sebagai sembahyang, maka ayat itu akan berbunyi:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersembahyang ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersembahyanglah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. "

Takkan Tuhan dan malaikat sembahyang ke atas Nabi, kan? Nampak sangatlah mengarut. Jadi tang ayat ini sipenipu ubahlah sikit maknanya bagi nampak logik - tukar jadi selawat. Tapi mereka lupa bahawa Tuhan lebih bijak menangkis tipudaya mereka.
Salam,

Syabas TM. Persoalan yang cukup menarik untuk mencari erti "solat" yang sebenar. Tuhan lagi bijak daripada si penipu itu. Bukankah tipu-daya syaitan itu lemah sahaja? Cuma memerlukan kita yakin pada diri untuk tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi sahaja.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Selawat NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Selawat Empty Re: Selawat

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum