e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap6%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap23%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap21%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap8%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap8%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap6%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap6%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap0%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap6%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap4%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap0%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap1%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap3%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap1%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcap5%Kaabah Itu Berhala I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
Juang (3494)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Kaabah Itu Berhala I_vote_lcapKaabah Itu Berhala I_voting_barKaabah Itu Berhala I_vote_rcap 

Keywords

2010  2024  2013  2011  baqarah  2012  


Kaabah Itu Berhala

4 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Mon Nov 22, 2010 2:05 pm

Menyembah Batu dari Gunung

Ritual-ritual yang dilakukan dipersekitaran "ka'aba" rekaan manusia ini telah ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang aneh. Pengunjung-pengunjungnya mesti tunduk dan menonggeng menghadap kepada sebuah struktur yang dibina dari batu yang dipahat dari gunung; mereka diwajibkan mengelilingi mengikut pusingan bertentangan dengan arah pusingan jarum jam sambil melaung-laung kepada Allah, "Lai-ba-kal-lah-hu-lama-baik" (laungan-laungan ini tidak terdapat dimana-manapun dalam Al Quran) dan mereka menguatkan suara mereka setiap kali mereka hampir dengan rumah yang mereka anggap "suci". Mereka mencium seketul batul hitam yang dipasak disatu sudut, dan ada yang menangis-nangis dan ada yang meratap-ratap kepada batu ini. Mereka tidak pernah nafi mereka menyembah Allah melalui batu ini. Tetapi untuk menyedapkan mulut mereka panggil struktur yang diperbuat dari batu-batu gunung ini sebagai rumah Allah.

Struktur batu empat segi ini sentiasa dikerumni oleh beribu-ribu manusia pada bila-bila masa saja tidak kira siang atau malam - dua puluh empat jam setiap hari tujuh hari satu minggu. Semasa bulan "haji" (satu perkataan yang telah disisip oleh penjaja-penjaja agama) tidak kurang dari dua juta manusia dari seluruh pelusuk dunia akan menyembahnya secara serentak. Ini menjadikan patung berbentuk rumah ini patung batu yang paling popular sekali dimuka bumi ini.

Dipetik daripada: http://kaabahituberhala.blogspot.com/
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Mon Nov 22, 2010 2:07 pm

Penyembah-penyembah batu

Agama pagan Arab menekankan tumpuan kepada adat-adat yang ada kaitan dengan penyembahan sebuah patung batu menyerupai rumah yang dibina diMekah yang telah salah disebut sebagai Ka'aba serta batu-batu lain dipesekitarannya. Penjaja-penjaja agama Arab telah mewajibkan semua penganut-penganut agama ini menyembah batu-batu ini - itulah sebabnya sehingga hari ini - penganut-penganut agama Arab diseluruh dunia tunduk dan sujud kearah struktur batu ini tidak kira dimana mereka berada

Penjaja-penjaja agama Arab berkata "struktur batu yang ada diMekah sekarang ialah rumah Allah". Mereka panggil struktur batu ini sebagai "Baitul-Lah" atau "rumah Allah". Yang anehnya, perkataan ini atau istilah "Baitul-lah" ini tidak terdapat dimana-mana pun disebut dalam Al Quran. Kalaulah konsep ini benar, dan ianya konsep yang paling penting kepada kepercayaan orang-orang muslim, bagaimana perkataan ini boleh terbolos daripada Al Quran? Tidak lain konsep ini hanyalah satu rekaan orang-orang Arab untuk menipu manusia didunia.

Dari perspektif yang lain, sekiranya andaian ini benar, ianya bermakna bahawa Allah - Tuhan Semesta Alam tinggal dirumah lekok batu kecil yang berukuran 627 kaki pesegi di Mekah. Hanya kerana perkataan Baitul-lah ini diperkenalkan dalam penyakit bahasa Arab tiada siapapun diantara penganut-penganut agama Arab ini mengambil berat untuk menyemak maksud perkataan ini. Orang-orang muslim diseluruh dunia tidak pernah mempersoal apabila mereka menyebut perkataan Baitul-Lah kerana bagi mereka perkataan ini adalah satu perkataan "keramat" - dengan itu makna perkataan ini tidak harus dipersoalkan. Menyoalnya secara kritikal - akan mengakibatkan penyoalnya dituduh sebagai orang yang bertentangan kepercayaannya dengan orang lain atau heresy.

Orang-orang Arab harus dipuji kerana berjaya menggekalkan magnitud mitos-mitos ini. Bagi orang-orang bukan Arab ungkapan dalam bahasa Arab selalunya dianggap sebagai bahasa "suci" terutama sekali apabila perkataan-perkataan ini disematkan dengan perkataan Allah. Mereka akan sembah apa saja yang ada kaitan dengan nama Allah dan mereka sanggup menunduk dan bersujud kepada sebuah struktur batu hanya kerana ada perkataan Allah disematkan kepada perkataan Bait.

Saya pernah melawat struktur batu ini beberapa tahun lalu dan setiap kali saya menonggeng menghadap kebatu ini saya terasa diri saya amat terhina dengan kebodohan saya sendiri. Mengapa saya harus mengunakan batu ini sebagai perantaraan diantara saya dengan Allah. Apakah saya boleh mendekati diri saya dengan Allah secara bertonggang tongek kepada batu ini? Selepas saya pulang ke negara asal saya - setiap hari saya memohon ampun kepada Allah atas segala perbuatan yang saya lakukan diMekah dan berjanji kepadaNya saya tidak akan pijak kaki saya ditanah Arab ini buat selama-lamanya. Tidak boleh dibayangkan bagaimana berjuta-juta orang yang bijak pandai samada lelaki atau perempuan termasuk ketua-ketua negara dan orang-orang profesional boleh melawan akal mereka menghambakan diri kepada sebuah struktur batu yang dibina oleh tanggan-tanggan manusia? Walaupun kenyataan ini akan mendapat cacian dari pelbagai pihak sebagai heretikal, tetapi kebenarannya amat nyata sekali. Batu tetap akan kekal menjadi batu selama-lamanya. Hakikatnya, Mekah dan Madinah adalah dua kota raya yang paling ramai dikunjungi oleh penyembah-penyembah berhala dari seluruh dunia.

Ada juga orang yang berkata: "Oleh kerana Allah mempunyai segala langgit dan bumi, ianya tidak salah kalau kita berkata Dia mempunyai rumah". Walaubagaimanapun, ini adalah satu kegilaan yang nyata (ditanam oleh ego sombong) sebagai satu sangkaan bahawa Pencipta Langgit dan Bumi mempunyai sebuah rumah istemewa ditengah-tengah padang pasir untuk mencermin kemulianNya. Sebaliknya, orang-orang dangkal yang sama menuduh orang-orang lain sebagai pagan kerena mereka menyembah batu-batu yang berlainan bentuk. Bukankah mereka juga mengerja amalan yang sama apabila mereka menyembah sebuah rumah batu diMekah. Apa bezanya diantara kedua-dua batu yang dibuat oleh tanggan manusia seperti dibawah? Bagimana batu ini kalau diukir menjadi bentuk rupa gajah orang-orang yang menganggapnya "suci" dipanggil pagan - sedangkan kalau ianya diukir menjadi bentuk sebuah rumah orang-orang yang menganggapnya "suci" dipanggil sebagai orang-orang menghambakan diri kepada Allah? Bukankah kedua-dua golongan ini menghambakan diri mereka kepada batu?

Kesemua ini adalah pukulan dari sentuhan syaitan. Fikirkan kenyataan-kenyataan dalam Al Quran yang mengatakan syaitan-syaitan adalah yang paling pintar mengawal minda manusia. Al Quran dengan jelas menggatakan Allah akan jadikan syaitan sebagai kawan yang paling rapat kepada orang-orang yang lalai dari mesej Allah dan syaitan-syaitan itu akan mempermainkan pemikiran mereka sehingga mereka fikir mereka berada dijalan yang lurus:

"Dan barangsiapa lalai dari peringatan Yang Amat Pemuruh Kami peruntukkan baginya syaitan sebagai teman rapat. Dan ianya (syaitan itu) benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan (Allah) - dan mereka kira mereka betul-betul mendapat petunjuk." (43:36-37)

Kesemua ilmu bahasa dan kontektual yang meragukan telah berjaya menyembunyi mesej sebenar Al Quran. Kitab suci ini diperkecil-kecilkan nilainya sehingga ianya dijadikan sebagai sebuah buku untuk dinyanyi berulang-ulang dan untuk dilagu-lagukan. Sehingga hari ini, kebanyakan penganut-penganut agama Arab mengikuti secara membabi buta "resepi-resepi" peratauran yang ditetapkan dalam bahasa yang asing bagi mereka dan mereka menggekalkan mitos-mitos Arab ini sebagai satu cara hidup mereka. Terdapat juga penyakit yang sama dalam agama-agama lain, tetapi ianya tidaklah seburuk dan meluas seperti agama Arab.

Kebanyakan salah faham ini sepatutnya mudah disedar oleh mereka dengan hanya mengambil berat dan mengunakan akal. Nampaknya pengunaan akal hampir-hampir bukan lagi sebagai satu keperluan bagi kebanyakan manusia.

Dipetik daripada: http://kaabahituberhala.blogspot.com/
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Tue Nov 23, 2010 9:57 pm

"Berhala" = mempunyai hala (arah khusus).

Kalau kita renungkan, amalah kaum-kaum musyrik terdahulu mempunyai objek-objek yang dijadikan hala tuju untuk beribadat kepada Tuhan. Kononnya itulah objek yang dijadikan perantaran mengadap Tuhan. Sedangkan Al Quran sudah bagi hint yang cukup jelas iaitu di mana jua kita memandang, di situ ada Wajah Allah. Maknanya tiada arah khusus dalam mengadap Tuhan. Bila tiada hala yang dikhususkan kepada Tuhan, maka tidak perlu pun objek-objek sebagai tanda mengadap kepadaNya.

Buat apa jua pekerjaan dengan tekun, ikhlas, sabar dan komited, itulah cara kita mengabdikan diri kepada Pencipta kita. Ini kerana pekerjaan yang disertai sikap begitulah akan mendatangkan manfaat dan kualiti. Kalau kita mencipta sesuatu, pasti kita mahu produk ciptaan kita itu berikan manfaat dan berkualiti, macam itulah Tuhan yang Mencipta kita harapkan daripada kita.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Wed Nov 24, 2010 9:58 am

Salam,

Apakah kita tidak pernah terfikir, apa perlunya kita mengadap, mengelilingi atau melakukan upacara ritual ke arah objek khusus yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita?

Macam itulah juga dengan binaan batu di Mekah. Hanya dianggap 'suci' atau 'Rumah Tuhan', maka tanpa menggunakan akal, melakukan ritual sebagai objek perantaran kepada Tuhan.

Kaum-kaum lain juga ada batu binaan mereka yang berbentuk manusia/ haiwan yang juga dijadikan objek perantaraan kepada Tuhan.

Tidakkah kita takut menyekutukan Tuhan?
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Wed Nov 24, 2010 6:09 pm

Salam Admin,

Mereka sebenarnya tidak percaya kepada Tuhan sebab itulah mereka berani jadikan sesuatu objek sebagai perantaraan dengan Tuhan. Ada yang jadikan matahari sebagai objek suci untuk hala ritual mereka. Ada yang jadikan busut sebagai objek suci untuk hala ritual mereka. Ada yang jadikan patung sebagai objek suci untuk hala ritual mereka. Dengan kata lain, mereka mempunyai hala untuk beritual yang kononnya itulah amalan yang Tuhan suruh.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Wed Nov 24, 2010 10:57 pm

Salam Juang,

Benar. Cuba kita perhatikan orang-orang yang beritual mengadap matahari atau apa saja objek sebagai perantaraan mereka kepada Tuhan. Apakah kita tidak nampak persamaan mereka meskipun objek perantaraan mereka berbeza?

Kalau kita renungkan dalam al-quran, banyak ayat yang menyatakan tentang azab kepada orang-orang yang mempersekutukanNya termasuklah objek-objek perantaraan sama ada yang dicipta oleh Tuhan sendiri mahupun manusia itu.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Wed Nov 24, 2010 11:17 pm

Salam Admin,

Persamaan mereka adalah sama-sama dibelenggu minda daripada memikirkan apakah manfaat daripada perbuatan berhala ke objek-objek tersebut. Oleh kerana mereka nampak bapa-bapa mereka beramal begitu, mereka pun turuti tanpa mahu memikirkan. Mereka dikhayalkan dengan angan-angan ahli-ahli kitab masing-masing.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Thu Nov 25, 2010 12:32 am

Salam,

Tuhan tak suruh kita beramal dengan melakukan ritual-ritual yang tidak ada kesan manfaatnya. Tuhan suruh kita berbakti kepada alam dan makhluk-makhluk yang lain supaya sama-sama dapat manfaatnya.

Itulah cara kita untuk berbakti kepada pencipta kita. Bukan berbakti dengan melakukan amalan-amalan yang tidak mendatangkan faedah seperti mengadap objek-objek tertentu. Malah, amalan tersebut mengundang kepada menyekutukan Tuhan yang satu.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Thu Nov 25, 2010 11:07 am

Salam,

Benar Bayau. Kalau kita letakkan diri kita sebagai pencipta sesuatu produk, kita pun tidak akan suruh produk itu beritual mengadap sesuatu objek yang tiada manfaatnya. Apa yang kita harapkan produk itu berfungsi mengikut spesifikasinya. Contohnya kalau kita mencipta set TV, kita tidak kisah pun TV itu mengadap barat atau timur. Yang pentingnya TV itu dapat mengeluarkan audio dan video agar dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Bila si produk dapat berfungsi mengikut kehendak si pencipta, pastilah si pencipta itu merasa seronok kerana hasil ciptaannya berfungsi dengan baik.

Ramai manusia tidak sedar diri mereka sama seperti produk-produk yang dicipta. Mereka merasakan diri mereka setara dengan Tuhan untuk buat hukum sendiri dan hidup lari daripada fungsi sebagai manusia. Orang-orang sebegitulah yang akan dihumban ke Jahannam kelak kerana mereka lalai dan cuai mematuhi matlamat mereka diciptakan sebagai manusia.

Kalau kita cipta TV dan produk itu gagal mengikut spesifikasi ciptaannya, pastilah kita akan hancurkan untuk dikitar-semula untuk dijadikan produk-produk yang lebih rendah nilainya. Begitulah Tuhan akan letakkan orang-orang yang gagal mematuhi fungsi kejadian mereka sebagai manusia ke dalam tempat yang rendah nilainya (Jahannam).
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Fri Nov 26, 2010 5:06 pm

Salam,

Tidak ada bezanya orang-orang yang beritual mengadap patung mahupun batu empat segi. Semuanya ada objek masing2 sebagai perantaraan kepada Tuhan. Seolah-olah nampak sangat Tuhan itu lemah - perlu ada objek yang disandarkan kepadaNya.

Sekitar Kaabah pernah mengalami banjir suatu ketika dulu. Bangunan batu yang dipanggil 'Rumah Allah' itu turut sama ditenggelami air. Apakah Tuhan sengaja mahu merosakkan 'rumahNya' itu?

Kaabah Itu Berhala Kaabah3

Kaabah Itu Berhala Kaabah4

Kaabah Itu Berhala Kaabah5

Kaabah Itu Berhala Kaabah6
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Sat Nov 27, 2010 8:46 am

Salam,

Benar Admin. Kalau apa yang dikatakan "rumah Tuhan" pun ditenggelami banjir, bukankah itu menunjukkan seolah-olah Tuhan itu sama lemah dengan manusia yang sama-sama rumah mereka ditenggelami banjir?

Tetapi semua itu tidak disedari oleh orang-orang yang tidak mahu berfikir tentang kepercayaan tradisi kaum sendiri. Seperti itulah kaum Nabi Ibrahim terdahulu merasakan amalan mengadap patung-patung itu suatu yang benar. Sudah pasti ulamak ugama kaum itu akan mengada-adakan sesuatu bagi perlihatkan amalan sebegitu disuruh oleh Tuhan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Tue Nov 30, 2010 10:35 pm

Salam,

Sebagai seorang manusia yang diberi akal, takkanlah benda-benda seperti itu kita tak dapat fikirkan lagi?

Orang hindu menjadikan patung yang mempunyai ukiran binatang seperti gajah, anjing dan manusia separuh binatang sebagai objek sembahan mereka. Dan, kita katakan mereka menyembah berhala.

'Umat islam' pula menjadikan batu besar di mekah sebagai objek dan arah sembahan mereka tanpa ukiran yang menyerupai manusia atau binatang. Apakah tanpa ukiran tersebut, kita tidak merasakan ianya adalah berhala juga?



Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Tue Nov 30, 2010 11:52 pm

Salam,

Cuba kita fikirkan ketika Nabi Sulaiman ingin berdakwah kepada kaum Ratu Balqis yang beritual mengadap matahari. Takkanlah baginda nak suruh kaum itu alihkan amalan mereka daripada menyembah matahari kepada menyembah batu untuk dikatakan itulah tanda menyembah Allah? Sudah pasti nanti kaum yang sembah matahari akan persoalkan, apa bezanya matahari yang tidak berukiran dengan batu yang berbentuk empat segi itu?

Sebenarnya hidup kita adalah tidak terikat pada mana-mana arah sesuatu benda dalam menghambakan diri kepada Allah. Di mana jua kita mengadap , di situ ada Wajah Allah. Itulah kunci untuk menjauhi diri daripada ditipu dengan kepercayaan-kepercayaan tak masuk akal itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Wed Dec 01, 2010 12:09 am

Salam,

Nabi Ibrahim, contohnya seorang yang suka berfikir dengan melihat kejadian-kejadian alam. Mulanya, dia menyangka matahari itulah Tuhan sebab memberi cahaya pada siang hari - yang dapat memberi manfaat kepada hidupan di bumi. Namun, ianya hanya bersifat sementara apabila tidak kelihatan lagi pada waktu malam. Mungkin bagi kaum nabi sulaiman, matahari itu dijadikan objek ritual mereka kepada Tuhan sebab ia memberi sedikit manfaat pada waktu siang.

Tapi, bagi bangunan batu empat segi, apakah manfaat yang kita perolehi meskipun mengadap 5 kali sehari? Tidakkah kita terfikir ianya hanya sebuah batu statik yang juga dibina oleh tangan manusia yang boleh binasa bila-bila masa seperti bangunan-bangunnan yang lain?
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Wed Dec 01, 2010 12:19 am

Salam,

Dalam kisah Nabi Ibrahim mencari kebenaran itu, baginda menolak menjadikan bulan, matahari dan bintang sebagai tuhan untuk dihadap kerana makhluk-makhluk itu ada kelemahanannya. Begitu juga kiub batu itu juga tidak dapat menyelamatkan diri daripada ditenggelami banjir, itu menunjukkan ia sama sifatnya seperti mana bulan, matahari dan bintang-bintang itu yang ada kelemahan tersendiri.

Jadi, kalau kita nak mengadap, mengadaplah sesuatu yang bermanfaat dan yang kukuh sifatnya seperti mengadap sumber-sumber ilmu. Daripada ilmu-ilmu itu kita boleh nampak Wajah Tuhan iaitu 'cahaya' yang membantu menerang hati kita daripada ditipu oleh amalan-amalan karut-marut itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Thu Dec 02, 2010 5:35 pm

Salam,

Tuhan tidak perlukan rumah sebagai tempat perlindungan, berteduh, tidur dan sebagainya.

Lainlah dengan manusia. Manusia memerlukan semua itu.

Usah kita samakan keperluan kita dengan keperluan Tuhan.

Tuhan hanya perlukan kita melaksanakan fungsi sebagai manusia seperti yang Dia inginkan.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Thu Dec 02, 2010 11:26 pm

Salam,

Ada kaum terdahulu menyediakan makanan kononnya untuk Tuhan. Walhal Tuhanlah yang sediakan makanan untuk mereka.

Pada hari ini kita nampak dengan jelas ada kaum yang menyediakan rumah kononnya untuk Tuhan. Walhal Tuhanlah yang sediakan rumah untuk mereka.

Apakah mereka gagal untuk memikirkan itu semua?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Fri Dec 03, 2010 12:10 am

Salam,

Benar Juang. Memandangkan ianya kepercayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang, mereka tidak peduli semua itu. Oleh kerana ia dikatakan 'Rumah Tuhan' oleh nenek moyang mereka, tanpa mahu menggunakan akal, terus dipercayai bulat-bulat. Jika dipersoalkan, akan digelar sesat.

Namun, tahu pula mereka katakan sesat kepada kaum lain yang menyediakan makanan untuk Tuhan walhal mereka sendiri lebih hebat iaitu menyediakan rumah untuk Tuhan.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Sat Dec 04, 2010 5:23 am

Admin wrote:
Namun, tahu pula mereka katakan sesat kepada kaum lain yang menyediakan makanan untuk Tuhan walhal mereka sendiri lebih hebat iaitu menyediakan rumah untuk Tuhan.
Salam Admin,

Sebenarnya ketika mereka menunding jari mengatakan kaum-kaum lain yang buat sebegitu adalah sesat atau menyembah berhala, secara tidak langsung ia tertuju kepada mereka sama kerana amalan-amalan itu berasaskan kepercayaan tradisi masing-masing.

Seperti mana mereka merasakan kepercayaan Tuhan ada rumah itu suatu yang benar, seperti itulah kaum lain rasa bahawa Tuhan ada makanan itu benar. Jadi kalau mereka sendiri tak berani nak tinggalkan kepercayaan tradisi tak masuk akal mereka, janganlah nak berlagak mengatakan kaum-kaum lain itu kafir hanya kerana kaum-kuam itu percaya pada apa yang nenek moyang mereka ajar.

Semua para Rasul buktikan mereka berani meninggalkan amalan tak masuk akal kaum mereka sendiri. Tetapi tidak ramai yang mengaku pengikut seseorang Rasul terdahulu itu berani berbuat begitu bila mereka diuji keadaan yang sama yang pernah Rasul terdahulu itu lalui. Ramai yang berpura-pura sahaja seolah-olah Tuhan tak memerhatikan apa yang tersembunyi dalam hati mereka.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Sun Dec 05, 2010 11:06 pm

Salam,

Mereka sebenarnya harus sedar bahawa objek yang mereka hadap itu sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat. Sama ada mereka nak hadap atau tidak, sama saja.

Macam kaum yang hadap patung. Mengadap atau tidak, langsung tiada erti apa-apa.

Dalam al-quran, Tuhan larang kita mengadap matahari, bintang dan bulan untuk disembah meskipun ianya memberi manfaat kepada kita. Apatah lagi objek-objek yag dibina oleh manusia. Takkanlah Tuhan larang menyembah matahari, bintang dan bulan yang memberi manfaat kepada manusia, batu yang tidak memberi manfaat itu disuruh pula.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Zulia Mon Dec 06, 2010 3:22 pm

Dimanakah Nabi Muhammad dilahirkan?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Kaabah Itu Berhala PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Tue Dec 07, 2010 3:23 pm

Salam,

Dalam al-quran, Tuhan larang kita mengadap matahari, bintang dan bulan untuk disembah meskipun ianya memberi manfaat kepada kita. Apatah lagi objek-objek yag dibina oleh manusia. Takkanlah Tuhan larang menyembah matahari, bintang dan bulan yang memberi manfaat kepada manusia, batu yang tidak memberi manfaat itu disuruh pula.

Tetapi kalau kita mengadap Peringatan Allah, kita akan nampak perbezaannya dengan keadaan tak mengadap Peringatan Allah. Orang-orang yang tak mengadap Peringatan Allah akan jadi lalai dan angkuh dengan kepercayaan tradisinya seperti mana kaum-kaum musyrik terdahulu yang tak mahu mengadap Peringatan Allah.

Jadi nampak tak ke mana sepatutnya kita perlu mengadap? Ke sesuatu objek (matahari, bulan, patung, busut atau batu), atau ke Peringatan Allah?

Seandainya manusia berjaya hidup di planet-planet lain, Peringatan Allah tetap ada di sisi mereka selagi mereka ada akal. Mereka tidak sedar yang akal mereka itu nanti akan memerhati apa yang mereka lakukan selama dunia tidak kira di mana jua mereka berada. Akal itulah nanti akan memberitahu Allah di akhirat kelak sama ada mereka benar atau mereka mendustai Allah.

Bukankah si penipu itu sedar yang mereka sedang menipu? Bukankah akalnya memberitahu yang perbuatan menipu itu tidak baik?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Admin Mon Dec 13, 2010 3:02 pm

Salam,

Seandainya manusia berjaya hidup di planet-planet lain, Peringatan Allah tetap ada di sisi mereka selagi mereka ada akal

Benar Juang. Takkanlah mereka nak mengadap terus batu itu meskipun mereka ada di Marikh, Musytari atau mana-mana planet yang boleh didiami. Oleh itu, logiklah jika kita mengadap peringatan Allah walau di mana jua kita berada.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Kaabah Itu Berhala SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Juang Wed Dec 15, 2010 6:29 am

Salam,

Kalau kita fikirkan lagi, kenapa orang-orang Yahudi boleh mengatakan Uzair itu anak Allah dan orang-orang Nasrani boleh mengatakan Al Masih itu anak Allah? Sebab mereka tidak mahu mengadap Peringatan Allah biarpun mereka ada Taurat dan Injil yang sudah pasti melarang mereka menyekutukan Allah.

Bila tidak mengadap Peringatan Allah, mereka akan terjerumus perbuatan menyekutukan Allah. Itulah yang terjadi kepada majoriti orang Islam hari ini bila mereka tidak mahu mengadap Peringatan Allah, mereka jadikan ulamak ugama mereka sebagai tuhan-tuhan untuk mengada-adakan ketetapan yang tiada dalam Al Quran dan tidak ada pada sunnah Allah.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Kaabah Itu Berhala NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Zulia Thu Dec 16, 2010 3:29 pm

Yang tulis al Quran itu ialah pembesar-pembesar Agama. Ha ha ha kenapa anda percaya? Mengapa anda boleh terpengaruh dengan cerita pembesar agama itu. Al quran ke, hadis ke , nabi - nabi ke, semua dari cerita yang datang dari orang Arab mulut ke mulut secara turun temurun dari nenek moyang. Kenapa tak pakai akal? Islam tu kan dibawa oleh orang Arab, kenapa orang melayu percaya. Pernah kah anda fikir atau baca tulisan agama lain. Kalau Islam menafikan agama lain, begitu juga agama lain akan menafikan antara satu sama lain. Orang melayu pula percaya apa saja yang datang. Hindu datang, ikut hindu, kristian datang ikut, orang Arab datang dengan ceritanya pun terima. Yang mula-mula bawa buku yang orang arab tulis tu nenek moyang yang percaya pada orang arab dan ajar pada anak cucu. Bagi yang tak percaya pada orang arab ni tak payah lah sibuk kaji buku itu pulak. Pakailah akal macam saintis barat, tak buang masa dan berjaya di dunia ini. Macamana nak berjaya selagi ada perangai nak jadi pembesar agama, kalau akal saja jadilah saintis.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Kaabah Itu Berhala PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Kaabah Itu Berhala Empty Re: Kaabah Itu Berhala

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum