Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
+4
othman
Zulia
semut api
PenjunjungEhsan
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Berfikir menjadikan seseorang berjaya mengaplikasi tugas sebenar sebagai seorang manusia dan ia berlawanan dengan seseorang yang berfikiran dangkal dan terikut-ikut dengan hawa nafsunya sendiri. Menyelidik sesuatu perkara dengan lebih teliti dan memahami bahawa tahap akal manusia mempunyai batas menjadikan kita lebih dekat dengan sifat ketundukan kepada khalik dan berusaha mengelakkan perbuatan yang menyamai dengan golongan yang sombong lagi bodoh.
Menyebut sesuatu perkataan dengan jalan nafsu menjerumuskan akal seseorang dengan tohmahan-tohmahan yang membuta-membabi-tuli dan acapkali kelihatan, tuduhan-tuduhan songsang yang kedengaran walaupun kebenaran sedia terpampang didepan mata masing-masing. Begitulah yang berlaku dengan agen-agen yang memikirkan untuk menjatuh dan melemahkan pegangan orang lain seperti mengandaikan amalan-amalan tertentu adalah ritual yang diadakan semata-mata.
Mereka tidak sedar bahawa terdapat perintah yang jelas daripada rabb yang meyediakan balasan atas setiap apa yang dikerjakan oleh anak adam. Membuat tuduhan palsu dengan menggunakan akal yang kotor dan menganggap akal kotor mereka jika disulam dengan rujukan-rujukan muktabar maka kekotoran akal mereka itu akan terbersihnya sepertimana kain putih yang dicuci oleh orang. Namun akal yang keji dan kotor apabila bernaung dibawah nawaitu yang jahat akan mengundang kepada keterserlahan diri manusia tersebut yang cenderung untuk menafikan hakikat kebenaran yang tertonjol dan semata-mata hanya mengutamakan nafsu mereka sahaja.
Oleh yang demikian insaflah wahai diri yang berdosa, akalmu takkan terjangkau hingga setinggi awan dan dalam akal manusia yang terkapai-kapai, mereka menyalahkan manusia lain yang telah diberikan hidayah dengan cubaan memesongkan akidah mereka seperti menggunakan tuduhan yang sengaja diada-adakan.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
setuju sekali dgn olahan tuan PE, maka marilah kita bersama2 membenteras segala penipuan yg diada-adakan demi menjaga kesucian islam yg suci lagi disucikan, islam tertegak dgn segala kesempurnaannya & bernaung dibawah Nabi yg agung SAW untuk menjadi panduan semua umat akhir zaman,
bukan meletakkan AQ sebagai lambang utk membangkan apa2 yg telah dipersetujui oleh sekalian arifbillah yg berpandukan AQ , sunnah, ijmak ulamak serta qias dlm menetapkan segala hukum2 juga peraturan2 dlm menjalani kehidupan sebagai muslimin jug muslimat. Allah, yg tiada satu pun bersekongkol dgn Nya & berdiri dgn sendiriNya, Muhammad penyuluh sekalian alam.

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Sekiranya golongan yang mahu semata-mata menggunakan akal dalam beragama, maka jadilah mereka seperti yang terjadi sekarang. Kita berguru dengan orang alim kerana mematuhi sunnah rasullullah saw di mana para sahabat semuanya radhiallahuanhum berguru dengan nabi muhammad saw. Kalau tak berguru, bagaimana AlQuran dan sunnah nabi disebarkan?
Sekian lama manusia yang mencari-cari bukti terhadap sesuatu ketetapan, namun akhirnya mereka longlai dan akhirnya terkulai kerana kelemasan oleh akal mereka sendiri. Allah menurunkan wahyu kepada junjungan kita nabi muhammad saw kerana melalui nabi seorang sahaja segala perbuatan yang menjurus kepada ibadah akan diterima Allah subhanahu wa ta'ala.
Kini nabi saw telah lama wafat, jadi tugas ulama adalah menjelaskan ajaran agama kepada manusia sebagai penyambung ajaran nabi saw. Jika ada persoalan, bertanya. Kita tidak boleh memikirkannya tanpa ilmu lebih-lebih lagi yang melibatkan urusan agama. Melentur buluh biarlah dari rebung dan ini kita boleh andaikan bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam, proses pendidikan ajaran Islam hendaklah diajarkan oleh orang yang alim dan bukannya oleh golongan yang semata-mata menggunakan akal dan mengeluarkan fatwa bahawa mereka ada cara syahadah, solat, bersuci, puasa, zakat dan naik haji yang tersendiri dan membidas keilmuan ulama dalam hal ini. Tanpa berlandaskan ilmu sebenar, golongan yang semata-mata menggunakan akal logik, pena'kulan dan semantik ingin membukti apa yang mereka yakini selama ini. Melihat pada kecenderungan mereka, adalah mustahil untuk mereka memahami bahawa agama hendaklah dituntut daripada rasullullah saw yang mana ia telah dipelajari dan dipraktikkan oleh para sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan ulama yang menempuh jalan rasullullah saw beserta para sahabat.
Sekian lama manusia yang mencari-cari bukti terhadap sesuatu ketetapan, namun akhirnya mereka longlai dan akhirnya terkulai kerana kelemasan oleh akal mereka sendiri. Allah menurunkan wahyu kepada junjungan kita nabi muhammad saw kerana melalui nabi seorang sahaja segala perbuatan yang menjurus kepada ibadah akan diterima Allah subhanahu wa ta'ala.
Kini nabi saw telah lama wafat, jadi tugas ulama adalah menjelaskan ajaran agama kepada manusia sebagai penyambung ajaran nabi saw. Jika ada persoalan, bertanya. Kita tidak boleh memikirkannya tanpa ilmu lebih-lebih lagi yang melibatkan urusan agama. Melentur buluh biarlah dari rebung dan ini kita boleh andaikan bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam, proses pendidikan ajaran Islam hendaklah diajarkan oleh orang yang alim dan bukannya oleh golongan yang semata-mata menggunakan akal dan mengeluarkan fatwa bahawa mereka ada cara syahadah, solat, bersuci, puasa, zakat dan naik haji yang tersendiri dan membidas keilmuan ulama dalam hal ini. Tanpa berlandaskan ilmu sebenar, golongan yang semata-mata menggunakan akal logik, pena'kulan dan semantik ingin membukti apa yang mereka yakini selama ini. Melihat pada kecenderungan mereka, adalah mustahil untuk mereka memahami bahawa agama hendaklah dituntut daripada rasullullah saw yang mana ia telah dipelajari dan dipraktikkan oleh para sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan ulama yang menempuh jalan rasullullah saw beserta para sahabat.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Agama Islam adalah benar dan kita yang lemah dan perlu pada agama utk mencapai kejayaan dunia akhirat. Bukan kita yang mencipta agama mengikut kehendak akal kita, kalau begitu samalah dengan agama kufur yang lain kerana mereka beragama mengikut akal mereka. Walaupun kita berakal kita tidak boleh mencipta agama, kita tidak boleh mencipta ibadat, kita tidak boleh mencipta sembahyang. Akal kita adalah untuk menerima agama yang dibawa oleh Nabi.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
solat tiang agama kerana dlmnya lengkap dgn syahadahnya, mengEsakanNya, puasa, zakat serta haji bagi yg mendalami, tanpa solat maka runtuhlah agama & runtuhnya agama maka runtuhlah cara hidupnya seseorg walau setinggi mana pun anggapan nya terhadap dirinya sendiri
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Agama membimbing akal agar tidak terpengaruh oleh syaitan. Agama menjadikan akal menjadi cerdas kerana berfikir bukan akal yang mencipta agama. Jikalau akal mengatur agama, rosak agama jadinya.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
sebab tu al quran di tinggal tinggalkan . sanggup kita kata terjemahan nya sekadar C&P sahaja .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
yg menduduki kawasan busuk takkan berbau kerana hidung mereka telah tersumbat oleh kebusukan yg mereka hidu sehari2 dlm kehidupan mereka
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
yg benar ikut AQ takkan malu nak mengucap kalimah syahadah, solat, mandi junub dll, basic awal2 dah fail, jgn nak tunjuk lagak pandai kerana semuanya jadi PANDIRothman wrote:sebab tu al quran di tinggal tinggalkan . sanggup kita kata terjemahan nya sekadar C&P sahaja .
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
bukan al quran yang ditinggalkan kalau kita lihat mereka yang bermasalah ialah mereka yang tak mahu atau malas dalam bab agama. Mana ada orang yang warak meninggalkan al quran. Dimanakah diadakan pengajian al quran? Di tepi jalan kah atau di masjid2.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Zulia wrote:bukan al quran yang ditinggalkan kalau kita lihat mereka yang bermasalah ialah mereka yang tak mahu atau malas dalam bab agama. Mana ada orang yang warak meninggalkan al quran. Dimanakah diadakan pengajian al quran? Di tepi jalan kah atau di masjid2.
Apa orang warak bershahadat?
Kalau benar orang warak tidak meninggalkan Alquran, maka di ayat mana yang menunjukkan ada Rasul yang bershahadat kepada Allah. Nabi Muhammad saja tidak ada disebutkan dalam Alquran bershahadat kepada Allah.
Terbukti kalau orang warak termasuk orang yang meninggalkan Alquran, dan mengikuti yang di luar Alquran.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
faried wrote:Zulia wrote:bukan al quran yang ditinggalkan kalau kita lihat mereka yang bermasalah ialah mereka yang tak mahu atau malas dalam bab agama. Mana ada orang yang warak meninggalkan al quran. Dimanakah diadakan pengajian al quran? Di tepi jalan kah atau di masjid2.
Apa orang warak bershahadat?
Kalau benar orang warak tidak meninggalkan Alquran, maka di ayat mana yang menunjukkan ada Rasul yang bershahadat kepada Allah. Nabi Muhammad saja tidak ada disebutkan dalam Alquran bershahadat kepada Allah.
Terbukti kalau orang warak termasuk orang yang meninggalkan Alquran, dan mengikuti yang di luar Alquran.
Nyata sangat tak solat lima waktu sehari semalam. Kan setiap kali duduk tasyahud kita bersyahadah?
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
PenjunjungEhsan wrote:faried wrote:Zulia wrote:bukan al quran yang ditinggalkan kalau kita lihat mereka yang bermasalah ialah mereka yang tak mahu atau malas dalam bab agama. Mana ada orang yang warak meninggalkan al quran. Dimanakah diadakan pengajian al quran? Di tepi jalan kah atau di masjid2.
Apa orang warak bershahadat?
Kalau benar orang warak tidak meninggalkan Alquran, maka di ayat mana yang menunjukkan ada Rasul yang bershahadat kepada Allah. Nabi Muhammad saja tidak ada disebutkan dalam Alquran bershahadat kepada Allah.
Terbukti kalau orang warak termasuk orang yang meninggalkan Alquran, dan mengikuti yang di luar Alquran.
Nyata sangat tak solat lima waktu sehari semalam. Kan setiap kali duduk tasyahud kita bersyahadah?
Sangat benar ketika tasyahud kita bersyahadah, dan itulah amalan yang tidak sejalan atau malah bertentangan dengan petunjuk Alquran.
Tidak ada ajaran Alquran yang menberikan petunjuk agar bershahadah.
Rasul saja tidak bershahadah, hanya konon menurut orang yang dianggap pintar Rasul bershahadah, tetapi tidak ada sama sekali landasan atau disebutkan dalam Alquran.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Salam,
Adam yang menjadi manusia pertama yang diangkat sebagai khalifah pun Allah tidak ajar baginda bersyahadah. Allah ajar baginda nama-nama benda atau perkara yang melayakkan baginda berpengetahuan tinggi berbanding malaikat. Apakah Adam itu tidak Islam kerana Allah tidak ajar baginda bersyahadah?
Itu adalah petunjuk Al Quran yang memberitahu kita bahawa keislaman tidak berkaitan pun dengan ucapan syahadah. Tetapi orang-orang musyrik yang mahu bermegah-megah kononnya mereka sahajalah yang Islam pasti tidak puas hati dengan Al Quran. Percayalah...

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
faried wrote:PenjunjungEhsan wrote:faried wrote:Zulia wrote:bukan al quran yang ditinggalkan kalau kita lihat mereka yang bermasalah ialah mereka yang tak mahu atau malas dalam bab agama. Mana ada orang yang warak meninggalkan al quran. Dimanakah diadakan pengajian al quran? Di tepi jalan kah atau di masjid2.
Apa orang warak bershahadat?
Kalau benar orang warak tidak meninggalkan Alquran, maka di ayat mana yang menunjukkan ada Rasul yang bershahadat kepada Allah. Nabi Muhammad saja tidak ada disebutkan dalam Alquran bershahadat kepada Allah.
Terbukti kalau orang warak termasuk orang yang meninggalkan Alquran, dan mengikuti yang di luar Alquran.
Nyata sangat tak solat lima waktu sehari semalam. Kan setiap kali duduk tasyahud kita bersyahadah?
Sangat benar ketika tasyahud kita bersyahadah, dan itulah amalan yang tidak sejalan atau malah bertentangan dengan petunjuk Alquran.
Tidak ada ajaran Alquran yang menberikan petunjuk agar bershahadah.
Rasul saja tidak bershahadah, hanya konon menurut orang yang dianggap pintar Rasul bershahadah, tetapi tidak ada sama sekali landasan atau disebutkan dalam Alquran.
Macam mana kamu tahu amalan itu tidak sejalan dengan AlQuran sedangkan hadith nabi saw pun kamu tidak baca dan fahami. Bacaan dalam tasyahud sudah dijelaskan dalam hadith nabi saw dan setiap bacaan dalam solat adalah ayat-ayat AlQuran yang menjadi teras dalam beribadah. Tak tahu pula kalau ada yang bersolat sambil baca kitab veda agama hindu atau bersolat sambil buat kerja harian. Yang kononnya pintar itulah pembela agama Islam dan sehingga kini jasa merekalah yang mendidik umat Islam agar berpegang dengan sunnah rasullullah saw dan digigit dengan geraham kami agar tidak tertipu dengan dakyah dan hasutan manusia seperti kamu yang pandai dalam beragama yang kamu reka sendiri.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
PenjunjungEhsan wrote:Macam mana kamu tahu amalan itu tidak sejalan dengan AlQuran sedangkan hadith nabi saw pun kamu tidak baca dan fahami.
Bershahadat teramat sangat jelas bertentangan dengan Alquran.
Dalam Alquran, tidak ada Nabi/Rasul, termasuk Muhammad, yang bershahadat kepada Allah.
Jadi kalau ada yang bershahadat maka pasti bukan mengikuti petunjuk Alquran.
Dalam Alquran dijelaskan bahwa orang yang bershahadat hanya dilakukan oleh orang munafik. Silakan baca surah Al Munafiqun.PenjunjungEhsan wrote:Bacaan dalam tasyahud sudah dijelaskan dalam hadith nabi saw dan setiap bacaan dalam solat adalah ayat-ayat AlQuran yang menjadi teras dalam beribadah.
"Hadith nabi saw" tidak ada artinya dibanding dengan Ahsanul Hadith yaitu Alquran.PenjunjungEhsan wrote:Tak tahu pula kalau ada yang bersolat sambil baca kitab veda agama hindu atau bersolat sambil buat kerja harian. Yang kononnya pintar itulah pembela agama Islam dan sehingga kini jasa merekalah yang mendidik umat Islam agar berpegang dengan sunnah rasullullah saw dan digigit dengan geraham kami agar tidak tertipu dengan dakyah dan hasutan manusia seperti kamu yang padai dalam beragama yang kamu reka sendiri.
Kalau hanya mau ikut "hadith nabi saw" silakan saja. Saya tidak pernah mereka/membuat sendiri, tetapi selalu menyatakan petunjuk Alquran yang menjadi dasarnya.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
buka lah minda yang tertutup itu. Sebab itu kita lebih logik mengikut al quran dan ajaran orang yang beriman dari zaman nabi kerana tafsiran mereka lebih tepat berbanding orang yang langsung tidak ada sumber dari Nabi. Bila Nabi mengajak orang beriman berapa kah ayat al quran yang telah diwahyukan? Hanya beberapa wahyu dari Allah yang menyuruh manusia mentauhidkan Allah. Dan bila Nabi mengajak dan mereka yang bersetuju untuk masuk Islam, nabi menyuruhnya mereka mengucap kalimah syahadah sebagai tanda dia setuju menyembah Allah sahaja, dan meninggalkan sembahan selain dari Allah.
Disuruh belajar tidak mahu, sebab itu tidak tahu.
Disuruh belajar tidak mahu, sebab itu tidak tahu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Salam Zulia,
Boleh buktikan dari Al-Quran tentang dakwaan puan bahawa Nabi menyuruh orang mengucap kalimah syahadah sebagai tanda setuju menyembah Allah?
Atau puan tidak pernah menemui ayat ini...
Boleh buktikan dari Al-Quran tentang dakwaan puan bahawa Nabi menyuruh orang mengucap kalimah syahadah sebagai tanda setuju menyembah Allah?
Atau puan tidak pernah menemui ayat ini...
63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka
berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah.
Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa
mereka yang munafik adalah penipu.
63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng,
dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang
mereka lakukan.
63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya.
Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
mudah saja, saya tanya anda, anda mengaku tak bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah? kalau anda tak mengaku, saya tak perlu buang masa dengan anda.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
agama apakah yg puak2 akai lembu ingin ketengahkan dlm masyarakat?
agama akaikah? ,
agama lembukah?
agama ayah pin no 2 kah??
agama akaikah? ,
agama lembukah?
agama ayah pin no 2 kah??
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
tolokminda wrote:
Boleh buktikan dari Al-Quran tentang dakwaan puan bahawa Nabi menyuruh orang mengucap kalimah syahadah sebagai tanda setuju menyembah Allah?
Atau puan tidak pernah menemui ayat ini...63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka
berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah.
Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa
mereka yang munafik adalah penipu.
63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng,
dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang
mereka lakukan.
63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya.
Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.
Putar-belit ayat terhadap AlQuran tidak akan memberi kesan kepada akidah umat Islam. Allah yang menjaga isi kandungan AlQuran daripada diubah dan Allah juga yang akan membalas orang yang mengubah-ubah maksud AlQuran yang sebenar dengan balasan yang setimpal atas kejahatannya.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
PenjunjungEhsan wrote:tolokminda wrote:

Salam PE,
Yusuf Ali:
63:1 When the Hypocrites come to thee, they say, "We bear witness that thou art indeed the Apostle of God." Yea, God knoweth that thou art indeed His Apostle, and God beareth witness that the Hypocrites are indeed liars.
63:2 They have made their oaths a screen (for their misdeeds): thus they obstruct (men) from the Path of God: truly evil are their deeds.
63:3 That is because they believed, then they rejected Faith: So a seal was set on their hearts: therefore they understand not.
Shakir:
63:1 When the hypocrites come to you, they say: We bear witness that you are most surely Allah's Apostle; and Allah knows that you are most surely His Apostle, and Allah bears witness that the hypocrites are surely liars.
63:2 They make their oaths a shelter, and thus turn away from Allah's way; surely evil is that which they do.
63:3 That is because they believe, then disbelieve, so a seal is set upon their hearts so that they do not understand.
Pickthall:
63:1 When the hypocrites come unto thee (O Muhammad), they say: We bear witness that thou art indeed Allah's messenger. And Allah knoweth that thou art indeed His messenger, and Allah beareth witness that the hypocrites indeed are speaking falsely.
63:2 They make their faith a pretext so that they may turn (men) from the way of Allah. Verily evil is that which they are wont to do,
63:3 That is because they believed, then disbelieved, therefore their hearts are sealed so that they understand not.
Transliterasi:
63:1 Itha jaaka almunafiqoona qaloo nashhadu innaka larasoolu Allahi waAllahu yaAAlamu innaka larasooluhu waAllahu yashhadu inna almunafiqeena lakathiboona
63:2 Ittakhathoo aymanahum junnatan fasaddoo AAan sabeeli Allahi innahum saa ma kanoo yaAAmaloona
63:3 Thalika bi-annahum amanoo thumma kafaroo fatubiAAa AAala quloobihim fahum la yafqahoona
Yang saya kemukakan:
63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah. Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa mereka yang munafik adalah penipu.
63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng, dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang mereka lakukan.
63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya. Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.
Di bahagian manakah dari ayat-ayat di atas yang telah saya putar belitkan? Sila beri bukti jika tuan seorang yang benar.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Apa yang kamu putar belit ialah menuduh ikutan para sahabat nabi muhammad saw sebagai sebanding dengan munafik seperti khomeini dari mazhab syiah yang mengatakan saidina umar alkhattab ra sebagai zindik. Jadi secara keseluruhan kamu menegaskan bahawa sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah adalah munafik sedang istilah munafik yang sebenar ialah orang kafir yang telah memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dengan jelas tetapi menyembunyikan kekufurannya. Adakah wajar untuk kamu membuat putar alam seperti itu seolah-olah semua umat Islam seramai 2 billion orang adalah munafik kerana mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dan kamu mengisytiharkan diri kamu sebagai seorang Islam yang sebenar walaupun kamu tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Bagaimana saya hendak berdialog tentang Islam dan AlQuran dengan kamu kalau kamu belum memeluk agama Islam dan bagaimana kamu mengaku memahami ajaran AlQuran sedangkan perintah solat didalam AlQuran kamu tidak faham. Sedarlah wahai kafir.
Bagaimana saya hendak berdialog tentang Islam dan AlQuran dengan kamu kalau kamu belum memeluk agama Islam dan bagaimana kamu mengaku memahami ajaran AlQuran sedangkan perintah solat didalam AlQuran kamu tidak faham. Sedarlah wahai kafir.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
PenjunjungEhsan wrote:Apa yang kamu putar belit ialah menuduh ikutan para sahabat nabi muhammad saw sebagai sebanding dengan munafik seperti khomeini dari mazhab syiah yang mengatakan saidina umar alkhattab ra sebagai zindik. Jadi secara keseluruhan kamu menegaskan bahawa sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah adalah munafik sedang istilah munafik yang sebenar ialah orang kafir yang telah memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dengan jelas tetapi menyembunyikan kekufurannya. Adakah wajar untuk kamu membuat putar alam seperti itu seolah-olah semua umat Islam seramai 2 billion orang adalah muinafik kerana mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dan kamu mengisytiharkan diri kamu sebagai seorang Islam yang sebenar walaupun kamu tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah. Bagaimana saya hendak berdialog tentang Islam dan AlQuran dengan kamu kalau kamu belum memeluk agama Islam dan bagaimana kamu mengaku memahami ajaran AlQuran sedangkan perintah solat didalam AlQuran kamu tidak faham. Sedarlah wahai kafir.
Salam PE,
Bukan saya yang kata. Tapi Tuhan yang kata.
63:1 Apabila mereka yang munafik datang kepadamu mereka
berkata: Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah utusan Allah.
Dan Tuhan tahu bahawa kamu adalah utusanNya dan Tuhan bersaksi bahawa
mereka yang munafik adalah penipu.
63:2 Mereka telah menjadikan sumpah mereka itu sebagai topeng,
dengan cara itu mereka menjauhkan jalan Allah. Jahat sungguh apa yang
mereka lakukan.
63:3 Itu kerana mereka telah percaya, kemudian tidak percaya.
Akibatnya, hati mereka tertutup – mereka tidak faham.
Dan lihat pula ayat ini - Nab pun tidak naik saksi ke atas Tuhan apatah lagi ke atas dirinya sendiri.
6:19 Katakan: Apakah yang paling penting dalam pengakuan? Katakan: Tuhan adalah saksi di antara kamu dan aku; dan Quran ini telah diwahyukan kepadaku supaya dengannya aku memperingatkan kamu serta sesiapa saja yang ia sampai. Adakah kamu benar-benar naik saksi yang tiada tuhan-tuhan lain selain Tuhan? Katakan: Aku tidak naik saksi. Katakan: Dia adalah Tuhan yang Satu dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Akal Busuk dalam Mengajarkan Agama?
Allah menyatakan "apabila" menunjukkan sebagai amaran kepada nabi bahawa dikalangan umat Islam ada yang munafik tetapi tidak diketahui siapa dan nabi hanya diberikan tanda-tanda mereka. Itu pun kamu boleh tafsirkan sebagai seluruh umat Islam adalah munafik. Subhanallah.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Al-Quran suruh guna akal: R.Hadis larang guna akal
» Tak guna akal itu najis
» akal logik anti hadis
» Tak guna akal itu najis
» akal logik anti hadis
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|