Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Makna Surah
+6
Teringintahu
abu_muaz
slipar
Adli
Al-Bahr
sunset05
10 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: Makna Surah
Tima kasih bro, tolong jawabkan. Alert bro ni walaupun soalan tu saya tujukan pada sdr Adli, mungkin beliau terlepas pandang kot sebab tu tak sempat menjawabnya. Tapi boleh tak bro tolong jelaskan maksud ayat berikut mengikut pandangan bro pula?Juang wrote:Iman yang permulaan untuk kita jadi golongan beriman adalah percaya Allah yang mengajar kita. Jika manusia itu susah nak percaya Allah yang ajar dirinya, pasti dia tidak berani guna akal. Sebab melalui akallah manusia mendapat petunjuk Allah......................................................................................................
............................................................................................................
Kita akan lihat kaum yang takut guna akal itulah kaum yang berdusta.
Mereka berkata, "Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya, kepada kamu. Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". Surah Yaasin : ayat 16-17
Saya ada tanya sdr bayau berkenaan ayat ini untuk kali seterusnya tapi beliau tidak sempat jawab sampai sekarang (faham beliau sibuk)...
TQ sekali lagi!
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: Makna Surah
Tenggelamnya akal kerana masih menurut kehendak hawa nafsu....bila dalam diri timbul keikhlasan maka tertariklah hati ingin mengetahui kebenaran yang hakiki...
bahagialah org yg mendapat pengajaran dari hati nya...sesungguhnya hati tidak pernah berdusta....
bahagialah org yg mendapat pengajaran dari hati nya...sesungguhnya hati tidak pernah berdusta....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Makna Surah
Minta maaf saudara Al Bahr andai tidak sempat membaca posting saudara ini.Al-Bahr wrote:
Tima kasih bro, tolong jawabkan. Alert bro ni walaupun soalan tu saya tujukan pada sdr Adli, mungkin beliau terlepas pandang kot sebab tu tak sempat menjawabnya. Tapi boleh tak bro tolong jelaskan maksud ayat berikut mengikut pandangan bro pula?
Mereka berkata, "Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya, kepada kamu. Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". Surah Yaasin : ayat 16-17
Saya ada tanya sdr bayau berkenaan ayat ini untuk kali seterusnya tapi beliau tidak sempat jawab sampai sekarang (faham beliau sibuk)...
TQ sekali lagi!
Ayat ini jelas menunjukkan tugas seorang Rasul atau utusanNya. Kenapa diletakkan perkataan "wajib" di sini? Supaya tiada manusia boleh menokok tambah tugas seseorang Rasul itu melampaui apa yang ditetapkan dalam Kitab Allah.
Rasulullah bertanggungjawab menyampaikan ayat-ayat Allah dengan jelas. Jelas maksudnya mudah difahami oleh orang yang berfikir. Dengan kata lain, Al Quran yang dikeluarkan melalui lisan Nabi Muhammad, ia sudah dalam keadaan mudah difahami. Sebab itu tidak wujud catatan riwayat hadis ketika zaman baginda.
Ketika zaman baginda menyampaikan dakwah, di mata golongan beriman, apa yang baginda sampaikan itu sudah cukup terang. Tak perlu riwayat-riwayat lagi. Sebab mereka kaum yang berakal.
Hanya kaum kafir di zaman baginda itu sahaja yang tidak memahami ayat-ayat Allah gara-gara beragama tidak guna akal dan menurut amalan nenek moyang.
Namun bila kita sampai kepada zaman manusia yang mula menggunakan riwayat hadis atas alasan Al Quran tidak cukup terang untuk difikirkan, itu menunjukkan tahap akal mereka sudah sama rendahnya dengan kaum kafir di zaman Nabi Muhammad yang tak faham-faham ajaran Al Quran yang sebenar.
Kita lihat mereka sudah menyembah Nabi Muhammad seperti mana kaum Nasrani dahulu menyembah Nabi Isa. Apa sahaja riwayat yang dikatakan hadis Nabi Muhammad, terus mereka percayai dan terima bulat-bulat. Kesannya sama iaitu mereka jadi kaum yang lemah akalnya dan lebih suka menurut cakap orang daripada berfikir. Sebab itulah umat mereka jadi lemah, ketinggalan dalam bidang ilmu lagi suka berpecah-belah.
Bukti-bukti yang wujud di alam realiti inilah yang menguatkan hujah utusan-utusan Allah di zaman sekarang untuk menyampaikan peringatan yang sama seperti peringatan golongan beriman terdahulu.
Kenapa golongan beriman sekarang mengingatkan bahawa Nabi Muhammad pun tidak guna riwayat hadis Nabi Isa untuk membenarkan kitab Injil? Sebab sebagai pelepas diri di akhirat kelak seperti mana Nabi Muhammad berlepas diri dari kaum Nasrani yang menggunakan riwayat hadis Nabi Isa untuk memahami Injil....
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Makna Surah
Tima kasih Sdr Adli untuk penjelasan posting di atas mengenai petikan terjemahan ayat Quran. Saya faham kemampuan Sdr Adli untuk berikan bukti2 yang nyata untuk setiap maksud petikan terjemahan ayat2 Quran.
Tetapi kini setelah diberi penerangan iaitu muzakarah dari mereka2 (forumer lain) yang arif Al-Qur'an dalam bahasa Arab, risau pula saya nak fahamkan serta terjemahkan ikut logik akal saya sendiri.
Baru aja nak belajar2 tafsir sendiri. Nampaknya kail saya hanya panjang sejengkal saja, jadi tak mampulah saya nak menduga lautan dalam yang luas dan tak bertepi itu (Al-Qur'an). Namun jawapan yang sdr Adli berikan pada saya tu tetap sangat2 saya hargai. Terima kasih sekali lagi.
*smile*
Tetapi kini setelah diberi penerangan iaitu muzakarah dari mereka2 (forumer lain) yang arif Al-Qur'an dalam bahasa Arab, risau pula saya nak fahamkan serta terjemahkan ikut logik akal saya sendiri.
Baru aja nak belajar2 tafsir sendiri. Nampaknya kail saya hanya panjang sejengkal saja, jadi tak mampulah saya nak menduga lautan dalam yang luas dan tak bertepi itu (Al-Qur'an). Namun jawapan yang sdr Adli berikan pada saya tu tetap sangat2 saya hargai. Terima kasih sekali lagi.
*smile*
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Page 2 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|