e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Makna Surah I_vote_lcap6%Makna Surah I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Makna Surah I_vote_lcap23%Makna Surah I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Makna Surah I_vote_lcap21%Makna Surah I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Makna Surah I_vote_lcap8%Makna Surah I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Makna Surah I_vote_lcap8%Makna Surah I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Makna Surah I_vote_lcap6%Makna Surah I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Makna Surah I_vote_lcap6%Makna Surah I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Makna Surah I_vote_lcap0%Makna Surah I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Makna Surah I_vote_lcap6%Makna Surah I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Makna Surah I_vote_lcap4%Makna Surah I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Makna Surah I_vote_lcap0%Makna Surah I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Makna Surah I_vote_lcap1%Makna Surah I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Makna Surah I_vote_lcap3%Makna Surah I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Makna Surah I_vote_lcap1%Makna Surah I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Makna Surah I_vote_lcap5%Makna Surah I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
Juang (3494)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Makna Surah I_vote_lcapMakna Surah I_voting_barMakna Surah I_vote_rcap 

Keywords

2013  baqarah  2012  2011  2024  2010  


Makna Surah

+6
Teringintahu
abu_muaz
slipar
Adli
Al-Bahr
sunset05
10 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Makna Surah Empty Makna Surah

Post by sunset05 Sat May 03, 2008 12:13 pm

Al Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. [1]


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [2]


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3]

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari
Akhirat). [4]


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [5]


Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.[6]

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [7]




Al Baqarah (Ayat Kursi)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.



Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).


Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi.


Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izinNya.


Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).


Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.


Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) , lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
[255]



Al Ikhlas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah
Allah Yang Maha Esa; [1]


"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat; [2]


"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan; [3]


"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[4]





Al Falaaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.


Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung
kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, [1]


"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia
ciptakan; [2]


"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]

"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang
menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) ; [4]


"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila
ia melakukan dengkinya".[ 5]

Nota: Kalau tersalah minta betulkan ye... Laughing
sunset05
sunset05
Siswa-Siswi

Number of posts : 25
Location : Malaysia
Reputation : 0
Credits : 5864
Registration date : 2008-04-25

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 1:06 am

sunset05 wrote:(terjemahan makna surah)........Nota: Kalau tersalah minta betulkan ye... Laughing

Setakat ini betullah saya tolong double check-kan
Hanya perkataan dari jenis terjemahan saja yang berbeza
tetapi tetap membawa maksud yang sama.

Tapi untuk surah Al-Falaq ayat 1 ada beza sikit ayat akhirnya,
kalau ikut kitab sayalah :-

Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar),

Cth :- antara Quran manual, digital, online, CD, etc
perkataan yang digunakan ada yang berbeza tapi maksud
tetap sama, tak lari...kalau ada yang ditemui lari maksud,
sesuatu tak kena dengan sumber tu...baik refer pada yang tahu

Puji-pujian bagi Allah...
Well done untuk usaha anda!
Tapi saya fikir tuan punya topik ni pun dah
lama hilang, kalau tidak takkan senyap sepi
aja topik best macam ni. Saja nak reply post
sebab topik ni best!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 9:40 am

Ya, yang penting maksudnya jangan lari dan tak bercanggah dengan hukum alam. Kalau kita perhatikan, terjemahan-terjemahan Quran, maksudnya tidak lari walaupun perkataan-perkataan yang digunakan berbeza-beza. Takdelah maksudnya terpesong sehingga tahap manusia disamakan sebagai Tuhan dan sebagainya. Memang janji Allah nak pelihara Quran itu benar. Sebab itu dengan baca terjemahannya sahaja pun kita boleh faham asas-asas ajaran Quran. Malah membawa kita bertambah yakin dengan Quran sahaja sudah cukup sebagai sumber rujukan untuk menjadi seorang yang beriman.

Dan untuk memastikan pemahaman Quran kita sentiasa berada di jalan yang benar, beranilah menyampaikan apa yang telah kita hayati itu di forum-forum terbuka sebegini di samping mengambil perkataan-perkataan yang terbaik untuk dijadikan pedoman. Kita insan yang merdeka yang dikurniakan akal, bukannya binatang ternak yang ditarik ke sana ke mari.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 9:49 am

Benar tu, terima kasih untuk kata2 semangat dari Sdr Adli ini. Cuma sebagai orang baru belajar, sudah tentu banyak salah silapnya dalam menyampaikan apa yang difahami.

Jadi adalah lebih baik perlahan2 lahan saya mengaplikasikan apa yang difahami, agar tak banyak lari dan salah sana-sini.

Terima kasih sekali lagi.
*smile*
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 10:20 am

Kita belajar diri kesilapan. Itulah pelajaran yang berguna bagi seseorang insan. Manusia yang banyak buat silap dan memperbaikinya lebih cepat meningkat tahap ilmunya berbanding manusia yang takut nak mencuba kerana nanti tersilap. Apa nak malu kita tersilap, sebab kita belajar.

Ambil semangat Nabi Ibrahim belajar kenal Allah masa mula-mula dulu. Memanglah pada awalnya baginda tersilap membuat penilaian, tetapi semangat ingin tahu membawa baginda kepada makna sebenar Allah. Itulah ciri-ciri golongan beriman.

Jika kita perhatikan, golongan yang penakut belajar itu akan jadi lemah dan menurut membuta-tuli. Ini tidak bagus untuk merekruit insan-insan yang berani kerana benar. Bila berbincang secara terbuka di sini, mereka sekadar bagi link-link ke tulisan orang lain. Apakah mereka tidak faham apa erti forum yang sebenarnya?

Islam hanya tertegak dengan adanya semangat dan keberanian. Inilah matlamat saya berforum sebegini agar melahirkan insan-insan yang bertanggungjawab dengan pendapat sendiri, bukannya menumpang tulisan orang. Macam takde akal sahaja sampai tidak mampu bawakan pendapat sendiri.... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by slipar Mon Apr 20, 2009 12:40 pm

allah bukan saja menguasai waktu subuh sebab bagi allah tak ada masa sebenarnya yang ada masa adalah kita , dikatakan waktu subuh ialah kerana waktu itulah interksi antara kita dan allah sangat berkesan , waktu tulah kita paling suka bergotel , lupa pada tuhan.
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by abu_muaz Mon Apr 20, 2009 1:24 pm

Adli wrote:Kita belajar diri kesilapan. Itulah pelajaran yang berguna bagi seseorang insan. Manusia yang banyak buat silap dan memperbaikinya lebih cepat meningkat tahap ilmunya berbanding manusia yang takut nak mencuba kerana nanti tersilap. Apa nak malu kita tersilap, sebab kita belajar.

Ambil semangat Nabi Ibrahim belajar kenal Allah masa mula-mula dulu. Memanglah pada awalnya baginda tersilap membuat penilaian, tetapi semangat ingin tahu membawa baginda kepada makna sebenar Allah. Itulah ciri-ciri golongan beriman.

Jika kita perhatikan, golongan yang penakut belajar itu akan jadi lemah dan menurut membuta-tuli. Ini tidak bagus untuk merekruit insan-insan yang berani kerana benar. Bila berbincang secara terbuka di sini, mereka sekadar bagi link-link ke tulisan orang lain. Apakah mereka tidak faham apa erti forum yang sebenarnya?

Islam hanya tertegak dengan adanya semangat dan keberanian. Inilah matlamat saya berforum sebegini agar melahirkan insan-insan yang bertanggungjawab dengan pendapat sendiri, bukannya menumpang tulisan orang. Macam takde akal sahaja sampai tidak mampu bawakan pendapat sendiri.... Smile

Isk...Islam tak tertegak dgn SEMANGAT mahupun KEBERANIAN.

Islam tertegak dgn IMAN dan AMAL. Yg menjadi ASBAB turun Bantuan ALLAH utk menang. Semangat tak ke mana perginya kalau tak ada iman..

وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا
وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

147:سورة آل عمران
abu_muaz
abu_muaz
Pensyarah

Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 1:32 pm

slipar wrote:allah bukan saja menguasai waktu subuh sebab bagi allah tak ada masa sebenarnya yang ada masa adalah kita , dikatakan waktu subuh ialah kerana waktu itulah interksi antara kita dan allah sangat berkesan , waktu tulah kita paling suka bergotel , lupa pada tuhan.

Setuju itu, tapi apa yang saya faham untuk petikan ayat itu, "subuh atau fajar" itu merujuk kepada waktu atau masa (masa juga makhluk Allah) yang tuhan ciptakan. Dan merujuk kepada seluruh surah itu, waktu itulah manusia banyak lalai dan para pendengkinya akan melaksanakan kedengkian mereka pada ketika itu.

Setakat yang saya faham begitulah, kalau salah betulkan ya.

TQ slipar!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 1:36 pm

abu_muaz wrote:
Adli wrote:Kita belajar diri kesilapan. Itulah pelajaran yang berguna bagi seseorang insan. Manusia yang banyak buat silap dan memperbaikinya lebih cepat meningkat tahap ilmunya berbanding manusia yang takut nak mencuba kerana nanti tersilap. Apa nak malu kita tersilap, sebab kita belajar.

Ambil semangat Nabi Ibrahim belajar kenal Allah masa mula-mula dulu. Memanglah pada awalnya baginda tersilap membuat penilaian, tetapi semangat ingin tahu membawa baginda kepada makna sebenar Allah. Itulah ciri-ciri golongan beriman.

Jika kita perhatikan, golongan yang penakut belajar itu akan jadi lemah dan menurut membuta-tuli. Ini tidak bagus untuk merekruit insan-insan yang berani kerana benar. Bila berbincang secara terbuka di sini, mereka sekadar bagi link-link ke tulisan orang lain. Apakah mereka tidak faham apa erti forum yang sebenarnya?

Islam hanya tertegak dengan adanya semangat dan keberanian. Inilah matlamat saya berforum sebegini agar melahirkan insan-insan yang bertanggungjawab dengan pendapat sendiri, bukannya menumpang tulisan orang. Macam takde akal sahaja sampai tidak mampu bawakan pendapat sendiri.... Smile

Isk...Islam tak tertegak dgn SEMANGAT mahupun KEBERANIAN.

Islam tertegak dgn IMAN dan AMAL. Yg menjadi ASBAB turun Bantuan ALLAH utk menang. Semangat tak ke mana perginya kalau tak ada iman..

وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا
وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

147:سورة آل عمران

Saya fikir maksud Sdr Adli itu adalah Semangat & Keberanian berserta IMAN. Mana mungkin jika kita tidak beriman sepenuhnya akan mempunyai semangat & keberanian yang kental?

Orang yang lemah jiwanya tanpa IMAN takkan jadi bersemangat dan berani! Semangat dan keberanian itu datang selepas beriman lah bro!
OK?
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 1:53 pm

Saya nak tanya penjelasan maksud ayat ni pada sesiapa yang tahu ; khasnya untuk Sdr bayau ;

Mereka berkata, "Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya, kepada kamu. Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". Surah Yaasin : ayat 16-17

Apa yang saya faham, mereka yang menjadi utusan itu adalah mereka yang menggunakan akal (berakal atau ilmuan) & beriman. Apabila mereka yang berilmu itu menyampaikan, itu adalah untuk menunaikan amanah Allah dengan jelas kepada insan lainnya.

Itu saja setakat yang saya faham. Harap ada yang bantu. Tima kasih.
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 2:50 pm

abu_muaz wrote:
Isk...Islam tak tertegak dgn SEMANGAT mahupun KEBERANIAN.

Islam tertegak dgn IMAN dan AMAL. Yg menjadi ASBAB turun Bantuan ALLAH utk menang. Semangat tak ke mana perginya kalau tak ada iman..

وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا
وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

147:سورة آل عمران
Iman bukan datang dengan sendirinya. Memerlukan manusia itu ada semangat nak berfikir dan belajar sehingga meihat bukti-bukti yang nyata. Untuk kita mempercayai kebenaran 1+1=2, kita kena ada semangat ingin tahu dahulu.

Sebelum kita tahu apa tujuan kita buat sesuatu amalan, kenalah belajar untuk tahu apa hikmah amalan itu. Sekadar main buat kerana meniru Rasulullah, maka jadilah golongan manusia yang mengaku Islam tetapi lemah dalam membawa bukti-bukti yang nyata. Nak kaji Quran pun mereka tak bersemangat sampaikan terpaksa mencari hadis selain Quran itu sendiri (riwayat). Macam manalah Islam nak tertegak.

Keberanian seseorang itu terlihat bila tanpa bergantung kepada riwayat hadis dan tok guru pun dia mampu memahami isi kandungan Quran (bukan setakat tahu siapa susun surah-surah Quran). Ini kerana manusia hanya bergantung kepada Allah yang mendatangkan Quran itu kepada Rasulullah.

Sekarang ini ramai mengaku dia sudah beriman dan beramal, tetapi nak buktikan kebenaran diri pun pengecut. Sebab itulah dikatakan Islam tertegak dengan semangat dan keberanian.

Allah uji tunjukkan kebenaran diri bergantung kepada Allah semata-mata pun dah sampai tahap menurut membuta-tuli tok guru-tok guru yang tetapkan hukum kena guna riwayat hadis. Sedangkan Allah tidak pernah tetapkan sedemikian. Mereka itu takutkan tok guru atau takutkan Allah?

Sebab itu umat Islam sekarang yang kononnya kata beriman dan beramal, tetapi lemah. Nak kalahkan Zionis yang sedikit itu pun tak mampu. Itulah mereka yang beriman dan beramal tiru-tiruan.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 3:05 pm

Al-Bahr wrote:
slipar wrote:allah bukan saja menguasai waktu subuh sebab bagi allah tak ada masa sebenarnya yang ada masa adalah kita , dikatakan waktu subuh ialah kerana waktu itulah interksi antara kita dan allah sangat berkesan , waktu tulah kita paling suka bergotel , lupa pada tuhan.

Setuju itu, tapi apa yang saya faham untuk petikan ayat itu, "subuh atau fajar" itu merujuk kepada waktu atau masa (masa juga makhluk Allah) yang tuhan ciptakan. Dan merujuk kepada seluruh surah itu, waktu itulah manusia banyak lalai dan para pendengkinya akan melaksanakan kedengkian mereka pada ketika itu.

Setakat yang saya faham begitulah, kalau salah betulkan ya.

TQ slipar!
Fajar adalah peralihan waktu dari gelap kepada terang. Apabila kita yang sebelum ini gelap hati sehingga susah nak faham Quran, berubah kepada terang hati sehingga mudah memahami Quran tanpa guna riwayat hadis dan menurut kata-kata tok guru tanpa guna akal, pasti akan ada golongan yang mendengki bila dia berdengki. Sunnah inilah yang menunjukkan kebenaran surah Al Falaq.

Bila kita mula berubah dari menurut amalan nenek moyang yang menetapkan kena guna riwayat hadis untuk memahami Quran (gelap hati susah nak faham Quran) kepada bergantung pada petunjuk Allah yang melalui akal seterusnya menerangkan hati kita, akan adalah golongan yang mendengki dengan kebenaran yang kita sampaikan.

Begitulah kita melihat kebenaran sesuatu ayat Quran. Sunnah yang terjadi di alam ini menjadi bukti yang menunjukkan sesuatu ayat Quran itu benar.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 3:14 pm

Al-Bahr wrote:Saya fikir maksud Sdr Adli itu adalah Semangat & Keberanian berserta IMAN. Mana mungkin jika kita tidak beriman sepenuhnya akan mempunyai semangat & keberanian yang kental?

Orang yang lemah jiwanya tanpa IMAN takkan jadi bersemangat dan berani! Semangat dan keberanian itu datang selepas beriman lah bro!
OK?
Apa ciri-ciri seseorang itu beriman? Adakah orang itu lemah semangat dan pengecut?

Jika manusia itu penakut nak kaji Quran, adakah dia akan capai keimanan kepada Allah? Itu yang sampai tahap terkial-kial mencari riwayat hadis dan menurut tok guru membuta-tuli.

Di sini kita nampak, sebelum nak capai IMAN itu, manusia kena ada semangat dan keberanian dahulu. Semangat nak berfikir dan berani menjauhi amalan nenek moyang agar bergantung kepada Allah semata-mata.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Teringintahu Mon Apr 20, 2009 3:17 pm

Adli wrote:Kita belajar diri kesilapan. Itulah pelajaran yang berguna bagi seseorang insan. Manusia yang banyak buat silap dan memperbaikinya lebih cepat meningkat tahap ilmunya berbanding manusia yang takut nak mencuba kerana nanti tersilap. Apa nak malu kita tersilap, sebab kita belajar.

Ambil semangat Nabi Ibrahim belajar kenal Allah masa mula-mula dulu. Memanglah pada awalnya baginda tersilap membuat penilaian, tetapi semangat ingin tahu membawa baginda kepada makna sebenar Allah. Itulah ciri-ciri golongan beriman.

Jika kita perhatikan, golongan yang penakut belajar itu akan jadi lemah dan menurut membuta-tuli. Ini tidak bagus untuk merekruit insan-insan yang berani kerana benar. Bila berbincang secara terbuka di sini, mereka sekadar bagi link-link ke tulisan orang lain. Apakah mereka tidak faham apa erti forum yang sebenarnya?

Islam hanya tertegak dengan adanya semangat dan keberanian. Inilah matlamat saya berforum sebegini agar melahirkan insan-insan yang bertanggungjawab dengan pendapat sendiri, bukannya menumpang tulisan orang. Macam takde akal sahaja sampai tidak mampu bawakan pendapat sendiri.... Smile

Tak boleh ke bagi link sebagai supaya dirujuk bersama bagi melengkap perbincangan?

Kekadang kita nak rujuk juga ilmu orang lain khasnya yang ada autoriti dari segi keilmuan; jika tidak nanti kita seperti maksud peribahasa seperti katak di bawah tempurung.

Tak gitu?

.
Teringintahu
Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts : 98
Reputation : 0
Credits : 5609
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Teringintahu Mon Apr 20, 2009 3:21 pm

Adli wrote:
Al-Bahr wrote:Saya fikir maksud Sdr Adli itu adalah Semangat & Keberanian berserta IMAN. Mana mungkin jika kita tidak beriman sepenuhnya akan mempunyai semangat & keberanian yang kental?

Orang yang lemah jiwanya tanpa IMAN takkan jadi bersemangat dan berani! Semangat dan keberanian itu datang selepas beriman lah bro!
OK?
Apa ciri-ciri seseorang itu beriman? Adakah orang itu lemah semangat dan pengecut?

Jika manusia itu penakut nak kaji Quran, adakah dia akan capai keimanan kepada Allah? Itu yang sampai tahap terkial-kial mencari riwayat hadis dan menurut tok guru membuta-tuli.

Di sini kita nampak, sebelum nak capai IMAN itu, manusia kena ada semangat dan keberanian dahulu. Semangat nak berfikir dan berani menjauhi amalan nenek moyang agar bergantung kepada Allah semata-mata.

Agaknya nak buat apalah di universiti itu adanya subjek pengajian hadis tu?

Sampai ke tahap PhD pun ada di Universiti Al-Azhar orang buat Phd di bidang hadis tu.
.
Teringintahu
Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts : 98
Reputation : 0
Credits : 5609
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 3:32 pm

Teringintahu wrote:
Agaknya nak buat apalah di universiti itu adanya subjek pengajian hadis tu?

Sampai ke tahap PhD pun ada di Universiti Al-Azhar orang buat Phd di bidang hadis tu.
.
Boleh diguna sebagai rujukan sejarah perjuangan Rasulullah. Tetapi bukannya sebagai hukum, sebab Quran sudah lengkap sebagai kitab hukum dan akidah.

Cuba fikirkan, sejauh mana pengajian hadis itu meningkatkan taraf hidup umat Islam sekarang? Apakah semakin bersatu-padu atau semakin berpecah-belah akibat mengikut bermacam-macam riwayat. Puak Syiah guna riwayat yang kata mereka golongan yang benar dan hukum puak lain tak benar dan puak Sunnah guna riwayat yang kata diorang yang benar dan puak lain tak benar.

Dalam puak Sunnah pula ada golongan yang guna riwayat hadis atau kata-kata seseorang imam terdahulu membenarkan mereka menjatuhkan sesuatu pemerintah dengan cara permusuhan. Padahal masing-masing mengaku golongan ASWJ.

Akhirnya, lihatlah keadaan umat Islam berbanding bangsa-bangsa yang menguasai teknologi biarpun mereka tidak guna riwayat hadis. Bukankah kebanyakan negara-negara yang mundur adalah negara Islam?

Sebab itulah golongan yang menggunakan akal menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan mudarat. Binatang ternak pun ada yang tahu mudarat, sebab itu mereka tidak berpecah-belah. Macam mana boleh wujud manusia yang suka berpecah-belah kerana mempertahankan amalan nenek moyang yang terbukti memudaratkan itu (bergantung kepada selain Allah).... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by cinderella Mon Apr 20, 2009 3:45 pm

Teringintahu wrote:
Adli wrote:
Al-Bahr wrote:Saya fikir maksud Sdr Adli itu adalah Semangat & Keberanian berserta IMAN. Mana mungkin jika kita tidak beriman sepenuhnya akan mempunyai semangat & keberanian yang kental?

Orang yang lemah jiwanya tanpa IMAN takkan jadi bersemangat dan berani! Semangat dan keberanian itu datang selepas beriman lah bro!
OK?
Apa ciri-ciri seseorang itu beriman? Adakah orang itu lemah semangat dan pengecut?

Jika manusia itu penakut nak kaji Quran, adakah dia akan capai keimanan kepada Allah? Itu yang sampai tahap terkial-kial mencari riwayat hadis dan menurut tok guru membuta-tuli.

Di sini kita nampak, sebelum nak capai IMAN itu, manusia kena ada semangat dan keberanian dahulu. Semangat nak berfikir dan berani menjauhi amalan nenek moyang agar bergantung kepada Allah semata-mata.

Agaknya nak buat apalah di universiti itu adanya subjek pengajian hadis tu?

Sampai ke tahap PhD pun ada di Universiti Al-Azhar orang buat Phd di bidang hadis tu.
.

Marilah kita berlindung dengan Allah daripada ilmu yang tidak memberi manfaat
Kerana ia akan menjadi beban di Akhirat
Bahkan ia akan melaknat
Sohibul ilmi masuk ke dalam Neraka 500 ratus lebih dahulu daripada penyembah berhala
Ilmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana Allah
Bila diperolehinya hanya untuk mujadalah dan bermegah-megah
Untuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan,
bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyak
Mementingkan kertas kerja jadi budaya,kemudian mesti diberi upah
Setiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannya
Kalau tidak, ilmu tidak akan disampaikan
Makin bertambah ilmu, makin nampak bongkak dan sombongnya
Dan terasa ‘orang luar biasa’ dengan ilmunya
Jika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinya
Bila berbincang dia sahaja mahu menang
Kalau kebenaran itu datang daripada orang lain,susah mahu menerimanya
Gambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinya
Peribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnya
Orang ini tidak akan bergaul dengan orang yang dipandang rendah
Kecuali keadaan memaksanya
Inilah dia ulama suk yang disabdakan oleh Rasulullah
Kita disuruh jauhi mereka
Bahkan disuruh takut lebih daripada seekor singa yang galak
Kerana ia akan melalaikan, boleh jadi menyesatkan flirty
cinderella
cinderella
Siswa-Siswi

Number of posts : 9
Reputation : 0
Credits : 5514
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 4:12 pm

Senang sahaja nak tahu apa yang kita pelajari itu bermanfaat kepada diri sendiri atau pun tidak. Jika semakin "berilmu" semakin berbangga diri dan susah bawakan kebenaran, hakikatnya kita tidak berilmu pun. Ciri-ciri seseorang yang berilmu, semakin tunduk semakin berisi.

Sebab itulah hanya yang benar-benar mencari kebenaran sahaja akan suka berbincang pasal ilmu untuk menambahkan kebenaran di dada. Kebenaran yang penuh di dada melahirkan keberanian dan keyakinan diri. Sedangkan jika sombong dan berbangga diri yang penuh di dada, manusia itu akan jadi pengecut.

Tanpa insan-insan yang berani tegakkan kebenaran, kebathilan akal terus lama menyelubungi. Atas dasar tanggungjawab menyampaikan kebenaran bersandarkan keterangan-keterangan yang nyata itulah lahirnya insan-insan seperti Rasulullah dan para sahabat. Mereka tidak takut dicela oleh golongan yang mencela.

Apakah setelah datang petunjuk Allah dengan bencana-bencana di sekeliling masyarakat itu mereka seronok hidup bermain-main lagi?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Admin Mon Apr 20, 2009 4:52 pm

Al-Bahr wrote:Saya nak tanya penjelasan maksud ayat ni pada sesiapa yang tahu ; khasnya untuk Sdr bayau ;

Mereka berkata, "Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya, kepada kamu. Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". Surah Yaasin : ayat 16-17

Apa yang saya faham, mereka yang menjadi utusan itu adalah mereka yang menggunakan akal (berakal atau ilmuan) & beriman. Apabila mereka yang berilmu itu menyampaikan, itu adalah untuk menunaikan amanah Allah dengan jelas kepada insan lainnya.

Itu saja setakat yang saya faham. Harap ada yang bantu. Tima kasih.

Saya bersetuju dengan pendapat anda dan ianya amat menarik dan tepat. Apa yang saya nak tambah adalah hanya Allah sahaja yang tahu siapakah utusan-utusanNya untuk menyampaikan perintahNya yang jelas yakni orang-orang yang berpegang teguh kepadaNya dan utusan-utusanNya juga bukanlah di kalangan orang-orang yang munafik.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Makna Surah SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by slipar Mon Apr 20, 2009 4:53 pm

yg menghairankan tak ada pulak kat U pengajian al quran , kalu ada pun setakat sipi2 tak berani nak kembangkan dalam kerangka ilmu yg tertinggi yg sentiasa benar walau dikaji dari sudut mana sekalipun tak spt hadis yg di pertikaikan dari segenap segi .
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Adli Mon Apr 20, 2009 5:29 pm

slipar wrote:yg menghairankan tak ada pulak kat U pengajian al quran , kalu ada pun setakat sipi2 tak berani nak kembangkan dalam kerangka ilmu yg tertinggi yg sentiasa benar walau dikaji dari sudut mana sekalipun tak spt hadis yg di pertikaikan dari segenap segi .
Yang layak mengajar Quran untuk pemahaman setiap individu itu adalah Allah. Nabi Muhammad dapat Quran pun bukan dari mana-mana universiti atau iktisas.

Al Quran itu dinamik. Pemahamannya bukan terhad ikut mana-mana individu. Sesiapa jua yang guna pemerhatian dan pendengaran seterusnya mencetus buah fikiran yang baru dalam mengkaji Quran untuk zamannya serta dapat dibuktikan benar, itulah golongan yang memahami Quran.

Yakinlah bahawa hanya Allah yang layak mengajar manusia, seperti mana Dia mengajar Adam mengenal nama-nama benda dahulu.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Makna Surah KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 9:59 pm

Adli wrote:
Al-Bahr wrote:Saya fikir maksud Sdr Adli itu adalah Semangat & Keberanian berserta IMAN. Mana mungkin jika kita tidak beriman sepenuhnya akan mempunyai semangat & keberanian yang kental?

Orang yang lemah jiwanya tanpa IMAN takkan jadi bersemangat dan berani! Semangat dan keberanian itu datang selepas beriman lah bro!
OK?
Apa ciri-ciri seseorang itu beriman? Adakah orang itu lemah semangat dan pengecut?

Jika manusia itu penakut nak kaji Quran, adakah dia akan capai keimanan kepada Allah? Itu yang sampai tahap terkial-kial mencari riwayat hadis dan menurut tok guru membuta-tuli.

Di sini kita nampak, sebelum nak capai IMAN itu, manusia kena ada semangat dan keberanian dahulu. Semangat nak berfikir dan berani menjauhi amalan nenek moyang agar bergantung kepada Allah semata-mata.

So, ertinya yang mana dulu Sdr Adli? IMAN dahulu baru datang semangat & keberanian atau sebaliknya? Saya fikir setelah saya percaya dengan yakin (IMAN) barulah saya bersemangat dan berani, jika tidak percaya dengan yakin saya lemah dan berpaling lari!

Tolong explain kat saya yang ni, slow sikit saya ni...sorry ya.

TQ sdr Adli!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 10:14 pm

cinderella wrote:

Marilah kita berlindung dengan Allah daripada ilmu yang tidak memberi manfaat
Kerana ia akan menjadi beban di Akhirat
Bahkan ia akan melaknat
Sohibul ilmi masuk ke dalam Neraka 500 ratus lebih dahulu daripada penyembah berhala
Ilmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana Allah
Bila diperolehinya hanya untuk mujadalah dan bermegah-megah
Untuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan,
bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyak
Mementingkan kertas kerja jadi budaya,kemudian mesti diberi upah
Setiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannya
Kalau tidak, ilmu tidak akan disampaikan
Makin bertambah ilmu, makin nampak bongkak dan sombongnya
Dan terasa ‘orang luar biasa’ dengan ilmunya
Jika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinya
Bila berbincang dia sahaja mahu menang
Kalau kebenaran itu datang daripada orang lain,susah mahu menerimanya
Gambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinya
Peribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnya
Orang ini tidak akan bergaul dengan orang yang dipandang rendah
Kecuali keadaan memaksanya
Inilah dia ulama suk yang disabdakan oleh Rasulullah
Kita disuruh jauhi mereka
Bahkan disuruh takut lebih daripada seekor singa yang galak
Kerana ia akan melalaikan, boleh jadi menyesatkan flirty


Tima kasih cinderella untuk posting anda yang ini, salam perkenalan, rajin-rajinlah masuk sini yek. Kita sama2 muzakarah kay!

TQ sekali lagi...*smile*
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Al-Bahr Mon Apr 20, 2009 10:23 pm

bayau wrote:
Al-Bahr wrote:Saya nak tanya penjelasan maksud ayat ni pada sesiapa yang tahu ; khasnya untuk Sdr bayau ;

Mereka berkata, "Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusanNya, kepada kamu. Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". Surah Yaasin : ayat 16-17

Apa yang saya faham, mereka yang menjadi utusan itu adalah mereka yang menggunakan akal (berakal atau ilmuan) & beriman. Apabila mereka yang berilmu itu menyampaikan, itu adalah untuk menunaikan amanah Allah dengan jelas kepada insan lainnya.

Itu saja setakat yang saya faham. Harap ada yang bantu. Tima kasih.

Saya bersetuju dengan pendapat anda dan ianya amat menarik dan tepat. Apa yang saya nak tambah adalah hanya Allah sahaja yang tahu siapakah utusan-utusanNya untuk menyampaikan perintahNya yang jelas yakni orang-orang yang berpegang teguh kepadaNya dan utusan-utusanNya juga bukanlah di kalangan orang-orang yang munafik.

Tima kasih sdr bayau, jadi dari ayat tersebut kita kenalah berlapang dada menerima kebenaran jika ada insan2 yang datang menyampaikan kebenaran berlandaskan Quran. Sebab hakikat kebenaran itu adalah datangnya dari Allah.

Juga kenalah terbuka minda apabila yang menyampaikan itu tiada apa2 title agama di pangkal namanya dan pandangan zahirnya biasa2 saja (tiada ciri2 ke-Araban). Asal saja apa yang disampaikan tidak bercanggah dengan Quran kan?

Harap2 sampailah masanya kita terima sesiapa saja yang menjadi utusan-utusanNya itu. Sudah tentu utusan2 dari Allah itu orang yang menggunakan akal, beriman & berilmu.
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Juang Wed Apr 22, 2009 2:00 pm

Al-Bahr wrote:
So, ertinya yang mana dulu Sdr Adli? IMAN dahulu baru datang semangat & keberanian atau sebaliknya? Saya fikir setelah saya percaya dengan yakin (IMAN) barulah saya bersemangat dan berani, jika tidak percaya dengan yakin saya lemah dan berpaling lari!

Tolong explain kat saya yang ni, slow sikit saya ni...sorry ya.

TQ sdr Adli!
Iman yang permulaan untuk kita jadi golongan beriman adalah percaya Allah yang mengajar kita. Jika manusia itu susah nak percaya Allah yang ajar dirinya, pasti dia tidak berani guna akal. Sebab melalui akallah manusia mendapat petunjuk Allah.

Cuba sdr Al Bahr fikirkan, ketika Rasulullah mula menyampaikan kebenaran, kenapa orang-orang kafir terdahulu menolak baginda? Padahal depan mata mereka seorang Rasul yang bercakap dengan benar tanpa Quran dibukukan lagi. Ini menunjukkan mereka adalah golongan yang tidak guna akal sehingga sanggup menolak seseorang yang menyampaikan kebenaran tanpa mengharapkan upah manusia.

Sekarang ini Quran sudah dibukukan, dan bila manusia lain sampaikan Quran dengan akal, ada manusia yang menolaknya. Bukankah yang menolak itu sama seperti kaum kafir terdahulu yang menolak baginda?

Lainlah Rasulullah itu seorang bercakap dusta tanpa bukti-bukti yang nyata, sudah pasti wajib manusia menolaknya. Tetapi apakah manusia yang mengajak kembali kepada Allah dan memahami kebenaran ayat-ayatNya itu golongan berdusta.

Kita akan lihat kaum yang takut guna akal itulah kaum yang berdusta.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Makna Surah NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Makna Surah Empty Re: Makna Surah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum