Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Jika Ingin Berguru
+5
Admin
faried
semut api
Zulia
Juang
9 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 7
Page 2 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Re: Jika Ingin Berguru
Salam,
Jika kita membuat perbandingan kaum yang mendapat Kitab Allah yang terdahulu (Taurat dan Injil), mereka pun ada kitab lahwal hadis mereka iaitu Talmud dan Gospel (riwayat hidup Nabi Isa).
Kerana ketaksuban pada "ulamak-ulamak" mereka yang lebih berpegang kepada lahwal hadis, maka Taurat dan Injil dikesampingkan. Bila Muhammad dibangkitkan untuk mengajak mereka kembali kepada Kitab Allah yang mereka miliki, kebanyakan mereka berpaling ke belakang. Mereka jadikan "guru-guru" mereka itu sebagai sandaran kepercayaan mereka, walhal Allah-lah tempat bergantung seluruh makhluk.
Kini Allah perlihatkan kembali lakonan orang-orang Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah dahulu dalam umat Islam hari ini yang lebih yakin pada lahwal hadis daripada ahsanul hadis iaitu Al Quran itu sendiri.
Fahamlah kita kenapa nasib umat Islam hari ini lemah semacam sahaja berbanding bangsa-bangsa yang mereka hukumkan (bukan Allah hukumkan) sebagai kafir.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
tidak perlu berlakon. Kenapa tak berani mengatakan yang anda tidak tahu solat yang sebenar mengikut akal anda walaupun cuba mengkaji alquran. Anda hanya cuba menimbulkan keraguan tentang solat yang diamalkan. Bila disuruh berkata dgn nama Allah bahawa solat itu rekaan, anda tak berani pula. Kenapa? sebab anda sendiri tidak yakin. Tetapi berani pula menentang kewajiban solat dalam Al quran. Mengapa kita nak letakkan kepercayaan kepada mereka yang tak percaya apa yang mereka kata. Itu menunjukkan mereka itu penipu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Jika Ingin Berguru
Sepatutnya yang tak mampu bawakan bukti ayat-ayat Al Quran mana mengatakan kena sujud ke sesuatu arah itulah solat, kena berani mengatakan bahawa amalan yang mereka lakukan itu tidak wujud dalam Al Quran.
Kenapa nak salahkan orang lain di atas ketidakmampuan diri sendiri mengemukakan bukti?
Kenapa nak salahkan orang lain di atas ketidakmampuan diri sendiri mengemukakan bukti?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
Saya berani berkata dgn Nama Allah sebahyang yang saya lakukan adalah perintah Allah melalui rasulnya dan bertepatan dgn ayat mendirikan solat dalam Al quran. Saya telah memperakuinya dan mengatakan berkali-kali tanpa ada keraguan dihati. Dan saya tidak bacul seperti orang yang tak mahu berbuat demikian.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Jika Ingin Berguru
Salam Zulia,
Perakuan puan tidak bermakna apa-apa sebab pada akhirnya nanti hanya Tuhan yang akan menentukan atau mempertimbangkan amalan puan itu. Malah anggota badan puan sendiri pun akan menjadi saksi bagi pihak Tuhan dan pengakuan puan tidak diperlukan di mana mulut puan akan dikunci pada ketika itu.

36:65 Hari ini, Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan
mereka akan bercakap kepada Kami, dan kaki mereka akan menjadi saksi
kepada apa yang telah mereka lakukan.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Jika Ingin Berguru
Salam,
Sekadar berani mengatakan amalan sendiri bertepatan dengan Al Quran tanpa menunjukkan bukti mana ayat Al Qurannya, semua orang boleh cakap. Kita di sini bukannya nak dengar pengakuan atau sumpah, tetapi nak tengok mana buktinya selaras dengan pengakuan mereka kata ikut Al Quran. Ketidakmampuan mereka tunjukkan mana buktinya itu menandakan kebaculan mereka.
Lainlah awal-awal lagi mereka kata amalan mereka bukan berlandaskan Al Quran, tidak perlu mereka buktikan mana ayat Al Qurannya.
Sekadar berani mengatakan amalan sendiri bertepatan dengan Al Quran tanpa menunjukkan bukti mana ayat Al Qurannya, semua orang boleh cakap. Kita di sini bukannya nak dengar pengakuan atau sumpah, tetapi nak tengok mana buktinya selaras dengan pengakuan mereka kata ikut Al Quran. Ketidakmampuan mereka tunjukkan mana buktinya itu menandakan kebaculan mereka.
Lainlah awal-awal lagi mereka kata amalan mereka bukan berlandaskan Al Quran, tidak perlu mereka buktikan mana ayat Al Qurannya.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
Salam Puan Zulia,
Sekadar pengakuan di mulut yang mengatakan ianya dari al-quran semua orang boleh buat. Tapi, nak kemukakan bukti-bukti yg berlandaskan al-quran itu yang payahnya.
Saya pun boleh cakap, yang amalan2 saya dari al-quran. tapi, kalau saya tak boleh tunjukkan bukti-buktinya berlandaskan al-quran, cakap saya tak ada guna juga meskipun saya bersumpah 1000 kali.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Jika Ingin Berguru
saya berani katakan sebab saya percaya ia benar. Saya tak perlu pengesahan anda bertiga. Anda yang kononnya mengikut al quran itu, tak seorang pun berani mengaku amalannya benar. Nak mengaku dgn mulut pun tak berani. Cakap saja besar. Jadi anda pun tak de bukti atau tak tahu. bila suruh belajar tak nak. Konon boleh buat sendiri. tapi tak tahu2 juga. Dengan membiarkan diri dalam kejahilan tidak akan melepaskan diri kita dari hukum Allah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Jika Ingin Berguru
Zulia wrote:saya berani katakan sebab saya percaya ia benar.
Orang-orang yang sujud kepada matahari, bulan, berhala pun akan berani cakap amalan mereka benar. tapi, bila diminta bukti tidak pula berani nak kemukakan. bagaimana nak tahu kebenaran kata2 mereka kalau tiada bukti.
macam orang salah yang berani berkata "saya percaya saya benar". tapi bila diminta bukti kebenaran kata2nya, tidak dapat ditunjukkan.
itulah caranya bagaimana kita nak membezakan kebenaran kata2 seseorang apabila ditunjukkan dengan bukti2 yang kukuh.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Jika Ingin Berguru
Salam,
Benar Bayau. Kalau kita fikirkan, jika seseorang itu mengaku dirinya benar, itu menunjukkan seseorang itu menjadikan dirinya sebagai hakim untuk judge dirinya sendiri (masuk bakul angkat sendiri). Tetapi bila kita melihat pada bukti-bukti yang dikemukakan, itu menandakan kita jadikan Allah sebagai Hakim sesama kita kerana yang mengizinkan seseorang itu mampu kemukakan bukti atau tidak adalah Allah.
Contohnya dalam kes memahami erti solat yang sebenar, satu pihak mampu mengemukakan ayat-ayat Al Quran untuk membuktikan bahawa erti solat adalah komitmen dan ada satu lagi pihak tidak mampu kemukakan ayat-ayat Al Quran untuk menunjukkan solat adalah amalan ritual sembahan ke arah sesuatu objek.
Kenapa ada yang mampu dan ada yang tak mampu kemukakan Al Quran sebagai dalil? Itu menunjukkan Allah telah menetapkan keadaan begitu yang ramai manusia tidak sedari.
Mereka boleh tipu orang lain untuk mengatakan diri mereka benar, tetapi mereka tidak mampu lawan Kuasa Tuhan yang menjadikan mereka termasuk orang-orang yang tak mampu kemukakan bukti seperti mana orang musyrik terdahulu tak mampu kemukakan bukti-bukti kukuh untuk mengatakan amalan sujud ke arah matahari itu adalah perintah Allah.

tolokminda wrote:
Perakuan puan tidak bermakna apa-apa sebab pada akhirnya nanti hanya Tuhan yang akan menentukan atau mempertimbangkan amalan puan itu. Malah anggota badan puan sendiri pun akan menjadi saksi bagi pihak Tuhan dan pengakuan puan tidak diperlukan di mana mulut puan akan dikunci pada ketika itu.
Sumpah adalah merupakan kesaksian terhadap diri sendiri. Sumpah tidak sembarang dilakukan. Sumpah dilakukan jika tidak ada saksi selain diri sendiri, sebagaimana dijelaskan dalam Alquran tentang kasus menyaksikan pasangan berzina, sedangkan tidak ada orang lain sebagai saksi.
Tentang salat banyak ayat-ayat Alquran yang menjadi saksi, sehingga sama sekali tidak perlu bersumpah.
Selain tangan dan kaki,
tolokminda wrote:
36:65 Hari ini, Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan
tangan-tangan mereka akan bercakap kepada Kami, dan kaki mereka akan
menjadi saksi kepada apa yang telah mereka lakukan.
ayat-ayat Alquran juga akan menjadi saksi di hari Kiamat. Hal tersebut yang saya pahami sebagai, rasul menjadi saksi atas kamu. Jika rasul dipahami sebagai Nabi Muhammad, maka beliau telah lama wafat, sehingga tidak mungkin menjadi saksi atas umat sesudahnya.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Jika Ingin Berguru
Salam,
Menjadikan Al Quran sebagai saksi sudah pasti adil untuk semua yang mengaku mengikut Al Quran. Kalau jadikan kehendak hati sendiri sebagai saksi, orang yang sujud kepada matahari pun bersaksikan yang mereka adalah benar.
Menjadikan Al Quran sebagai saksi sudah pasti adil untuk semua yang mengaku mengikut Al Quran. Kalau jadikan kehendak hati sendiri sebagai saksi, orang yang sujud kepada matahari pun bersaksikan yang mereka adalah benar.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
ikut AQ apa kalu air kencing anjing pun OK @ suci, AQ kata dirikanlah solat maknanya ada feel pebuatan solat tapi puak2 akal mana ada feel kelakuan solat, yg ada cuma cakap2 0 saja, mmg hempehJuang wrote:Salam,
Menjadikan Al Quran sebagai saksi sudah pasti adil untuk semua yang mengaku mengikut Al Quran. Kalau jadikan kehendak hati sendiri sebagai saksi, orang yang sujud kepada matahari pun bersaksikan yang mereka adalah benar.
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Jika Ingin Berguru
semut api wrote:ikut AQ apa kalu air kencing anjing pun OK @ suci, AQ kata dirikanlah solat maknanya ada feel pebuatan solat tapi puak2 akal mana ada feel kelakuan solat, yg ada cuma cakap2 0 saja, mmg hempehJuang wrote:Salam,
Menjadikan Al Quran sebagai saksi sudah pasti adil untuk semua yang mengaku mengikut Al Quran. Kalau jadikan kehendak hati sendiri sebagai saksi, orang yang sujud kepada matahari pun bersaksikan yang mereka adalah benar.
aku setuju cakap semut , sebab tu cakap semut selalu tak dak feel
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: Jika Ingin Berguru
Dalam Al Quran, ada kisah semut guna akal untuk tahu menjangka tentera Nabi Sulaiman akan memijak mereka, malangnya "semut" ini tidak menggunakan akal sampai mengatakan air kencing anjing itu suci dan boleh diminum. Bila diminta mana bukti ayat Al Quran kata kencing anjing adalah suci, tidak pula ia bawakan bukti.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
Salam,
Dalam kisah perjalanan Nabi Musa menemui seseorang hamba Allah (rujuk surah Kahfi ayat 60 ~82), ia boleh dijadikan panduan untuk kita mencari seseorang "guru" jika mahu menimba ilmu sebagai pedoman hidup.
Kisah itu menceritakan bagaimana pertemuan Nabi Musa dengan "guru" itu ditentukan oleh Allah. Bukannya Nabi Musa pergi berjumpa pembesar-pembesar agama di zamannya. Allah lagi tahu siapa "guru" yang sebaik-baiknya mengajar, maka serahkan kepada Allah agar kita ditemui dengan guru yang jujur dan tidak berat sebelah.
Allah juga tidak mengkhabarkan siapakah latar belakang "guru" yang bakal ditemui oleh Nabi Musa itu. Ini menunjukkan dalam mencari ilmu, bukan latar belakang atau status seseorang itu yang perlu dilihatnya untuk menentu benar atau tidak seseorang itu.
Kemudian "guru" yang didampingi oleh Nabi Musa itu adalah seorang yang tidak dikenali atau dipuja ramai oleh sesuatu masyarakat. Ini terbukti apabila sampai di sebuah negeri, mereka diberi layanan buruk sebagai tetamu. Maka carilah guru yang low-profile dalam masyarakat yang dilihat seperti orang biasa. Orang sebegini akan mencurahkan ilmunya tanpa mengharapkan upah atau glamer, sebab dia tiada kepentingan peribadi untuk dijaga.
Dan "guru" yang mengajar Nabi Musa itu tidak mengajar "agama" secara berceramah dan mengumpul ramai pengikut.

pilihlah guru yg mahir lagi mursyid, bukan akal kerana dlmnya banyak perkara was2 juga yg disenangi hawa nafsu
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Jika Ingin Berguru
Maknanya guru mursyid itu tak berakalkah? Jika mereka tak guna akal, maknanya mereka guna nafsulah kan?
Patutlah kaum mereka pemalas berfikir dan ketinggalan dalam bidang ilmu. Gara-gara ikut orang yang tak berakal.
Patutlah kaum mereka pemalas berfikir dan ketinggalan dalam bidang ilmu. Gara-gara ikut orang yang tak berakal.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
terlebih baik dari ikut akal yg dipenuhi kegelojohan nafsu dlm menafsirkan ayat2 Allah, degil
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Jika Ingin Berguru
Kalau sudah guna akal, macam mana boleh gelojoh nafsu? Bukankah akal lawannya nafsu? Samalah kalau sudah terang, macam mana boleh dikatakan gelap pula?
Yang gelojoh adalah manusia yang tak mahu guna akal. Bila syaitan suruh sujud kepada sesuatu objek, dengan gelojohnya mereka turuti membuta-tuli.
Yang gelojoh adalah manusia yang tak mahu guna akal. Bila syaitan suruh sujud kepada sesuatu objek, dengan gelojohnya mereka turuti membuta-tuli.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Jika Ingin Berguru
akal bukan lawannya nafsu. Nafsu lawannya iman. Orang beriman akalnya menuju kpd Allah. Orang tak beriman, samada guna akal atau pun tak guna akal, hasilnya tetap sama iaitu kufur. Inilah basic agama. Sebab itu asas agama adalah iman.
Cakap pun tak guna bukan mereka nak percaya pun.
Cakap pun tak guna bukan mereka nak percaya pun.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Jika Ingin Berguru
Salam Zulia,
Dalam bahasa Melayu iman bermaksud kepercayaan. Orang yang beriman adalah orang yang percaya. Lawan kepada percaya adalah tidak percaya atau ingkar. Dalam bahasa Arab ia disebut kufur.
Akal pula lawannya tidak berakal. Dengan kata lain, jika puan tidak menggunakan akal maka puan sebenarnya mengikut nafsu.
Dalam bahasa Melayu iman bermaksud kepercayaan. Orang yang beriman adalah orang yang percaya. Lawan kepada percaya adalah tidak percaya atau ingkar. Dalam bahasa Arab ia disebut kufur.
Akal pula lawannya tidak berakal. Dengan kata lain, jika puan tidak menggunakan akal maka puan sebenarnya mengikut nafsu.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Jika Ingin Berguru
Salam,
Benar tolokminda. Iman bermaksud kepercayaan. Yang sujud kepada matahari dan bulan juga beriman (percaya) kepada cakap-cakap pembesar agama mereka. Mereka suka beriman pada sesuatu yang diada-adakan dan tidak bukti kukuh. Main telan sahaja tanpa mahu berfikir panjang.
Nafsu datang daripada hati. Keinginan hati yang tidak terkawal itulah dipanggil nafsu. Untuk mengawal keinginan itu, maka kita perlu guna akal. Jangan ikut perasaan.
Umpamanya kita berada di satu simpang tiga jalanraya yang tiada lampu isyarat. Kalau ikut nafsu (kehendak hati) untuk meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh kanan dan kiri, kemungkinan kita ditimpa bahaya adalah tinggi. Tetapi jika kita guna akal untuk melihat dahulu ada tak kereta-kereta lain di kiri atau kanan jalan, kita dapat menjauhkan diri daripada bahaya kemalangan.
Tetapi sikap orang Islam hari ini pemalas guna akal. Mereka suka menurut rasa. Sebab itulah umat Islam hari ini mudah berpecah-belah bila datang orang-orang tertentu menghasut berebut kuasa atas nama "menegakkan negara Islam". Mereka suka bertindak melulu sahaja. Mereka suka dengar khabar angin dan hasutan daripada membuat pertimbangan terlebih dahulu.

iman ertinya percaya, macamamana kau boleh percaya yg solat=membaca=komitmen? lawak betulla puak2 kau ni
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Jika Ingin Berguru
Sebab berpandukan ayat-ayat Al Quran, solat lebih logik dimaksudkan komitmen, bukannya amalan sujud ke arah bangunan batu. Tambahan pula bila kita tanya mereka mana dia ayat-ayat Al Quran suruh sujud ke arah bangunan batu, mereka duk diam membatu sahaja. Lagi-lagilah kita tak percaya pada pendusta yang cakap tanpa bukti itu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Page 2 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 7
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|