Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Pedoman Nabi Ibrahim
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Pedoman Nabi Ibrahim
Erti Menyembah Pemelihara Semesta Alam
26:69. Dan bacakanlah kepada mereka berita Ibrahim.
26:70. Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu sembah?"
26:71. Mereka berkata, "Kami menyembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."
26:72. Berkata, "Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu menyeru?
26:73. Atau mereka memanfaatkan kamu, atau memudaratkan?"
Ada sesetengah manusia menyembah sesuatu yang tidak memberikan manfaat bila dilakukannya dan tidak mendatangkan mudarat bila meninggalkannya. Hakikatnya mereka bukan menyembah Tuhan yang sebenarnya, melainkan "berhala-berhala" sahaja (perkara yang diada-adakan).
Menyembah Tuhan yang sebenar-benarnya pastilah akan mendatangkan faedah kepada diri manusia itu sendiri. Ini kerana yang mengurniakan faedah kepada manusia itu adalah Tuhan semesta alam. Seharusnya orang yang percaya kepada Allah, mereka melakukan sesuatu yang mampu mendapat kesan baik daripada apa yang dilakukannya, bukannya sekadar main pakai buat apa yang orang lain lakukan (beragama ikut-ikutan) atau tekun kepada sesuatu yang tidak berfaedah.
26:74. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendapati bapa-bapa kami berbuat seperti yang demikian."
26:75. Berkata (Ibrahim), "Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,
26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
26:77. Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,
Tetapi orang yang memusuhi Allah, mereka beragama mengikut apa yang bapa-bapa mereka buat sahaja. Mereka tidak memikirkan apa yang mereka sembah itu memberi manfaat kepada diri mereka dan dapat menjauhi mudarat. Mereka beranggapan bapa-bapa mereka itulah "ahli" yang layak untuk mengajar mereka cara menyembah Allah dengan betul. Sedangkan Rasul Allah itu suruh manusia memikirkan apa yang disembah itu apakah benar-benar Tuhan yang mendatangkan manfaat atau mudarat, atau sekadar "berhala" yang tidak memberi apa-apa kesan, bukannya pergi sembah kepada "ahli" itu.
Allah memelihara semesta alam ini dengan hukum yang jelas dan kukuh. Maka untuk menyembah Allah, kenalah tunduk kepada hukum yang Allah telah tetapkan, yang jika kita melakukannya, kita akan dapat manfaat dan menolaknya, kita akan dapat mudarat.
Contohnya Allah telah tetapkan hukum bahawa manusia akan jadi bijak dengan rajin berfikir. Bila jadi bijak, diri manusia itu akan dapat kesan baiknya. Sedangkan yang malas berfikir, akan jadi bodoh. Manusia yang bodoh akan menghadapi hidup yang sukar dan sempit sampaikan nak fikirkan cara solat mereka pun tak tahu.
Dengan memastikan hidup ke arah kebijaksanaan, itulah cara manusia menyembah Allah. Sebab itulah para Nabi dan Rasul adalah manusia yang bijaksana. Dan tak logik Allah mencipta manusia untuk jadi bodoh. Hanya manusia yang menzalimi dirinya sendiri (tidak meletakkan otak pada tempatnya) sahaja akan jadi bodoh.
Sebutkan satu nama Nabi atau Rasul yang ada dikisahkan dalam Al Quran merupakan orang yang bodoh lagi bengap? Tetapi macam mana ada manusia berkata mereka ikut sesuatu ajaran Nabi, tetapi kaum mereka hidup dalam keadaan lemah akibat kebodohan dan pemalas berfikir?
26:78. Yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri memberi petunjuk kepadaku,
26:79. Dan Dia, Dia Sendiri memberi aku makan dan minum,
26:80. Dan setiap kali aku sakit, Dia menyembuhkan aku,
26:81. Yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku,
26:82. Dan yang aku menginginkan akan mengampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).
Yang mencipta kita adalah Allah bukan selainNya. Bukan "ahli" itu yang mencipta kita. Allah lebih kenal siapa kita daripada "ahli" yang mereka sangkakan itu.
Yang memberi petunjuk juga adalah Allah, bukan "ahli" itu. Selain daripada Allah, mereka hanya boleh menyampaikan petunjuk, bukannya memberi petunjuk. Dan tanda-tanda seseorang itu menyampaikan petunjuk, mereka mampu menyampaikan dengan terang dan jelas (seperti para Nabi dan Rasul lakukan), tanpa perlu bersandar pada nama-nama alim ulamak terdahulu.
Yang memberi kita makan dan juga adalah Allah. Sebab itu biarpun ramai orang Islam yang melarat dan sakit di serata dunia, bukannya alim ulamak itu yang memberi rezeki dan menyembuhkan manusia.
Dan yang mematikan dan menghidupkan kita atas sesuatu tujuan adalah Allah. Dia Maha Mengetahui apa tujuan kita dihidupkan yang memiliki minat yang berbeza-beza dalam sesuatu bidang ilmu. Bukannya "ahli" itu yang tahu apa yang kita minat. Kalau ikut cakap "ahli" itu, sudah pasti mereka hanya tahu hendak menghukum orang lain sesat kerana tidak ikut ajaran mereka. Walhal terang-terang Al Quran sebut bahawa Allah sahaja yang tahu siapa yang mendapat petunjuk dan siapa yang sesat. Di situ kita sudah nampak mereka merasakan diri mereka setara dengan Allah (berani menghukum akidah manusia lain).
Peliharalah dirimu dari azab api neraka yang bahan bakarnya akan manusia dan batu.
26:83. Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih,
26:84. Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir (orang-orang kemudian).

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Daripada kisah Nabi Ibrahim itu, Tuhan yang perlu kita sembah adalah Tuhan yang menetapkan peraturan di mana apabila kita ikut peraturanNya itu, kita akan dapat manfaat, dan jika kita meninggalkan laranganNya, kita akan mendapat mudarat.
Contohnya, apabila Dia suruh manusia berfikir dan meneliti kejadian alam, manusia yang mengikut perintah itu akan dapat manfaat. Mereka dikurniakan ilmu yang tinggi dan kepandaian mencipta pelbagai teknologi sehingga teknologi merawat penyakit jantung. Dan sesiapa yang malas berfikir, mereka tidak dikurniakan ilmu yang tinggi.
Tetapi ada manusia mengada-adakan peraturan lain untuk membuat amalan ritual yang tidak memberi manfaat atau mudarat. Mereka buat hukum, sesiapa yang tidak buat amalan seperti yang mereka tetapkan, dikira bukan Islam lagi. Tetapi apabila mereka diserang penyakit jantung, kepada kaum-kaum yang mereka kata bukan Islam juga yang mereka pergi harapkan pertolongan.
Tidakkah perangai sebegitu suatu yang memalukan? Nampak sangat amalan ritual yang mereka tetapkan itu tidak mampu memberi manfaat kepada diri mereka sendiri.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Ke mana Nabi Ibrahim mengadapkan wajahnya?
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu mengambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
Nabi Ibrahim lahir daripada kaum yang mengadap ke arah patung-patung (binaan manusia) kononnya itulah tanda menyembah Tuhan.
6:75. Demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia menjadi antara orang-orang yang yakin.
Kemudian Allah tarik perhatian Nabi Ibrahim kepada penciptaan alam semesta (langit dan bumi) untuk menjadikannya di antara orang-orang yakin pada kebenaran. Bila yakin pada kebenaran, barulah datang yakin pada diri sendiri. Tidaklah baginda menurut membuta-tuli ajaran pembesar-pembesar agama yang diamalkan oleh bapanya sendiri.
6:76. Apabila malam menutupi di atasnya, dia melihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai yang terbenam."
Oleh kerana tidak yakin pada patung-patung sebagai objek perantara dengan Tuhan semesta alam, baginda mencari bagaimana rupa Tuhan. Mulanya baginda menganggap sebuah bintang sebagai Tuhan. Namun bila bintang itu terbenam, baginda tidak menyukai tuhan yang sebegitu lemah sifatnya.
6:77. Apabila dia melihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat."
Kemudian baginda merasakan bulan lebih logik untuk dianggap sebagai Tuhan. Namun bulan juga terbenam juga seperti bintang tersebut. Hatinya menolak tuhan yang sebegitu sifatnya.
6:78. Apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan.
Kemudian baginda mengadap ke matahari terbit dan beranggapan itulah Tuhan kerana saiznya lebih besar. Namun matahari juga mengalami proses terbenam juga. Daripada pencariannya itu, dapatlah baginda mengenal siapa Tuhan yang perlu dihadapkan dirinya itu.
6:79. Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang memulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan."
Nabi Ibrahim mengadapkan wajahnya kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Apakah kita sudah mencontohi pedoman baginda?
Pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah Nabi Ibrahim ini adalah;
- Mengadap kepada Allah bukannya perlu kepada apa-apa objek baik daripada patung, bintang, bulan atau matahari. Maksud mengadap kepadaNya adalah dengan melihat Kuasa yang mencipta semesta alam ini. Pada Yang Berkuasa itulah kita abdikan diri.
- Jika benar Nabi Ibrahim menyuruh manusia mengadap bangunan batu yang dipanggil Ka'abah itu, sudah pasti selepas ayat 6:79 ada menceritakan cara Nabi mengadap wajahnya kepada Allah adalah dengan mengadap bangunan batu itu. Namun hakikatnya, semua itu tidak ada ditetapkan dalam Al Quran. Orang-orang musyrik terpaksa mengada-adakan apa yang Allah tidak pernah tetapkan.

Adakah anda menyalahkan Al quran kerana tidak menjelaskan kepada anda tentan cara sembahyang?
Tidakkah Al quran telah memerintahkan kita bukan sekadar ikut tetapi perlu taati Nabi dan taati Allah. Kalau kita benar beriman dengan ayat Allah bukan sekadar solat. Segalanya kita mesti ikut cara Nabi dalam hidup kita, kerana Nabi yang paling taat kepada Allah. Tapi mampukah kita melakukan? Sebab itu dalam perkara agama, samada solat, puasa, zakat dan haji adalah menurut cara Nabi.
Kalau tak ikut kafirlah kita kepada al quran, kepada nabi, dan juga Allah.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,Zulia menulis,
Adakah anda menyalahkan Al quran kerana tidak menjelaskan kepada anda tentan cara sembahyang?
Kalau dah tau sembahyang ritual tu tak ada dijelaskan di dalam Al-Quran, takkanlah nak mengada-adakan pulak? Kalau nak disalahkan tentulah salahkan orang yang mengada-adakan tu. Kenapa nak salahkan Al-Quran?
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Nabi telah menunjukkan solat yang diwajibkan kepada umatnya. Adakah anda mendustakan nya?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Boleh puan buktikan "solat yang telah diwajibkan kepada umat Nabi" itu sama sepertimana solat yang puan amalkan sekarang dengan mengemukakan ayat Al-Quran? Kalau puan gagal, puanlah orang yang berdusta.
Boleh puan buktikan "solat yang telah diwajibkan kepada umat Nabi" itu sama sepertimana solat yang puan amalkan sekarang dengan mengemukakan ayat Al-Quran? Kalau puan gagal, puanlah orang yang berdusta.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
adakah tuan menafikan ayat alquran yang menyuruh mendirikan solat.
Nyatakan dengan Nama Allah kalau anda tidak berdusta.
Nyatakan dengan Nama Allah kalau anda tidak berdusta.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Saya tanya mana buktinya solaa yang Tuhan suruh dirikan itu sama dengan solat ritual puan. Pernahkah selama ini saya mengatakan suruhan solaa tidak ada dalam Quran. Malah saya telah membuat banyak penjelasan tentang solaa yang saya faham. Sekarang saya tanya puan sekali lagi, mana buktinya solaa yang Tuhan suruh dirikan itu sama dengan solat ritual puan?
Sila kemukakan bukti kalau puan seorang yang benar.
Saya tanya mana buktinya solaa yang Tuhan suruh dirikan itu sama dengan solat ritual puan. Pernahkah selama ini saya mengatakan suruhan solaa tidak ada dalam Quran. Malah saya telah membuat banyak penjelasan tentang solaa yang saya faham. Sekarang saya tanya puan sekali lagi, mana buktinya solaa yang Tuhan suruh dirikan itu sama dengan solat ritual puan?
Sila kemukakan bukti kalau puan seorang yang benar.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
buktinya dari orang yang beriman dan anda boleh bertanya pada mereka. Jangan tanya pada orang kafir. He he
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Jadi puan ni orang kafirlah. Baiklah kalau begitu.

anda jelas menfitnah saya, kalau saya tak maafkan anda, bagaimana nasib anda.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Saya fitnah puan? Bukankah apabila saya bertanya puan ini,
Puan menjawab begini,
Maknanya dari jawapan puan itu, kalau puan seorang yang beriman tentulah puan boleh menjawab soalan saya dan bukannya suruh saya pergi tanya mereka yang beriman.

Mana buktinya solaa yang Tuhan suruh dirikan itu sama dengan solat ritual puan?
Puan menjawab begini,
buktinya dari orang yang beriman dan anda boleh bertanya pada mereka. Jangan tanya pada orang kafir. He he
Maknanya dari jawapan puan itu, kalau puan seorang yang beriman tentulah puan boleh menjawab soalan saya dan bukannya suruh saya pergi tanya mereka yang beriman.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
anda telah menfitnah saya dua kali.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Saya tidak fitnah puan. Puanlah yang memperbodohkan diri sendiri. Sekarang bila lidah sendiri terbelit, bukti pun tak ada mulalah merapu macam biasa. Saya tidak terkesima pun dengan gelecekan palsu puan. Apatah lagi bukti yang diminta pun puan belum beri.

anda jelas menfitnah saya dan tidak mahu meminta maaf pada saya.
Walaupun berbeza pendapat saya tak mengkafirkan forumer lain. Anda tahukah hukum mengkafirkan seseorang. Dan bagaimanakah anda memohon maaf kesalahan pada manusia?
Walaupun berbeza pendapat saya tak mengkafirkan forumer lain. Anda tahukah hukum mengkafirkan seseorang. Dan bagaimanakah anda memohon maaf kesalahan pada manusia?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Kita minta maaf kalau buat salah. Tapi kalau puan yang tersalah langkah jangan kata lantai yang tidak rata dan suruh ia mohon maaf pulak.
Kita minta maaf kalau buat salah. Tapi kalau puan yang tersalah langkah jangan kata lantai yang tidak rata dan suruh ia mohon maaf pulak.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Anda tetap bersalah pada saya dan saya akan menuntutnya didepan Allah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Salam Zulia,
Tuntutlah. Sememangnya Tuhan kata Dialah yang akan menjadi hakim ke atas apa yang kita perselisihkan. Saya tidak ada masalah dengan hakikat ini.
Tuntutlah. Sememangnya Tuhan kata Dialah yang akan menjadi hakim ke atas apa yang kita perselisihkan. Saya tidak ada masalah dengan hakikat ini.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Pedoman Nabi Ibrahim
Bagaimana manusia terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
Jika A adalah orang yang beriman, sudah pasti A itulah yang akan mampu memberikan bukti selaras dengan apa yang dia katakan bahawa bukti itu ada pada orang yang beriman.
Kegagalan A membawakan bukti menunjukkan secara tidak langsung A sudah meletakkan dirinya sebagai seorang yang kafir.
B bertanya kepada A kerana bersangka baik yang A seorang yang beriman. Tetapi bila A suruh bertanya kepada orang lain yang beriman dan jangan tanya pada orang kafir, seolah-olah A mengaku dirinya kafir.
Namun sedikit sekali mereka menyedari apa yang mereka katakan itu.
A wrote:buktinya dari orang yang beriman dan anda boleh bertanya pada mereka. Jangan tanya pada orang kafir. He he
B wrote:Jadi puan ni orang kafirlah. Baiklah kalau begitu.
Jika A adalah orang yang beriman, sudah pasti A itulah yang akan mampu memberikan bukti selaras dengan apa yang dia katakan bahawa bukti itu ada pada orang yang beriman.
Kegagalan A membawakan bukti menunjukkan secara tidak langsung A sudah meletakkan dirinya sebagai seorang yang kafir.
B bertanya kepada A kerana bersangka baik yang A seorang yang beriman. Tetapi bila A suruh bertanya kepada orang lain yang beriman dan jangan tanya pada orang kafir, seolah-olah A mengaku dirinya kafir.
Namun sedikit sekali mereka menyedari apa yang mereka katakan itu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum