Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Rajin-rajinlah Membaca Untuk Dapat PetunjukNya
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1

96.1. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Ada manusia menganggap, belajar agama memerlukan tok guru. Tetapi Al Quran membuktikan sebaik-baik cara belajar agama adalah dengan rajin membaca. Sebab itulah ayat-ayat yang disampaikan oleh lisan Rasulullah, dicatatkan dan kemudian dipanggil Al Quran (Bacaan).
Sudah pasti untuk tahu membaca, kita perlukan orang yang sudah tahu membaca sebagai guru kita. Tetapi itu bukan bermakna, untuk belajar agama, kita perlukan tok guru. Sebaik-baik guru agama adalah Allah yang akan mengajar kita agama bila kita jadi manusia yang rajin membaca.
Membaca boleh mengembangkan minda. Jika kita baca ilmu yang benar berulang-ulang kali, pasti pemikiran kita bercambah. Sebab itu, biarpun kita bawakan huraian ayat sependek 96.1 ini berulang kali, tetapi Allah kurniakan kita ilham yang berbeza-beza perspektifnya mengikut pengalaman hidup yang telah kita lalui. Kita tidak jemu-jemu memikirkan sesuatu ayat Al Quran.
Huraian kita tidak jadi sama, sebaliknya sentiasa berbeza-beza. Jika seorang manusia belajar satu ayat Al Quran dan mampu menghuraikan dalam bentuk yang berbeza-beza, apa lagi kalau ramai manusia berfikir ayat-ayat Al Quran itu. Pasti umat Islam akan jadi lebih terbuka, lapang, luas dan dinamik kerana mereka tidak lagi taksub pada sesuatu aliran dan sempit pada sesuatu pemikiran.
Membaca memberikan kelonggaran kepada manusia untuk memilih waktu yang sesuai untuk mendalami sesuatu tulisan. Berbanding sekadar mendengar kuliah, fokus manusia belum tentu sesuai dengan waktu kuliah itu. Tetapi bila kita membaca, kita boleh mengetahui pada waktu bilakah kita tenang untuk mentelaah sesuatu bacaan itu.
Rajin-rajinlah membaca, kerana dengan membaca ilmu akan masuk ke dalam dada. Bacalah dengan nama Tuhan Yang Mencipta. Bacalah sesuatu yang ada isi pengajaran dan selari dengan hukum alam, kerana Allah ciptakan alam semesta bukannya kosong dan sia-sia.
Bukannya membaca ayat-ayat dusta yang disandarkan atas nama hamba Allah terdahulu sebagai penguat kata-kata.
Membaca sesuatu yang benar, akal akan jadi berkembang dan bijak, sedangkan baca sesuatu yang dusta akan menyebabkan otak jadi sempit dan b0doh. Seperti kaum kafir terdahulu, mereka hanya menerima ajaran ahli-ahli kitab mereka sahaja tanpa memikirkan sama ada ianya benar atau tidak. Mereka tidak terbuka mendengar ajaran para Rasul mereka kerana berbeza dengan ahli-ahli kitab mereka, biarpun para Rasul itu bawakan ajaran yang logik dan selari dengan hukum alam.
Sudah pasti, bila sesuatu masyarakat itu telah lama hidup beragama mengikut ajaran yang dusta, pastilah mereka nampak apa yang dibawa oleh para Rasul itu suatu yang bercanggah dengan ajaran nenek moyang mereka. Tetapi jika mereka bukakan minda, sudah pasti mereka nampak, apa yang disampaikan oleh para Rasul mereka itu adalah benar. Sebab itulah orang kafir tersebut tidak mampu mematahkan hujah para Rasul mereka dengan membawa sesuatu yang logik difikirkan, melainkan mereka sekadar bawakan ejek-ejekan sahaja....

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14
Re: Rajin-rajinlah Membaca Untuk Dapat PetunjukNya
5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?
Allah menurunkan ilmu kepada manusia dan Rasul menunjukkan contoh bagaimana ilmu itu dipraktikkan dalam kehidupan agar agama itu menjadi mudah dan lapang setelah lama ia disempit-sempitkan oleh golongan yang berbangga diri dengan anutan kaumnya sahaja yan Islam dan kaum lan mereka kata kafir.
Tapi kaum yang berbangga diri itu kata cukup bagi mereka menurut apa yang bapa-bapa mereka ajar. Mereka diajar supaya sembah ke arah batu hitam, mereka menurut membuta-tuli tanpa mengetahui apa matlamatnya, kemudian merasakan mereka telah Islam dan orang yang tidak menyembah seperti mereka tidak Islam. Bukankah bangga diri itu menyebabkan iblis jadi golongan yang sesat?
5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yang sesat tidak memudaratkan kamu jika kamu mendapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.
Maka, sesiapa yang beriman, jagalah jiwanya sendiri daripada penyakit bangga diri itu. Itulah petunjuk yang jelas dari sisi Allah. Mana mungkin Allah suruh manusia berbangga diri.
Setelah mendapat petunjuk yang benar, orang sesat tidak akan dapat memudaratkan orang yang mendapat petunjuk itu. Perumpamaannya seperti orang yang berada dalam gelap, mampukah mereka nak memudaratkan orang yang berada dalam terang sebab dalam gelap, jiwa mereka dalam ketakutan.
18:57. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.
Orang yang tertutup pintu hatinya tidak akan dapat petunjuk biar macam mana mereka diberikan bukti yang jelas untuk membezakan apa itu benar dan apa itu bathil. Perasaan bangga diri mereka telah menyebabkan hati mereka menjadi buta sehingga biarpun umat mereka telah lama lemah dan berpecah-belah pun masih nak berbangga diri kononnya umat mereka terbaik...

» Rajin Membaca dan Menulis
» Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?
» Nabi pandai membaca, menulis
» Belajar agama untuk faham atau untuk hafal?
» Nabi pandai membaca, menulis
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|