e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Solat Orang Beriman I_vote_lcap6%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap23%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap21%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap8%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap8%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap6%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap6%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap0%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap6%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap4%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap0%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap1%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap3%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap1%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Solat Orang Beriman I_vote_lcap5%Solat Orang Beriman I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
Juang (3494)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Solat Orang Beriman I_vote_lcapSolat Orang Beriman I_voting_barSolat Orang Beriman I_vote_rcap 

Keywords

2013  baqarah  2024  2012  2010  2011  

Solat Orang Beriman

+6
Adli
WARIS
slipar
suarajagat
lombo
Juang
10 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

Solat Orang Beriman Empty Solat Orang Beriman

Post by Juang Fri Jun 05, 2009 1:05 pm

Solat bukan perbuatan baru yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad. Malah bukan manusia sahaja tahu bersolat. Semua makhluk Allah yang taat pada hukum alam, tahu melakukan solat masing-masing.

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (An Nuur: 41)

Jadi macam mana kaum penyembah Nabi itu tidak tahu solat untuk diri mereka sendiri sampai terkial-kial mencari riwayat hadis? Kerana tidak menjumpai cara bersolat gerakan ritual yang diajar oleh nenek moyang mereka itulah, mereka adakan alasan bahawa perlunya riwayat hadis untuk memahami Al Quran. Padahal tiada satu ayat Al Quran pun suruh manusia mencari riwayat hadis, sebab Nabi Muhammad sudah sempurnakan ketetapan ajaran Islam semasa hayat baginda. Yang tidak ditetapkan dalam Al Quran itu bermakna Allah beri kebebasan manusia memikirkan, sebab Al Quran itu kitab untuk orang berakal, bukan orang pemalas berfikir.

Pada solat itulah kita boleh menilai tahap keimanan seseorang manusia itu kepada Allah. Orang yang beriman, solat mereka bukan berbentuk gerakan ritual yang mengikut apa yang orang terdahulu lakukan. Yang bersolat macam itu adalah kaum yang ikut ajaran nenek moyang yang banyak dicatat dalam Al Quran. Jika manusia itu benar-benar beriman kepada Allah, dia akan tahu cara solat terbaik untuk dirinya sebab mereka telah belajar dengan Allah. Bayangkan Nabi Adam yang tidak ada bapa dan nenek moyang pun boleh tahu cara solat untuk dirinya, kenapa kita tidak boleh tahu? Logik yang menunjukkan manusia boleh tahu solat mereka masing-masing sudah ada dengan melihat fitrah kejadian diri manusia sejak Adam diciptakan. Jadi tanpa guna riwayat hadis, semua golongan beriman boleh tahu cara solat mereka masing-masing.

Solat adalah urusan setiap makhluk Allah agar menjadi makhluk yang taat kepada hukum alam yang Allah cipta dan tidak menyekutukanNya. Tanpa taat pada hukum alam, makhluk tersebut pasti terpesong dari jalan yang ditetapkan. Umpamanya, Allah tetapkan manusia supaya jadi manusia yang ada kemampuan akal untuk mencipta, tetapi akibat tidak ikut hukum alam, mereka mula jadi lebih hina binatang ternak. Kenapa hina daripada binatang ternak? Sebab manusia itu ada akal yang boleh dikembangkan, tetapi mereka membataskan akal mereka sehingga tidak tahu mencipta seperti binatang ternak juga. Betapa hinanya mereka.

Hanya makhluk yang tidak taat pada hukum alam sahaja tidak bersolat dengan erti kata sebenar. Mereka jadikan solat mereka sekadar tiru-tiruan sedangkan ayat Al Quran sebut solat adalah ibadat masing-masing, sebab yang pentingnya biar Allah sahaja yang tahu solat tersebut, bukannya dihebah-hebahkan. Bukankah solat itu untuk Allah? Bukan untuk manusia lain?

Kenapa solat itu dikatakan ibadat masing-masing? Mari kita renung ayat Al Quran di bawah pula;

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya', dan enggan (menolong dengan) barang berguna. (Al Maa'uun:4~7)

Solat adalah ibadah persendirian supaya tidak mendapat kecelakaan dari Allah. Apabila dijadikan solat itu ikut-ikutan, maka manusia itu akan menonjolkan perbuatan solatnya sehingga mereka jadi riya' kerana berbuat solat. Akibatnya, mereka jadi umat yang pemalas kaji ilmu alam sebab merasa bangga kononnya sudah dekat dengan Allah dengan buat solat seperti itu. Mereka jadi lalai memerhatikan hasil solat mereka yang setakat melahirkan umat yang pemalas kaji ilmu alam, yang lemah dan berpecah-belah. Oleh kerana mereka tidak mengetahui banyak hukum alam, Allah tidak kurniakan mereka kepandaian mencipta teknologi dan tidak mampu mencipta barang-barang yang bermanfaat untuk kehidupan manusia.

Ayat Al Quran di atas memang logik terjadi kepada umat Islam sekarang yang menjadikan solat sebagai ibadat ritual yang dipertontonkan kepada umum. Padahal macam mana nak lawan riya' jika dipertontonkan ibadat itu? Kerana itulah golongan beriman menjauhi solat dalam bentuk gerakan ritual yang tidak Al Quran tetapkan kerana kesannya membawa mudarat bukan sahaja pada diri, malah pada umat. Bukankah satu kemudaratan besar bila solat mereka itu sekadar menjadikan mereka kaum yang b0doh, lemah dan berpecah-belah sesama sendiri? Itulah janji kecelakaan kepada orang yang solat begitu.

Jadi, bagaimana solat orang beriman? Ayat surah Al Maa'uun itu ada petunjuknya.

Celaka lawannya selamat. Maka nak solat yang selamat, kita lawan kepada penyebab solat yang mendapat celaka itu iaitu dengan cara;

1) Jadi orang yang sedar diri (lawan kepada lalai). Solat bagi orang yang sedar diri adalah dengan mengembangkan akal, kerana manusia dilebihkan dari makhluk-makhluk lain pada akalnya. Bila akal itu waras dan matang, maka sedar dirilah manusia itu. Dengan akal inilah, manusia mampu mencipta. Kebolehan ini tidak dikurniakan kepada makhluk lain termasuk malaikat. Lihatlah bangsa yang pandai mencipta, Allah kurniakan kelebihan kepada mereka berbanding bangsa yang b0doh mencipta. Itulah hukum alam yang Allah tetapkan. Oleh kerana kita sudah nampak perbandingan nasib kaum yang pandai mencipta dan kaum yang b0doh mencipta, apakah kita hendak bersolat macam kaum yang b0doh mencipta itu?

2) Jadi orang yang merendah diri (lawan kepada riya'). Solat bagi orang yang merendah diri adalah perbuatan yang hanya dia dan Allah sahaja tahu. Yang pentingnya, matlamat supaya menjadi orang yang berfikiran luas dan rasional, bukannya sempit dan tidak ikut pertimbangan yang waras (berprejudis pada yang tidak sepuak dengannya). Di sinilah kita nampak logik, kenapa dalam Al Quran pun tidak tetapkan secara detail cara-cara solat seperti ajaran kaum penyembah Nabi itu lakukan, sebab untuk menjaga hati dari perasaan riya'. Bila masa seseorang beriman itu bersolat dan berapa banyak kali, hanya dia dan Allah sahaja mengetahui.

3) Jadi orang yang banyak menyumbang idea bermanfaat (lawan kepada enggan memberi bantuan berguna). Solat bagi orang yang banyak idea adalah perbuatan yang mengasah minat dan bakat agar menjadi manusia yang memiliki idea-idea kreatif. Kepakaran yang dia miliki digunakan untuk membantu sesama manusia dan Allah bayar golongan beriman dengan rasa kepuasan kerana berjaya membuktikan keupayaan dirinya sendiri. Lihatlah hasil sumbangan para saintis terdahulu yang mengkaji ilmu alam kerana minat, berapa banyak teknologi telah tercipta dan memudahkan kehidupan manusia? Terciptanya komputer dan internet menyebabkan dunia berubah kepada zaman yang menyebabkan maklumat mudah dicapai. Semuanya kerja orang yang minat berfikir, mengkaji dan meneroka alam, bukannya kerja orang pemalas berfikir macam kaum penyembah Nabi itu.

Itulah penjelasan solat bagi golongan beriman agar kesannya menjadi manusia yang banyak menyumbangkan idea bermanfaat kepada kehidupan manusia dan membantu sesama manusia dengan kepakaran yang dimiliki. Bayangkan semua manusia bersolat sedemikian, apakah akan wujud puak-puak dalam beragama?

Cara-cara solat orang beriman?
Tidak ada ketetapan cara bersolat golongan beriman, asalkan matlamat solat itu berjaya menjadikan manusia yang sedar diri, merendah diri dan banyak sumbang manfaat dan ilmu. Barulah tidak jadi umat yang mendapat celaka gara-gara pemalas belajar kaji ilmu alam. Sebab itulah para Nabi dan Rasul terdahulu adalah golongan yang bijak sebab mereka rajin berfikir dan memerhati hukum alam yang Allah ciptakan ini.

Ingatlah, pada solat itu ada ancaman kecelakaan dari sisi Allah. Jadi renungilah solat yang kita lakukan selama ini. Apakah sekadar menjadi umat yang lemah dan berpecah-belah macam kaum penyembah Nabi itu, atau solat yang memberi manfaat kepada manusia lain dan dijauhkan menunjuk-nunjuk perbuatan solat itu (jauh daripada riya').

Puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilham yang benar.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Solat Orang Beriman NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by lombo Fri Jun 05, 2009 1:27 pm

macam mana cara solat geng anti hadis???cuba cerita tatacaranya..kena tido ke..mengiring ke??duduk ke??ke sambil isap rokok??keh!!keh!!
lombo
lombo
Siswazah

Number of posts : 212
Reputation : 0
Credits : 5712
Registration date : 2009-04-27

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Guest Fri Jun 05, 2009 1:28 pm

lombo wrote:macam mana cara solat geng anti hadis???cuba cerita tatacaranya..kena tido ke..mengiring ke??duduk ke??ke sambil isap rokok??keh!!keh!!

aku rasa dalam tandas pun depa leh solat nie.........
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by suarajagat Fri Jun 05, 2009 1:39 pm

mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...
laughing laughing laughing laughing
laugh 1 laugh 1 laugh 1 laugh 1
Eff Hedge Eff Hedge Eff Hedge
http://suarajagat.wordpress.com
suarajagat
suarajagat
Siswa-Siswi

Number of posts : 18
Reputation : 0
Credits : 5479
Registration date : 2009-06-02

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by slipar Fri Jun 05, 2009 2:04 pm

mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...

ya , masa mabok jer bukan solat .
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6240
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by WARIS Fri Jun 05, 2009 3:40 pm

solat tu ada rukunnya...
WARIS
WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 135
Reputation : 0
Credits : 5621
Registration date : 2009-05-18

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by lombo Fri Jun 05, 2009 4:00 pm

slipar wrote:
mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...

ya , masa mabok jer bukan solat .

keh!!keh!!!keh!!!kesian..mengaku jugakk...jaga2..nanti tok imam ngan tok mufti anti hadis masuk kena marah lak ko!!! dancing Very Happy
lombo
lombo
Siswazah

Number of posts : 212
Reputation : 0
Credits : 5712
Registration date : 2009-04-27

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Juang Fri Jun 05, 2009 5:19 pm

WARIS wrote:solat tu ada rukunnya...
Memang ada rukunnya. Tetapi tidak ditetapkan kepada setiap orang sama rukunnya macam penyembah Nabi itu tetapkan.

Kalau kita fikirkan, jika benar solat itu ada rukun yang tetap, dalam Al Quran sendiri sudah ditetapkan. Sedangkan orang sekarang boleh buat buku ketetapan solat, takkanlah Nabi Muhammad tidak mampu menetapkan rukun-rukunnya.

Kaum penyembah Nabi itu kata, kalau solat ditetapkan dalam Al Quran, nanti Al Quran jadi tebal. Tetapi kenapa Al Quran boleh tetapkan cara pembahagian harta, dan ada ketetapan siapa wanita-wanita yang tidak boleh dikahwini yang ayat-ayat pasal ketetapan itu pun panjang-panjang juga. Jika tak nak bagi Al Quran tebal, baik ketetapan itu semua tidak disebut dalam Al Quran.

Di sinilah penipuan kaum penyembah Nabi itu agar cara solat dijadikan ketetapan untuk semua manusia seperti yang mereka tetapkan. Maka lahirlah kaum yang beragama secara menurut sebab mereka tak tahu cara bersolat dan kena rujuk tok guru mereka dan orang terdahulu. Padahal mereka sedar dalam Al Quran ada kisah kaum yang menurut ajaran nenek moyang mereka.

Hanya Allah dan setiap golongan beriman itu sahaja tahu rukun dan caranya supaya solat itu tidak berunsur riya'. Kerana menunjuk-nunjuk solat itulah kaum penyembah Nabi itu jadi umat yang hina dan celaka sekarang ini.

Puji-pujian bagi Allah yang mencelakakan kaum penyembah Nabi itu.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Solat Orang Beriman NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Guest Fri Jun 05, 2009 8:00 pm

Juang wrote:
WARIS wrote:solat tu ada rukunnya...
Memang ada rukunnya. Tetapi tidak ditetapkan kepada setiap orang sama rukunnya macam penyembah Nabi itu tetapkan.

Kalau kita fikirkan, jika benar solat itu ada rukun yang tetap, dalam Al Quran sendiri sudah ditetapkan. Sedangkan orang sekarang boleh buat buku ketetapan solat, takkanlah Nabi Muhammad tidak mampu menetapkan rukun-rukunnya.

Kaum penyembah Nabi itu kata, kalau solat ditetapkan dalam Al Quran, nanti Al Quran jadi tebal. Tetapi kenapa Al Quran boleh tetapkan cara pembahagian harta, dan ada ketetapan siapa wanita-wanita yang tidak boleh dikahwini yang ayat-ayat pasal ketetapan itu pun panjang-panjang juga. Jika tak nak bagi Al Quran tebal, baik ketetapan itu semua tidak disebut dalam Al Quran.

Di sinilah penipuan kaum penyembah Nabi itu agar cara solat dijadikan ketetapan untuk semua manusia seperti yang mereka tetapkan. Maka lahirlah kaum yang beragama secara menurut sebab mereka tak tahu cara bersolat dan kena rujuk tok guru mereka dan orang terdahulu. Padahal mereka sedar dalam Al Quran ada kisah kaum yang menurut ajaran nenek moyang mereka.

Hanya Allah dan setiap golongan beriman itu sahaja tahu rukun dan caranya supaya solat itu tidak berunsur riya'. Kerana menunjuk-nunjuk solat itulah kaum penyembah Nabi itu jadi umat yang hina dan celaka sekarang ini.

Puji-pujian bagi Allah yang mencelakakan kaum penyembah Nabi itu.

Smile

rukun solat ajaran ko org nie ape....cuba terangkan dah pandai sgt..

akal manusia hanya cetek....utk memikirkan logik keterlaluan... Rolling Eyes
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by suarajagat Sat Jun 06, 2009 12:22 am

slipar wrote:
mungkin kot...sambil2 penyahtinjaan tu pun solat..
mcm org putih kan suka baca buku & berfikir masa tgh membuang..
al-maklumlah...bilik termenung...

ya , masa mabok jer bukan solat .

sorang solat sambil duduk meneran, sorang sambil cangkong 'erk..erk..' dan sorang sambil kencing berdiri..mcm tu?

tongue tongue shake shake
writer http://suarajagat.wordpress.com
suarajagat
suarajagat
Siswa-Siswi

Number of posts : 18
Reputation : 0
Credits : 5479
Registration date : 2009-06-02

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by slipar Sat Jun 06, 2009 12:55 am

sorang solat sambil duduk meneran, sorang sambil cangkong 'erk..erk..' dan sorang sambil kencing berdiri..mcm tu?

masa tu tak boleh ingat tuhan ke .
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6240
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Sat Jun 06, 2009 5:12 am

Tunjukkan ayat Al Quran mana kata kena tetapkan rukun dalam solat, barulah kami boleh berikan rukun-rukunnya.

Lembab betullah akal kaum penyembah Nabi itu. Kan sudah disebut bahawa cara-caranya bebas asalkan matlamatnya dapat mengembangkan akal.

Tapi kaum penyembah Nabi itu mengembangkan akal sambil duduk meneran dalam tandas. Sudahlah tandas tu sempit, otak mereka pun sempit sama sampai nak fikir cara solat pun tak mampu. Patutlah umat mereka jadi b0doh sekarang ini. Di dunia lagi Allah sudah tunjuk tahap kehinaan mereka itu. Hanya golongan yang tak berakal sahaja yang akan ikut ajaran dusta macam tu.

Hebatnya Allah perlihatkan keb0dohan umat mereka itu... Very Happy
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Guest Sat Jun 06, 2009 12:47 pm

Adli wrote:Tunjukkan ayat Al Quran mana kata kena tetapkan rukun dalam solat, barulah kami boleh berikan rukun-rukunnya.

Lembab betullah akal kaum penyembah Nabi itu. Kan sudah disebut bahawa cara-caranya bebas asalkan matlamatnya dapat mengembangkan akal.

Tapi kaum penyembah Nabi itu mengembangkan akal sambil duduk meneran dalam tandas. Sudahlah tandas tu sempit, otak mereka pun sempit sama sampai nak fikir cara solat pun tak mampu. Patutlah umat mereka jadi b0doh sekarang ini. Di dunia lagi Allah sudah tunjuk tahap kehinaan mereka itu. Hanya golongan yang tak berakal sahaja yang akan ikut ajaran dusta macam tu.

Hebatnya Allah perlihatkan keb0dohan umat mereka itu... Very Happy

anti hadis golongan
sesatttttttttttttttttttttt...larii....sesattttttt.sesattttttttttttt
sesat akal logik deme dah sesatttttttttttttttttttt
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Sat Jun 06, 2009 3:16 pm

Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Haha, baru minta tunjukkan ayat Al Quran yang kata kena tetapkan rukun dalam solat, mereka sudah berpaling lari. Memang tahap keldai liar betullah.

Semakin banyak mereka berhujah di sini, semakin Allah perlihatkan kebenaran ayat-ayat Al Quran. Seronok mereka terus di sini, sebab memudahkan kita memahami ayat-ayat Allah sebab ianya benar-benar logik depan mata. Secara tidak langsung menjadikan kita mudah memahami sesuatu ayat Al Quran kerana kebenaran ayatnya dan tidak perlu pun guna riwayat hadis.

Di sini Allah perlihatkan, nak fahami ayat-ayat Al Quran, kenalah belajar sampaikan kepada kaum musyrik itu sebab Nabi Muhammad fahami ayat-ayat Al Quran ketika baginda berhujah pada kaum musyrik juga.

Tanpa belajar sampaikan ayat Al Quran kepada kaum musyrik itu, sudah tentu kita tak rasa bagaimana susah payahnya Rasulullah menjelaskan ayat-ayat Allah itu sehinggakan kaum seakan-akan keldai itu berpaling lari.

Hari ini Allah perlihatkan lagi KehebatanNya untuk menunjukkan hasil ajaran nenek moyang yang menetapkan solat 5 kali sehari (biarpun Al Quran tidak tetapkan) setakat melahirkan keldai-keldai liar yang takutkan singa sahaja... Very Happy

Teramat-amat Agungnya Allah.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Zahabur Sat Jun 06, 2009 4:48 pm

Adli wrote:Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Cuba kau beri tafsiran dari surah Al-Fatihah.....terjemahan aku dah tahu...
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Guest Sat Jun 06, 2009 4:55 pm

rukun iman ko org aper eksssss.... bertuhan kan akal ker???? affraid
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Sun Jun 07, 2009 7:53 am

Zahabur wrote:Cuba kau beri tafsiran dari surah Al-Fatihah.....terjemahan aku dah tahu...
Kenalilah Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sebab Sifat Pemurah dan Penyayangnya itu, belajarlah dengan Allah, Penetap hukum di alam semesta ini. Nanti Dia akan bagi ilham yang berjela-jela dan logik seperti mana Dia pernah beri kepada Nabi Muhammad dan para Nabi terdahulu. Bila dapat ilham yang berjela-jela itu, puji-pujilah Allah kerana semua ilham yang logik itu Allah yang berikan.

Allah Menguasai hari Pembalasan di mana manusia yang guna akal dibalas jadi bijak dan yang tak guna akal akan jadi b0doh seperti keldai liar. Oleh kerana itu, sembahlah Allah sahaja dengan mentaati hukum alam yang Dia tetapkan. Tidak ada hukum alam menetapkan kaum yang tak guna akal jadi bijak. Dengan membijakkan dirilah baru Allah akan beri pertolongan.

Cuba lihat bagaimana Allah tolong bangsa yang bijak ilmu Allah dan Allah hina kaum yang pemalas kaji Allah sehingga bila negara mereka diserang, Allah tidak tolong mereka biarpun kononnya mereka sembah Allah 5 kali sehari. Kenapa Allah tidak tolong mereka? Sebab mereka menetapkan sesuatu atas nama Nabi, bukan berdasarkan bukti hukum alam. Inilah titik pendustaan mereka. Malah ada tempat mereka dilanda tsunami gara-gara mengajar sembah Nabi.

Oleh kerana itu, sebagai golongan yang berfikir, setelah melihat nasib kaum penyembah Nabi yang dihina sedemikian rupa sejak di dunia lagi, mohonlah petunjuk yang lurus daripadanya. Sesuatu yang lurus itu adalah sesuatu yang ada bukti berupa hukum alam. Sesuatu yang logik itulah pentunjuk yang lurus, sebab ia tidak memerlukan perawi atau nama Nabi untuk membenarkannya, cukuplah hukum alam yang memelihara kebenarannya.

Contohnya petunjuk lurus itu adalah seperti Al Quran atau kitab-kitab yang pernah dikurniakan kepada golongan yang diberikan nikmat dan ketenangan jiwa yang terdahulu. Ini kerana, nak mendapat ilham yang logik dan berjela-jela seperti Al Quran, memerlukan manusia itu tenang jiwanya. Jiwa akan tenang apabila penyakit hati dilawan dan berpegang pada kebenaran semata-mata. Barulah ilham dapat mencurah-curah dengan pantas sebab malaikat yang membawa ilham itukan seumpama cahaya lajunya.

Jika berpegang pada sesuatu yang dusta dan tiada hukum alam, manusia itu akan jadi macam kaum yang dimurkai dan kaum yang sesat. Siapa kaum yang sesat dan dimurkai Allah itu? Sudah pasti golongan yang menyekutukanNya dan sembah Nabi itu. Sebab itulah mereka tidak mampu membawa ilham yang berjela-jela dan logik, gara-gara beragama pemalas berfikir. Kerana pemalas berfikir sedangkan Allah kurniakan mereka akal, maka mereka dapat kemurkaan Allah sehingga sikap mereka sebijik macam keldai liar itu.

Puji-pujian bagi Allah yang memudahkan penghuraian Al Faatihah ikut keadaan umat zaman sekarang.... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Sun Jun 07, 2009 7:56 am

mamatkepok wrote:rukun iman ko org aper eksssss.... bertuhan kan akal ker???? affraid
Mana yang ditetapkan dalam Al Quran, itulah rukun iman orang yang berakal sebab Al Quran kitab untuk manusia yang berakal. So nak tahu, carilah jawapannya dalam Al Quran. J

Jangan cari dalam riwayat hadis pula, nanti hasilnya jadi kaum seakan keldai liar pula. Patutlah mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah sekarang ini. Hanya kaum tak berakal sahaja pergi tetapkan apa yang Al Quran tidak tetap yang tidak disokong oleh hukum alam... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Guest Sun Jun 07, 2009 10:22 am

Adli wrote:

ape rukun iman ko org....??? ko org kan logik akal...kut2 tafsiran ko tu lain...al maklumlah...logik akal kontot katakan...hikhihkihkhik
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Sun Jun 07, 2009 5:01 pm

mamatkepok wrote:ape rukun iman ko org....??? ko org kan logik akal...kut2 tafsiran ko tu lain...al maklumlah...logik akal kontot katakan...hikhihkihkhik
Laa, tak faham bahasa ke? Rujuk Al Quran dan fikirkan, nanti anda akan jumpa rukunnya.

Kalo anda tu taraf-taraf keldai bawa kitab, anda tidak akan jumpa rukun itu sebab anda tidak memikirkan lagi tidak memahami. Macam mana nak faham solat yang Al Quran sebut, kalau mereka mencari dalam riwayat hadis?

B0doh betul mereka. Nak tahu cara solat dalam Al Quran, mereka pergi cari dalam riwayat hadis. Mana nak jumpa? Pergilah cari dalam Al Quran.

Kami sudah jumpa caranya tetapi sebab Al Quran kata celakalah orang yang solat yang menunjuk-nunjuk, maka caranya tidak boleh diperlihatkan kepada umum. Sedangkan Nabi Muhammad pun tak tetapkan caranya dalam Al Quran, apakah patut kami melampaui membuat ketetapan itu pada umum? Macam mana nak jauh dari menunjuk-nunjuk kalau amal itu diperlihatkan caranya?

Yang penting solat kami diketahui caranya oleh Allah, bukannya diketahui oleh orang ramai selaras dengan ancaman Allah memberi celaka kepada orang yang menunjuk-nunjuk solatnya. Patutlah kaum penyembah Nabi itu dicelakakan oleh Allah sehingga jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Logik sekali ayat Al Quran itu... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by WARIS Mon Jun 08, 2009 3:30 pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan
ini:

Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada’ dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah
At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan
dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah
syirik.
WARIS
WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 135
Reputation : 0
Credits : 5621
Registration date : 2009-05-18

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Mon Jun 08, 2009 11:29 pm

PENIPUAN KAUM PENYEMBAH NABI

1) Menjadikan riwayat hadis itu adalah HADIS. Sedangkan ayat 6 surah Al Jaatsiyah mengatakan dengan maksud HADIS mana selain Allah dan ayat-ayatNya manusia itu hendak percaya? Tidak pula ada ayat Al Quran mengatakan riwayat hadis itulah Hadis yang sebenar. Oleh kerana Hadis itu dari Allah, maka secara logiknya itu tidak memerlukan nama perawi. Tapi riwayat hadis perlukan perawi kerana ia tidak terpelihara (tiada hukum alam sebagai bukti).

2) Menjadikan Nabi Muhammad sebagai pembuat ketetapan selain Allah. Bagi mereka, asal datang riwayat hadis tanpa perlu diselidiki ada tak bukti hukum alam, itulah datang dari Nabi. Sedangkan seseorang Nabi tidak layak berkata tanpa bukti-bukti yang nyata (hukum alam).

3) Tidak percaya Qada' dan Qadar yang ditentukan sehingga mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah sekarang ini akibat berpegang ajaran dusta. Bila diperingatkan keadaan realiti umat mereka jauh ketinggalan daripada bangsa yang taat pada hukum alam dan rajin mengkajinya, mereka panas hati (di dunia lagi Allah sudah bakar hati kaum penyembah Nabi itu).

4) Memesongkan pengertian sebenar Rasul iaitu bukan setakat penyampai ketetapan Allah yang diperlihatkan kepada para Rasul itu, malah Rasul itu dianggap pembuat ketetapan selain Allah (guna riwayat hadis yang tiada hukum alam sebagai bukti sokongan).

5) Memalsukan maksud Sunnah yang disebutkan dalam Al Quran dengan menganggap Sunnah itu riwayat hadis. Padahal terang-terang Al Quran sebut Sunnah itu adalah ketetapan atau hukum alam yang Allah tetapkan dan tidak berubah-ubah. Akibatnya umat mereka lebih percaya riwayat hadis, daripada memikirkan Sunnah alam sehingga tidak sedar sunnah alam menetapkan bahawa bangsa yang bijak akan diperkuatkan dan bangsa yang b0doh akan jadi lemah.

6) Mengatakan tidak apa terima selain Al Quran asalkan ada nama Nabi sebagai penentu ia benar-benar datang daripada Allah. Padahal sesuatu yang Allah datangkan, ada bukti yang nyata iaitu hukum alam ini. Hukum alam tidak mampu dipalsukan sedangkan riwayat hadis, berapa banyak sudah dipalsukan. Kalau ajaran itu tidak palsu, tidaklah mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Yang puak Sunnah guna riwayat mereka dan yang Syiah guna riwayat mereka. Namun, raliti keadaan umat hasil ajaran kaum penyembah Nabi itulah yang tidak mampu dipalsukan. Semua manusia boleh membuat perbandingan nasib mereka terutama sejak zaman IT ini.

Puji-pujian bagi Allah... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Zahabur Tue Jun 09, 2009 12:30 am

Adli wrote:PENIPUAN KAUM PENYEMBAH NABI

Terjemahan Quran kau tak betul....Sila rujuk kepada kitab tafsir Ar-Rahman....
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Tue Jun 09, 2009 4:36 am

Zahabur wrote:Terjemahan Quran kau tak betul....Sila rujuk kepada kitab tafsir Ar-Rahman....
Kalau terjemahan anda betul, takkanlah hasil ajaran guna riwayat itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah?

Al Quran terang-terang suruh guna akal, mereka tak guna akal. Terjemahan mereka pakai tu ada suruh tak guna akal ke?

Anda boleh kata kami tak betul, tetapi Allah yang menghukum ajaran yang tak betul itu. Takkanlah ajaran yang mereka dakwa itu betul setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah?

Sekuat mana mereka menyalahkan orang yang memberi peringatan, mereka tidak mampu mendustai hasil ajaran mereka setakat melahir kaum yang lemah sebegitu rupa dan hina... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Adli Sun Jun 14, 2009 3:30 pm

Sabar dan Solat

Wahai orang-orang yang beriman, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.(Al Baqarah:153)

Kenapa dikaitkan sabar dengan solat? Kerana sabar itulah tanda-tanda orang yang bersolat. Tanpa kesabaran, hakikatnya manusia itu tidak bersolat biarpun mereka kata mereka solat ikut cara Nabi. Mana logik Nabi ajar solat yang setakat melahirkan kaum yang tak sabar iaitu kaum yang lemah dan berpecah-belah?

Manusia jadi lemah bila tak sabar dalam bab berfikir dan mengkaji ilmu alam. Akibatnya mereka ketinggalan dalam bidang ilmu. Hanya orang yang sabar sahaja Allah kurniakan ilmu alam ini sehingga mereka bijak mencipta. Biarpun di mata orang Islam sekarang, saintis Barat sana macam tak bersolat, tetapi kemampuan mereka memiliki ilmu dan mencipta teknologi itulah menunjukkan mereka bersolat dan bersabar. Allah Maha Mengetahui mereka bersolat sebab mereka tak bersolat menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya solat yang kononnya dikatakan ikut cara Nabi itu setakat menyebabkan umat mereka hilang kesabaran. Sesama sendiri berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan atas nama menegakkan Islam. Kerana berebut kuasa politik, mereka sebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan peribadi musuh politiknya. Itukah ciri orang-orang yang sabar?

Di sinilah golongan beriman mendapat petunjuk apakah erti solat yang sebenar. Dengan mengasah minda melakukan kerja-kerja kreatif yang diminati, manusia itu akan tekun dan sabar. Mana mungkin idea kreatif akan diperolehi jika tiada kesabaran? Dengan tekun membuatkan kerja kreatif dan innovatif, manusia akan mencapai kepakaran dalam sesuatu bidang. Bila dia memiliki kepakaran, nilainya akan dilihat lebih berbanding manusia yang tiada kepakaran. Maka Allah akan mudahkan ia menjalani kehidupan dan dimurahkan rezeki.

Itulah sebabnya kita disuruh memohon pertolongan dengan cara sabar dan solat iaitu dengan luangkan masa buat kerja-kerja yang mengasah daya kreativiti.

Masyarakat Barat dilihat lebih bernilai kerana mereka ramai pakar. Mereka banyak menyumbangkan idea kreatif dan bermanfaat kepada dunia. Allah dan para malaikat menghormati mereka dengan memudahkan mereka menguasai perbendaharaan bumi. Biarpun minyak banyak ditemui di negara Arab (negara umat Islam), mudah-mudah sahaja mereka menguasai sumber tersebut sehingga harga pasaran minyak dalam tangan mereka.

Umat Islam (terutama di Malaysia) hanya tahu melenting sahaja bila harga minyak naik. Tetapi mereka tidak berfikiran jauh kenapa Allah izinkan bangsa Barat itu menguasai pasaran harga minyak biarpun yang jual minyak itu banyak negara Islam.

Jadi, apakah nilai solat ikut cara Nabi yang mereka gembar-gemburkan itu jika sekadar jadi bangsa yang lemah sampaikan nak kuasai harga minyak pun tak mampu? Renung-renungkanlah kenapa nasib umat Islam selemah itu jadinya.

Sampai bila nak jadi kaum yang b0doh dan mudah diperb0dohkan? Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Solat Orang Beriman KEL
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Solat Orang Beriman Empty Re: Solat Orang Beriman

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum