Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Setelah Allah perlihatkan perbezaan nasib yang diterima oleh umat Islam yang terus dirundung malang dan kehinaan dari sisi Allah, kita harus memperbetulkannya dari akar-umbi. Jika bukan umat Islam nak perbetulkan nasibnya sendiri, siapa lagi nak tolong perbetulkan?
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (Ar Raad: 11)
Logik sekali ayat di atas. Memang nasib sesuatu kaum tidak akan berubah jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah. Malah bila Allah timpakan kehinaan kepada kaum penyembah Nabi itu, apakah mereka mampu menolaknya dan mencari pelindungan selain Dia?
Biarpun mereka berdusta bahawa Nabi Muhammad akan bagi syafaat kepada mereka, tetapi Allah lebih Berkuasa dari kedustaan mereka itu. Kaum pendusta, di atas muka bumi Allah sudah sediakan kehidupan yang memalukan dan hina, sehingga nak selamatkan nasib rakyat Palestin yang dikuasai oleh Israel yang kecil itu pun mereka tak mampu. Padahal di sekeliling Palestin itu bangsa yag tahu berbahasa Arab. Begitulah Allah hina kaum yang beragama tanpa akal yang beranggapan Al Quran itu kerana bahasa Arabnya. Betapa sempitnya pemikiran mereka.
Untuk mengubah nasib umat, ayat di atas telah beri hint iaitu kita kenalah berlindung kepada Allah sahaja. Apakah yang dimaksudkan berlindung kepada Allah? Kita kena taat pada hukum alam yang Allah tetapkan. Hukum alam yang Allah tetapkan yang tidak mampu didustai oleh kaum penyembah Nabi itu adalah, kaum yang bijak menguasai ilmu alam, Allah akan berikan mereka kekuasaan di muka bumi, baik dari segi penciptaan teknologi dan ekonomi, sebaliknya kaum yang pemalas kaji ilmu alam, Allah hina mereka dengan kehidupan yang lemah dan bergantung kepada teknologi luar sahaja. Memalukan sungguh keadaan mereka yang pemalas belajar sains itu.
Kita lihat di dunia sekarang ini, biarpun negara-negara Arab memiliki sumber minyak yang banyak, tetapi dengan mudah sahaja bangsa yang menguasai ilmu alam (sains) menguasai perbendaharaan mereka itu. Segala ajaran yang diada-adakan atas nama Nabi itu tidak mampu melindungi diri bangsa Arab itu sehingga mudah tanahair mereka dikuasai. Satu penghinaan yang jelas Allah turunkan kepada kaum penyembah Nabi itu yang mengatakan Islam itu berunsurkan Arab sahaja, sehingga tahap anggap Al Quran itu dalam bahasa Arab. Macam mana mereka boleh berfikir sempit macam itu? Patutlah Allah hina mereka sejak di dunia lagi.
Rasakanlah azab Allah kepada kaum yang berbangga diri itu kerana perasaan bangga diri mereka itu hanya membakar hati mereka sendiri. Sebab itulah bila berhujah, mereka hanya mampu membawa emosi, bukannya logik. Nak bawa logik memerlukan manusia itu bersabar dalam berfikir, sedangkan nak bawa emosi, hanya main cakap ikut rasa. Bila mereka bercakap ikut rasa (bukan ikut keadaan realiti), hujah mereka jadi lemah, bercanggah dan memperlihatkan kesempitan akal mereka. Mereka tidak nampak Kekuasaan Allah yang luas di serata alam, gara-gara beragama secara sempit.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Mengubah dari apa kepada apa?
Bagi kaum Hubbud Dunya..maka dunya itulah yang mahu ia berubah kpd apa yag dia mahukan..
Bagi mereka yang beriman, semakin hampir kpd ALLAH itulah tujuan utamanya.. Ad-Dunya perkara sampingan...

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا بِٱلۡأَخِرَةِۖ فَلَايُخَفَّفُ عَنۡہُمُ ٱلۡعَذَابُ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ
٨٦:البَقَرَة
٨٦:البَقَرَة
abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Kembali Kepada Allah
Selagi kaum penyembah Nabi itu tidak memurnikan ketaatan hanya kepada Allah, selagi itulah Allah hinakan nasib mereka yang hidup secara lemah dan berpecah-belah itu. Mereka boleh berdusta bahawa mereka beragama benar, tetapi mereka tidak boleh berdusta kesan ajaran agama mereka itu hanya setakat melahirkan manusia yang pemalas belajar sains, lemah dari segi ilmu dan kekuasaan, mundur dari segi mentaliti (sampai tahap seumpama binatang ternak), berpecah-belah berebut kuasa atas nama menegakkan Islam, berpuak-puak kerana taksub pada ajaran tok guru dan macam-macam penyakit yang melayakkan mereka jadi umat yang hina sekarang ini.
Oleh itu jika kaum itu mahu mengubah nasibnya agar tidak dihina di sisi Allah lagi (sudah pasti mereka tidak rasa umat mereka hina kerana adanya penyakit berbangga diri biarpun realiti menunjukkan sebegitu), maka setiap ayat Al Quran perlu difahami secara logik mengikut keadaan yang realiti terjadi. Bila kita nampak logik, barulah hati capai kefahaman.
Allah sudah buat hukum dalam diri manusia bahawa kefahaman hanya akan dicapai oleh hati bila akal mencapai logik. Sebab itu orang yang lembab otaknya (susah mencapai logik), mereka susah nak faham. Bila susah nak faham, mereka kuat ragu-ragunya. Bila diajak melakukan perubahan, mereka membantah dan berpaling lari. Itulah ciri-ciri orang kafir yang disebut dalam Al Quran.
Untuk membuka minda agar tidak beragama secara berdusta dan mengada-adakan ketetapan atas nama seseorang Nabi, mari kita kaji Surah Al Faatihah (Pembukaan) secara logik, dengan pemikiran yang luas. Jika sempitkan otak, maka Al Quran tidak akan mampu difahami. Itu yang sampai TIDAK YAKIN bahawa Al Quran sudah sempurna dan terperinci, padahal mereka sendiri kata Islam berasaskan YAKIN.
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Penyayang.
Apakah logik yang menunjukkan Tuhan itu memiliki Sifat Pemurah dan Penyayang? Keupayaan untuk mendapat ilham (yang memanaskan hati kaum kafir) semasa berfikir itulah antara tanda-tanda Sifat Pemurah dan Penyayang yang ada pada Allah. Macam Nabi Muhammad biarpun seorang yang tidak tahu membaca tulisan dan tidak belajar dengan mana-mana tok guru kitab terdahulu, tetapi keupayaannya berfikir melayakkan baginda dapat ilham yang benar yang memanaskan hati kaum musyrik itu. Apabila kita melalui jalan yang pernah baginda lalui, kita dapat lihat penentangan kaum yang musyrik itu tetap sama. Bila mereka tidak mampu berhujah secara logik, mereka hanya mampu mencela macam perangai kaum kafir terdahulu yang berkata "Inilah sihir yang nyata".
Kita lihat Allah beri ilham kepada hamba-hambaNya bukannya ikut darjat yang diada-adakan oleh manusia. Dahulu ahli-ahli kitab yang musyrik itu pun panas hati dengan Nabi Muhammad (seorang yang tidak tahu bahasa kitab-kitab asal mereka dan tiada sijil dari institusi pengajian agama mereka), tetapi hendak mengajar mereka beragama secara lurus. Kepanasan hati yang ada pada kaum musyrik terdahulu, Allah pertontonkan di zaman sekarang dengan skrip yang hampir serupa walaupun bahasa dan bangsanya berbeza. Tetapi sunnah Allah, siapa boleh dusta?
Sunah Nabi, manusia boleh berdusta dengan bawakan sesuatu riwayat atas nama Nabi. Tetapi sunnah Allah, semua makhlukNya tidak mampu mendustai. Bila Allah tetapkan kaum yang sudah tahap hina di muka bumi itu perlu diperingatkan, pasti mereka tidak mampu membantah biarpun mereka cuba melabelkan sebanyak mana sekali pun. Apakah mereka mampu mengalahkan Kuasa Allah yang telah menghinakan kaum mereka?
Dengan datangnya utusan-utusan Allah untuk menyedarkan kaum yang hina itu, iaitu juga tanda-tanda Pemurah dan Penyayang Allah kerana Dia tidak mahu kaum itu terus ditipu-daya oleh ahli-ahli kitab pendusta yang menggunakan nama Nabi. Mereka boleh berdusta atas nama Nabi, tetapi ketetapan Allah pada alam ini (hukum-hukum alam) tidak mampu dilampaui. Bangsa yang b0doh dan pemalas kaji ilmu alam, pasti dapat kedudukan yang hina.
Puji-pujilah Allah, Tuhan yang memecahkan tipu-daya kaum penyembah Nabi itu.

Berubah menjadi umat yang menguasai ilmu alam, bukan umat yang putar alam guna riwayat dusta (tiada ketetapan hukum alam) atas nama Nabi.abu_muaz wrote:Mengubah dari apa kepada apa?
Bagi kaum Hubbud Dunya..maka dunya itulah yang mahu ia berubah kpd apa yag dia mahukan..
Bagi mereka yang beriman, semakin hampir kpd ALLAH itulah tujuan utamanya.. Ad-Dunya perkara sampingan...أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا بِٱلۡأَخِرَةِۖ فَلَايُخَفَّفُ عَنۡہُمُ ٱلۡعَذَابُ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ
٨٦:البَقَرَة
Allah sudah perlihatkan kehinaan yang ditimpa kepada kaum penyembah Nabi itu. Sudah pasti golongan yang berakal menjauhi ajaran dusta yang sampai tahap menyekutukan Allah itu (menjadikan riwayat hadis yang tiada ketetapan Allah sebagai wahyu).
Itulah balasan kepada kaum pendusta atas nama Nabi. Mereka boleh tipu manusia yang tidak berfikir, tetapi mereka tidak boleh tipu balasan kehinaan yang Allah timpakan kepada kaum yang beragama menurut amalan nenek moyang itu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Faham ke ayat tu kata apa?
an sila bagi contoh riwayat putar alam tu. Jgn main serkap jarang. Bagi bukti.
an sila bagi contoh riwayat putar alam tu. Jgn main serkap jarang. Bagi bukti.
abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Hanya Allah sahaja layak dipuja-puji, bukan selainNYa
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Apakah logiknya kita disuruh memuji Allah, bukan selainNya? Sebab Allah sahaja yang membuat ketetapan di alam semesta ini. Tiada sekutu yang berkongsi kuasa membuat ketetapan di alam semesta ini. Kerana itu, apabila datang sesuatu riwayat atas nama seseorang Nabi, periksa dan telitilah sama ada riwayat itu ada logiknya atau tidak. Sesuatu yang tiada logiknya itulah kata-kata dusta yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi.
Kaum Nasrani dahulu pun pernah ditipu-daya oleh ahli-ahli kitab yang menggunakan riwayat atas nama Nabi Isa sehingga anggap Nabi Isa itu sekutuNya. Sebab itu mereka jadi kaum yang lemah dan terbelenggu akalnya. Bila kita lihat kaum Arabi (orang yang anggap Islam itu berunsur Arab) yang wujud sekarang pun sampai tahap menyembah Nabi Muhammad, kesannya pun sama iaitu jadi kaum yang lemah dan terbelenggu akalnya.
Fikiran mereka amat sempit sekali seolah-olah Islam itu hanya datang dari tanah Arab sahaja. Padahal ayat Quran di atas memberitahu bahawa Allah Tuhan seluruh alam. Maka Islam yang datang dari Allah itu bukannya datang dari tanah Arab sahaja, seluruh alam ini adanya Islam. Sebab itulah Nabi Muhammad ajak manusia berfikir pasal alam dan kejadiannya agar kenal siapa Allah itu. Malangnya kaum penyembah Nabi itu tidak menggalakkan penganutnya berfikir, sebaliknya disuruh menurut membuta-tuli ajaran nenek moyang yang diada-adakan atas nama Nabi.
Akibat kedustaan mereka itu, Allah hina mereka kerana kemunduran akal dan kemiskinan ilmu berbanding bangsa-bangsa lain yang tidak ada Al Quran. Ini kerana bangsa-bangsa lain itu belajar dari pemerhatian, pendengaran dan berfikir secara rasional untuk membuat perbandingan. Tetapi kaedah ini sudah tidak diguna-pakai oleh kaum penyembah Nabi itu sehingga mereka hanya menerima apa yang disuapkan oleh ahli-ahli kitab mereka. Akibat taksub pada seseorang tok guru, mereka berpuak-puak. Hina sungguh keadaan mereka seumpama kera-kera yang selalu bercakaran sesama sendiri.
Siapa yang boleh lindungi sesuatu kaum apabila Allah menetapkan kedudukan yang hina dan rendah berbanding bangsa yang menguasai ilmu alam itu? Kaum penyembah Nabi itu sombong dengan Allah kerana anggap ilmu alam itu suatu yang bersifat dunia. Padahal Quran sudah sebut Allah cipta langit dan bumi bukan untuk main-main sebalik nya untuk dikaji dan difikirkan agar kenal tanda-tanda Kekuasaan Allah. Macam mana mereka tidak boleh berfikir sejauh itu?
Berdustalah wahai kaum penyembah Nabi. Tetapi kalian tidak boleh mendustai kehinaan yang Allah timpakan kepada kaum yang pemalas belajar ilmu alam itu. Di dunia lagi kalian sudah dihina sedemikian rupa. Sesungguhnya kehinaan di akhirat lebih dasyat dan kekal kerana di sana manusia sudah tidak mampu mengubah nasibnya lagi. Sementara hidup inilah manusia boleh keluar dari jenayah syirik itu sebab dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan.
Puji-pujilah Allah, yang memecahkan tembelang kaum penyembah Nabi itu.

Apabila manusia itu berjaya mengeluarkan diri dari amalan menyembah Nabi, maka itulah tanda-tanda manusia itu faham sesuatu ayat Al Quran. Sebab tidak logik Al Quran mengajar manusia menyembah Nabi.abu_muaz wrote:Faham ke ayat tu kata apa?
Segala riwayat yang tiada bukti yang logik yang kesannya menjadikan sesuatu umat yang ramai itu dalam keadaan lemah dan hina di muka bumi sekarang ini.sila bagi contoh riwayat putar alam tu. Jgn main serkap jarang. Bagi bukti.
Contohnya mereka bawakan satu riwayat kata Nabi tetapkan solat 5 kali sehari. Tetapi kenapa ditetapkan 5 kali, bukan 6 atau 4, mereka tidak mampu perjelaskan secara logik. Sedangkan ciri-ciri kata seseorang Nabi itu perlulah jelas, logik dan boleh difikirkan.
Kalau setakat bawa ajaran yang tidak boleh difikirkan, ajaran yang suruh sembah Nabi Isa itu pun tak logik.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Kaum Musyrik Tidak Rasa Kasih-Sayang Alllah
Yang Pemurah, Yang Penyayang.
Apa erti nilai kasih-sayang itu? Kasih sayang berfungsi untuk menjadikan manusia itu mencapai perkembangan otak yang sempurna. Sebab itulah anak-anak yang tidak cukup kasih-sayang, mereka ketinggalan dalam bab berfikir dan pelajaran. Mereka jadi golongan pemalas macam rata-rata umat Islam sekarang.
Bayi (janin) semasa dibentukkan, di tempatkan di dalam rahim ibu. Dalam rahim ibu itu manusia rasai kasih-sayang. Bila dapat kasih-sayang yang cukup, pembesaran otaknya sempurna. Bayangkan jika akal bayi itu diterencatkan, bagaimana ia akan mengharungi hidupnya.
Malangnya ada manusia bila sudah dewasa, mereka merencatkan perkembangan otaknya dengan beragama secara menurut tanpa berfikir, biarpun mereka lahir dengan perkembangan otak yang sempurna. Begitulah manusia yang tidak bersyukur dengan Allah yang dikurniakan akal yang sihat tetapi dibataskan akalnya, sebab mereka tidak merasai Kasih-sayang Allah. Akibat menyembah seseorang Nabi, Allah dirasakanoleh mereka terlalu jauh dan tidak berupaya mengajar serta memberi petunjuk kepada mereka. Mereka tidak sedar, dengan cara berfikir pasal kejadian alam inilah manusia belajar dengan Allah.
Di sini kita nampak logik kepada surah ini menyebut dua kali perihal sifat Pemurah dan Penyayang yang ada pada Allah. Sebab dengan merasai Kasih-sayang Allah, barulah manusia itu akan rasa betapa dekatnya Allah pada dirinya. Bila rasa Allah itu terlalu dekat, maka mudahlah mengharungi hidup tanpa perlu taksub pada mana-mana tok guru. Cukuplah dengan mentaati segala kebenaran yang disampaikan tidak kira dari Timur, Barat, Utara atau Selatan.
Seluruh alam ini milik Allah. Hadapkan muka kita ke mana sahaja, pada alam milik Allah ini sahaja kita melihat. Tetapi kaum musyrik itu tidak rasa Kasih-sayang Allah yang mudah beri ilham dan petunjuk, sebab ajaran nenek moyang mereka tidak menggalakkan berfikir, tetapi sekadar suruh turut ajaran ahli-ahli kitab mereka sahaja. Dan kerana tidak YAKIN pada Allah, maka tempat mereka di atas muka bumi lagi hanya dalam kehinaan, kemunduran, kemiskinan, pemalas dan menagih subsidi. Bila kerajaan mereka tarik subsidi, mereka mengamuk sakan. Kononnya tidak mencintai dunia, tetapi tindakan mereka itu menunjukan merekalah yang mencintai dunia.
Golongan yang percaya kepada Allah semata-mata hanya mencintai ilmu. Sesuatu itu dikatakan ilmu bila ada hukum alam menyokongnya. Sekadar bawa riwayat atas nama Nabi, itu belum dikira ilmu selagi tiada sokongan dari hukum alam ini. Seseorang Nabi tidak akan menetapkan sesuatu tanpa adanya ketetapan dari Allah. Dengan mencari hukum alam yang wujud dalam sesuatu riwayat atas nama seseorang Nabi, itulah cara golongan beriman menjauhi tipu-daya kaum penyembah Nabi itu yang guna riwayat untuk menetapkan sesuatu yang Allah tidak tetapkan.
Puji-pujian bagi Allah yang menunjukkan secara logik Sifat Kasih-sayangNya dengan memecahkan kedustaan kaum penyembah Nabi itu. Jika Allah tidak perlihatkan Kasih-sayangNya itu, sudah pasti ramai lagi manusia ditipu daya dengan ajaran nenek moyang itu. Kerana adanya hukum alam yang tidak berubah dan tidak mampu dipalsukan itulah golongan beriman boleh menilai ajaran yang benar dan ajaran yang dusta. Takkanlah ajaran yang benar itu setakat melahirkan kaum yang pemalas belajar, lemah dan dihina itu?

mmg hanya Allah yg patut dipuji tapi tahukah kamu kenapa dlm rukun syahadah tu sendiri ada Rasul? Adakah kamu telah membuang Rasul tersebut & meletakkan akal kamu pula
Hanya Allah sahaja layak dipuja-puji, bukan selainNYa
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Rasul yang menyampaikan kebenaran yang datangnya dari Allah. Bukannya suruh manusia menyembah dirinya dengan ada-adakan ketetapan dusta atas nama riwayat baginda. Itulah erti syahadah yang sebenar bahawa yang menetapkan hukum-hukum alam ini hanyalah Allah, bukan selainNya.
Yang menetapkan kaum yang pemalas berfikir dan beragama secara menurut dapat kehinaan di atas muka bumi pun Allah. Rasulullah hanya peringatkan perihal nasib kaum yang menyekutukan Allah pasti dapat balasan kehinaan sejak di atas muka bumi lagi.
Janji Allah adalah benar. Maka layaklah Dia dipuji, kerana atas petunjukNya, manusia dapat menilai apakah ajaran yang benar dan apakah ajaran yang dusta.
Oleh kerana dusta itu bersifat lemah, sedangkan bukti yang nyata bersifat kuat, maka umat yang berpegang pada ajaran yang dusta sudah pasti jadi lemah dan terhina di muka bumi. Biarpun kuantiti mereka ramai, nak selamatkan nasib Palestin pun tidak mampu.
Sesungguhnya nasib di Palestin itu menjadi petunjuk Allah untuk melihat umat mana yang lemah dan umat mana yang kuat. Di zaman Nabi Musa, kaum bani Israel takut nak masuk Palestin kerana mereka kaum yang lemah. Sekarang mereka berjaya membuktikan kepada Nabi mereka dahulu, mereka sudah berjaya menawan Palestin kerana umat Islam sekarang seumpama buih-buih di lautan sahaja sifatnya.
Yang menetapkan kaum yang pemalas berfikir dan beragama secara menurut dapat kehinaan di atas muka bumi pun Allah. Rasulullah hanya peringatkan perihal nasib kaum yang menyekutukan Allah pasti dapat balasan kehinaan sejak di atas muka bumi lagi.
Janji Allah adalah benar. Maka layaklah Dia dipuji, kerana atas petunjukNya, manusia dapat menilai apakah ajaran yang benar dan apakah ajaran yang dusta.
Oleh kerana dusta itu bersifat lemah, sedangkan bukti yang nyata bersifat kuat, maka umat yang berpegang pada ajaran yang dusta sudah pasti jadi lemah dan terhina di muka bumi. Biarpun kuantiti mereka ramai, nak selamatkan nasib Palestin pun tidak mampu.
Sesungguhnya nasib di Palestin itu menjadi petunjuk Allah untuk melihat umat mana yang lemah dan umat mana yang kuat. Di zaman Nabi Musa, kaum bani Israel takut nak masuk Palestin kerana mereka kaum yang lemah. Sekarang mereka berjaya membuktikan kepada Nabi mereka dahulu, mereka sudah berjaya menawan Palestin kerana umat Islam sekarang seumpama buih-buih di lautan sahaja sifatnya.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Apakah yang dimaksudkan dengan "Kaum penyembah Nabi Muhammad"?
Yasir- Siswa-Siswi
- Number of posts : 31
State :
Reputation : 0
Credits : 5507
Registration date : 2009-05-19
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
encik juang & encik puan adli & seangkatan ada ulasan nya
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Kaum penyembah Nabi Muhammad adalah kaum yang main percaya apa yang dikhabarkan datang dari Nabi Muhammad itu datangnya daripada Allah.Yasir wrote:Apakah yang dimaksudkan dengan "Kaum penyembah Nabi Muhammad"?
Sedangkan sesuatu yang Allah datangkan melalui seseorang Rasul, sudah pasti ada bukti-bukti yang nyata iaitu hukum alam yang Allah tetapkan.
Dan ketetapan pada alam ini boleh dicapai logiknya apabila manusia berfikir. Sebab itu hukum sains boleh fikirkan, dikembangkan dan diamalkan. Sedangkan sesuatu yang dusta tidak boleh difikirkan (tak logik).
Mentaati kata-kata yang mengandungi hukum alam yang Allah tetapkan (sesuatu yang logik), bermakna manusia itu mentaati atau menyembah Allah sebab Allah yang tetapkan logik-logik tersebut. Tetapi mentaati kata-kata yang tiada hukum alam sebagai sokongan, bermakna manusia itu menyembah tuan empunya kata-kata atau nama yang disandarkan pada kata-kata itu.
Kaum penyembah Nabi itu suka menggunakan riwayat hadis yang tidak ada ketetapan Allah untuk mengatakan "Ini dari Allah, maka terimalah ia tanpa perlu difikir-fikirkan". Akibat mendidik kaum mereka beragama tanpa berfikir, Allah hina mereka jadi kaum yang lemah dan mundur di atas muka bumi sekarang ini.
Begitulah kesannya bila beragama tak guna logik (main pakai turut membuta-tuli)
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengeluarkan Umat Islam Dari Kehinaan
Pembalasan Allah Tidak Mampu Didustai
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Apa yang manusia lakukan, pasti akan dibalasi oleh Allah dengan seadil-adilnya. Tiada manusia boleh lawan pembalasan Allah itu. Sebab itu kaum yang pemalas belajar, pasti Allah jadikan mereka b0doh. Mereka tidak mampu menjadikan diri mereka pandai dan bijak tanpa perlu belajar dan berfikir.
Begitu juga apabila sesuatu umat sudah terpesong dari ajaran sebenar kitab Allah, pasti Allah balas dengan memasukkan mereka dalam kehidupan yang hina iaitu berpuak-puak dan berpecah-belah pasal agama. Allah letakkan darjat mereka lebih rendah dari bangsa yang rajin belajar dan mengkaji ilmu alam biarpun bangsa itu dahulunya pernah dilaknat oleh Allah. Ini menunjukkan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Cepat memberi azab.
Sesiapa yang kembali kepada Allah iaitu dengan taat segala hukum alam ini, pasti Allah ampuni biarpun nenek moyang mereka dahulu dikutuk oleh para Rasul terdahulu. Dan kaum yang dahulu umat terbaik, tetapi sekarang sudah tahap menyembah Nabi, pasti Allah tetapkan mereka dalam kedudukan yang hina.
Kita lihat Allah menilai manusia berdasarkan ilmu yang ada dalam dada. Kaum yang berilmu ditinggikan darjat daripada kaum yang tidak berilmu. Ilmu adalah pengetahuan yang dicapai setelah manusia mengamalkan. Selagi pengetahuan itu tidak diamalkan, seseorang manusia itu tidak akan berilmu (pengetahuan tidak masuk ke dalam hati). Dan sudah pasti ilmu itu sesuatu yang benar di mana ada hukum alam membenarkannya. Tanpa sokongan berbentuk hukum alam yang Allah tetapkan, semua itu belum boleh dijadikan ilmu pengetahuan.
Ada manusia kata akidah Islam berlandaskan YAKIN. Memang betullah Islam itu berlandaskan YAKIN. Tetapi apabila mereka sendiri TIDAK YAKIN bahawa Al Quran itu kitab yang sempurna dan terperinci, macam mana mereka nak dapat ilmu? Patutlah Allah balas umat mereka jadi umat yang lemah, sebab mereka hanya pandai bercakap tidak mengamalkan apa yang mereka cakap (jadi golongan cakap tak serupa bikin).
Begitulah Allah membalas apa yang manusia kerjakan. Manusia itu boleh berdusta dengan kata mereka hanya ikut sunah Nabi. Sedangkan Allah tahu apakah mereka ikut sunah Nabi atau sudah tahap menyembah seseorang Nabi sehinggakan apabila datang riwayat hadis seseorang Nabi, terus mereka percaya ia benar tanpa menyelidikinya dahulu (memerhatikan kelogikan sesuatu riwayat itu).
Jika kita fikir logik pun, kalau benar sesuatu umat itu ikut ajaran sebenar seseorang Nabi, takkanlah hasilnya setakat jadi umat yang lemah, kuat memfitnah, berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri? Bukankah itu perangai kaum Arab Jahiliah sahaja lagaknya?

» Membina Umat Islam berpemikiran saintis
» Menyedarkan Umat Islam sekarang
» Macam Manalah Umat Islam Nak Dihormati
» Menyedarkan Umat Islam sekarang
» Macam Manalah Umat Islam Nak Dihormati
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum