Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
3 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
Dan antara manusia, ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, atau petunjuk, atau sebuah kitab yang memberi cahaya,
Dengan memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah; baginya kerendahan di dunia, dan pada Hari Kiamat, Kami akan merasakan kepadanya azab yang membakar. (Al Hajj:8~9)
Ayat ini memang logik difikirkan. Kita boleh lihat nasib satu kaum yang membantah pasal Allah tanpa ada pengetahuan, petunjuk atau kitab yang benar. Mereka mengada-adakan kedustaan atas nama seseorang Nabi bagaikan Allah ada sekutu bagiNya, bagi membantah Al Quran itu sudah lengkap dan terperinci dan tidak memerlukan tokok tambah atas nama Nabi lagi.
Bila mereka dinasihati supaya menjauhi syirik dan menyembah seseorang Nabi, mereka memalingkan diri dengan sombong untuk terus menyesatkan manusia dari jalan kebenaran. Kita boleh lihat Allah rendahkan kaum yang mengadakan dusta ini di dunia lagi kerana ketinggalan dalam mengkaji ilmu sains yang Allah tetapkan. Hanya golongan yang berakal sahaja boleh menjauhi dari golongan yang beragama secara menurut itu.
Hati kaum penyembah Nabi itu kepanasan apabila diperingatkan perihal dosa menyekutukan Allah. Sebab mereka tahu mereka tidak boleh menipu realiti bahawa umat mereka adalah umat yang lemah, mundur, suka berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Di atas dunia kaum ini telah dibakar dengan kehidupan yang memanaskan hati.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
Benar seperti kata Juang. Saya nak tambah sedikit. Meskipun mereka sudah diberi peringatan namun sifat sombong dan kezaliman mereka maka mereka tetap menyangkalnya walaupun jiwa mereka meyakini apa yang diperingatkan. Lihatlah bagaimana kesudahan mereka kerana membuat kerosakan (berbunuh-bunuh sesama sendiri).
27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada kesombongan. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan!

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
nih...tengok sini nih..
Thread ini adalah lanjutan kepada thread sebelumnya iaitu:
1. Jom dengar Kuliah Karutnya Anti Hadith
2. Aqidah Islamiyyah
Yang KEtiga - Aqidah Islamiyyah III aku dah hilang ntah ke mana dah.. tak per..malam nanti aku buat balik insyaALLAH...

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19
Re: Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
Semua mereka itu tidak lain hanyalah mendustakan rasul-rasul, maka pastilah (bagi mereka) azab-Ku.
Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang tidak ada baginya saat berselang. (Shaad: 14~15)
Sambungan dari apa yang Bayau huraikan. Kaum yang mendustakan para Rasul itu pasti menerima bahagian azab Allah. Jika bukan kerana mereka bercampur-baur dengan orang yang beriman dan berakal, sudah pasti kaum mereka diazab secara keseluruhannya kerana sikap mereka suka membuat kerosakan di muka bumi.
Kerana berbangga diri bahawa mereka sahajalah umat terbaik, kerja mereka hanya berpecah-belah pasal hukum dalam kitab-kitab mereka sahaja. Al QUran yang asalnya untuk melahirkan manusia yang mengenal hukum-hukum alam yang Allah tetapkan, telah direndahkan tarafnya berbanding riwayat-riwayat dusta atas nama seseorang Nabi (yang tida disokong dengan hukum alam).
Kerana mereka merendahkan taraf Al Quran, Allah merendahkan kedudukan mereka di muka bumi sekarang ini dengan kehinaan dan kemunduran. Mereka tidak mampu melahirkan modal insan untuk menghasilkan teknologi yang bermanfaat kepada manusia, sebaliknya setakat melahirkan modal syaitan untuk berpecah-belah berebut kuasa dan kemegahan atas nama agama.
Sekuat mana mereka cuba menyembunyikan kedustaan mereka, fakta-fakta yang berlaku kepada umat mereka sekarang membongkar kedustaan ajaran nenek moyang mereka. Tidak logik ajaran Islam yang sebenar setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah. Sudah pasti kerana ajaran dusta atas nama Nabi yang mereka ada-adakan.
Mereka kata Islam berlandaskan keyakinan di hati, tetapi mereka sendiri tidak yakin bahawa Al Quran itu telah lengkap dan terperinci. Bagaimana kata mereka boleh bercanggah antara satu sama lain? Memang kalau manusia itu suka berdusta, kata-katanya pasti bercanggah dan Allah akan perangkap mereka dalam kedustaan mereka sendiri. Sebab masa mereka cuba mengelak dari dengan menipu daya itu, Allah sentiasa memerhatikan kedustaan-kedustaan yang mereka ucapkan. Sehingga sampai satu masa, pasti kata-kata mereka itu memerangkap diri mereka sendiri untuk memperlihatkan kedustaan mereka itu.
Begitulah Allah Maha Perkasa yang tidak mampu dikalahkan oleh manusia yang berdusta. Apakah mereka menanti kedatangan azab seperti tsunami dahulu baru hendak percaya bahawa umat mereka telah jadi kaum yang dihina oleh Allah sekarang ini? Manusia memang tidak tahu bersyukur kepada Tuhan mereka.

abu_muaz wrote:nih...tengok sini nih..
Thread ini adalah lanjutan kepada thread sebelumnya iaitu:
1. Jom dengar Kuliah Karutnya Anti Hadith
2. Aqidah Islamiyyah
Yang KEtiga - Aqidah Islamiyyah III aku dah hilang ntah ke mana dah.. tak per..malam nanti aku buat balik insyaALLAH...
Yang ketiga kat sini rupanya..
http://www.e-mindakita.com/minda-agama-f21/aqidah-islamiyyah-iii-t1151.htm
abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19
Re: Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
Banyaknya koleksi video ceramah pak abu kita ni. Tak usahlah pak abu paste banyak2 video kat sini. Nanti susah pula nak bukak EMK ni sebab jadi berat dengan longgokan video. Kalau kita berminat nak dengar, nanti kita cari sendiri kat youtube ya.
Terima kasih pak abu kerana memahami.
Terima kasih pak abu kerana memahami.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Kaum Yang Direndahkan Tarafnya
Ilmu ALLAH kena dikongsikan...
abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|