Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
LAMAN PEDOMAN
+9
Pemerhati
Zahabur
slipar
Juang
toukey
Adli
Teringintahu
Admin
Al-Bahr
13 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 5
Page 2 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Re: LAMAN PEDOMAN
Alahai suntuknya masa nak reply posting yang lainnya...nanti yang lain saya jawabkan petang @ malam nanti...
Jumpa lagi...
*smile*
Jumpa lagi...
*smile*
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:SiapaTeringintahu wrote:Ada juga contoh orang pengecut tu... Klik di sini.
cakap tak boleh refer hadis kalau ianya tak bercanggah dengan Quran ,
selari & relevan? Yang jadi persoalan hadis2 yang mengelirukan,
lemah & ada unsur2 israiliyat.
Setakat
yang saya tahu ada lebih kurang 1200 hadis shahih diriwayatkan sahabat2
Rasullullah, namun semakin lama kita ditinggalkan zaman Rasulullah
makin bertambah hampir 3000, so siapa yang confirmkan tu? Jangan sampai
kita terambil hadis2 israiliyat.
Sebenarnya saya tak dapat visit pun kat link tu, HTTP 404 not found! Jadi boleh tak sdr Teringintahu cetekan sedikit apa yang sdr tahu? Boleh kita sama2 bincangkan.
*smile*
Ada baiknya disenaraikan hadis-hadis yang dikatakan tidak saheh itu. Itulah sebabnya bila beli kitab hadis kena pastikan siapa penerbitnya dan kena buat silang simak jika terasa ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Mengenai link itu:
http://www.geocities.com/Eureka/Promenade/2988/sejarah.html
dan
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiArtikelIstinbat/Golongan%20Anti%20Hadis.pdf
.
Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts : 98
Reputation : 0
Credits : 5609
Registration date : 2009-04-18
Re: LAMAN PEDOMAN
Ya betul tu, adakah kita yang boleh tentukan nasib sesorang itu ke Syurga atau ke Neraka hanya disebabkan amalan yang ingin ditunjuk2kan. Tidak mungkin! jika dalam hati masih penuh dengan penyakit riyak dan bangga diri.Adli wrote:slipar wrote:Kita hairan macam mana ada manusia sampai tahap lemah imannya terhadap Quran sendiri? Apakah mereka tidak nampak Allah terlalu dekat pada diri mereka sampai nak kaji Quran di bawah pengawasan Allah pun mereka tak percaya
mungkin sebab quran tak offer pahala kot
Segala perbuatan dan perlakuan kita dinilai pada hati. Allah tau kita melakukan sesuatu atas dasar pahala atau berlandaskan keikhlasan. Semua dalam genggamanNya.
Adakah kita akan melangkah ke syurga kerana pahala dari amalan kita atau kerana rahmat Allah?
Banyak contoh2 ayat berkenaan perihal itu dalam Quran.
p/s : TQ sdr Adli untuk posting sdr yang menjawab sajak dari toukey.
Bernas dan jelas.
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Alahai Teringintahu, asyik nak kena klik saja berbicara dengan sdr ni, tak bolehkan sdr berbicara secara penulisan untuk terangkan kembali?
Kalau sdr betul2 nak buktikan diri sebagai seorang Islam tulen, berkata-katalah dalam bentuk penulisan sdr sendiri. Apakah sdr tak mampu berbuat demikian? atau sdr telah habis kata-kata untuk berbicara secara matang dan ikhlas?
Bukan niat menyindir, tetapi beri dorongan. Saya lihat sdr ikhlas nak menyampaikan sesuatu tentang agama, tapi tidak secara jelas dan terbuka. Kalau sdr memang mengetahui terangkanlah secara terbuka. Kerna saya juga sangat2 'Teringintahu' apa yang sdr nak beritahu pada saya di forum ni tentang perkara yang sdr sangat2 tahu dalam beragama! Tima kasih...
Kalau sdr betul2 nak buktikan diri sebagai seorang Islam tulen, berkata-katalah dalam bentuk penulisan sdr sendiri. Apakah sdr tak mampu berbuat demikian? atau sdr telah habis kata-kata untuk berbicara secara matang dan ikhlas?
Bukan niat menyindir, tetapi beri dorongan. Saya lihat sdr ikhlas nak menyampaikan sesuatu tentang agama, tapi tidak secara jelas dan terbuka. Kalau sdr memang mengetahui terangkanlah secara terbuka. Kerna saya juga sangat2 'Teringintahu' apa yang sdr nak beritahu pada saya di forum ni tentang perkara yang sdr sangat2 tahu dalam beragama! Tima kasih...
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Syukurlah sdr Al-Bahr nampak kebenaran yang kami sampaikan. Kami tidak paksa sdr terima pendapat kami, tetapi macam mana sdr boleh nampak? Itulah yang menunjukkan sdr seorang yang menggunakan akal.
Sdr bukan jenis cepat berprejudis, tetapi sdr berkeinginan untuk memahami. Orang yang berprejudis, kita bagi kata-kata yang logik pun, mereka susah nak faham, sebab dalam hati mereka ada kepanasan. Kepanasan hati itulah yang menyebabkan kata-kata mereka jadi lemah.
Sdr tidak cepat menghukum saya biarpun berbeza pendapat dengan saya. Tetapi kalau kita lihat kaedah orang yang tidak menggunakan akal, mereka akan cuba elakkan berhujah dengan menggunakan akal. Mereka takut kedustaan mereka terbongkar.
Jika mereka benar, sebenarnya senang-senang sahaja mereka bawakan bukti yang masuk akal untuk menunjukkan percanggahan kata-kata kami dengan sunnah alam yang Allah tetapkan. Tetapi sebab kami berkata-kata berdasarkan apa yang berlaku secara realiti dan berdasarkan sunnah yang pernah terjadi pada kaum terdahulu, maka Allah perkuatkan hujah kami. Bukankah janji Allah benar kepada golongan yang bergantung harap kepadaNya semata-mata.
Selama ini mereka tuduh kami sesat ke apa, kami tidak takut dengan celaan manusia sebegitu, sebab kata-kata mereka kosong dan tanpa bukti yang nyata. Mereka tidak berani mematahkan kata-kata kami dengan guna hujah-hujah yang logik. Mereka setakat mampu menghukum orang sahaja.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: LAMAN PEDOMAN
Salam Al-Bahr,
Berikan saya sedikit ilmu...jangan pandang wajah saya, pandanglah hati saya...jangan gerun dahlah...hehe
Berikan saya sedikit ilmu...jangan pandang wajah saya, pandanglah hati saya...jangan gerun dahlah...hehe
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Mintalah ilmu pada Allah dengan berkongsi apa yang kita tahu sesama manusia. Pandanglah Wajah Allah dengan setepat mungkin (merasai tanda-tanda KekuasaanNya). Pasti Allah akan bebaskan diri kita dari beragama menurut amalan nenek moyang.
Bila sudah bebas dan merdeka, barulah kita akan merasai erti hidup yang bermakna dan Allah berikan kepuasan dalam hidup biarpun zahir kita bukan seorang yang kaya. Pakaian harta benda hanya menambah kedukaan, tetapi pakaian taqwa itulah sebaik-baiknya.
Manusia yang bertaqwa adalah manusia yang beriman bahawa Allah mampu melihat penyakit-penyakit dalam hatinya sehingga dia takut nak berdengki pada kebenaran yang disampaikan oleh orang lain kerana mereka sendiri sedar hujah manusia itu benar dan tidak mampu dipatahkan.
Namun jika manusia itu menunjukkan kedengkian, panas hati dan kekafiran apabila datang kata-kata yang akal mereka sendiri akui benar (mereka tidak mampu patahkan dengan hujah mereka), itulah golongan yang sesat. Barangsiapa yang disesatkan, maka tiada pemimpin bagi mereka melainkan Allah...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Ya Allah berilah aku sedikit ilmu...bagi ku telah banyak walaupun setitik lautan dari ilmu Mu..! garu kepala lutut jap..kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jgn di duga....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Ilmu Allah itu turun peringkat-berperingkat sesuai tahap akal kita. Jika ilmu masa darjah satu pun tidak mampu dan malas nak difahami, janganlah nak berangan-angan minta ilmu di tingkatan 5...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Zahabur wrote:Salam Al-Bahr,
Berikan saya sedikit ilmu...jangan pandang wajah saya, pandanglah hati saya...jangan gerun dahlah...hehe
Salam Perkenalan saudara Zahabur,
Sungguh murni hajat tuan hamba ingin menimba ilmu daripada hamba. Namun sebenarnya hamba sendiri berkelana di sini untuk menimba ilmu jua. Hamba juga tidak berniat untuk berlama2 di sini, jika sampai masanya nanti tetap hamba berlalu pergi...
Bukankah hidup kita hanya sementara? Jadi di alam maya ini juga hanya sementara untuk hamba setelah dapat apa yang dihajati. Sudah tentu juga hamba tidak akan memandang wajah tuan hamba (avatar), tetapi memandang hati tuan hamba dalam bentuk kata-kata penulisan tuan hamba adanya...
Gerun hamba hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi jika tuan hamba berkata-kata dengan mengikut Perintah dan LaranganNya sudah pastilah hamba akan gerun dan gentar lantaran takut kepadaNya, bukan takut pada tuan hamba yang juga makhluk ciptaanNya...
Tetapi melihatkan cara tuan hamba menyapa hamba, sudah pasti tuan hamba juga bukan calang-calang insan! Sekadar merendahkan diri tuan hamba sahaja pada hamba lagaknya...
Namun salam bersambut 'salam perkenalan' semoga kita dapat bersahabat di sini, dengan izin Allah juga adanya...
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr janganlah kedekut ilmu...mungkin ilmu kau menjadi pedoman bagi aku...kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai....Allahu Rabbi..!
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:Alahai Teringintahu, asyik nak kena klik saja berbicara dengan sdr ni, tak bolehkan sdr berbicara secara penulisan untuk terangkan kembali?
Kalau sdr betul2 nak buktikan diri sebagai seorang Islam tulen, berkata-katalah dalam bentuk penulisan sdr sendiri. Apakah sdr tak mampu berbuat demikian? atau sdr telah habis kata-kata untuk berbicara secara matang dan ikhlas?
Bukan niat menyindir, tetapi beri dorongan. Saya lihat sdr ikhlas nak menyampaikan sesuatu tentang agama, tapi tidak secara jelas dan terbuka. Kalau sdr memang mengetahui terangkanlah secara terbuka. Kerna saya juga sangat2 'Teringintahu' apa yang sdr nak beritahu pada saya di forum ni tentang perkara yang sdr sangat2 tahu dalam beragama! Tima kasih...
Apa masalahnya klik... cepat dan pantas untuk dirujuk.
Nak beri pendapat sendiri pada perkara yang sudah sedia dalam link, bukankah menggunakan masa pada perkara yang sama yg ada dalam link; klik dan rujuk sajalah; kalau mahu baca.
Ada perkara yang saya ingin sampai ialah info orang lain yang patut disampaikan pula; itulah saya beri link, anda klik sajalah.
Kalau nak bincang, bolehlah bincangkan apa pendapat atau isi kandungan dalam link itu.
Kalau nakkan pendapat saya, bolehlah bertanya.
.
Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts : 98
Reputation : 0
Credits : 5609
Registration date : 2009-04-18
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:
Gerun hamba hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi jika tuan hamba berkata-kata dengan mengikut Perintah dan LaranganNya sudah pastilah hamba akan gerun dan gentar lantaran takut kepadaNya, bukan takut pada tuan hamba yang juga makhluk ciptaanNya...
Itu kata-kata orang yang beriman. Kerana itu manusia yang mencari makna Tuhan yang sebenar, sudah pasti menggunakan akal untuk mengenal tanda-tanda KekuasaanNya.
Tanpa manusia itu mengenal Allah, sudah pasti mereka tidak bergantung kepada petunjuk Allah lagi, melainkan menjadikan nama manusia beriman terdahulu sebagai penentu kebenaran.
Ini yang membuatkan golongan beriman nampak semangat pergantungan yang tinggi kepada Allah dalam diri Nabi Muhammad. Ketika baginda dikelilingi ahli-ahli kitab, baginda tidak pun menggunakan riwayat-riwayat yang diguna-pakai oleh ahli-ahli Kitab terdahulu dalam usaha baginda membenarkan Kitab-Kitab Allah yang terdahulu. Tetapi baginda guna akal untuk memahami petunjuk Allah.
Konsep inilah yang sudah tidak difikirkan oleh orang-orang yang mengaku ikut Nabi Muhammad, tetapi pegangan mereka bertentangan dengan Rasulullah itu lakukan...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: LAMAN PEDOMAN
Aku memang takut nak bertuhankan hawa nafsu sendiri....nanti masuk neraka sape nak tolong aku.....tak nak la aku join sama ngan iblis lam neraka...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Zahabur wrote:Al-Bahr janganlah kedekut ilmu...mungkin ilmu kau menjadi pedoman bagi aku...kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai....Allahu Rabbi..!
Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang...
Allah mengenal mereka, akan tetapi kebanyakan menusia tidak mengetahui jati diri mereka...
Mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengetahuan...
Kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim...
Mereka adalah orang-orang yang mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar (bengis)...
Berada di puncak kesucian diri dan kejujuran...
Insan yang tidak ternoda dan soleh...
Hawa nafsunya tidak dapat mengalahkan dirinya...
Bahkan mampu menggapai maqam (capaian spiritual) kesucian dan kesolehan tertinggi...
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan daripada kamu dosa-dosa Ahlu Bait dan mensucikanmu sesuci-sucinya".
Surah al-Ahzab : ayat 33
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Teringintahu wrote:Apa masalahnya klik... cepat dan pantas untuk dirujuk.
Nak beri pendapat sendiri pada perkara yang sudah sedia dalam link, bukankah menggunakan masa pada perkara yang sama yg ada dalam link; klik dan rujuk sajalah; kalau mahu baca.
Ada perkara yang saya ingin sampai ialah info orang lain yang patut disampaikan pula; itulah saya beri link, anda klik sajalah.
Kalau nak bincang, bolehlah bincangkan apa pendapat atau isi kandungan dalam link itu.
Kalau nakkan pendapat saya, bolehlah bertanya.
.
Baiklah saudara Teringintahu yang baik budi...saya akan bincangkan nanti dengan saudara bila ada masa online yang lebih sedikit. Buat masa sekarang belum ada masa lebih...lagipun kelihatannya saudara agak sibuk memosting di topik2 yang terhangat di pasaran kini!
Jadi saudara utamakanlah yang utama dahulu, untuk berdiskusi dengan saya di topik ini hanyalah sampingan sahaja selepas saudara telah selesai dengan perkara yang lebih utama tersebut.
Sampai ketemu lagi. *smile*
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Adli wrote:Al-Bahr wrote:
Gerun hamba hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi jika tuan hamba berkata-kata dengan mengikut Perintah dan LaranganNya sudah pastilah hamba akan gerun dan gentar lantaran takut kepadaNya, bukan takut pada tuan hamba yang juga makhluk ciptaanNya...
Itu kata-kata orang yang beriman. Kerana itu manusia yang mencari makna Tuhan yang sebenar, sudah pasti menggunakan akal untuk mengenal tanda-tanda KekuasaanNya...........................................................................................
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Konsep inilah yang sudah tidak difikirkan oleh orang-orang yang mengaku ikut Nabi Muhammad, tetapi pegangan mereka bertentangan dengan Rasulullah itu lakukan...
Terima kasih sdr Adli, atas kata2 semangat dan dorongan tersebut. Sebenarnya saya ini tetap hamba yang hina disisiNya. Kemampuan kefahaman saya tidaklah sama seperti sdr Adli juga adanya...
Oleh yang demikian jika kita sampai di suatu persimpangan jalan yang berbeza sekarang ini untuk menuju Tuhan Yang Satu, janganlah kita bermusuhan. Saya fikir kita masih boleh bermuzakarah seperti biasa tanpa apa-apa prejudis sebagaimana masyarakat Malaysia kita yang hidup harmoni dengan berbilang bangsa dan agama.
Besar harapan saya akan perkara yang utama (muzakarah) itu, kita masih boleh berbicara hal2 yang masih ada persamaan akal. Dengan forumer yang lain terpulanglah kepada kebijaksanaan sdr Adli, kerana tiada paksaan dari saya. Cuma ianya antara saya dan sdr Adli sahaja.
Sampaikan salam saya kepada bro Juang, lama tak nampak kelibat beliau di forum ni. Sampai ketemu lagi *smile*
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Hati-hati Al-Bahr... Kata orang dulu2..Lari dari mulut rimau masuk mulut buaya....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Timakasih bro Rimau atas nasihatmu itu...InsyaAllah, saya masih ingat firman Allah SWT maksudnya :-Zahabur wrote:Hati-hati Al-Bahr... Kata orang dulu2..Lari dari mulut rimau masuk mulut buaya....
"Dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang"
(Surah Ar-Ruum : ayat 21)
"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata ; "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim".
(Surah At-Tahrim : ayat 11)
(Iaitu) masukkanlah ia (Musa) ke dalam peti dan kemudian lemparkanlah ke dalam sungai agar dibawa (arus) ke tepi sungai itu, supaya diambil oleh musuhKu dan musuhnya. Dan Aku limpahkan kepadamu kasih sayangKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu.
(Surah Taha : ayat 39)
Allah tidak memikulkan tanggungjawab kepada seseorang, melainkan sesuai dengan dengan kemampuannya. Untuknyalah hasil (pahala) amal baiknya dan dia pulalah yang akan menderita dari kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa), “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan di bahu kami dengan beban berat (yang kami tidak sanggup memikulnya) sebagaimana Engkau pikulkan kepada umat-umat sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkau pembela kami, maka bantulah kami untuk mengalahkan kaum kafir.”
(Surah Al Baqarah : ayat 286)
InsyaAllah akan selamat dengan memohon pada Allah SWT...
p/s : kalau ada kesilapan terjemahan nanti saya perbetulkan balik. Masa suntuk. TQ!
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Ehhh Al-Bahr mana kau ni...kau nak lari ke mana tu....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: LAMAN PEDOMAN
Saya masih di sini bro...berkelana dan bermusafir di bumi Allah yang indah dan luas ni, sehingga sampai tempoh yang tertentu...Pabila sampai masanya nanti tidak dapat dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat pun...Itu Iradat Tuhan, Dia yang menentukan...umur ini tertentu ianya tak dapat disambung...
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
Al-Bahr wrote:Saya masih di sini bro...berkelana dan bermusafir di bumi Allah yang indah dan luas ni, sehingga sampai tempoh yang tertentu...Pabila sampai masanya nanti tidak dapat dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat pun...Itu Iradat Tuhan, Dia yang menentukan...umur ini tertentu ianya tak dapat disambung...
Sekadar makluman: Juang itu adalah suami kepada Adli.
Pemerhati- Siswa-Siswi
- Number of posts : 6
Reputation : 0
Credits : 5507
Registration date : 2009-04-22
Re: LAMAN PEDOMAN
Pemerhati wrote:Sekadar makluman: Juang itu adalah suami kepada Adli.
wauuu
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
PENGAKUAN BENAR & SEJUJURNYA DARIKU!
Terima kasih atas informasi yang diberikan oleh saudara Pemerhati, saya pasti saudara seorang yang arif lagi bijaksana dalam hal2 agama. Oleh kerana kesungguhan saudara memberikan informasi yang benar itu, maka saya juga terpanggil untuk berkata benar dan sejujurnya. Saya juga tidak akan mengulangi perkara ini lagi serta bersoaljawab untuk perkara ini. Cukup hanya sekali saya perkatakan mengenainya kerana tujuan saya berada di sini adalah untuk mencari ilmu agama.Pemerhati wrote:Al-Bahr wrote:Saya masih di sini bro...berkelana dan bermusafir di bumi Allah yang indah dan luas ni, sehingga sampai tempoh yang tertentu...Pabila sampai masanya nanti tidak dapat dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat pun...Itu Iradat Tuhan, Dia yang menentukan...umur ini tertentu ianya tak dapat disambung...
Sekadar makluman: Juang itu adalah suami kepada Adli.
Baiklah, terus-terang saya katakan bahawasanya saya adalah sahabat saudara Juang di alam maya ini (cyber). Dipertemukan Ilahi di sebuah forum keagamaan yang lain kerana saya sekadar mencari ilmu agama di internet. Bukan tak cari di alam realiti tetapi sekadar menambah pengetahuan di alam maya. Setakat perkenalan dengan beliau dalam bermuzakarah itu tidak pernah ada paksaan di pihak beliau. Juga tidak pernah beliau menarik saya untuk ikut haluan beragamanya serta saya tidak pernah tahu tujuan perjuangan agamanya untuk apa.
Setelah ditunjukkan pula forum ini oleh beliau lantas memahami tujuan perjuangannya, tidaklah saya akan memusuhi beliau sebagai seorang insan yang sama2 mencari ilmu Allah walau berlainan haluan. Dan sebagai seorang sahabat saya juga tetap menghormati apa juga pegangan hidupnya serta insan yang rapat dalam hidup beliau (spouse). Beliau juga tidak pernah sorokkan status dirinya atau merahsiakan spousenya. Semuanya saya sedia maklum sebelum berforum di sini lagi juga begitulah sebaliknya dengan status diri saya (married). Beliau juga tahu dan faham saya bagaimana.
Setakat itu sahaja yang dapat saya jelaskan kerana selebihnya adalah bersifat peribadi. Apa yang saya perkatakan ini adalah benar semuanya dan Allah Maha Mengetahui apa yang tersimpan di hati sanubari saya ini, samada ianya dijelaskan atau disembunyikan. Saya harap dengan penerangan ini akan mengekalkan keadaan yang sedia jernih sekarang dan tidak menjadi kontroversi mahupun huru-hara di forum.
Biarlah saya dengan cara beragama saya dan beliau dengan cara beragamanya. Sekali lagi saya tekankan, saya tidak akan bermusuh dengan beliau serta keluarganya. Meminjam maksud terjemahan dari Firman Allah SWT untuk gambarkan persahabatan saya ini ;
Surah Al Kafirun ayat 6 : Untuk kamu agama kamu dan untuk akulah agamaku.
p/s : Jika terjemahan itu salah dan tak boleh pakai, tolong perbetulkan saya ya kawan2...
*smile*
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: LAMAN PEDOMAN
ooooo baru la aku tau Juang suami Adli ek....patut pun sealiran je pendapat nya....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Page 2 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 5
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum