Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
KISAH SEORANG KAWAN...
+7
FeLiSeWoMaN
tokkmudim
penditaputra
mekganu
samson
matding
tajuNM
11 posters
e-mindakita :: Minda Jalinan :: Terbuka
Page 3 of 4
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5826
Registration date : 2008-06-04
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
kesiannya kat Zaf.... pi tidok dulu la...... dah bangun nanti... adalah kot sambungan tu....zafran0512 wrote:
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5851
Registration date : 2008-06-24
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Dale huje nie,cepat sikit dapat idea abe.....
matding- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1207
Age : 55
Location : muka bumi ALLAH TAA'LA
Reputation : 0
Credits : 5763
Registration date : 2008-08-25
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Kisah Cikgu Jamil...
Cg Jamil tinggal bersama ibu dan dua orang adik lelakinya. Ibu sudah tua dan kini memerlukan sepenuh jagaan. Makan minum dan ubat-ubatannya perlu dijaga. Siapa lagi yang boleh diharapkan selain daripada Cg Jamil. Tambahan pula si ibu yang mengharapkan segalanya dilakukan oleh Cg Jamil sahaja. Dia selesa dengan layanan anak lelakinya yang kini dahpun berusia 39 tahun.
Duda tanpa anak ini amat disenangi oleh sesiapa sahaja. Perwatakannya cukup simple, agak kacak, petah berbicara dan pandai berjenaka. Kepada orang2 kampung, dia adalah imam mereka, dan sempena Aidiladha, dia dicari untuk menyembelih lembu2 korban mereka. Pendek kata beliau cukup sempurna pada pandangan setiap mata yang memandang. Begitu juga kepada para pelajarnya…. Beliau cukup mudah didekati dan mesra dengan sesiapa sahaja.
Pendek kata, bukan Laila sahaja yang jatuh cinta kepadanya.
Kemungkinan sejarah perkahwinan yang lalu membelenggu kehidupan Cg. Jamil sekarang ini. Setelah berkahwin mereka suami isteri pindah ke rumah sewa, dan ini bermakna terpaksa meninggalkan ibunya. Sebelum ini keadaan ini tidak begitu membebankan, kerana ibunya jiga masih kuat. Tetapi dengan keadaannya sekarang yang sakit dan pelupa, tidak sampai hati rasanya kepada Cg Jamil untuk meninggalkan ibunya itu bersama adik2 yang bukan tidak boleh diharap, tetapi dia sendiri tidak begitu yakin.
Ramai yang berkahwin tetapi masih tinggal bersama ibu bapa suami atau isteri. Tetapi tidak pada Cg Jamil. Isteri pertamanya dulu juga bekas anak muridku. Aku cukup memahami perangai dan tingkahlakunya. Wanita ini tidak begitu selesa untuk tinggal berdama mertua, dan atas dasar itulah mereka menyewa. Yang sebenarnya ibu Cg Jamil merupakan seorang wanita yang sangat2 memahami. Aku sendiri cukup rapat dengannya, dan kami boleh bergurau dan berjenaka. Dia sendiri memahami perasaan seorang wanita, dan dengan itu beliau juga menggalakkan Cg jamil menyewa dan tinggal sendirian suami isteri. Cg Jamil juga keberatan untuk meninggalkan ibunya, tetapi nasihat ibu diterima dengan hati yang terbuka.
Sudah banyak kali ibunya menyuruh Cg Jamil mencari pengganti, malah dia juga tidak mahu melihat anak bujangnya ini terus menduda. ”Eh mak ni, suruh kita pulak yang kahwin, yang dia tu dah lama menjanda....” Pernah dia bergurau dengan ibunya.
Disember ini genaplah 4 tahun dia menduda. Dia juga merasakan sudah sampai masanya untuk mencari pengganti, tetapi bukan dalam jangka masa yang terdekat ini. Kepastian yang diminta Laila benar2 mengejutkannya. Mengikut perkiraannya… 3 atau 4 tahun lagi adalah masa yang paling sesuai. Kerana Laila juga memerlukan tempoh berkenaan bagi menyempurnakan pengajiannya.
Melepaskan Laila amat perit dirasakan, tetapi dia juga tidak boleh mendesak supaya Laila terus menuggu. Dia harus memilih di antara dua, Laila atau ibunya. Memilih Laila bermakna dia terpaksa tinggal berasingan lagi, dan inilah yang paling dia tidak sanggup pada masa sekarang. Malah beliau sendiri pernah berazama bahawa dia hanya akan berkahwin lagi setelah ibunya meninggal dunia.
Hatinya begitu terpaut kepada Laila. Banyak sifat luaran Laila yang menyamai bekas isterinya itu. Kerinduannya terhadap bekas isteri terubat dengan kehadiran Laila, apatah lagi mereka juga berkongsi nama yang sama.
Satu nama dimiliki dua jasad, tetapi bersemadi cinta mereka di dalam satu jiwa....

Cinta x semestinya bersatu dan ketika inilah cinta perlukan pengorbanan..
p/s : tengah malam baru dapat feel yer abe..
p/s : tengah malam baru dapat feel yer abe..
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
huhu iklan lagi..abg tajunm..mana lagi ni..suke bagi org tunggu dier tauuu...feel blm smpai lagi ker..
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5826
Registration date : 2008-06-04
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Hari ini, 9 Disember merupakan ulang tahun perkahwinan Cikgu Jamil dan Laila kali ke-5. Namun takdir Allah menentukan segala2nya. Laila terlebih dahulu pergi menyahut panggilan Ilahi bersama2 anak sulung mereka yang sudahpun berusia 9 bulan dalam kandungan. Hanya masa dan ketika sahaja menentukan saat kehairan itu.
9 Disember merupakan tarikh yang pasti tidak dapat dilupakan Cg Jamil sepanjang hayatnya. Tarikh inilah juga Laila meninggakannya setelah genap setahun usia pernikahan mereka.
9 Disember merupakan tarikh yang pasti tidak dapat dilupakan Cg Jamil sepanjang hayatnya. Tarikh inilah juga Laila meninggakannya setelah genap setahun usia pernikahan mereka.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5851
Registration date : 2008-06-24
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
MASYA ALLAAAAH.....Innaa.....raaji'un
penditaputra- Dekan
- Number of posts : 3027
Age : 49
Location : dalam gua, bertapa
State :
Reputation : 0
Credits : 5833
Registration date : 2008-06-30
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
[quote="tajuNM"]Hari ini, 9 Disember merupakan ulang tahun perkahwinan Cikgu Jamil dan Laila kali ke-5. Namun takdir Allah menentukan segala2nya. Laila terlebih dahulu pergi menyahut panggilan Ilahi bersama2 anak sulung mereka yang sudahpun berusia 9 bulan dalam kandungan. Hanya masa dan ketika sahaja menentukan saat kehairan itu.
9 Disember merupakan tarikh yang pasti tidak dapat dilupakan Cg Jamil sepanjang hayatnya. Tarikh inilah juga Laila meninggakannya setelah genap setahun usia pernikahan mereka.[/quote]
abg junm..konfuse sikit..ckp 5 tahun atau setahun usia perkahwinan CJ dgn laila ni..pastu laila meninggal dunia sbb apa...apa apa pun takziah utk keluargan CJ..
9 Disember merupakan tarikh yang pasti tidak dapat dilupakan Cg Jamil sepanjang hayatnya. Tarikh inilah juga Laila meninggakannya setelah genap setahun usia pernikahan mereka.[/quote]
abg junm..konfuse sikit..ckp 5 tahun atau setahun usia perkahwinan CJ dgn laila ni..pastu laila meninggal dunia sbb apa...apa apa pun takziah utk keluargan CJ..
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5826
Registration date : 2008-06-04
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
[quote="zafran0512"]
Dia orang nikah 9/12/2003 dan Laila meninggal 9/12/2004.
Memang nak cerita semuanya... sejak pertunangan lagi, tapi belum sempat....
Sebenarnya keluarga Laila macam tak merestui hubungan mereka berdua...
tajuNM wrote:Hari ini, 9 Disember merupakan ulang tahun perkahwinan Cikgu Jamil dan Laila kali ke-5. Namun takdir Allah menentukan segala2nya. Laila terlebih dahulu pergi menyahut panggilan Ilahi bersama2 anak sulung mereka yang sudahpun berusia 9 bulan dalam kandungan. Hanya masa dan ketika sahaja menentukan saat kehairan itu.
9 Disember merupakan tarikh yang pasti tidak dapat dilupakan Cg Jamil sepanjang hayatnya. Tarikh inilah juga Laila meninggakannya setelah genap setahun usia pernikahan mereka.[/quote]
abg junm..konfuse sikit..ckp 5 tahun atau setahun usia perkahwinan CJ dgn laila ni..pastu laila meninggal dunia sbb apa...apa apa pun takziah utk keluargan CJ..
Dia orang nikah 9/12/2003 dan Laila meninggal 9/12/2004.
Memang nak cerita semuanya... sejak pertunangan lagi, tapi belum sempat....
Sebenarnya keluarga Laila macam tak merestui hubungan mereka berdua...
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5851
Registration date : 2008-06-24
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
abg junm..dkt atas tu abg junm ckp laila dgn CJ ada ulang tahun perkahwinan yg ke5..tp kawin 2003 dan laila meninggal dunia 2004..mcm mana ni
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5826
Registration date : 2008-06-04
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Kisah seorang kawan Tok Wan, dimana beliau seorang anak angkat emak ayahnya tidak diketahui..dengar dari keturunan Cina..,beliau dibesarkan dari satu keluarga melayu yang tidak dikurniakan seorang zuriat pun.untuk memendekkan cerita ketika umur 13tahun keluarga angkatnya kemalangan dan keduanya meninggal dunia.Tinggallah beliau kesaorang.Demi meneruskan hidup ini beliau berhenti sekolah sebelum ambil SRP.Tidak jauh dari rumahnya ada sebuah kedai runcit dan disitulah dia menolong apa yang perlu tanpa sebarang upah..,dan sekadar diberi makan sahaja.Namun tiada sebarang rungutan dari beliau..,kekadang kalau ada mak cik atau pak cik datang beli beras ke..atau sebarang barangan berat terus beliau angkat dan pikul hantar kerumah.Makin lama kedai itu makin maju..lantas tuan punya kedai ambilnya sebagai pekerja tetap dan di belikan sebuah motorsikal (Beca) tayar tiga untuk hantar barang terus kerumah. Oleh kerana berkat serta tekun atas kejujuran beliau, tuan punya kedai runcit itu telah membuka satu lagi cawangan kedai runcitnya dikampong lain dan beliau dilantik menguruskan kedai itu.
Tidak lama selepas itu tuan punya kedai jatuh sakit, sebelum meninggal sempat memaklumkan pada isterinya bahawa anak perempuannya itu mesti dijodohkan dengannya.
Atas berkat kesabaran..,kini beliau telah menjadi pemborong barangan runcit untuk pengedar bagi pekedai pekedai persekitarannya.
Kekadang bila Tok Wan berjumpa dengannya terasa segan..diatas kejayaannya itu.

wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5775
Registration date : 2008-08-31
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Banyak pengajaran daripada kisah ini Tok Wan....
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5851
Registration date : 2008-06-24
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
rajin berusaha tangga kejayaan
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5826
Registration date : 2008-06-04
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Pengajarannya, kalu ditimpa sikit musibah jgn mudah mengalah dan mengadu dgn org lain utk dapatkan bantuan sebelum kita sendiri mencuba.....
matding- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1207
Age : 55
Location : muka bumi ALLAH TAA'LA
Reputation : 0
Credits : 5763
Registration date : 2008-08-25
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
zafran0512 wrote:abg junm..dkt atas tu abg junm ckp laila dgn CJ ada ulang tahun perkahwinan yg ke5..tp kawin 2003 dan laila meninggal dunia 2004..mcm mana ni
Maksudnya... kalau Laila masih ada...
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5851
Registration date : 2008-06-24
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Kisah Dr. K
Terkejut juga apabila kawan2 bagi tau bahawa si K ni dah dapat Phd. Memang langsung tak percaya.... apabila ada kesempatan bercakap dengan K sendiri, barulah percaya.... tapi dalam gelak dan geleng...
Dengan gelaran Dr. tu, K meneruskan kareernya sebagai pakar motivasi... malah korporat besar2 pun pernah menggunakan khidmat beliau..... dan mereka tak pernah kecewa dengan penampilannya....
Mula berkenalan dengan K ketika sama2 mengajar di salah sebuah sekolah swasta di KL. Sebenarnya saya sendiripun tak nak jadi cikgu dulu.... tetapi dah 5 tahun kat sekolah tu, rasa ada chemestri pulak... terus apply KPLI. Kebetulan, tak lama lepas tu, sekolah tu pun ditutup.... selamat...
K sendiri, sebelum sekolah itu ditutup, dah mula berjinak2 dengan program motivasi. Kebetulannya K ni memang pandai bercakap... malah cakapnya meyakinkan, dan beliau boleh meyakinkan orang lain, sehinggakan perkara yang dia sendiri tak berapa taupun, dia boleh kata dia betul2 tahu, dan orang yang mendengarnya pun akan yakin bahawa dia benar2 tahu apa yang diperkatakannya.
Sebenarnya, K ni hanyalah berkelulusan SPM sahaja. Itulah pengakuan yang telah diberitahu oleh beliau sendiri kepada saya. Dan atas sebab itu jugalah saya tidak percaya apabila kawan2 beritahu bahawa R dah dapat Phd. Bagaimana boleh dapat Phd, sedangkan masuk U pun tidak?
Apabila saya tanyakan perkara ini kepadanya, K tak perlu berselindung lagi.
"Sheikh..... kalau anta nak tau, ana bayar RM20k kepada sebuah U di Florida. Ana hanya submit satu kertas kerja je. Terus dapat. Ana bukannya nak mohon kerja dengan PhD tu, ana gunakan Dr pada nama ana supaya orang respek je.... kalau dia orang tahu ana kelulusan SPM je, korporat mana nak jemput ana kan.....".
Begitulah penjelasan Dr.K kepada saya, dan sebab itu jugalah yang menyebabkan saya tergelak, dan menggelengkan kepala.....

tajuNM wrote:Kisah Dr. K

permainan duniawi...dengan wang kita dapat segala-galanya.. payah untuk menang melalui kejujuran..jika tidak kerna kegigihan dan usaha..
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
teringat juga kisah kawan saya ni, maklumlah bila lepasan dari timur tengah , tanpa mengkiut sistem sekolah kerajaan jadik terus dapat ijazah luar negara, bila nak berkhidmat ngan jabatan agama mesti ada spm tu, jadik ada seorang kawan singh ofer pada kawan saya ni nak beli spm dan si singh ni pun ceritalah pengalaman nya masa balik india dulu bezanya kat malaysia kalau nak beli sijil tu susah sikit lah , tapi kalau kat india penjual sijil tu tanya berapa kilo ko mau beli sijil?
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
samson wrote:teringat juga kisah kawan saya ni, maklumlah bila lepasan dari timur tengah , tanpa mengkiut sistem sekolah kerajaan jadik terus dapat ijazah luar negara, bila nak berkhidmat ngan jabatan agama mesti ada spm tu, jadik ada seorang kawan singh ofer pada kawan saya ni nak beli spm dan si singh ni pun ceritalah pengalaman nya masa balik india dulu bezanya kat malaysia kalau nak beli sijil tu susah sikit lah , tapi kalau kat india penjual sijil tu tanya berapa kilo ko mau beli sijil?
bak 7 kilo..diploma...10kg Ijazah ana nak buat bisnes nie lak sam..
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
nama singh yg nak jual sijil tu jagjit singh,aku tanya dia kenaper ko tak pakai serban macam singh lain? dia katalah yg dia dah murtad dari singh dan masuk kristian yg grupnya dipanggil assembly of god kira antara kristian yg tak sembah jesusu dan takder lambang salib
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
zaman sekarang ni mmg la, asal ada duit je, terus boleh jadi semua, phd puin dapat, kalau takda duit apa pun tak dapat
penditaputra- Dekan
- Number of posts : 3027
Age : 49
Location : dalam gua, bertapa
State :
Reputation : 0
Credits : 5833
Registration date : 2008-06-30
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Kalo gitu baik masuk Islam....samson wrote:nama singh yg nak jual sijil tu jagjit singh,aku tanya dia kenaper ko tak pakai serban macam singh lain? dia katalah yg dia dah murtad dari singh dan masuk kristian yg grupnya dipanggil assembly of god kira antara kristian yg tak sembah jesusu dan takder lambang salib
siti- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1295
Age : 47
Location : Fil Ardh
Reputation : 1
Credits : 5967
Registration date : 2008-06-14
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
den nak citer kisah kawan den masa kami remaja dulu. Nama dia siti fatimah. kami panggil dia timah. bila timah gagal SRP, dia belajar kat sekolah agama swasta ambil SRP sekali lagi. namun dia tetap gagal. langsung dia kejer kilang elektronik kat melaka, sedangkan kami masih lagi kena denda ngan cikgu bila tak buat homework. huh boring juga jadi student sedangkan timah dah jauh tinggalkan kami dlm penampilan diri. mula bergaya, pakai make-up dan cakap pun tak hu ha hu ha lagi. kata orang cakap beralas.
satu hujung minggu sedang kami dok sembang2 kat tepi tangga flat sebelah rumah den (quarters kerajaan den ni boss jadi port tempat lepak mestilah kat ghumah den kan?), timah turun dari rumah dia tingkat 4 dgn muka masam mencuka. lama dah timah tak join kita orang sbb sibuk kejer kot.
"apa hal?" den tanya si timah poyo ni.
"malam tadi ada budak kem PPH nak perkosa aku." terkejut lebih dari beruk den dgn statement timah ni.
"kau biar betul timah!" den mmg tak percaya dgn si timah kaki perasan ni.
"kat mana dia nak rogol kau tu?" den aja yg bertanya sejak dari tadi sedangkan yg lain dok molopong caya tak caya dgn citer si timah ni.
"tu! belakang klinik gigi."
belakang klinik tu mmg sunyi. habih waktu pejabat mmg takder dah oghang lalu. kalau malam lagi lah pulak. kalau buat onar atau nak buat maksiat mmg sesuai sangatlah. terlindung dgn pej pendaftaran dan pej daerah. den selalu teman abah den suluh burung merbuk kat atas pokok2 besar belakang klinik tu. kiranya tempat tu strategik lah kalau nak merogol. so, citer si timah ni boleh dipercayai walaupun jauh disudut hati mmg den tak caya. sebabnya timah ni gemuk dan bagi org lelakilah dia tak termasuk dlm katogari cantik. maaf bukan nak mengutuk.
"camner kau boleh gi belakang klinik gigi tu, kau kenal ke dia?" den mula menyiasat macam detektif conan.
"malam tadi aku sampai bus-stand dari melaka pukul 9.00mlm. masa jln kaki nak balik rumah aku terserempak dia depan rest house. dia yg ajak aku gi kat belakang klinik tu"
sebenarnya antara bus-stand dan flat kami lebih kurang 300m. klinik gigi tu dlm 60m jer dan rest house 150m. kami ni duduk tgh bandar. bagi aku si timah tu ikut pak we tu sbb seronok ada lelaki nak tackle dia kot. ada juga lelaki yg tak pilih. janji pompuan. hish jahatnya lelaki ni. hehe..
"habis tu dia rogol kau tak?" den tak sabar nak tahu.
"Takkk....!" hehe...den dah agak dah.
"kau cam tak rupa dia?"
"cam. nama dia Man."
"Man???" serentak kami 5 oghang bersuara pandang pada kak teh. aku tgk rupa kak teh yg putih melepak dah mula merah.
"cam mana rupa dia?"
"rambut lurus, ada misai dan kulit hitam manis!" airmata kak teh dah mula bergenang.
"Teh, kau gi ambik gambar Man kejap!" kak teh dah mula menangis. mahunya tidak. buah hati nak rogol kawan sendiri. denlah yg paling rasa bersalah. sbb den yg rekemenkan Man pd kak teh sewaktu Man yg kerja PPH dari kem berhampiran nak berkenalan dgn kak teh. kak teh terus bangun dengan esak tangisnya berlari turun dan naik ketingkat 5 flat yg berdepan dgn flat tempat kami lepak. bayangkan sepanjang turun naik ke tingkat5 dan turun semula, berjurai-jurai airmata kak teh yg merembes keluar. nasib baik tak tersungkur atas tangga.
"timah, kau tgk betul-betul gambar ni." den unjukkan gambar hitam putih Man ukuran passpot pada timah. kesian kak teh masih lagi termengah-mengah dalam tangisan.
"betul lah ni!" gambar Man dicampak timah melayang jatuh jauh atas lantai simen. uwaaaa... tangisan kak teh bertambah kuat. yg lain2nya jadi panik.
"sabar Teh, sabar!!" aku cuba sabarkan kak teh.
"sampai hati Man buat Kak Teh macam ni." kak teh menangis dan merintih.
si timah pula masam mencuka sambil menjuihkan bibir. dahlah hodoh, bertambah-tambah hodoh den tgk muka si timah masa tu. den bangun dan pungut semula gambar Man yg terlempar jauh. dlm hati den tetap tak cayakan timah ni. den pun tak caya Man sanggup buat kerja tak bermoral tu.
"timah kau tengok gambar ni betul-betul. cam kan betul-betul." ntah naper den begitu yakin and konpiden si timah ni salah orang.
"tak mahu. mmg orang ni yg nak perkosa aku. memang sah dia!"
timah berdegil tak mahu tgk gambar tu. muncungnya semakin dijuihkan. panjang boleh ditanjul kiranya. yg aku geram tu dlm 2 kali ambik SRP tapi gagal, cakap kemain class lagi. orang guna perkataan rogol, dia asyik dari tadi guna perkataan perkosa. sikit punya class minah ni!
tak sampai hati tgk kak teh yg dari tadi tak berhenti menangis, den desak juga si timah tu tengok sekali lagi gambar Man. akhirnya dia mengalah.
"eh, bukanlah..." timah tersipu-sipu.
mahu rasanya den kasi penumbuk kat muka timah saat itu. mmg sakit hati betul. tangisan kak teh terhenti dan dia kembali senyum dan mula mengelap airmatanya. si timah bukannya nak mintak maaf, tapi selamba dog angkat punggung dan naik kerumahnya ke tingkat 4. kalaulah den tak desak si timah tadi, dah tentu kak teh perang sabil dgn Man. gitulah citernya..
lama dah tak jumpa si timah ni. hmmm, power si timah ni tau! antara kami semua, dia yg berkahwin dulu. dia dah kahwin cerai dan kahwin lagi , tapi kami masih lagi dok mencari-cari our prince charming..

mekganu- Dekan
- Number of posts : 3628
Reputation : 4
Credits : 5985
Registration date : 2008-04-14
Re: KISAH SEORANG KAWAN...
Agaknya timah tu pakai kasut power kot kakmek. tu yg power semcm jer...
sori, gurau jer kakmek.
Teringat masa duk menyewa masa belajar dulu. Masa tu saya di tahun 2. Sebelum tu duk dalam kolej. 1st time tinggal kat luar, saya masih lagi kekok dengan suasana sekeliling. Yalah kat KL, bukan kat kampung. Dah tentu suasananya lain. Saya menyewa dan tinggal bersama 2 kawan yg lain dan seorang telefonis Telekom. Dia ni kerja shif. Umur dia dalam 25 tahun. Kami panggi dia Kak Wan. Asal Perak. Dia ni free hair. Saya tak berapa tahu sgt tentang peribadi dia tp saya tak pernah tgk dia solat. Bila selalu tgk kami solat, dan baca Quran, dia ckp dia nak belajar mengaji, mula solat dan mula nak pakai tudung. Yg kelakarnya dia terus nak pakai tudung labuh. Kami suruh dia buat perubahan slow-slow sbb mcm mendadak sgt perubahannya tu. So, dia mulalah pakai tudung. Kami pun rasa syukur dia dah mula berubah.
Kitorang ni student. Selalunya malam baru kitorang balik rumah. Kak Wan pulak keje shif. Jd sgt jarang berjumpa. Sesekali bila masing2 ada di rumah, kitorang akan berkumpul dan bercerita. Boleh dikatakan Kak Wan ni pemurah orangnya. Ada sj bende yg dibelikan untu kitorang. Jd, kitorang ni mewah dgn segala bentuk makanan. Kitorang tak pernah persoalkan mcm mnaa Kak Wan boleh dpt beli bende2 mahal sedangkan dia ni cuma telefonis yg gajinya tak seberapa. Dah ada yg memberi, haruslah kita menerimakan...
Suatu malam, kitorang dikejutkan dgn ketukan dan panggilan diluar yg bertalu-talu memanggil nama kak wan. Kitorang semua terkejut. Masa tu kak wan takde. Keje. Shif malam. Kalo tak silap masa tu pkl 2 pg.
Kitorangpun bukak pintu dan ada sorang lelaki yg nak berjumpa dgn kak wan. Kitorang ckp kak wan takde. Kemudian org tu pun pergi. Esoknya kitorang beritahu kakwan. Dia tak ckp apa-apa. Cuma sejak tu dia dah berubah kepada asal. Dah tak solat dan dah tak pakai tudung. Disebabkan kesibukan kitorang belajar, kitorang pun takde masa nak ambil pusing pasal dia. Dia pun dah mula jauhkan diri dr kami.
Sehinggalah suatu hari, waktu pulang dr kelas, turun sj dari perut bas, kitorang nampak kak wan melintas jalan dan hampir dilanggar kereta. Bunyi hon bertalu-talu. Kitorang mcm pelik jer tgk kakwan yg menonong jer tak tgk kiri kanan waktu melintas. Kitorang cuba panggil tp entah kenape dia tak pedulikan kitorang.
Dan bermulalah sedikit demi sedikit terbuka rahsia. Orang sebelah menyebelah bercerita siapa kakwan sebenarnya. Rupa-rupanya kakwan selain bekerja sebagai telefonis, dia juga seorang bohsia yg agak terkenal juga di kawasan itu. Sebelum ni dia mmg teruk. Selalu bawak lelaki balik rumah. Lps tu kene 'sound' dgn org kat situ, dia dah tak bawak lelaki balik rumah lagi. Dan yg paling membuatkan kami kesal, dia dah byk kali buat pengguguran haram. Mlm waktu dia melintas dan hampir dilanggar kereta rupanya dia br dpt tahu dia mengandung lagi. Mlm tu dia minum arak sampai mabuk. Patutlah weng semacam jer...
Mmg tak dpt kami bayangkan dia ialah Kakwan yg kami kenal. Sejak tu dia tak pernah balik rumah. Kami tak sanggup nak tinggal di situ lg. Kami segera cari rumah lain dan berpindah. Terakhir yg kami dengar, dia gugurkan lagi kandungannya tu. Lps tu saya dah tak tahu apa cerita kakwan lagi. Cuma sesekali terserempak dlm bas. Dia langsung tak tegur.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|