e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap6%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap23%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 23% [ 18 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap21%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 21% [ 16 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap8%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 8% [ 6 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap8%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 8% [ 6 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap6%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap6%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap0%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 0% [ 0 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap6%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap4%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 4% [ 3 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap0%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 0% [ 0 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap1%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 1% [ 1 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap3%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 3% [ 2 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap1%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 1% [ 1 ]
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap5%"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
mekganu (3628)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
Juang (3494)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
Kalam (2631)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_lcap"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_voting_bar"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. I_vote_rcap 

Keywords

2013  baqarah  2011  2010  2012  2024  


"SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

5 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Kalam Sun Nov 09, 2008 12:32 am

Kongsikan ilmu anda di sini..semoga dapat dimanafaat bersama,,Sekarang ini banyak filem-filem barat memutar belitkan sejarah tamadun Islam.,,bagi yang kurang matang dan tidak berilmu pasti akan mudah terpengaruh dengan filem dongengan barat itu,,.filem-filem barat mudah menyifatkan Islam ini sebagai "Pengganas"" .....


Last edited by Kalam on Sun Nov 09, 2008 12:43 am; edited 1 time in total
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Kalam Sun Nov 09, 2008 12:33 am

KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN



Pengenalan

Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.



Manusia Menurut al-Quran

Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.



Fungsi Manusia Menurut al-Quran

Beribadat kepada Allah

Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.



Memelihara Alam

Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.



Mengenali di Antara Satu Sama Lain

Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.



Memakmurkan Muka Bumi

Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.



Mentauhidkan Allah

Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.



Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi

Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).



Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Kalam Sun Nov 09, 2008 1:05 am

Sesiapa yang meminati sejarah dan tahu cara penyebaran Islam dan penaklukan sesebuah empayar diseluruh pelusuk dunia sila kongsikan disini,,Kalam nak belajar gak nie,dulu ilmu sekadar nak jawab periksa jea.sekarang nak belajar dengan mendalam lagi...
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Sun Nov 09, 2008 8:34 am

Bagus belajar sejarah ni. Kita boleh ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku untuk pedoman masa akan datang. Dalam Quran sendiri ada sejarah umat-umat terdahulu. Kita boleh nampak pengajaran jatuh-bangun sesuatu umat itu berkaitan dengan ketinggian akal dan kesucian hati.

Bangsa yang rendah akal akan kotor hatinya (berbangga diri) seterusnya mengalami kejatuhan (macam umat Islam sekarang). Bangsa yang tinggi akal akan disucikan hatinya (merendah diri) seterusnya diperkasakan. Sunnah itu berlaku berulang-ulang macam kitaran siang dan malam.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Kalam Sun Nov 09, 2008 11:57 am

Siapa nak start cerita pasal nie..tak sabar nak belajar nie.
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Tue Nov 11, 2008 11:46 pm

Seperti yang kalam list kan itu, sememangnya tugas atau peranan manusia ini bukan hanya tertumpu pada ibadah ritual sahaja. Tetapi banyak lagi peranan lain. Allah jadikan alam semesta ini luas terbentang, kalau penumpuan kita hanya pada ibadah ritual sahaja, apa gunanya penciptaan Allah ini yang meluas dan melata ini. kalau hanya untuk ibadah ritual sahaja, baik Allah ciptakan malaikat sahaja. yang sudah pasti patuh dan taat padaNya. Tapi Allah ciptakan makhluk bergelar manusia yang dibekalkan dengan nafsu dan akal...

Sebenarnya, kalau kita letakkan Allah disetiap perbuatan kita, setiap itu dikira ibadah. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku adalah kerana Allah.

Tengok tajuk pada thread ni mengingatkan saya tentang satu subjek yang saya ambil masa 1st year dulu.

Sebelum kita mengkaji sejarah tamadun Islam ini, mungkin selama ini kita tak sedar atau terlena dengan dodoian segala teknologi yang canggih manggih dari barat. Kita kutuk barat, tapi dalam masa sama kita guna pakai segala yang datang dari sana.

Tapi, sedarkah kita semua bahawa, kegemerlapan tamadun barat pada hari ini adalah bermula dari kehebatan tamadun Islam. kajian yang dibuat oleh masyarakat barat telah melahirkan satu kesedaran dan membuatkan mereka berfikir. Dan mereka mendapat hasil dari usaha mereka. Allah itu Maha Adil.

Pernahkah kita terfikir, kenapa bukan orang kita yang mengkaji tentang mutiara kegemerlapan tamadun Islam itu? Kenapa bukan orang kita yang meneruskan kegemerlapan tamadun Islam itu?

Bila kita sering timbulkan persoalan dalam diri kita, kita akan tau di mana kekuatan dan kelemahan kita sendiri.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Juang Wed Nov 12, 2008 1:36 pm

Dengan memahami pengajaran wahyu pertama Quran, kita boleh nampak pengajaran Quran sebenarnya untuk melahirkan manusia yang kreatif. Kreativiti inilah yang tidak dipunyai oleh makhluk-makhluk selain manusia.

Tidak pernah kita jumpa beruk tahu mencipta teknologi. Jadi mengatakan manusia berasal dari beruk sudah tertolak. Nanum apabila manusia itu menolak akalnya sendiri sehingga jadi umat yang tidak kreatif, bermakna manusia itu sudah menyamai sifat-sifat beruk.

Adakah teori Darwin itu sengaja dibuat untuk menyedarkan umat Islam agar tidak meniru perangai beruk yang tidak kreatif itu? Dahulu Nabi Muhammad pernah menyamakan orang Yahudi dahulu yang hidup berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri sebagai kera yang hina agar beragama secara berfikir untuk menjadi manusia yang kreatif. Dan kita lihat orang Yahudi ramai yang kreatif sekarang ini hasil nasihat Nabi Muhammad.

Jadi mungkinkah Darwin ingin membantu umat Islam sekarang agar sedar diri untuk menjadi manusia yang kreatif agar masa tidak dibuang untuk berbalah-balah pasal hukum Quran dan berebut kuasa seperti beruk berebut pisang?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Thu Nov 13, 2008 7:49 am

Juang wrote:
Jadi mungkinkah Darwin ingin membantu umat Islam sekarang agar sedar diri untuk menjadi manusia yang kreatif agar masa tidak dibuang untuk berbalah-balah pasal hukum Quran dan berebut kuasa seperti beruk berebut pisang?

Smile
Kita mungkin sedikit tak selesa dengan perumpamaan beruk ini. Tapi dalam Al-Quran pun Allah ada umpamakan seperti beruk yang hina.

Mungkin juga tujuan Darwin menwarwarkan teori ni untuk provok umat Islam. Seperti mana yang biasa terjadi di zaman kita sekarang ni, karektor kartun yang menghina agama kita, cerita-cerita yang seakan menghina Islam, dan yang terbaru yang saya tau pasal pertandingan wajah seperti nabi. (Tapi pertandingan ini dibatalkan di saat-saat akhir. Saya ada terbaca dalam paper)

Kita ni, biasanya akan bersemangat akan timbul berapi kalau diprovok. Lihatlah sahaja reaksi kita bila seseuatu situasi seperti di atas berlaku. Kita akan bersatu untuk memprotes tindakan mereka yang kita rasakan tak bertanggungjawab itu.

Tapi kalau tak berlaku seseuatu yang seperti itu, kita pulak yang sibuk dok berbalah sesama sendiri. Berebut kuasa, salah menyalahkan, saling kafir mengkafir, saling berbalah untuk mempertahankan sesuatu yang difikirkan benar...

Kenapa kita tak gunakan rahmat suasana ketenangan yang kita rasa di negara kita ini untuk sama-sama kita memajukan diri sendiri, saling bantu membantu, saling bertukar pendapat...kalau dah porak peranda baru nak timbul azam tu, itu dah terlambat la. Sebab masa tu apa yang ada dalam kepala kita adalah keselamatan diri.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by samson Thu Nov 13, 2008 9:34 pm

di wilayah nusantara atau digelar wilayah timur jauh. melihat keadaa geografi dari isalm lebih banyak tersebar ke sebalah timur berbanding ke sebelah barat lagi.

ada beberapa faktor nya kerana para sahabat dahulu ingin membenarkan apa yg disabdakan oleh rasulullah saw kerana islam akn bangkit di seblah timur

sepertimana ketika sahabat sahabat memnggali parit pada peperangan khandak , ada batu besar yg rasululluah pukul sewaktu terpeciknya api akibat pukulan kepada batu itu rasullah telah digambarkan akan kejatuhan kota konstantinopale (istanbul ) ke atas umat islam.Padahal sdi waktu itu konstantiniople adalah pusat pemerintahan empayar byzantine dan satu kerajaan yg amat gagah

selepas wafatnya rasullulah ada sahabat yg berusaha untuk membenarkan hadis tu iaitu saidina abu ayub al ansari dalam usia 80 tahun, tapi beliau gagal dan di makam kan di tepi kota konstan tin

kejadian itu berlaku 600 tahun selepas wafatnya rasulullah pada kurun 14 masehi melaui sultan muham,mad al fateh
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Kalam Thu Nov 13, 2008 10:20 pm

orang kuat sejarah mari doh nie..
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Fri Nov 14, 2008 5:34 am

Jika kita melihat Islam dari segi kreativiti (sebab itu wahyu pertama Quran tekankan kita kenal Allah Maha Mencipta/Maha Kreatif), di antara sebelah Barat tanah Arab dan di sebelah Timur tanah Arab, di sebelah Barat itulah yang memahami apa kehendak Quran yang sebenar. Sebab itu hasilnya kini mereka mampu menjadi bangsa yang bijaksana, pandai kaji alam seterusnya Allah perkuatkan mereka dengan teknologi. Dengan kekuatan teknologi, mereka kita bergerak meneroka angkasa pula bagi membuktikan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad bahawa manusia mampu menembusi penjuru langit asalkan ada kekuatan.

Di sebelah Timur dari tanah Arab, Islam yang dibawa sekadar Islam zahir. Mereka sekadar menekankan Islam itu kena buat ibadat dan cara berpakaian. Segala yang zahir bercirikan Arab itulah yang dikatakan Islamik. Mereka tidak contohi semangat orang Arab dahulu yang suka mengkaji alam sehingga menguasai pelbagai bidang ilmu. Tetapi mereka hanya hidup malas berfikir kerana anggap dengan buat syariat dan ibadat itu mereka sudah Islam. Hasilnya macam kita lihat sekarang, orang yang kononnya ikut Islam di sebelah Timur hidup secara lemah, ketinggalan ilmu dan bercakaran sesama sendiri.

Apakah mereka tidak sedar manusia yang lalai membangunkan akal akan jadi seperti beruk yang hina itu? Jika kita tidak terima teori Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada beruk, kenapa tidak buktikan yang kita ini keturunan Adam?

Dalam Quran, Adam adalah manusia yang mengetahui kegunaan unsur2 bumi. Tetapi umat Islam sekarang tak contohi sifat Adam pun, tetapi contohi beruk yang berbalah-balah berebut kuasa. Cuba kaji kisah kehidupan beruk berbalah-balah berebut kuasa, ada persamaan tak dengan perangai orang yang mengaku Islam sekarang ini?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by samson Fri Nov 14, 2008 11:16 am

para sahabat rasulullah apabila mendengar perkhabaran rasulullah saw. mereka berusaha untuk membenarkan hadis dan moga moga mereka lah orang yg di sebut nya. Kerana kata kat rasulullah itu adalah sadiqul masduq (benar lagi dibenarkan)

seperti perkhabaran ilmu islam akan berpndah ke mesir dan juga pembukaan islam ke sepanyol dan juga kebangkitan islam kali ke dua di seblah timur dan banyak lagi perkhabaran yg disabdakan

ada juga berita sedih mengenai pembunuhan saidina husien juga dikhabarkan kepada muawiyah sendiri dan beliau amat takut sehinggakan tidak mahu berkahwin kerana ditakuti keturunan nay yg akan menbunuh cucu rasullah saw. tetapi tak dapat dielakkan yg saidina muawiya ditimpa penyakit yang ubatnya adalah dengan perkahwinan jadi terpaksalah s muawiyah itu berkahwin dan memang benar akhirya saidina husein dibunuh di karbala oleh tentera yazid bin muawiyah

Mengenai pembukaan konstatinople. yg sekarang lebih dikenali dengan nama Istanbul dimana diidindn makam sultan muhammad alfateh ada ditulis hadis mengenai nya. Padahla berlaku nya itu setelah 600 tahun. Kota konstantinople waktu itu ibarat lah seperti new york diwaktu ini , berbagai bagai percubaan dilakukan hinggalah berjaya katasa sultan mhammad alfateh dikala waktu itu umurnya dalam 20 tahun

oleh kerana didalam hadis tersebut dikatakan yg menawan kota itu adalah seorang raja sebik raja dan dikalangan tentera yg sebaik tentera.untuk memastikan apa tepat mengani ciri tersebut peranh muhmmad alfateh sebelum ke medan perang bertanya kepad a tenteranya

1. sipakah dikalangan kamu disini yg pernah minggalkan solat 5 waktu?sila duduk

tiada seorang pun dari ahli tentranya yg duduk

2 siapakah yg pernah meniggalkan solat tahajud?
sila duduk

diwaktu ini sebhagian dari kalangan tentranya yg duduk

3.sipakah yg tak pernah menigglakn solat tahajud semenjak baligh sila duduk?

di waktu ini kesemua tentarnya duduk keculai lah sultan muhmamad sahaja , dan memang benarlah beliau orang nya

bukanlah suatu yg sukar bilam mana pihak rumawi yg telah memasan rantai di selat bosphurus untuk mengelakkan kapal kapal memebawa entar utuk mendarat tapi dengan kebijaksanaan muhammad alfateh dan para tenteranya mengankat kapal kapal melintasi bukit diwaktu malam dan keseokan pagi nya amatlah terkejut tenterarom apabila kapala kapal tentara islam berada ditepi kota mereka
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Juang Fri Nov 14, 2008 3:45 pm

Mungkin ada yang nampak tamadun Islam sekadar selepas zaman Nabi Muhammad, tetapi hakikatnya sebelum baginda sudah wujud tamadun Islam yang dicetus oleh para Rasul sebelum Nabi Muhammad kerana semua Nabi mengajak kepada keselamatan dan kesejahteraan (Islam).

Dan setiap tamadun yang dibangunkan pasti akan menjadi runtuh apabila manusia itu mula lalai membangunkan minda. Begitu juga nasib dengan tamadun Islam yang dicetuskan oleh Nabi Muhammad.

Semuanya gara-gara ada manusia yang menolak akal dalam beragama sehingga mereka jadi manusia yang sekadar menurut. Manusia itu hilang keyakinan diri sebab kena bersandarkan atas nama orang lain untuk mempertahankan kata-katanya sendiri. Jika nak pertahankan pegangan hidup pun sudah pengecut, macam mana mereka hendak pertahankan Islam seperti golongan beriman terdahulu lakukan?

Tidaklah sama golongan yang berani dan golongan yang pengecut, kerana pengecut itu pasti berpaling lari.

Kekuatan akidah manusia itu apabila dia bergantung hanya semata-mata kepada akalnya sendiri untuk kenal Allah bukan menurut kata tok guru. Tidaklah sama orang yang guna mata sendiri untuk melihat bangunan KLCC dengan orang yang sekadar dengar cakap orang lain pasal bangunan KLCC itu. Begitulah jiwa yang nampak Allah melalui logik akal lebih kental dan bersemangat berbanding orang yang beragama bersandarkan tok guru nak lihat Allah.

Akal itulah asas ketamadunan manusia. Menolak akal akan menyebabkan tamadun jadi gila (sebab orang gila itu akalnya tidak berfungsi dengan waras).
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by samson Fri Nov 14, 2008 6:26 pm

dalam mencari kisah yg tepat mengenai sultan muhammad alfateh terjumpa carian di internet


Sultan Muhammad Al Fateh, Pemimpin Yang Dijanjikan

September 29, 2007 by easternearth

al-fateh.jpgSultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed II The Conqueror dilahirkan pada tanggal 29 Maret 1432. Saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahwa dia nantinya akan menjadi orang besar yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”

Kelahirannya ada pertanda

Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan penyerbuan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Kekaisaran Romawi Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.

Didikan tarekat sufi dan kecakapan perang

Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarikat yang cukup keras. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Pangeran Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau dididik memiliki cita-cita besar yaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW: menaklukkan Konstantinopel. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau. Beliau sendiri adalah seorang cendekiawan yang gemar mengumpulkan ilmuwan-ilmuwan di istana untuk berdiskusi.

Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang ertaqwa. Seluruh tentara dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi intelijen untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama para insinyurnya beliau membangun benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih untuk ukuran zaman itu. Bahkan dalam membangun benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun tangan ikut mengangkat batu dan pasirnya.

Takluknya Konstantinopel

Setelah persiapan matang, dimulailah penyerbuan ke Konstatinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga tampak tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut karena di taut pasukan Romawi memasang rantairantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan mendekat. Dalam ketidakpastian itu Sultan Muhammad Al Fateh bertanya pada syeikhnya yang mulia, “Wahai Guruku, kapankah saat yang dijanjikan itu tiba?” Syeikh Syamsuddin Al Wali menjawab, “Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi.” Ini adalah ilham berbentuk berita ghaib yang diterima oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali. Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tentaranya melaksanakan hal yang serupa sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan.

Pada suatu malam di butan Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Para insinyur Sultan telah menemukan inovasi teknologi luar biasa yang bisa disebut terobosan besar di zaman itu. Mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan memutari selat, pada tengah malam tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bagian belakang benteng Konstantinopel. Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategis karena ditindungi oleh benteng alami, yaitu perbukitan. Kapal-kapal tentara Islam yang berjumlah 70 kapat mendarat di Semenanjung Pera di pinggir perbukitan itu dan berusaha mendakinya. Terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Tuhan di malam itu. Secara lahiriyah, meskipun kapal-kapal tersebut dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tapi tetap saja untuk mendaki bukit untuk membawa 70 kapat layar berukuran besar dalam tempo beberapa jam adalah hal yang mustahil. Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi seakan melayang mendaki dan menyusuri perbukitan sejauh 16 km sampai di Golden Horn sehingga operasi pendaratan 5.000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopet. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takhluk ke tangan tentara Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh.

konstantinopel.jpg

Telah diceritakan bahwa ketika Sultan Muhammad At Fateh memasuki Konstantinopet, para prajuritnya menemukan makam sahabat Rasulullah SAW yaitu Abu Ayyub Al Anshari ra. Di makam tersebut mereka melihat sebagian kaki Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih, sama sekali tidak terlihat rusak walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun. Inilah karamah para sahabat Nabi. Sultan panglimanya bergiliran mencium kaki tersebut. Giliran Sultan yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh akan mencium kaki Sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan pula bahwa pada sore hari setelah penaklukan bersejarah itu Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al Anshari. Beliau (Abu Ayyub) menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al Fateh karena berhasil menaklukkan Konstantinopel dan menyatakan bahwa beliaulah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Pada hari Jum’at pertama di Konstantinopel, ketika diadakan shalat Jum’at untuk pertama kalinya, terjadi kebingungan dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun dengan lantang meminta seluruh tentaranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan shalat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini berarti seluruh tentara Sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan shalat fardhu.

Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggatkan shalat sunat rawatib silakan duduk!” Sebagian tentaranya masih tegak berdiri dan sebagian lagi duduk. Jadi sebagian tentara sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan shalat sunat rawatib.

Kemudian Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan shalat tahajud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentara duduk. Yang tinggal berdiri hanya Sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh Sultan belum pernah meninggalkan shalat tahajud sehingga beliaulah yang paling pantas menjadi imam shalat Jum’at. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentara dan sebaik-baik rakyat.”

[Taken from Kawan Sejati Magazine vol 11/ TH III/ 07]
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Sat Nov 15, 2008 6:43 am

Jika melihat cara orang Islam terutama di sebelah Nusantara kita, mereka melihat gemilangnya Tamadun Islam selepas zaman Nabi Muhammad kerana hanya pada ibadat. Mereka tidak nampak pada pembangunan minda itulah asas ketamdunan.

Kerana salah faham ini, mereka yang ada cita-cita untuk menaikkan kembali kegemilangan Islam zaman sekarang hanya nampak Islam itu kena dibangunkan dengan membuat segala syariat dahulu. Maka mereka pun berbalah-balah seperti beruk berebut pisang untuk tegakkan syariat. Begitu liciknya tibu daya syaitan kerana dahulu iblis juga beranggapan dengan taat berbuat ibadat, dia sudah jadi makhluk yang mulia di sisi Allah. Padahal dia menjadi sombong.

Akibat kesombongan atas nama Islam inilah umat Islam sekarang jadi lemah dan berpecah-belah. Puak yang kononnya Islamik, sanggup memburuk-burukkan saudaranya yang Allah angkat jadi pemimpin. Ada yang sanggup mengambil jalan fitnah kerana tidak puas hati melihat para pemimpin mereka kaya-raya. Penyakit-penyakit hati inilah punca kejatuhan empayar Islam.

Namun, masyarakat Eropah yang pernah merasai Zaman Gelap di mana ulamak mereka membelenggu pemikiran penganut agama mereka supaya jangan berfikir secara logik, mereka nampak keindahan Islam di zaman kegemilangan dahulu kerana kebijaksanaan para cendikiawan Islam dahulu berfikir.

Kerana rajin berfikir, umat Islam dahulu umpama matahari. Mereka dilimpahi idea-idea yang bernas dan logik yang menghasilkan pelbagai cabang ilmu. Takkanlah ilmu itu turun dari langit dalam bentuk naskah? Mestilah ia turun selepas manusia berfikir secara logik.

Semangat ingin tahu dan rajin mengkaji alam inilah yang dicontohi oleh orang Barat sehingga mereka mampu meruntuhkan belenggu pemikiran yang dicipta oleh pihak gereja. Dan kejayaan mereka hari ini, orang Islam yang malas berfikir sekarang dapatlah guna teknologi komputer untuk berkomukasi. Kesiannya orang Islam yang tak sedar-sedar diri ini.

Di sini kita boleh nampak, jika umat Islam ada rasa kesedaran untuk membangunkan Ketamadunan Islam yang gemilang dahulu disebabkan bijak guna akal bukan kerana taat buat ibadat macam iblis dahulu, kita kena hapuskan segala belenggu pemikiran yang dicipta atas nama agama mahupun atas nama Nabi. Kalau kita fikir secara logik pun, takkanlah Nabi Muhammad itu menyuruh pengikutnya membataskan akal? Jika akal dibatas, macam mana Tamadun Islam dahulu boleh gemilang dengan ilmu? Macam mana nak berilmu kalau tak guna akal?

Sebab itu kita lihat, orang yang beragama dengan mengatakan akal terbatas itu pasti tersepit dengan pegangannya sendiri. Akibatnya mereka jadi pengecut yang berpaling lari daripada mempertahankan kata-kata mereka sendiri.

Itukah orangnya (si pengecut) yang diharapkan untuk memperjuangkan Islam sedangkan Rasulullah dan para sahabat di kalangan orang yang berani?

Manusia tidak akan jadi berani jika akidahnya disandarkan kepada orang lain. Itulah logiknya kenapa Nabi Muhammad sampaikan ketauhidan (bergantung kepada Allah semata-mata dan jangan menyekutukanNya). Sebab itu orang-orang kafir terdahulu adalah orang yang beragama menurut amalan nenek moyang. Asal agama mereka benar mengikut ajaran yang disampaikan oleh Rasul-rasul sebelumnya, namun apabila ada manusia yang perasan dirinya tok guru nak ajar orang lain kenal diri dan menyuruh menolak akal, maka keadaan seperti umat Islam sekarang inilah hasilnya. Jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Sudahlah lemah, sombong pulak tu. Ajak guna akal pun mereka tolak.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by toukey Sat Nov 15, 2008 8:14 am

Salam untuk semua,saya kurang arif dalam bab sejarah ini.Saya telah membaca maksud surah Ar-ruum tetapi masih tidak memahami apakah maksud "dikalahkan oleh negeri yang terdekat"ayat 3..negeri mana yang di maksud kan?dan pernah melihat filem yang di cipta oleh barat,yang mana menunjukkan kehebatan orang rome pada ketika itu.Sesiapa boleh menerangkan bagaimana orang Islam dapat menakluk empayar rome ketika dahulu? harap penjelasan.
toukey
toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 151
Reputation : 0
Credits : 5916
Registration date : 2008-05-11

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by samson Sat Nov 15, 2008 8:37 am

pada waktu itu ada 2 kerajaan yg berpengaruh iaitu rom dan parsi. orang rom beragama kristian dan farsi majusi meyembah api. semasa perenagn itu tentera parsi berjaya menewaskan orang rom dan kaum kafir quraisy amat gembira dan mengejek ngejek orang islam kerana majusi ni seakan akan agama mereka dan kristian ini seakan akan ajaran islam.

tetapidalam ayat itu mengatakan tidak lama lagi tentra rom akan menewaskan tentra parsi. memang benar tak lama kemudian rom berjaya menewaskan parsi. kaum muslimin bergembira kerana apa yg dikhabarkan oleh al quraan itu tepat , bukan mereka berharap rom menang kerana agamanya

begitulah kalau tak silap saya
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Sat Nov 15, 2008 8:54 am

Di awal perkembangan Islam, mereka amat dekat dengan kerajaan Kristian di sekitar Mekkah. Nabi Muhammad pernah menghantar para sahabat yang dizalimi oleh orang musyrik Mekkah untuk mendapatkan perlindungi kerajaan Kristian. Ini menunjukkan hubungan baik Islam dan Kristian sudah wujud sejak awal lagi. Sebab itu dalam surah Ar Ruum, umat Islam mengharapkan kemenangan orang Rom berbanding Parsi yang menyembah api itu.

Namun apabila umat Kristian sudah sampai tahap taksub dengan pegangan mereka (beragama menurut membuta-tuli kata-kata paderi mereka), maka berlakulah perang Salib di antara Kristian dan Islam. Oleh kerana ketika itu umat Islam adalah umat yang kuat berfikir dan bersatu-padu, maka Allah berikan kemenangan kepada umat Islam.

Kini masih wujud lagi api permusuhan di antara umat Islam dan Kristian. Tetapi sebab sekarang ini orang Kristian yang bijak berfikir setelah mereka menghapuskan belenggu2 atas nama agama, Allah menangkan mereka ke atas umat Islam yang pemikiran mereka dibelenggu oleh kata-kata tok guru yang suruh tolak akal itu.

Begitulah Maha Hebat Allah menunjukkan pengajaran daripada kisah yang berulang-ulang dan bersilih ganti. Point yang kita nampak kuat adalah, bangsa yang rajin berfikir menerokai alam (dekat dengan ciptaan Allah) akan diberikan kemenangan, sedangkan bangsa yang pengecut (sebab nak kenal Allah pun kena guna perantara) pasti jadi lemah dan mudah dikalahkan.

Dan hanya orang-orang yang menggunakan akal sahaja yang akan dapat pelajaran.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by toukey Sat Nov 15, 2008 9:27 am

Perang Salib adalah ekspedisi ketenteraan yang dilakukan untuk merebut kembali tanah suci Palestin dari tangan penganut Mohammedanism, demikian definisi yang ada di beberapa kepustakaan Katholik. Benar, definisi ini versi Katholik tentu saja.
Beberapa ulama’ enggan menyebut perang ini sebagai perang salib. Mereka punya istilah sendiri iaitu Perang Sabil yang berasal dari kata Perang Sabilillah atau Jihad Sabilillah (Perang atau Jihad di jalan Allah). Definisi umat Islam tentu saja adalah Perang di Jalan Allah untuk mempertahankan tanah suci Palestin dari serbuan kafir Harbi Kristian. Perang ini berlangsung panjang, selama empat abad, iaitu dari abad ke-11 sampai abad ke 15. Perang ini terfokus di Palestin memperebutkan tanah suci Palestin, walaupun kemudian merambah juga ke Asia kecil dan Eropah Timur. Perang ini memang inisiatif pihak Kristian, demikian menurut kebanyakan kepustakaan.
Palestin yang merupakan tanah wakaf umat Islam, tanah para Nabi, kiblat pertama umat Islam, dan tanah tempat Isra Mi’raj direbut oleh umat Islam dari kekaisaran Bizantium (Romawi Timur) pada masa kekhalifahan Umar bin Khaththab, tepatnya tahun 638 M. Perebutan wilayah ini juga atas undangan orang-orang Kristian Palestin yang lelah dengan penjajahan Bizantium dan mereka mendengar bahawa kekhalifahan Islam terkenal sangatlah adilnya. Sejak itu sampai abad ke-11 Palestin berada di wilayah kekuasaan Kekhalifahan Islam. Orang-orang Kristian di seluruh dunia bebas berziarah ke Palestin.
Pada abad ke-11 Palestin berada di bawah kekuasaan orang-orang Turki yang sudah merebut kekuasaan dari tangan kekhalifahan Abbasiyah. Orang-orang Turki adalah bangsa pengembara. Mereka tinggal bukan hanya di wilayah yang disebut negara Turki sekarang ini melainkan di Turkistan, Asia Kecil dan Parsi.
Turkistan (negeri orang Turki) adalah wilayah yang luas meliputi Anatolia (Negara Turki sekarang), Xinjiang (sekarang dijajah Cina), Azerbaijan, dan Asia Tengah yang meliputi Kazakhtan, Uzbekistan, dan Turmenistan (yang berarti Tanah Orang Turki). Salah satu suku Turki iaitu Seljuk bergerak ke Anatolia dan mereka berperang dengan orang-orang Kristian di bawah pimpinan Alexius I. Alexius meminnta tolong kepada Paus Urbanus II untuk merebut kembali Anatolia dari “Kaum Kafir.”
Paus Urbanus II mengabulkan permohonan pertolongan dari Alexius bahkan untuk ekspedisi yang lebih besar dan lebih dari itu lagi. Palestin, tanah suci umat Islam, Kristian, dan Yahudi yang berada di Pantai Timur Laut Tengah yang berada di bawah kekuasaan umat Islam sejak masa Umar bin Khaththab harus direbut kembali, demikian pendapat Paus Urbanud II. Paus tersebut memanggil untuk “Perang demi Salib” untuk merebut tanah suci dari tangan “Kaum Kafir.” Paus mengumumkan dan mengirimkan surat ke semua Raja-Raja di seluruh Eropah. Paus menjanjikan Kejayaan, Kesejahteraan, Emas, Tanah di Palestin, dan Syurga bagi para kesatria yang mahu berperang. Pada saat itu Khalifah Abdul Hakim dari Dinasti Seljuk menaikkan pajak ziarah ke Palestin bagi orang-orang Kristian Eropah. Paus menyebutnya “Ini Perampasan,” oleh kerana itu Tanah Suci Palestin harus direbut kembali. Perang ini diumumkan sebagai “Perang Salib” dan dimulai tahun 1096 dipimpin oleh Tahta Suci Roma. Anak-anak muda, bangsawan, petani, kaya dan miskin memenuhi panggilan Paus. Peter The Hermit dan Walter Si bokek memimpin kaum miskin dan Petani-petani ke Perang Salib tapi mereka dikalahkan dan dihancurkan oleh Pasukan Turki suku Seljuk di Medan pertempuran Anatolia dalam perjalanan menuju Jerusalem.
Pasukan yang benar-benar tentara sebenarnya berasal dari Perancis dipimpin oleh Baldwin dari Flanders, Robert dari Normandia, dan beberapa bangsawan. Pasukan ini menang melawan Khalifah Abdul Hakim pertama di medan Perang Anthiokia (sekarang Syiria) tanggal 3 Juni 1098 dan setahun kemudian memasuki dan merebut Jerusalem pada tanggal 15 Juli 1099 mereka mengalahkan pasukan Muslim dan Yahudi. Terjadilah pembantaian keji oleh Orang Kristian terhadap umat Islam dan Yahudi. Sebanyak 40.000 orang tak berdaya dibunuh dalam dua hari.
Perlawanan tetap berjalan sampai tahun 1101 dan inilah periode Perang Salib Pertama. Selama itu Jerusalem dikuasai oleh Orang-orang Eropah Kristian. Perang Salib Kedua terjadi pada tahun 1145-1147.
Perang yang besar-besaran dan sangat legendaris adalah Perang Salib Ketiga. Di pihak Kristian dipimpin oleh Philip Augustus dan Richard Si Hati Singa rajanya tokoh Legenda Robin Hood. Di pihak Islam dipimpin oleh Shalahudin Al Ayyubi. Pada masa itu kekhalifahan Islam terpecah dua iaitu Dinasti Fathimiyah di Kairo yang bermazhab Syi’ah dan Dinasti Seljuk yang berpusat di Anatolia yang bermazhab Sunni.
Shalahuddin prihatin akan hal ini, menurutnya Islam harus bersatu untuk melawan Eropah Kristian yang juga bersatu. Shalahuddin yang keturunan Seljuk, Turki kebetulan kekerabatan dengan Khalifah Dinasti Fathimiyyah, ia kemudian berhasil menyatukan kedua kekhalifahan ini dengan damai. Tapi tetap saja Shalahuddin masih melihat umat Islam lemah dan malas berjihad dan mereka dihinggapi penyakit Wahn iaitu cinta dunia dan takut mati. Umat Islam juga tidak mengenal ajarannya, tidak mengenal sejarah Nabinya. Ia pun kemudian menggagas sebuah pesta yang diberi nama peringatan Maulid Nabi Muhammad. Di pesta ini dikaji habis-habisan Sirah Nabawiyah dan Atsar Sahabat terutama semangat jihad mereka. Pesta ini berlangsung dua bulan berturut-turut. Akhirnya banyak pemuda muslim yang semangat berjihad berbondong-bondong mereka mendaftar untuk berjihad membebaskan Palestin yang saat itu dikuasai oleh orang-orang Kristian Eropah. Merekapun di didik ketenteraan yang akhirnya Perang Salib III atau Perang Sabilpun berlangsung. Palestin digempur habis habisan. Orang Kristian terkepong hanya di Jerusalem.
Dan tidak berapa lama kemudian mereka kalah. Shalahudin berhasil merebut Palestin pada tahun 1187. Orang Kristian lalu mendatangkan bala bantuan dari Eropah yang dipimpin oleh Philip Augustus dari Perancis dan Richard Si Hati Singa dari Inggeris. Pada saat itu Richard sakit keras dan Shalahuddin mengendap-endap ke tenda Richard dan bukannya membunuh musuhnya, dengan ilmu kedoktoran yang hebat Shalahudin mengubati Richard dan sembuh.
Richard terkesan dengan kebesaran hati Shahuddin, iapun menawarkan damai dan ia akan menarik mundur pasukan Kristian pulang ke Eropah. Merekapun kemudian menandatangani penjanjian damai dan dalam perjanjian itu Shalahuddin membebaskan umat Kristian untuk mengunjungi Palestin secara bebas asal mereka datang dengan damai dan tidak membawa senjata. Perjanjian damai itu ditandatangani tahun 1191 M.
Perang Salib keempat berlangsung tahun 1204 bukan antara Islam melawan Kristian melainkan antara Takhta Suci Katolik Roma yang merebut Takhta Kristian Ortodoks Romawi Timur di Konstantinopel (sekarang kota ini bernama Istanbul di Turki).
Perang Salib kelima (1218-1221) orang-orang Kristian yang sudah bersatu kekuasaannya itu berusaha menaklukkan Mesir sebagai pintu masuk ke Pelestina tapi mereka gagal total.
Kaisar Frederick II (1194-1250) secara peribadi memimpin perang Salib keenam. Tapi tanpa pertempuran yang bererti dan berdasarkan pengalaman berdialog dengan Muslim di Pulau Sicilia ia pun berdialog, berunding lagi dengan Muslim iaitu Sultan Mesir Malik Al Kamil yang juga keponakan Shalahuddin, akhirnya disepakati perjanjian damai Jerusalem tetap dikuaai oleh Muslim tapi Nazareth (kota tempat Nabi Isa dibesarkan) dan Betlehem (kota kelahiran Nabi Isa AS) diberikan kepada Orang Eropah Kristian dan Frederick dilantik tahun itu juga menjadi di tahta suci Nazareth dan Betlehem.
Dua perang Salib terakhir iaitu ketujuh dan kedelapan dipimpin oleh Raja Perancis Louis IX (1215-1270).
Tahun 1248 Louis menyerbu Mesir tapi gagal dan ia menjadi tawanan perang. Untuk kebebasannya ia harus menebus dengan emas yg sangat banyak. Louis mencuba lagi pada Perang Salib kelapan pada tahun 1270. Ia menyerang Tunisia tapi ia dikalahkan oleh Sultan Dinasti Mamaluk, Bibars, dan Louispun meninggal di Medan Perang.
Sejarawan sepakat sampai tempoh ini saja yang disebut Perang Salib, tapi beberapa Sejarawan Katholik menganggap penaklukan Konstantinople oleh Sultan Muhammad II AL Fatih dari Turki tahun 1453 juga sebagai perang Salib, Sejarawan Islam juga menganggap ini sebagai Perang Sabil. Penaklukan Spanyol Islam oleh Ratu Isabella tahun 1492 juga dianggap sebagai Perang Salib.
Sebelum Perang Salib, orang-orang Eropah Kristian tahu dengan sangat sedikit tentang orang-orang Islam. Tapi setelah perebutan Jerusalem oleh orang Eropah Kristian mereka mulai mengenal Islam sesungguhnya. Selama ini orang Islam dikesankan sebagai orang yang kejam mereka sedar bahawa mereka sendirilah yang kejam. Dan ternyata orang Islam adalah orang yang bertolak-ansur kecuali kalau mereka diperangi. Selama ini Eropah Kristian menganggap Islam agama pedang ternyata kemudian orang Eropah sedar bahawa Islam agama damai. Selama ini juga kesan di mata Orang Eropah Kristian bahawa Nabi Muhammad orang yang gila seks kerana beristeri banyak akhirnya mereka sedar kenyataan tidaklah demikian. Mereka juga jadi belajar kitab-kitab ilmu pengetahuan, peradaban, dan kebudayaan Islam. Eropah yang saat itu disebut mengalami Masa Kegelapan mulai menemukan titik terang peradaban mereka. Mereka belajar astronomi, kedoktoran, filsafat, dan pelayaran dari umat Islam. Dan mereka sedar akan doktrin Jesus bahawa cintailah musuhmu justeru setelah peristiwa Shalahudin Al Ayyubi mengubati musuhnya iaitu Richard Si Hati Singa.
Selama ini orang Eropah Kristian menganggap bahawa Islam adalah agama yang kejam ternyata mereka kemudian sedar Islam agama yang sangat tasamuh. Di dalam kekhalifahan Islam, semua pihak termasuk orang Yahudi, Kristian, dan Zoroaster ternyata menikmati kebebasan beragama.
toukey
toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 151
Reputation : 0
Credits : 5916
Registration date : 2008-05-11

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Sat Nov 15, 2008 12:09 pm

Perasaan seperti orang Eropah ketika zaman jumud mereka terhadap agama mereka juga telah dialami oleh umat Islam sekarang. Mereka anggap orang Barat itu sekular, padahal mereka lagi sekular dengan menolak akal mereka dalam agama. Untuk urusan cari duit, tahu pula mereka guna akal, tetapi untuk urusan cari Allah, mereka kata tak boleh guna akal, tetapi kena turut tok guru.

Begitu juga mereka anggap orang Barat kejam dan zalim, tetapi mereka kejam dan zalim terhadap diri mereka sendiri dengan menolak akal. Bila beragama menolak akal, mereka bercakaran sesama sendiri. Bom sana-bom sini untuk membunuh saudara sendiri disebabkan berbeza fahaman. Padahal masing-masing mengaku bertuhankan Allah.

Kita nampak pengulangan sejarah apa yang dialami oleh orang Kristian ketika zaman Gelap mereka, telah ditunjukkan oleh Allah jelas depan mata apa yang terjadi pada umat Islam sekarang (Zaman Gelap Islam). Semuanya terjadi apabila pembelengguan minda dilakukan atas nama agama. Umat Islam kini dihalang berfikir secara logik dengan alasan akal manusia terbatas dan kena ikut tok guru sebab tok guru itu lebih arif. Sedangkan hanya tuan punya diri itu yang lebih arif pasal dirinya sendiri.

Akibat tidak belajar kenal diri, umat jadi lemah dan pengecut. Mereka jadi sombong dengan keislamannya seperti mana orang Yahudi dan Nasrani dahulu pernah sombong dengan agama mereka. Allah bagi mereka sama-sama merasai zaman Gelap, agar manusia itu dapat disatukan kembali bila masing-masing menundukkan keegoan.

Berfikirlah secara logik, manusia mampu disatukan. Sudah berakhirlah zaman manusia berbalah-balah pasal agama. Orang Yahudi sudah merasa zaman kejumudan mereka. Orang Nasrani pun dah rasa. Dan umat Islam pun dah (tengah) rasa. Tibalah masanya umat manusia untuk kembali sedar diri apa fungsi agama yang sebenarnya untuk bergerak ke arah kesatuan manusia secara global.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by samson Fri Nov 21, 2008 8:35 pm

penyebaran islam ke wilayah timur.
ada beberpa orang sahabat rasulullah yg telah sampai ke China antaranya Saad bin Abi waqas dan juga abdullah al bahili, apa yg unik nya mereka ni sepatah haram pun tak tahu berbahasa china tapi alhamdulillah dapat mengislamkan oarang china. dengan melihatkan cara mereka berwudhuk org2 china tertarik ngan ajran islam tanpa sayarahan yg panjang
begitu juga kita lihat bagaiaman parameswara ketika itu dengan meihatkan seoarang saudagar yg sedang menunaikan solat terus tertambatnya hati nya untuk Islam tanpa syarahan yg panjang dan lebar...




cubalah ilmu ini dapat diamalkan oleh pendakwah kini nescaya berapa ramai manusia akan jatuh hati pada islam
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Sun Nov 23, 2008 8:04 am

Jika kita renungkan perkembangkan Tamadun Islam ini, ia seperti sebatang pokok. Asal pokok ini bermula dari benih. Benih inilah ilham pertama yang Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad untuk belajar kenal Allah dengan melihat makhluk-makhluk ciptaanNya. Dan makhluk ciptaanNya yang paling dekat dengan diri kita adalah kita sendiri.

Apabila Nabi Muhammad nampak apa sebenar tujuan manusia itu diciptakan dengan melihat dalam dirinya sendiri, barulah perkembangan Islam itu mula berputik. Mula-mula kecil sahaja. Tamadun yang dibina hanya dalam dirinya dan keluarga. Kemudian berkembang kepada para sahabat seterusnya masyarakat. Kemudian merentasi wilayah dan benua. Akhirnya jadilah sebuah pokok yang tinggi yang mempunyai bermacam-macam cabang.

Namun sejak umat mula lalai dan berbangga diri dengan status Islam, pokok tamadun Islam itu mula layu. Air sudah tidak disiram pada dasarnya, tetapi umat Islam berebut2 pasal cabang-cabang dan ranting-ranting. Satu puak nak pegang satu dahan atas merasa bangga diri yang dia Islamik berbanding satu puak yang pegang dahan lain.

Mereka tidak belajar Islam dari asasnya seperti nama Nabi Muhammad menanam benih pokok tamadun Islam bermula pada asas, tetapi mereka melihat Islam secara sudah siap. Mereka nampak Islam sekadar tahu buat syariat dan rukun2 tanpa memahami sebab apa syariat itu ditegakkan.

Allah tidak menyuruh sesuatu tanpa memahami hikmahnya. Macam mana hati nak beriman jika buat sesuatu tanpa memahami ertinya? Jadi umat Islam sekarang pun beragama secara menurut dan ikut-ikutan semata-mata. Bila ada puak nak mengharamkan sesuatu, dicari-carinya nama imam terdahulu sebagai pengesahan yang sesuatu itu layak diharamkan. Bukannya mereka mengharamkan ikut rasional lagi. Akibat mengharamkan tidak kena tempat, maka Islam nampak sempit dan jumud.

Akibat kezaliman-kezaliman ini, Allah hinakan umat Islam sekarang dengan kelemahan dan berpecah-belah, seperti mana orang Yahudi terdahulu mengalami nasib yang sama. Jika kita fikir lagi, kita akan nampak Allah ulang-ulangkan nasib sesuatu umat dari bangkit kepada jatuh dan sekarang ini kita memasuki fasa kebangkitan Islam kembali.

Nak bangkitkan tamadun Islam kembali, kita kena fikir macam mana Nabi Muhammad mula-mula tumbuhkan pokok tamadun Islam dahulu. Belajar dari asas, iaitu kenali diri kita sendiri. Dan tiada siapa yang kenal siapa diri kita melainkan kita dan Allah. Menganggap belajar kenal diri kena ada tok guru akan menyebabkan manusia itu jadi jauh dengan Allah seterusnya pengecut untuk menegakkan kebenaran. Tamadun Islam tidak mungkin akan bangkit balik jika dipegang oleh orang-orang yang pengecut, sedangkan Nabi Muhammad dan para sahabat sanggup mati untuk mengatakan yang haq.

Ini baru diajak berfikir pasal Allah pun sudah pengecut dengan mengatakan akal manusia terbatas, macam mana tamadun Islam nak bangkit balik? Cakap memperjuangkan Islam itu mudah sahaja dilaung-laungkan, tetapi nak mempertahankan kebenaran itu tiada yang sanggup melakukan melainkan orang-orang yang berani.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by toukey Wed Dec 03, 2008 11:08 pm

Adli wrote:

Akibat kezaliman-kezaliman ini, Allah hinakan umat Islam sekarang dengan kelemahan dan berpecah-belah, seperti mana orang Yahudi terdahulu mengalami nasib yang sama. Jika kita fikir lagi, kita akan nampak Allah ulang-ulangkan nasib sesuatu umat dari bangkit kepada jatuh dan sekarang ini kita memasuki fasa kebangkitan Islam kembali.

boleh terangkan untuk perenggan ini.
toukey
toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 151
Reputation : 0
Credits : 5916
Registration date : 2008-05-11

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Thu Dec 04, 2008 7:03 pm

Adil lawannya zalim. Jika adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, maka zalim pula bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Apakah yang membezakan manusia dengan makhluk2 lain sehinggakan manusia diamanahkan sebagai khalifah? Ya, manusia dikurniakan akal.

Akal ini jugalah yang membezakan tahap seseorang manusia dengan manusia lain. Dan Allah kurniakan semua manusia yang waras ada akal. Itu keadilan Allah.

Daripada akal-lah baru terbitnya iman. Jika kita anggap dengan lahirnya kita daripada keturunan org Islam bermakna kita sudah beriman, bagaimana nasib manusia yang tidak lahir dari keturunan Islam?

Oleh kerana Allah menguji manusia itu secara adil, pada akal inilah menentukan tahap keimanan seseorang manusia kepada Tuhannya. Semakin manusia itu berpegang kepada kebenaran yang akalnya sendiri tunjukkan secara logik, semakin kuatlah iman seseorang. Dan bial semakin kuat iman, maka makin dekatlah manusia itu kepada Tuhan jika dia berfikir secara logik perihal Tuhan itu.

Kembali kepada persoalan berkenaan perenggan yang diquotekan itu, jika kita renung dalam-dalam, kelemahan atau jatuhnya umat Islam berbanding bangsa-bangsa lain sekarang ini kerana lemahnya kita dalam bab berfikir. Sebab apa lemah? Sebab agamanya tidak diajar dengan menekankan umat supaya suka dan rajin berfikir. Sampai ada yang kata kaji Quran guna akal nanti sesat. Dan paling menyedihkan bila ada yang mengatakan akal manusia itu terbatas. Padahal bukti sains telah menunjukkan perkembangan akal yang amat drastik.

Apabila umat berpegang pada kata-kata seperti itu, maka mereka jadi pengecut berfikir. Bila takut guna akal sendiri, cara mudah mereka main pakai turut kata-kata golongan yang dianggap ulamak. Padahal keulamakan seseorang manusia itu berdasarkan kata-katanya logik dan ada bukti yang kukuh. Jika sekadar berkata bersandarkan nama-nama imam terdahulu, bukankah itu menunjukkan manusia yang pengecut bertanggungjawab terhadap kata-katanya sendiri?

Ingat, di akhirat nanti kita kena bertanggungjawab segala yang kita pegang. Tidak ada main sandar-sandar atas nama orang lain (perawi, imam etc). Sebab itu Nabi Muhammad pun tidak berkata-kata dengan sandarkan kebenaran pada nama nabi-nabi sebelum baginda. Baginda yakin sampaikan tanpa sandaran nama orang lain, tetapi berdasarkan logik sebagai bukti yang nyata yg wujud zaman baginda. Itulah baru contoh manusia yang berani kerana benar.

Bila hidup tidak meletakkan akal pada tempatnya (lebih suka menurut daripada berfikir sendiri), maka lahirlah generasi Islam yang malas berfikir dan menganggap sekadar tahu buat rukun-rukun Islam, mereka sudah pun Islam. Walhal alam semesta punyalah luas Allah cipta, mereka abaikan kerana sibuk berbalah-balah pasal hukum Quran.

Dan bila dicabar dengan logik akal untuk membuktikan kebenaran, mereka jadi panas hati, seterusnya berpaling lari. Bukankah jika kita berpegang kepada kebenaran, kita mesti berani mempertahankan kebenaran itu? Dan bila di atas dunia pun cepat panas hati, bukankah logik di akhirat nanti dihumban ke neraka yang panas berkali ganda itu?

Sebab itu pengajaran surah Al Ashr menyuruh kita berpesan-pesan pada kebenaran (sesuatu yang logik dan ada bukti yg menunjukkan ia benar) dan pada kesabaran. Barulah jadi muslim sejati.

Nabi Muhammad dan para sahabat sampai bergadai nyawa demi mempertahankan kelogikan bahawa Allah itu Esa. Ini baru diuji dengan hujah di forum pun sudah ada yang panas hati dan hanya tahu mencaci. Kemudian berpaling lari. Itukah ciri-ciri orang Islam yang sebenar?

Dan cuba lihat perangai umat Islam sekarang yang sibuk berpecah-belah atas alasan menegakkan hukum Islam. Apakah Quran mengajar berpecah-belah begitu? Dan kita lihat ada persamaan perangai org Islam sekarang dgn kaum Yahudi di zaman Rasulullah. Mereka ada Taurat, tetapi mereka berbalah-balah pasal hukum Taurat sehingga mereka berpecah-belah.

Apabila kita sudah nampak kesan yg berlaku pada umat Islam sekarang sama macam golongan Yahudi terdahulu, apakah kita masih mahu mengambil sikap acuh tidak acuh lagi pasal agama kita? Bak kata pepatah, sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

Nak kembali ke pangkal jalan, kita kena pergi kepada asas Quran. Dan asas Quran ada pada wahyu terawal Quran ketika diturunkan. Bila kita terokai wahyu ini, kita akan nampak apa sebenarnya ajaran Islam iaitu melahirkan manusia yang suka mengkaji ciptaan-ciptaan Allah untuk kita mengenal Keagungan Allah.

Dan mulakan pengkajian ini dari dalam diri kita sendiri kerana alam jiwa kita inilah ciptaan Allah yang terhampir dan termudah sekali kita nak kaji. Tak payah berguru pun kita boleh kaji alam rohani kita sendiri sebab kita sahaja yang kenal siapa diri kita.

Bila manusia kenal diri, secara otomatiknya dia akan kenal Allah. Sebaliknya bila manusia itu tidak belajar kenal diri, dia akan jadi sombong seperti iblis. Dia rasa dengan lahir sebagai keturunan islam, telah jadi golongan beriman. Orang Yahudi di zaman Rasulullah pun anggap diorg golongan beriman kerana lahir dari keturunan para nabi. Lihat, ada persamaan dengan perangai orang Islam sekarang bukan?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Adli Mon Feb 16, 2009 5:41 am

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itulah yang mengubahnya sendiri.

Nasib seseorang manusia bergantung kepada tahap pemikirannya sendiri. Manusia yang lembab otaknya kerana malas berfikir, mereka akan ketinggalan dalam bidang ilmu dan lemah dalam penciptaan teknologi. Sudahlah malas berfikir, kerja mereka hanyalah berbalah-balah pasal hukum-hukum agama. Mereka terpecah kepada pelbagai golongan yang masing-masing mengaku mengikut sunnah, pada hakikatnya perasaan berbangga diri dengan puak sendiri itu telah menyebabkan mereka mengikut hawa nafsu mereka sahaja.

Bagaimana sesuatu kaum itu boleh jadi lemah otaknya, padahal mereka mengaku ikut ajaran para Rasul? Apakah para Rasul itu seorang yang lembab otak lagi pemalas berfikir? Kadang-kadang kita lihat sikap mereka seperti tunggul kayu sebab susah nak faham logik yang diberi. Apakah mereka yang tidak pernah memikirkan manfaat mereka kepada kehidupan manusia secara global, sedangkan bangsa-bangsa lain sibuk belajar untuk menguasai sains dan teknologi untuk mencipta produk-produk yang bermanfaat seperti komputer dan internet ini?

Sesuatu kaum itu menjadi lembab otaknya bila ada perasaan berbangga diri terhadap kaum mereka. Merasakan kaum mereka itulah umat terbaik. Bila ada perasaan berbangga diri, ilmu Allah payah nak masuk, sebab ilmu Allah itu suci daripada kekufuran. Hakikatnya manusia yang berbangga diri dengan kemuliaan diri itu samalah seperti perangai iblis yang kufur dan berbangga dirinya diciptakan daripada api. Walhal diciptakan daripada api atau tanah, tetaplah makhluk-makhluk itu lemah dan memerlukan Allah.

Manusia yang berbangga diri hakikatnya adalah manusia yang tidak kenal diri. Orang yang kenal diri, semakin tunduk semakin berisi. Jika berbicara, dia akan berikan buah fikiran-buah fikiran, bukannya sekadar tahu mengondem orang. Macam mana fikiran nak matang jika hanya tahu kondem orang?

Kita boleh lihat bagaimana sikap orang Melayu yang suka mengondem pemimpinnya sendiri. Masa sebelum memerintah, kata pemimpinnya rahsuah dan bermewah-mewahan dengan harta. Tetapi apabila mereka diberikan tampuk pemerintahan, mula mereka nak bermewah-mewahan beli kereta import atas alasan kononnya untuk urusan rasmi kerajaan. Akhirnya Allah cabut kembali kuasa pemerintahan yang ada yang menyebabkan mereka memarahi Sultan mereka sendiri.

Sekarang ini, kita hanya diperlihatkan dengan zahir "Islam". Hanya bermegah-megahan dengan syariat, padahal hakikatnya umat Islam tidak menguasai bidang-bidang ilmu pun. Sebab itu mereka jadi kaum yang lemah dan mudah dikalahkan. Bila umat mereka diserang dengan bangsa yang maju pemikiran dan menguasai ilmu alam, umat Islam sekadar tahu mengutuk dan mencela. Tiada rasa hendak memuhasabah diri dengan musibah yang Allah beri.

Tidak pula mereka suruh tok guru yang mereka dewa-dewakan kerana ada kuasa ajaib (boleh mengajar orang lain kenal diri), untuk menjampi bom-bom Israel agar kembali kepada Israel. Tahu pula mereka hidup di alam realiti bahawa mereka lemah dari segi teknologi.

Tetapi bila dalam keadaan aman, mereka mula beragama cari tok guru sebab merasakan tok guru itu ada kuasa dengan jampi serapahnya. Mereka tidak menggunakan Quran sebagai wadah pembangunan minda agar tidak jadi manusia yang menyekutukan Allah serta bijak akalnya, tetapi ayat-ayat Quran sekadar dibaca untuk bernahu dan memastikan bertajwid dengan betul. Akibat penekanan ajaran Quran dengan cara yang tidak merangsang minda, maka mereka tidak sedar bahawa hakikat pemikiran umat sudah lemah dan lembab. Jadilah mereka seperti binatang ternak malah lebih hina lagi.

Bila Allah bangkitkan insan-insan yang nampak kepentingan pembangunan minda untuk mengubah nasib umat, ada pula yang sekadar mengaku Islam, tetapi tidak pun mampu perlihat kebijaksanaan seorang Islam pada dirinya ketika berbicara berkongsi pendapat. Hakikatnya mereka hanya Islam pada topeng sahaja. Sekadar tahu mengondem, tetapi tidak mampu bawakan idea untuk membangunkan minda.

Orang yang matang fikirannya, jika berbeza pendapat sekalipun, mereka akan bawakan pendapat mereka yang mereka fikirkan lebih kuat dan kukuh buktinya. Dengan cara ini, barulah boleh mengajak sesama umat berfikir dan merangsang minda. Sekadar tahu mengondem sedangkan tidak dibawakan hujah daripada dirinya sendiri, itu menunjukkan manusia itu tiada idea. Hakikatnya seperti tin kosong.

Bagaimana Tamadun Islam hendak kembali terbina jika spesis-spesis yang pemalas berfikir itu sahaja yang ada?

Ibubapalah yang mencorakkan anak-anak mereka. Jika generasi sekarang sudah lemab otak dan rendah tahap pemikiran mereka, bayangkanlah apa akan jadi pada corak generasi akan datang. Sebab itu, proses pembangunan sesuatu tamadun kena dimulakan dengan membangunkan pemikiran. Otak tidak akan cerdas jika tidak dipraktikkan selalu untuk berfikir secara logik. Ini kerana dengan akal mencapai logik sahaja barulah hati mampu memahami. Hati yang mencapai kefahaman itulah yang menunjukkan hati yang dipenuhi ilmu.

Lihat cara beragama umat Islam sekarang. Mereka tidak faham pun apa yang mereka turuti. Sebab itu bila berbincang pasal agama (pegangan hidup sendiri) pun mereka kena cari tok guru. Betapa lemah dan tidak berkeyakinan diri manusia itu. Ada otak tak mahu pakai, hanya disimpan buat perkasam. Sudahlah tak mahu pakai, berbangga diri pula sedangkan mata kepalanya sendiri nampak nasib umat yang lemah, dihina, ditindas dan diperkuli di bumi sendiri.

Memang benarlah golongan yang tidak berakal itu seumpama binatang ternak atau lebih hina lagi. Sebab binatang ternak mana kisah nasib mereka yang diperkuli dan disembelih oleh manusia. Mereka sekadar memandang kawan-kawan mereka kena sembelih seolah-olah mereka tidak akan disembelih.

Itu yang terjadi pada umat Islam sekarang. Mereka sekadar memandang umat Islam disembelih baik di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Bosnia, tetapi mereka tidak memikirkan kenapa Allah timpa musibah sebegini hina kepada umat Islam yang suatu ketika dahulu adalah umat yang terbaik. Mereka malas berfikir seolah-olah musibah Allah itu tidak akan kena pada mereka pula.

Akibat tiada keinsafan untuk memperbaiki nasib umat, bila datang seruan berfikir secara logik dan jangan menurut membuta-tuli atas nama berguru, mereka membantah tanpa dibawakan bukti yang nyata. Sedangkan Nabi yang mereka imani tidak berguru pun dengan manusia.

Mereka jadikan alasan bahawa Nabi berguru dengan malaikat, sedangkan malaikat itu hanya pembawa ilmu setelah Nabi menggunakan akal. Malaikat mana tahu perihal nafsu dan bagaimana cara hendak mengawal nafsu sebab malaikat tidak bernafsu. Apakah layak orang yang tidak tahu mengajar orang lain jadi tahu?

Macam mana malaikat hendak ajar perihal mengawal nafsu selera makan dan perihal berkahwin sedangkan malaikat tidak melakukan itu semua? Jadi betulkah Nabi belajar dengan malaikat? Apakah malaikat itu kenal siapa diri Nabi melebihi Nabi sendiri?

Dan kita boleh lihat bagaimana kaum yang menolak akalnya sendiri itu pasti tiada bukti yang nyata untuk mempertahankan kata-kata mereka. Bukankah janji Allah itu benar iaitu akan mengalahkan kebathilan bila datang sesuatu kebenaran? Sebabnya hakikatnya kebenaran itu datang daripada sisi Allah. Orang-orang tidak menggunakan akal tidak mampu bawakan bukti kebenaran, sebaliknya hanya tahu mengondem orang. Mereka tiada buah fikiran untuk dijadikan pedoman.

Jika umat Islam sekarang tiada keinsafan untuk belajar kenali diri agar minda mampu dibangunkan, sejarah Tamadun Islam hanya tinggal sejarah sahajalah. Yang kenal siapa diri kita hanya kita sendiri. Sebab itu Nabi Muhammad tidak dikhabarkan belajar kenal diri dengan manusia lain. Apakah masuk akal ada manusia yang lebih kenal diri manusia lain untuk kita jadikan dia tok guru?

Mari kita buat perbandingan, golongan mana yang banyak idea yang benar dan tidak mampu dibuktikan dusta. Golongan yang belajar kenal diri dengan berdikari guna keupayaan akalnya sendiri itukah atau golongan yang beragama secara menurut tok guru sehingga segala urusan agamanya disandarkan pada tok guru?

Sesungguhnya Allah Yang Memberikan kebijaksanaan kepada hamba-hambaNya yang berusaha, sedangkan si pemalas berfikir itu macam itu sahaja tahap akalnya. Malah semakin mundur dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : "SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

"SEJARAH "TAMADUN ISLAM.. Empty Re: "SEJARAH "TAMADUN ISLAM..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum