e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Ashabul Kahfi I_vote_lcap6%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap23%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap21%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap8%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap8%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap6%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap6%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap0%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap6%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap4%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap0%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap1%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap3%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap1%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Ashabul Kahfi I_vote_lcap5%Ashabul Kahfi I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
Juang (3494)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Ashabul Kahfi I_vote_lcapAshabul Kahfi I_voting_barAshabul Kahfi I_vote_rcap 

Keywords

2011  2012  baqarah  2024  2013  2010  


Ashabul Kahfi

4 posters

Go down

Ashabul Kahfi Empty Ashabul Kahfi

Post by Admin Sat Sep 20, 2008 12:49 pm

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Ashabul Kahfi SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Admin Sat Sep 20, 2008 12:55 pm

Surah Al-Kahfi: 9 - 26 menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yg beriman kpd Allah melarikan diri ke sebuah gua drpd seorang raja yg zalim dengan seekor anjing dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun sehingga mereka tidak dpt bangun dgn suara apapun.

Apabila mereka bangun, salah seorang dr mereka keluar utk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut tlh berubah dan duit mereka tidak laku pd zaman tersebut. Pemuda itu kembali ke gua dan mereka dimatikan oleh Allah SWT di dlm gua tersebut.

Ahli sejarah Islam dan Barat tlh lama menjlnkan kajian di manakah tmpat
berlakunya kisah Ashabul Kahfi ini. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran
sbg sumber rujukan manakala yg lain mempercayai kisah ini berdasarkan
kitab Bible.

Bilakah ia berlaku?

Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pd zaman Maharaja Rum Daqyanus atau Decius yg menguasai Amman memerintah sekitar tahun 249-251 M. Daqyanus terkenal sbg maharaja yg amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut2nya. Pemuda2 tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yg memerintah antara tahun 408 - 521M.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. manuskrip sejarah membuktikan bhw diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yg menentang tuhan2nya sehinga Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dgn perkara tersebut. Siapa yg beriman selain Tuhan yg dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan ialah di antara tahun 98 - 117 M. Pemuda2 beriman tersebut dikatakan terjaga dari tidur lama mereka pd zaman Theodicius yg memerintah antara tahun 408 - 450 M.

Dimanakah ia berlaku?

Terdapat pandangan yg mengatakan Gua ini terletak di Syria, Turki dan Arab Saudi selain dr di Jordan. Di Turki sahaja terdpt 5 lokasi gua yg dikaitkan dgn kisah Ashabul Kahfi, 3 drnya terletak di Mardin, Tarsus dan Ephesus.

Namum gua di Jordan adalah yg paling menepati ciri2 berdasarkan ayat Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 17 (yg bermaksud) : "Dan engkau melihat ketika matahari terbit, condong ke arah mereka disebelah kanan dan ketika matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri, sedangkan mereka berada di tempat yg luas di dlm gua itu"

Surah Al-Kahfi ayat 21 (yg bemaksud): " ketika org2 itu berselisih ttg urusan mereka, org2 itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas gua mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui ttg mereka" Org2 yg berkuasa atas urusan mereka berkata" "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya"

Di atas gua Ashabul Kahfi di Amman terdapat rumah ibadat yg dibina ketika zaman tersebut iaitu dibina oleh ahli2 Kitab. Ketika mana zaman pemerintahan krjaan Umawiah rumah ibadah tersebut dijadikan mesjid.

Bukti2 kajian arkeologi turut menyatakn bhw di Amman tmpat berlakunya kisah ini. Antara bukti2 yg ditemui ialah: terdptnya tulisan pd lengkungan pintu di dinding sebelah timur yg menyatakan mesjid diperbaharui pd tahun
117H yg merujuk kpd zaman Hisham bim Abdul malik bin Marwan.

Terdpt juga tulisan yg ditemui dlm khat kufi dgn mengisyaratkan bhw mesjid kedua di Ashabul Kahfi di perbaharui pd zaman Khomaruniah b Ahmad Thoulun dlm krjaan Abbassiyah. Mesjid kedua ialah mesjid yg berada di hdpn gua yg dibina selepas mesjid pertama yg terletak di atas gua.

Kesan lain yg ditemui ialah NAWAWIS yg terdpt padanya bintang segi lapan yg membuktikan tanda zaman krjaan Rom-Byzantium pd kurun ke-3 M. Selain drpd itu, para arkeologi juga menemui rantai,gelang dan manik dari pelbagai zaman. Duit tembaga dan perak dr zaman Rom-Byzantium, Umawiyah, Abassiah dan Uthmaniyyah turut ditemui di dlm gua dan sekitarnya. Ini sekaligus mebuktikan bhw lokasi sejarah ini tlh menjadi tumpuan sejak zaman-berzaman.

Perbincangan mengenai bila dan di mana ia berlaku akan terus berpanjangan, Apa yg penting utk kita ialah pengajaran dari kisah ini di mana org yg kuat imannya akan sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Ashabul Kahfi SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sun Sep 21, 2008 12:25 am

Menarik kisah Penghuni Gua ini. Kisah inilah yang menarik saya mengkaji Al Quran. Pengajaran dari kisah pemuda-pemuda tersebut adalah supaya kita beragama bukan kerana ikut-ikutan sehingga terpaksa bergantung kepada selainNya, tetapi beragamalah dengan bergantung pada diri sendiri.

Kenapa hanya pemuda-pemuda sahaja yang memencilkan diri? Ini menunjukkan sunnah bahawa yang muda-muda sahaja mudah nampak kebenaran. Sebab biasanya orang muda masih mempunyai semangat berfikir dan mengkaji, sedangkan yang tua-tua sudah sebati dengan ajaran agama nenek moyang. Mereka lebih suka menurut membuta-tuli dan beragama secara subsidi.

Bila diajak guna logik akal untuk kenal Allah, yang tua-tua tidak boleh menerima kerana mereka sudah tertutup minda. Macam susahnya Nabi Muhammad nak dakwah pakcik-pakcik baginda yang sudah sampai tahap taksub, jumud, sempit otak dan tidak boleh berfikir lagi (sebab beragama dengan menolak akal).

Di zaman kita pun sudah nampak spesis yang tak guna akal dalam beragama. Jadi berhati-hatilah agar tidak termasuk dalam golongan yang menyekutukan Allah (sehingga urusan hati pun hendak disandarkan pada ulama terdahulu). Bergantung pada nama ulama terdahulu yang mereka pun tidak tahu perkara ghaib dan yang akan datang, samalah seperti menyembah berhala.

Kaum Nabi Nuh dahulu menyembah berhala juga kerana mendewa-dewakan ulamak terdahulu dari zaman mereka. Berhala-berhala itu diwujudkan atas nama orang alim terdahulu. Mungkin pada kita berhala itu sekadar patung yang dibina, sebenarnya bergantung atas nama imam terdahulu, sehingga tidak berfikir secara logik lagi, samalah seperti menyembah berhala juga.

Mereka merasakan Allah terlalu jauh dari mereka sehingga Allah tidak mampu menegur, jika guna akal sendiri untuk belajar mengenaliNya. Bukankah segala musibah yang berlaku pada umat Islam sekarang (peperangan, tsunami dan bencana alam) itu adalah antara teguran daripada Allah untuk menyedarkan kita umat Islam yang sudah terpesong jauh daripada ajaran Al Quran? Tetapi orang yang tidak berfikir panjang memang tidak fahami teguran Allah ini, sebab mereka tidak nampak Kekuasaan Allah di segenap penjuru alam.

Mereka ada mata, tapi buta, ada telinga, tapi tuli dan ada hati tetapi tidak memahami, seperti yang baca Quran dalam bahasa Arab (sedangkan tak faham bahasa Arab) untuk sekadar dilagukan atau dipertandingkan. Tidak sedar nasib umat sudah pun kronik dengan pelbagai penyakit hati.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Juang Wed Sep 24, 2008 4:04 pm

[18.1] Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).
Bagaimanakah Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad. Adakah kita ingat kitab ini diturunkan secara lembaran terbuka turun dari langit? Apakah yang dilakukan oleh baginda ketika berkhalwat di gua Hira' ketika mula-mula mendapat wahyu?
Sudah pasti baginda sedang berfikir. Apakah kita ingat Al Quran itu diturunkan mengikut nafsu baginda? Baginda adalah contoh ulul albab iaitu manusia yang suka berfikir, bukan suka menurut. Baginda mengenali Allah guna kekuatan akal sendiri. Sebab itu kita tidak pernah mendengar baginda menuntut pada mana-mana tok guru kitab-kitab terdahulu untuk beragama.
Oleh kerana Al Quran itu datang melalui logik akal, maka kita tidak menjumpai kesalahan dan kebengkokannya. Jika baginda mengucapkan mengikut nafsu, pasti kita akan jumpa kesalahan-kesalahan Al Quran. Tetapi sebab Al Quran itu adalah kitab yang logik pengajarannya, sehingga sekarang kita boleh lihat betapa benar ayat-ayatnya. Hanya orang yang tidak berfikir sehingga terpaksa bergantung pada nama orang lain sahaja tidak memahami logik-logik yang tersembunyi dalam ayat Al Quran.
Sebab itu apabila dicabar orang yang beragama secara menurut ini, pasti mereka takut untuk mengatakan kebenaran. Mereka tercari-cari hujah yang bengkok untuk menunjukkan mereka berkata benar. Apabila panas hati dengan logik yang disampaikan dan tiada ilham lagi untuk mempertahankan kata-kata mereka, akhirnya mereka hanya mampu berkata "Inilah sihir yang nyata."
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Ashabul Kahfi NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Wed Sep 24, 2008 10:36 pm

2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

Al Quran adalah pembimbing kita. Ia adalah kitab pedoman. Pedoman untuk diri kita. Hanya kita yang kenal diri kita. Hanya kita yang nampak apa yang tersembunyi dalam hati kita, bukan tok guru yang dijadikan sandaran itu. Bukan imam-imam terdahulu yang dijadikan pergantungan selain Allah.

Lurusnya bimbingan Al Quran itu adalah kerana ia logik, mudah difikirkan atau mudah masuk akal. Hanya manusia yang tolak akalnya sahaja yang tidak mampu faham. Mana ada orang yang tolak akal boleh faham? Nak faham logik dan kebenaran 1+1=2 pun kena guna akal. Apalagi hendak faham Al Quran.

Kadang-kadang kita naik hairan, macam mana ada orang kata tak boleh kaji Quran guna akal. Dia nak suruh menurut membuta-tulilah tu. Sebab itu mereka tak mampu berkata-kata melainkan kena bergantung pada nama imam terdahulu. Bila dicabar dengan hujah yang logik, mereka rasa panas dan pedih hati. Itulah seksaan yang pedih dijanjikan Allah sejak zaman berzaman. Orang yang membantah kebenaran sedangkan dia tahu dia berdusta, pasti jantungnya berdebar dan hatinya panas dan pedih. Bila hati mereka panas, otak mereka sempit. Dah tidak mampu berkata-kata lagi, melainkan dengan mencela.

Sebaliknya bagi orang yang berpegang pada logik, Al Quran memberikan khabar gembira kepadanya, kerana apa yang difikirkan selama ini dibuktikan benar oleh Al Quran. Biarpun Al Quran sudah lebih 1500 tahun disampaikan oleh Nabi Muhammad, tetapi pengajarannya tetap berulang dan realistik.

Kita boleh lihat depan mata kita, ada orang yang tidak guna akal yang disamakan dengan binatang ternak (sebab binatang tu kan tak berakal) dalam Al Quran itu. Kita boleh nampak orang yang berperangai Yahudi yang disebutkan dalam Quran itu yang kerjanya berdengki dan suka berpecah-belah. Mereka hanya nampak islam pada pandangan zahir. Berlagak dengan jubah dan serban macam tok Arab, sebab dia pandang ciri Rasulullah itu pada kearabannya sahaja, bukan pada kebijaksanaan dan hikmah. Macam orang Yahudi dahulu, yang menganggap kebenaran itu hanya pada zahir orang bani Israel, sampai takleh terima Rasul dari bangsa Arab.

Amalan soleh yang utama manusia adalah belajar. Sebab itulah wahyu pertama turun menyuruh kita membaca untuk belajar. Manusia akan dikatakan telah belajar bila otaknya menangkap logik apa yang ditunjuk dan hatinya memahami. Jika belajar dengan tok guru, tetapi menyebabkan umat jadi malas berfikir sehingga menurut membuta-tuli, tidaklah capai maksud belajar itu.

Belajar memberikan kesan kepada pembangunan minda. Otak makin berkembang. Idea menjadi melimpah ruah. Setakat berlagak belajar dengan tok guru, tetapi takde idea nak pertahankan kebenaran kata-katanya, itu menunjukkan manusia tersebut sebenarnya tak belajar pun. Dia hanya berdusta untuk mengajak manusia jadi takut untuk bergantung pada diri sendiri seterusnya terpaksa bergantung selain pada Allah. Mereka merasakan Allah itu terlalu jauh, sehingga terpaksa mengadakan "berhala" atas nama ulamak2 terdahulu. Jadilah mereka kaum yang lemah dan sesat.

Tak mungkin Al Quran sebegini hebat hanya sekadar melahirkan umat Islam yang lemah dan cepat berputus asa seperti yang kita lihat sekarang. Mesti ada yang tak kena dengan cara pembawakan Islam kita, terutama suka subsidi dalam beragama. Tidak berani menerokai sendiri mengenali Allah.

Kalau kita nak kenal pakwe/makwe pun kita berusaha sendiri, tanpa bersandar dengan ulamak, apakah nak kenal Allah yang lebih dekat dalam diri kita, kena perlu berguru pula? Tak logik langsung manusia itu beralasan.

Sesungguhnya orang yang menggunakan akal dengan yakin bergantung kepada diri sendiri sebab Allah dekat dalam diri kita kerana denyut nadi kita pun dalam KekuasaanNya, pasti mereka mendapat balasan baik dari Tuhannya. Sedangkan orang yang menolak akal sehingga terpaksa bergantung kepada selain Allah, akibat merasakan Allah itu terlalu jauh, maka mereka telah menyediakan tempat di neraka. Sebab itu mereka panas hati bila diperingatkan dengan logik Al Quran.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sun Sep 28, 2008 1:04 pm

3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Sekali manusia itu terbuka mindanya untuk bergantung kepada Allah, dia akan kekal selama-lama. Sebab Allah perlihatkan bukti yang logik dan waras mengenaiNya. Hati manusia itu akan tenang setelah memahami dan hilang keraguan untuk berkata benar mengenai Allah.

Kerana itulah hidayah bermula apabila manusia itu berfikir-fikir panjang tentang erti hidup dan Ketuhanan. Macam Nabi Ibrahim mengenali Allah. Adakah baginda bergantung kepada selainNya untuk menerokai Allah. Baginda sudah tentu guna akal baginda, bukannya guna nafsu untuk berfikir dan menilai dengan waras mengenai Pencipta. Malangnya bagaimana ada manusia boleh menolak akalnya sendiri untuk beragama secara ikut-ikutan?

Apakah Allah tidak mampu mengajar kita untuk mengenaliNya, sampai ada manusia yang tidak menggunakan akal itu memilih bergantung kepada selainNya. sedangkan yang dijadikan "berhala" itu tidak pun tahu perkara ghiab dalam diri kita sendiri. Bagaimana mereka berguru kepada sesuatu yang lemah dan tidak mengetahui sesuatu pun? Kekallah orang kafir itu mendapat azab yang pedih. Di atas dunia lagi mereka sudah merasa pedih bila diperingatkan supaya jangan menyekutukan Allah.

Dan orang yang mengenali Allah dengan menggunakan fikiran seperti yang ditunjukkan oleh para nabi itu, mereka kekal dalam keimanan. Tidak pernah dengar pula kisah para nabi mati dalam kekafiran. Mereka itulah orang yang menang melawan keraguan menggunakan akal sendiri.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by matding Sun Oct 05, 2008 11:15 am

Firman Allah Ta'ala,

"Nanti akan ada orang yang akan mengatakan jumlah mereka(Ashab khafi) adalah tiga orang dan ke-empatnya ialah anjing dan juga akan mengatakan yang lainnya jumlah mereka itu (Ashab khafi) ialah lima dan ke-enamnya ialah anjingnya sebagai tekaan dan menyangkal perihal ghaib manakala yang lain pula mengatakan mereka itu tujuh orang dan ke-lapan anjingnya.Katakanlah sesungguhnya Tuhanku mengetahui bilangan sebenar mereka dan tidaklah kamu ketahui perihal itu melainkan sedikit.Kerana itu janganlah kamu bertengkar kerana hal mereka itu dan kecuali kamu mengambil pengajaran dari apa yang zahir dan janganlah bertanya perihal mereka itu sesiapa pun." ( Surah Al-Kahfi :22 )
matding
matding
Doktor Falsafah

Number of posts : 1207
Age : 55
Location : muka bumi ALLAH TAA'LA
Reputation : 0
Credits : 5770
Registration date : 2008-08-25

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Fri Oct 17, 2008 11:54 pm

4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak."

Siapakah gerangannya orang yang mengatakan Allah mempunyai anak? Mereka adalah orang yang beragama main pakai turut membuta-tuli kerana akal telah ditolak ke tepi. Mereka mengadakan pergantungan kepada orang lain yang disangkakan boleh menjadi guru untuk mengajar dia beragama, atau dengan kata lain mengajar dia mengenali diri sendiri. Apakah logik ada orang lain yang tahu perihal hati orang lain dan cara untuk mengawalnya?

Urusan syariat, logiklah kita nak bertanya kepada yang arif. Sebab syariat adalah suatu yang orang boleh lihat guna mata kasar. Tapi urusan menjaga dan mengawal hati, siapakah tok guru yang tahu selain diri kita sendiri? Jadi, bagaimana ada manusia mengadakan "anak" Allah ini, seolah-olah tok guru yang mereka menuruti tanpa berfikir itu tahu segala perkara yang ghaib (perihal dalam diri orang lain)?

Lemah dan hilang keupayaan diri seseorang manusia itu kerana dia meletakkan pergantungan kepada orang lain untuk belajar kenali diri. Bila belajar dengan orang yang tak kenal siapa diri kita, macam mana kita hendak kenal diri kita sendiri?

Setakat belajar perihal syariat, tetapi mengabaikan belajar kenali diri akan menyebabkan syariat itu runtuh. Sebab itu sampai sekarang umat Islam tidak mampu menegakkan syariat Islam seperti Rasulullah pernah lakukan.

Ada masjid tersergam indah pun, tetapi ruhnya tiada. Nabi Muhammad jadikan masjid sebagai tempat bertukar-tukar pandangan mengenai Tuhan agar masing-masing belajar berfikir secara logik pasal Tuhan. Sudah nyata Tuhan cipta alam semesta secara logik, tetapi bagaimana ada manusia buat alasan dusta supaya tidak boleh guna logik akal untuk kenali Dia?

Apakah mereka itu hendak suruh manusia lain membayangkan Allah itu secara tak masuk akal? Bila dibayangkan Allah itu secara tak masuk akal, apakah fungsi akal yang Allah anugerahkan ini?

Bila Allah itu susah dikenali (sebab hanya bayang tak masuk akal yang dipegangnya), maka bagaimana kepercayaan (iman) yang teguh akan tumbuh? Apakah mereka ingat iman itu sekadar akuan mulut dan tahu buat syariat Islam semata-mata?

Orang Yahudi dan Nasrani dahulu pun anggap mereka beragama secara benar kerana menurut kata-kata ulamak mereka tanpa berfikir. Sampai mereka mengadakan "anak" Allah, iaitu meletakkan pergantungan kepada kata-kata ulamak tanpa berfikir. Sekarang penyakit itu telah lama merebak kepada umat Islam yang menyebabkan kita jadi umat yang lemah dan berpecah-belah.

Apakah mereka anggap ulamak itu orang yang ada ijazah lulusan sesuatu universiti agama? Apakah perihal penyakit hati yang tidak melayakkan manusia itu jadi ulamak, boleh dinilai oleh pihak universiti?

Jangan cepat mempercayai manusia berdasarkan imej zahirnya semata-mata. Kaji kata-katanya apakah berdasarkanbukti yang nyata dan logik? Atau sekadar bergantung atas nama imam2 terdahulu untuk berkata benar? Dimanakan mereka letakkan akal mereka sendiri?

Takkanlah Nabi Muhammad dan para sahabat menegakkan kebenaran sampai sanggup berkorban nyawa untuk mengajak manusia bersatu, kita suka-suka ajak manusia berbalah-balah berebut kuasa? Apa punya manusia yang tak guna akal itu?


Last edited by Adli on Thu Oct 23, 2008 3:38 am; edited 2 times in total
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sun Oct 19, 2008 8:18 am

5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

Orang yang suka menyandarkan kebenaran atas nama imam terdahulu dengan membawa kata-kata mereka itu tidak mempunyai pengetahuan tentang apa maksud sebenarnya kata-kata yang mereka bawa itu. Jika mereka ada pengetahuan, tentu mereka boleh huraikan guna idea sendiri dengan bukti-bukti yang nyata.

Tetapi mereka sekadar copy-paste tulisan2 imam terdahulu untuk digunakan menghukum orang lain. Seolah-olah imam-imam terdahulu itu pula pemegang kunci rahsia semesta alam ini. Hakikatnya mereka tidak faham pun intipati tulisan imam terdahulu mahupun riwayat hadis itu, tetapi mereka gantungkan atas nama hamba-hamba Allah tersebut.

Inilah yang dikatakan mengadakan "anak Allah, seolah-olah orang terdahulu itu mengetahui segala perkara ghaib di masa hadapan, sampaikan kata-kata mereka dijadikan sandaran untuk apa yang akan berlaku. Mereka tidak benarkan pemikiran baru, kononnya nanti tersesat, tapi perlu guna pemikiran lama sahaja. Akibatnya umat Islam sekarang jadi lemah, ketinggalan zaman dan hanya tahu bercakaran sesama sendiri. Tidak malukah mereka melihat nasib umat mereka sendiri? Apakah mereka masih terapung di awangan dengan zaman kegemilangan Islam dahulu?

Seperti itulah orang Yahudi dan Nasrani dahulu tersesat kerena mereka berbangga diri dengan status umat pilihan. Kemudian mereka mengadakan "anak" Allah dengan bergantung membuta-tuli atas nama ulamak2 mereka. Sekarang umat Islam telah mengikuti jejak mereka. Buktinya mereka jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Kalau kita fikir logik pun, takkanlah ajaran Quran yang suci murni itu menghasilkan umat yang lemah dan berpecah-belah? Bukankah itu mencemarkan kesucian Quran itu sendiri bila mereka akui keadaaan umat Islam sekarang ini adalah hasil ajaran Quran?

Lihatlah orang-orang Islam sekarang, suka beragama secara menurut amalan nenek moyang. Ustaz-ustaz mereka suruh tolak logik akal dalam mengkaji Quran, mereka turut membuta-tuli. Tidak pula mereka bertanya balik kepada tok guru mereka itu, apakah buktinya guna logik akal akan menyebabkan manusia tersesat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri huraikan konsep Keesaan Allah secara logik dan mudah difikirkan? Adakah Nabi Muhammad seorang yang tersesat?

Kemudian ada pula mengatakan "Itu nabi, jangan disamakan dengan kita orang biasa". Bukankah nabi dahulu pun orang biasa? Adakah mereka itu para malaikat yang orang lain takkan mungkin capai taraf seperti mereka? Jika nabi itu makhluk istimewa yang orang lain tidak mampu contohi, buat apa Allah angkat mereka jadi rasul dari kalangan manusia juga?

Maka mereka pun terdiam tanpa berkata. Itulah bahananya bila berkata-kata tanpa berfikir secara logik, yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Sebab itulah Nabi Muhammad ajar kita berfikir secara logik dengan membawa segala bukti di sekeliling kita, sebab Allah sendiri ciptakan alam ini secara logik, bukannya magik.

Dengan berfikir secara logik inilah kita nampak di mana keadaan umat Islam sekarang yang sudah jauh tersesat dari ajaran Nabi Muhammad kerana beragama dengan menolak akal mereka sendiri. Jadilah mereka binatang ternak yang diperkulikan oleh bangsa-bangsa yang memiliki kepandaian ilmu sains dan teknologi.

Sepatutnya umat Islam yang terbaik inilah yang menguasai perbendaharaan bumi, tetapi perasaan bangga diri jadi umat terbaik itulah menyebabkan mereka dihina oleh Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi berbangga diri.

Pakailah jubah, serban dan segala perhiasan zahir kononnya biar serupa macam nabi, tetapi kalau dalam hati kotor dan otak lembab, tidaklah mencapai maksud mencontohi Nabi. Kerana Nabi Muhammad itu adalah orang yang suka menyatukan manusia dan berhati suci lagi bijaksana orangnya. Takkanlah kita nak kata Nabi Muhammad itu seorang yang menolak akalnya sendiri sehingga lembab berfikir macam umat Islam sekarang?

Dan dengan melatih diri berpegang pada bukti logik yang kukuh (kebenaran), bukan disandarkan atas nama imam-imam terdahulu, kita akan merasai satu keyakinan diri yang tinggi. Allah berikan kekuatan kepada kita untuk mematahkan hujah orang yang menolak akal mereka sendiri.

Allah perlihatkan betapa lemah dan dustanya kata-kata orang tidak membawakan bukti yang nyata itu. Sehingga apabila satu persatu hujah mereka dipatahkan oleh Allah, mereka sekadar mampu mencela dan menghukum orang tanpa bukti kukuh. Apakah hati mereka tengah kepanasan? Sebab itulah masa hati tengah panas, lebih baik berdiam, sebab kalau berkata-kata pasti buruk kata-kata yang keluar. Itulah kata-kata syaitan.

Tok guru mana yang mampu ajar cara bagaimana kita hendak kawal hati sedangkan hati kita dan hati tok guru itu berlainan? Jika benar belajar agama kena ada tok guru, sudah pasti orang-orang inilah yang mampu mengawal hatinya daripada mengucap kata-kata yang dusta dan buruk itu.

Seperti itulah orang-orang kafir dahulu kepanasan sehingga hanya mampu mencela para rasul terdahulu, kerana mereka telah meletakkan agama pada tok guru dan ulama sehingga mereka lalai belajar kawal hati mereka sendiri. Nak belajar buat syariat, logiklah kita bertanya pada orang yang arif sebab syariat itu perkara yang manusia sama-sama nampak. Tetapi tok guru mana yang tahu nak ajar hati orang lain, sedangkan hati dia sendiri pun dia tak cukup kenal lagi kerana ilmu Allah itu luas?

Kerana berfikir secara logik inilah Allah berikan ihlam untuk kita menghuraikan dengan panjang sesuatu ayat Quran dengan melihat bukti yang ada. Kita akan nampak, pengajaran sesuatu ayat Quran itu jelas berlaku depan mata. Cuma yang sedihnya, umat Islam tidak sedar-sedar diri lagi bahawa mereka sudah mengikuti jejak langkah orang kafir terdahulu yang beragama secara menurut amalan nenek moyang mereka. Mereka sudah tidak tahu berfikir secara logik lagi, sebab mereka berpegang pada kata-kata nenek-moyang mereka yang suruh tolak logik akal sendiri.

Alangkah buruknya kata-kata itu, seolah-olah menghina Allah yang mengurniakan otak kepada mereka. Apakah mereka tidak bersyukur dikurniakan otak yang mampu berkembang ini?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Mon Oct 20, 2008 10:25 pm

6. Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).

Macam manalah manusia itu tidak rasa kecewa dengan sikap orang yang tak guna akal itu. Sudah bagi bermacam-macam logik dan bukti yang nyata supaya beragama guna akal, bukannya main pakai turut membuta-tuli, tetapi mereka masih tegar mempertahankan agama nenek moyang mereka. Sedangkan sudah jelas dan nyata cara beragama mereka itu menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah.

Macam manalah manusia itu tidak jadi lemah, bila hendak guna logik akal pun penakut? Kalau tolak akal sendiri, bukankah manusia itu akan menurut nafsu, sebab dalam diri manusia itu hanya disediakan akal dan nafsu untuk hati memilih yang mana satu nak guna. Tolak akal, secara automatik manusia itu akan menurut nafsu. Sebab itulah kita tengok spesis yang tolak akal ini, pasti kata-kata cepat hendak menghukum orang lain tanpa dibawakan bukti yang nyata.

Macam orang kafir terdahulu, apabila mereka panas hati dengan hujah para rasul, terus mereka hukum rasul-rasul itu sebagai tukang sihir atau kena penyakit gila. Tetapi tidak pula mereka buktikan di mana kata-kata para rasul itu tak masuk akal dan boleh dibuktikan salah? Itulah kata-kata manusia yang kalah dan dihina oleh Allah kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan menolak akal sendiri.

Bayangkan Nabi Muhammad sendiri sampai rasa hendak bunuh diri melihat sikap keras hati dan degil orang kafir itu. Sudah pasti orang kafir itu orang yang tolak akal sendiri. Jika mereka guna akal untuk memikirkan apa yang Nabi nasihat, pasti mereka tidak menolak akal sendiri. Apakah kita anggap Saidina Abu Bakar membenarkan kata-kata Nabi Muhammad kerana beliau seorang yang menurut nafsu membuta-tuli? Sudah pastilah beliau seorang yang bijak kerana guna akal. Hanya orang yang bijak akan mudah memahami. Nak bijakkan otak, takkanlah kita nak tolak otak sendiri? Bukankah itu suatu kerja yang tak masuk akal?

Untuk memahami perasaan Nabi Muhammad itu, cuba umpamakan kita mengajar manusia hukum 1+1=2. Sudah bagi bukti yang nyata dengan mengira guna pakai jari, alih-alih orang tak guna akal itu tetap nak pakai 1+1=3 dengan alasan nenek moyang mereka berpegang dengan teori tak masuk akal itu. Seperti itulah kecewanya para rasul dahulu bila melihat kekafiran kaum yang tidak berakal itu, biarpun sudah diberikan pelbagai logik yang waras untuk difikirkan. Apakah yang menghalang manusia itu daripada berfikir? Apakah hati mereka sudah tertutup sampai tidak nampak logik yang diberikan sebagai bukti yang nyata?

Kebenaran Quran yang disampaikan secara jelas dan terang itu bukan kerana disandarkan atas nama ahli-ahli kitab terdahulu, tetapi kerana Nabi Muhammad bersandarkan logik dan bukti yang nyata sahaja. Takkanlah kita nak kata kebenaran Quran kerana bersandarkan dengan nafsu baginda? Jadi, apakah betul manusia itu perlu beragama dengan tolak akal sendiri?

Nak mendengar atau membaca kata-kata orang lain, tetap perlu guna akal untuk menimbang dengan waras. Bukannya main pakai turut membuta-tuli. Sebab itu apa yang disampaikan di sini bukannya paksaan. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memikirkan kebenarannya. Masing-masing sudah besar panjang dan tahu tanggungjawab pada diri masing-masing. Takkanlah nak guna akal sendiri pun perlu disuruh?

Kalau ada yang tak masuk akal daripada yang disampaikan ini, tunjukkan bukti di mana kedustaannya. Sehingga kini tiada siapa pun mampu buktikan apa yang disampaikan ini tidak masuk akal. Itu yang Nabi Muhammad cabar orang2 kafir dahulu supaya buktikan di mana ayat-ayat yang baginda sampaikan itu pengajarannya tidak masuk akal jika baginda seorang pendusta. Sampai sekarang pun orang kafir itu tidak mampu buktikan, sebab mereka takut untuk membaca ayat-ayat Allah disebabkan kedustaan-kedustaan yang mereka lakukan selama ini.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Thu Oct 23, 2008 3:19 am

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

Allah ciptakan alam ini berpasang-pasangan. Zahir lawannya batin. Jasmani lawannya rohani. Perhiasan lawannya pengisian.

Orang yang tak guna akal, dia akan terdorong mengikut nafsu. Sebab hatinya sudah tiada kawalan lagi. Apabila nafsu merajai hati, maka mata kasarnya hanya melihat pada perhiasan semata-mata. Mereka akan hidup mengejar harta, pangkat, dan kuasa. Sampai ada yang tertipu dengan laung Islam perlu ditegakkan dengan kuasa. Maka umat pun ada yang lalai mengejar harta-benda dan ada yang lalai mengejar kuasa.

Zahir sahaja mereka nampak Islam, kerana pada mereka Islam itu suatu yang berbudaya Arab. Pakai jubah itu Islam. Pakai jeans dikatakan tidak bercirikan Islamik. Maka mereka pun berlumba-lumba tonjolkan Islam secara zahir semata-mata. Dijadikan perhiasan zahir itu sebagai modal politik untuk jatuh-menjatuhkan sehingga masyarakat hidup dalam kepanasan hati lagi suka berdemonstrasi. Itukah golongan yang terbaik perbuatannya? Apakah umat yang lemah dan berpecah-belah itu mereka yang terbaik perbuatannya?

Kerana itu bagi manusia yang mula mencari erti hidup yang sebenar, mereka akan menggunakan akal agar tidak tertipu dengan kata-kata golongan yang hanya memandang perhiasan zahir ini. Mereka mencari sesuatu yang mengisi alam rohaninya. Mereka mencari sesuatu yang menaikkan semangat dan keyakinan diri. Hanya orang yang yakin guna akal sendiri sahaja akan mencapai tahap ini sedangkan manusia yang beragama secara menurut tok guru, pasti akan hidup secara lemah dan berputus asa. Nak guna akal sendiri pun penakut, tidakkah itu menunjukkan suatu jiwa yang terlalu lemah?

Masa masih budak-budak tak cukup akal dulu, memang logiklah belajar dengan tok guru. Ini sudah besar panjang, takkanlah otak tak cukup sempurna lagi sampaikan kena bertatih pada tok guru lagi? Masa bercinta sesama manusia, pandai pula mereka buat sendiri, guna akal sendiri nak pikat pasangan masing-masing, tapi nak bercinta dengan Allah yang terlalu hampir dalam diri (sebab Dia Maha Mengetahui perasaan kita), kena pula ada perantaraan orang lain sebagai guru? Apakah mereka tidak guna logik akal mereka sendiri untuk memikirkan?

Itulah mereka, golongan yang tertipu dengan perhiasan zahir akibat hidup tidak menggunakan akal. Masa cari duit dan kejar harta sahaja mereka guna akal, tetapi masa kejar Allah, mereka tumpang nama imam-imam terdahulu. Hakikatnya mereka mempertuhankan duit dan harta, biarpun mulut mereka berbuih berzikir pasal Allah dalam bahasa Arab. Mereka mengagungkan bahasa Arab kerana mereka anggap bahasa itu (perhiasan) adalah Al Quran, padahal pengajaran dan intipatinya itulah yang lebih bernilai di sisi Allah.

Sebab itulah orang yang menggunakan akal, mereka tidak pentingkan perhiasan, tetapi pengisian itu yang dicarinya. Tak kiralah guna bahasa apa pun, asalkan pengajaran Quran itu mampu dihayati dalam diri sendiri sehingga terhasillah huraikan yang panjang sebegini atas izin Allah, kerana mereka bergantung terus kepada Allah, bukan pada selainnya untuk memahami Quran. Sedangkan orang yang tertipu dengan perhiasan zahir (bahasa Arab) itu masih tidak mampu untuk menghuraikan Quran kerana otak mereka sudah terbatas mengikut akuan kata-kata mereka sendiri.

Malang sekali manusia itu, sedangkan Tuhannya tidak pernah pun membataskan akal mereka, tetapi mereka sendirilah yang membataskan akal mereka sendiri. Jadilah mereka umat yang lemah lagi suka berpecah-belah. Benarlah kata-kata Allah, sesungguhnya Dia tidak menzalimi sesuatu kaum, tetapi kaum itulah yang menzalimi diri mereka sendiri. Mereka yang pandai-pandai letakkan otak bukan pada tempatnya (tidak berlaku adil = zalim). Mereka sibuk mengutuk pemimpin mereka zalim, walhal terang-terang mereka menzalimi diri mereka sendiri. Akhirnya bila Allah bangkitkan pemberi peringatan dari kalangan mereka, mereka pun terdiam tanpa berkata-kata setelah Allah patahkan hujah-hujah mereka dengan mudah. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana?

8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

Akhirnya orang yang menolak akal mereka sendiri itu ketandustan idea. Mereka jadi takut dengan kedustaan yang mereka lakukan selama ini. Segala kebanggaan diri mereka selama ini (kononnya mereka orang Islam) yang setinggi gunung telah jadi rata. Mereka jadi tertunduk hina akibat kezaliman mereka sendiri kerana hidup bergantung kepada selain Allah. Bukan orang lain yang menghina mereka, tetapi mereka sendirilah yang menghinakan diri mereka sendiri. Allah sudah kurniakan otak agar hidup berbeza daripada binatang ternak, mereka pandai-pandai suruh tolak akal, sehingga berhujah secara dangkal. Tidak dibawakan bukti yang nyata, hanya bersandarkan atas nama tok guru dan imam-imam terdahulu. Padahal mereka sendiri tidak faham apa maksud kata-kata yang dibawa.

Mereka gunakan kata-kata orang lain itu sebagai sandaran kata-kata mereka sendiri, seolah-olah mereka sudah tiada harga diri sampaikan kena menumpang atas nama orang lain. Betapa lemah dan penakutnya manusia itu. Bila diajak menegakkan kebenaran setelah dibawakan bukti yang nyata, mereka melarikan diri dan berselindung di sebalik nama orang lain. Apakah orang lain itu akan melindungi mereka jika Allah mahu mengazab mereka? Apakah orang lain itu akan melindungi mereka jika Allah mahu mencabut nyawa mereka?

Segala pengetahuan mereka membuat syariat (perhiasan) Islam tidak menjadikan mereka umat yang kuat dan bersatu-padu, tetapi menjadi manusia yang lemah, cepat putus asa lagi berpecah-belah. Ini kerana mereka letakkan urusan agama kepada ulamak, padahal agama itu tuan punya diri sendirilah yang kena menguruskan. Mereka jadi bergantung kepada ulamak, bukan pada akal sendiri untuk menilai kata-kata orang lain. Sehingga ada yang bertopengkan ulamak mengajak berpecah-belah dan menolak akal sendiri pun mereka turuti tanpa berfikir panjang lagi. Jadilah mereka dan ulamak mereka yang suruh tolak akal itu kaum yang dihina oleh Allah di muka bumi akibat ditindas oleh kaum yang bijak menghargai akal.

Allah sudah tunjuk dengan jelas perbandingan bangsa yang pandai guna akal sehingga mampu meneroka ke langit dengan bangsa yang tolak akal sehingga mampu membunuh sesama sendiri, mereka tetap beragama dengan tolak akal sebab bangsa yang membunuh sesama sendiri itu adalah bangsa Rasul yang mereka turuti. Seperti itulah orang Yahudi dahulu lemah dan berpecah-belah. Mereka berbangga dengan keturunan mereka yang daripada keturunan Nabi terdahulu, tetapi mereka tidak guna otak untuk kaji Taurat. Mereka letakkan Taurat pada pendeta-pendeta mereka dan mereka sekadar turut sahaja kata-kata pendeta mereka. Dan Allah telah tunjukkan pengulangan sejarah ini yang jelas berlaku kepada umat Islam. Sebab itu kesannya sama iaitu jadi umat yang lemah dan berpecah-belah.

Umat Islam hanya bermegah dengan kuantiti (perhiasan) yang ramai sahaja, tetapi kualiti (pengisian)nya tiada. Hidup berbalah-balah sesama sendiri. Urusan syariat dijadikan modal untuk bermusuh-musuhan sesama sendiri. Mereka bermegah-megahan memperjuangkan negara Islam, tetapi pengisian ruh Islam itu mereka abaikan, padahal rasul yang mereka turuti itu mulakan Islam dengan pengisian rohani. Kononnya mereka ahli sunnah wal jamaah, tetapi cara mereka beragama tidak pun mengikut sunnah. Nabi Muhammad beragama tanpa tok guru, mereka pandai-pandai adakan tok guru. Kenapa mereka tidak bergantung terus kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia langit dan bumi?

Janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah, kelak kamu akan merasai azab seksa yang tidak terperi. Di atas dunia pun Allah sudah tunjukkan betapa sakitnya hati mereka kepanasan bila kata-kata mereka dipatahkan dengan logik akal. Kepanasan hati itulah bukti yang logik azab Allah yang mereka sendiri rasai sejak di dunia. Jika di dunia ini mereka kekal hidup sebegitu, memang layaklah di akhirat mereka mendapat azab yang kekal. Apakah mereka tidak yakin akan ditimpa azab Allah? Lihatlah tsunami yang terjadi beberapa tahun lalu kepada masyarakat yang berbangga dengan status (perhiasan) "Serambi Mekah", yang status itu tidak mampu pun melindungi mereka daripada azab Allah yang menimpa kepada kaum yang tidak menggunakan akal dan berperang sesama sendiri. Betapa Hebat dan Perkasanya Allah ini.

Dan yang berani seperti Saidina Abu Bakar sahaja yang membaca dan mengkaji ayat-ayat Allah ini sedangkan yang penakut seperti Abu Jahal dan Abu Lahab akan berpaling lari membuat alasan Quran tidak boleh dikaji dengan logik akal.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sat Oct 25, 2008 8:41 pm

9. Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?

Allah cipta langit dan bumi bukan untuk kita sekadar hairan. Tetapi untuk kita kaji logiknya sehingga kita nampak betapa hebat Keagungan Allah. Bila kita sudah kaji logiknya, Allah akan anugerahkan kepada kita untuk mencipta sesuatu, setelah kita faham pengajaran daripada apa yang Allah jadikan.

Umpamanya bila tengok burung mampu terbang, orang yang berfikir secara logik, dia akan tertanya-tanya macam mana burung mampu terbang? Macam mana nak jadikan manusia boleh terbang? Maka dikajinya konsep sayap burung itu dan rekabentuk. Kemudian ditiru sehingga terciptalah kapal terbang. Kejayaan mencipta kapal terbang itu sudah pasti memberikan kepuasan. Itulah kerja orang yang beramal soleh, kerana ciptaannya memberi manfaat ramai manusia.

Tetapi jika kerja umat itu berpecah-belah berbalah pasal hukum dalam Quran, bila masa nak buat sesuatu yang memberi manfaat sesama manusia?

Apa jua yang Allah takdirkan, pasti ada rahsia yang tersembunyi. Hanya orang yang berfikir sahaja yang akan nampak pengajaran di sebalik sesuatu yang ditakdirkan.

Samalah seperti kisah ashabul kahfi ini, pasti ada rahsia yang tersembunyi. Bagi yang malas berfikir, dia hairan macam mana ada manusia boleh tidur sampai begitu lama. Dia rasa macam tak logik, padahal hidup mati manusia itu atas kuasa Allah. Ada rahsianya dan logiknya kenapa orang yang tidur dalam gua itu boleh panjang umur.

Macam itu juga ada orang hairan macam mana orang yang tak tahu bahasa Arab boleh mengkaji Quran, padahal kefahaman Quran itu atas kuasa Allah. Bila manusia itu guna akal berfikir secara logik, maka akan fahamlah hati itu. Macam kita faham kenapa 1+1=2, sebab ada bukti yang logik yang boleh dibilang dengan jari. Kita akui teori ini betul bukan sebab atas nama cikgu matematik kita, tetapi sebab bukti yang logik dan masuk akal. Jadi yang menyebabkan manusia itu faham atau tidak faham pengajaran Quran, bukan sebab pengetahuan bahasa Arabnya, tetapi sebab menggunakan logik akal. Takkan nak guna nafsu untuk fahami Quran?

Sebab itulah perlunya kita kaji Quran secara logik, biar kita merasai kebenaran Al Quran. Dengan itu, tidaklah kita membenarkan Quran kerana ustaz dan tok guru kita ajar, tetapi sebab kita sudah melihat guna mata, telinga dan hati kita untuk menghayati Quran. Dan sebagai ganjarannya, Allah izinkan kita berkongsi idea kita berdasarkan pengkajian kita itu.

Kita rasa bersemangat dan bersungguh-sungguh selepas dapat nikmat mengkaji Quran ini sebab kita mampu mengenali apa yang tersembunyi dalam hati kita sendiri. Itu yang dinamakan kenali diri.

Tetapi yang pengecut guna otak sendiri untuk mengkaji Quran, mereka hanya sekadar turut kata orang lain. Jadilah mereka kaum yang lemah dan hilang keyakinan diri. Hidup mereka sudah tiada semangat lagi, tidak seperti zaman Rasulullah dan para sahabat. Kaum mereka menghabiskan masa untuk bercakaran sesama sendiri berebut kuasa.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sat Nov 01, 2008 6:02 am

10. (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

Gua adalah tempat yang sesuai untuk memencilkan diri daripada melihat dan mendengar sesuatu yang melalaikan hati dan sia-sia. Nabi Muhammad sendiri dikhabarkan bersendirian di Gua Hira' ketika mula-mula belajar mengenali diri. Tidak pula dikhabarkan baginda mencari tok guru kerana tiada siapa yang mengenali diri manusia itu melainkan tuan punya diri.

Dengan meluangkan masa bersendirian sebegini, kita boleh fokus tumpuan fikiran kita hanya kepada Allah. Rasa bergantung kepada Allah itu jadi semakin kuat. Bila setiap masa otak kita berfungsi untuk memikirkan pasal Allah, makin lama kita dapat rasai idea-idea kita semakin berkembang. Allah memberikan kita kejayaan mematahkan hujah orang yang menolak akalnya sendiri. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana?

Ketika manusia yang sudah biasa beragama secara menurut dan tidak berfikiran jauh itu merasa mustahil boleh memahami Quran tanpa tahu bahasa Arab, tanpa belajar dengan tok guru, tanpa ulum hadis dan lain-lain itu yang mereka sendiri pandai-pandai meletakkan syarat untuk manusia memahami Quran, (sedangkan dalam Quran suruh kita guna akal ssahaja untuk mendapat pengajaran) Allah perlihatkan KehebatanNya dengan membangkitkan hamba-hambaNya yang mampu menghuraikan Quran dengan mudah dan berkeyakinan.

Segala rahmat dan kemudahan yang kita perolehi dalam mengkaji sesuatu ayat Quran itu datangnya daripada Allah. Dan orang yang kata "tidak boleh kaji Quran guna logik akal" itu tidak pun mampu menunjukkan di mana dustanya kata-kata dalam huraian Quran ini bagi membuktikan Quran tidak boleh dikaji guna logik akal. Mereka hanya tahu berkata, tetapi tidak mampu membuktikan kebenaran kata-kata mereka sendiri. Adakah mereka itu mendustai agama?

Bukankah suatu yang sia-sia, mereka menganggap dengan telah melaksanakan segala rukun-rukun Islam selama ini, alih-alih mereka mendustai agama mereka sendiri? Sebab itu para pendusta itu jadi takut untuk kaji Quran kerana pengajaran Quran itu pasti membongkarkan kedustaan-kedustaan orang yang beragama secara menurut membuta-tuli itu.

Sebab itu Allah tahan Quran mampu dikaji oleh orang yang mendustai agama kerana jika mereka cuba melakukannya pasti mereka tidak mampu bawakan pengajaran Quran secara logik sebab mereka telah menolak logik akal mereka sendiri sejak awal. Mereka belum lagi mencuba untuk membukti sama ada boleh atau tidak boleh kaji Quran guna logik akal, tetapi awal-awal mereka kata akal manusia itu terbatas. Maka Allah pun bataskan akal mereka sendiri sehingga mereka jadi umat yang lemah, lembab, suka berpecah-belah dan tidak tahu malu.

Lurusnya pengajaran Quran ini kerana ia masuk akal. Kita nampak logik kenapa pemuda Kahfi itu pergi bersembunyi ke dalam gua untuk menjaga keimanan mereka kepada Allah, sebab konsep gua itu melindungi manusia daripada pengaruh luar iaitu beragama secara menurut dan tidak guna akal.

Kerana itu, apabila kita sudah sedar bahawa kelemahan umat Islam sekarang akibat beragama secara menurut dan tidak guna akal, (kalau fikir logik, takkanlah kelemahan ini disebabkan kita guna akal macam Nabi Muhammad guna logik akal), maka pencilkanlah diri dari menuruti cara orang yang beragama secara menurut itu agar kita tidak jadi manusia yang lemah dan dalam hati suka berpuak-puak.

Jika kita akui yang keadaan sebenar umat Islam sekarang (yang lemah dan berpecah-belah) ini hasil ajaran Quran, secara tidak langsung kita sendiri telah memburukkan Quran. Sebab itu Allah izinkan orang Barat itu menghina Quran yang menyebabkan umat Islam sekarang panas hati, sebab hakikatnya umat Islam sendiri yang terlebih dahulu menghina Quran mereka sendiri dengan menunjukkan akhlak yang buruk.

Jadilah seperti pemuda Kahfi itu yang berani berubah kepada kebaikan dengan memencilkan diri mereka daripada beragama secara menurut. Fokuskan pemikiran untuk bergantung kepada Allah dalam memahami Quran. Kelak kita sendiri akan merasai semangat perjuangan dan kesungguhan yang ada pada Rasulullah, sebab Al Quran itu diturunkan melalui akal fikiran baginda seterusnya mensucikan hati baginda. Jika kita tidak lalukan Quran pada akal kita, hati kita tidak akan memahaminya. Sebab tidak logik kita nak lalukan Quran pada nafsu untuk jadikan hati kita faham pengajaran Quran. Kalau kita lalukan Quran pada nafsu, itu yang sampai terkeluar kata-kata "Quran tidak boleh dikaji guna akal sebab akal manusia terbatas". Syaitan telah meragu-ragukan manusia itu dengan kemampuan diri manusia itu sendiri.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Mon Nov 03, 2008 5:02 am

11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,

Demi menyelamatkan keimanan kepada Allah, telinga para pemuda itu dilindungi daripada mendengar kata-kata yang sia-sia lagi tidak berguna yang keluar daripada mulut kaum yang mengadakan sekutu bagi Allah. Mereka sanggup korbankan keseronokan duniawi demi menjaga hati daripada kekotoran mendengar fitnah-fitnah dengan pergi berlindung di gua itu. Dan tidaklah yang sanggup berubah itu (meninggalkan hidup yang mengosongkan jiwa) melainkan manusia yang berani, sedangkan yang kuat ragu-ragunya pasti lalai beragama secara menurut.

Seperti itulah yang kita perlu lakukan untuk memperbetulkan ummah. Jauhi daripada mendengar berita-berita fitnah biarpun dijadikan alasan untuk menegakkan negara Islam. Bagaimana negara Islam akan tertegak jika fitnah dijadikan landasan perjuangan? Mereka gunakan ayat-ayat Allah untuk memburuk-burukkan musuh politik mereka, tetapi mereka balik yang panas hati apabila ada ayat-ayat Quran yang terkena batang hidung mereka sendiri. Jika manusia itu tidak panas hati, mana mungkin dia mampu menahan diri daripada mencela dan mencaci-maki?

Jika benar hendakkan Islam dan berpaksikan Quran dan Sunnah, kenapa tidak sama-sama kita mengkaji Quran? Ini tidak, bila diajak kaji Quran, mula buat alasan tidak boleh dikaji guna akal, sebab akal manusia terbatas. Kalau kita fikir logik, jika akal manusia terbatas, buat apa Allah amanahkan Quran kepada manusia? Bukankah baik diamanahkan kepada binatang ternak yang terbatas akalnya itu juga?

Dengan mengkaji Quran secara logik inilah kita mampu memahami apa sebenarnya pengajaran Quran, kerana kita sendiri menghayati dan merasai pengajarannya sendiri. Jika kita tidak mencuba mengupas dan memakan isi buah, kita tidak akan tahu apa rasa sebenarnya. Manusia yang sekadar meletakkan urusan mengkaji Quran kepada ulamak seperti manusia yang mendengar bahawa buah rambutan itu manis, padahal dia tidak merasainya sendiri. Rugilah manusia itu sekadar dengar cakap orang, tanpa merasai nikmat Quran itu sendiri. Itukah orang yang kononnya berjuang menegakkan Quran dan Sunnah?

12. Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lama mereka tinggal (dalam gua itu).

Setelah kita menjauhi daripada mengikuti dan menuruti berita-berita fitnah tanpa bukti, maka Allah akan bangunkan hati kita untuk menegakkan kebenaran. Ketika kebenaran itu sampai, akan terpecahlah manusia kepada dua golongan iaitu sama ada golongan yang yakin dengan kebenaran yang mempunyai bukti-bukti yang logik atau golongan yang pengecut lagi ragu-ragu akibat sudah biasa dengan agama nenek moyang.

Manusia akan yakin kepada kebenaran setelah dia berfikir dengan waras sehingga akalnya mencapai logik, sedangkan manusia yang menolak kebenaran adalah orang yang kuat ragu-ragunya dengan akalnya sendiri. Itulah golongan syaitan kerana mereka menuruti syaitan yang membisikkan was-was di dalam dada manusia.

Syaitan suka menakut-nakutkan manusia yang dengan bayangan tanpa bukti. Ditakut-takutkan manusia untuk kaji Quran guna logik akal, padahal tiada bukti yang kukuh pun bahawa tidak boleh kaji Quran guna logik. Jika benar Quran itu tidak boleh dikaji guna akal, sudah pasti ia tidak mampu dikaji. Tetapi mereka yang pengecut itu tidak pun mampu membawakan bukti yang nyata, sekadar hanya berkata-kata dengan hati yang penuh keraguan.

Akibat berada dalam ketakutan dibisik syaitan, umat jadi lemah dan hilang keupayaan diri. Bangsa lain sudah mampu naik ke angkasa, umat yang lemah itu sibuk berpecah-belah di atas muka bumi. Maka Allah azab dan hinakan kaum yang melampaui batas itu dengan bencana gempa bumi, peperangan mahupun tsunami.

Dulu tertanya-tanya juga, kenapa Allah tidak azabkan orang-orang Barat yang dikatakan sekular itu dengan bencana gempa bumi dan tsunami, kenapa negara-negara umat Islam sahaja selalu terkena? Namun setelah nampak pengajaran Quran yang mahu manusia itu membangunkan minda, bukan beragama secara menurut membuta-tuli, barulah faham kenapa umat Islam sekarang diazab sedemikian. Semuanya kerana Allah hendak bangunkan umat Islam agar keluar daripada belenggu-belenggu pemikiran akibat beragama menolak akal sendiri. Sesungguhnya rencana Allah itu amatlah teguh.

13. Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.

Dan setelah kita mengkaji Quran secara logik, memang kita dapat rasai kebenaran cerita pemuda kahfi ini. Manusia akan dapat keimanan dan petunjuk apabila memencilkan diri daripada beragama secara ikut-ikutan. Kerana itu, Nabi Muhammad sendiri mula mendapat petunjuk setelah memencilkan diri daripada mengikuti cara beragama masyarakat baginda.

Manusia menjadi sesat apabila beragama secara ikut-ikutan. Sebab itu wujud banyak kumpulan ajaran sesat, akibat mereka menurut sahaja orang yang disangkakan tok guru itu membuta-tuli. Padahal mana logik wujudnya tok guru untuk ajar manusia mengenali diri. Tuan punya diri itulah yang kena ajar dirinya sendiri sebab hanya dia dan Allah yang tahu apa yang tersembunyi dalam dadanya sendiri.

Jika kita buka mata luas-luas memikirkan perbandingan nasib umat Islam sekarang dengan bangsa yang lebih maju mentalitinya, secara fitrahnya kita sendiri akui bahawa semua ini terjadi bukan kerana ajaran Quran yang suci. Kerana kita sudah nampak kesan buruk beragama secara menurut ini, maka kita pun menjauhi daripada mendengar kata-kata tak masuk akal biarpun disandarkan atas nama nabi. Kerana seorang nabi dan rasul adalah manusia yang benar kata-katanya (ada bukti kebenarannya), dan tak mungkin berkata-kata secara dusta dan tak masuk akal.

Kebenaran kata-kata nabi bukan disebabkan disandarkan pada nama perawi. Sebab itu Quran ini tidak memerlukan nama perawi untuk menjamin kebenarannya, tetapi cukuplah dengan kelogikan ajarannya. Sebab ajarannya logiklah, manusia mudah mengkajinya secara logik sehingga Allah kurniakan ilham berjela-jela. Kerana Allah hendak buktikan bahawa Quran boleh dikaji guna logik akal. Kelak, tiadalah manusia di akhirat kata mereka tak faham pengajaran Quran sebab mereka bukannya ulamak.

Allah tidak pernah hadkan pun yang pengajaran Quran itu hanya mampu dikaji oleh kelompok-kelompok tertentu. Asalkan manusia itu menggunakan kewarasan akal untuk berfikir dan merenung ciptaan-ciptaan Allah, mereka akan faham intipati pengajaran yang sebenar. Hanya golongan syaitan sahaja yang tak faham pengajaran Quran. Sebab itu mereka panas hati bila Quran itu dikaji. Mereka cuba menentangnya, tetapi Allah azab mereka dengan kepanasan hati yang menyebabkan mereka kehabisan hujah untuk mempertahankan kedustaan mereka sendiri.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sat Nov 08, 2008 10:24 am

14. Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."

Bagaimana manusia boleh mencapai keteguhan hati?
Belajarlah mengenal Tuhan.

Macam mana nak kenal Tuhan sedangkan mata kasar kita tak nampak Tuhan?
Lihat seluruh penciptaan-penciptaanNya di langit dan bumi. Kaji sunnah alam. Gunakan pemikiran logik sehingga terbit rasa Keagungan Tuhan itu dalam hati ketika. Kita akan merasai satu perasaan yang meremangkan bulu roma kita ketika mula-mula mendapat hidayah yang membawa kita mengenaliNya. Selepas itu jiwa kita akan tenang dan damai sebab kita ada bukti yang kukuh (bukan bersandarkan nama orang lain). Hidup mula penuh bersemangat. Seterusnya Allah perkuatkan hujah-hujah kita yang menyebabkan orang-orang kafir panas hati. Itulah sunnah yang terjadi kepada golongan beriman terdahulu. Sekadar mengaku Islam tetapi kita yang jadi panas hati apabila hujah dipatah, sia-sia sahaja akuan mulut itu, kerana Allah melihat apa yang kita perbuatkan pada hati sendiri.

Bergantunglah kepada Allah dengan jalan logik akal (takkan nak guna nafsu untuk bergantung kepada Allah?). Melalui akal itulah kita akan dapat ilmu dan iman. Ilmu dan iman bukan dapat dari akuan mulut. Sekadar mengaku beriman, tetapi bila diuji dengan logik akal sudah panas hati, tetaplah manusia itu akan masuk neraka. Sebab neraka itu juga panas.

"Apakah kamu anggap sudah beriman sedangkan kamu tidak lagi diuji?" Ketika diuji itulah manusia akan kenal siapa dirinya. Adakah dia jenis cepat marah dan panas hati, atau jenis yang tetap tenang dan tersenyum. Masing-masing ada otak untuk memikirkan. Hanya binatang ternak sahaja yang terhad akalnya.

Sebab itu, dalam proses belajar kenal diri, kenalah yakin guna akal sendiri. Jangan penakut berikan pendapat. Jika kita berniat baik, kalau pendapat kita salah, akan ada orang lain yang menegurnya dengan membawakan logik yang lebih masuk akal. Dan apa yang logik yang disampaikan oleh orang lain itu juga datang daripada Allah.

Contohilah Nabi Muhammad yang yakin pada diri sendiri sehingga mampu membenarkan kitab-kitab terdahulu walaupun baginda bukan tahu berbahasa kitab2 terdahulu, baginda bukan belajar dengan ahli-ahli kitab yang menjadi tok guru, baginda tidak guna riwayat-riwayat hadis2 nabi-nabi terdahulu yang disandarkan atas nama perawi. Itulah insan yang berani kerana benar. Kesan daripada keberanian baginda, masyarakat Arab dahulu mampu disatukan dan dibangkitkan.

Namun kini, setelah melalui tempoh yang panjang, umat Islam sekarang mulai lalai dan berbangga diri dengan keislamannya. Mereka sekarang beragama secara penakut guna akal sendiri, jadilah mereka kaum yang lemah dan berpecah-belah, balik semula macam orang Arab Jahiliyah dahulu. Bila datang pemberi nasihat yang menyampaikan secara logik, mula ada yang panas hati, padahal kononnya mengaku Islam. Bukankah orang yang pantang ditegur itu orang yang sombong lagi berbangga diri?

Bukannya kita menghukum siapa-siapa di sini pun. Hanya menyampaikan nasihat secara umum agar manusia yang membacanya berfikir. Jika kita bukan orang yang kafir, kenapa perlu rasa panas hati? Bukankah pepatah ada mengatakan, siapa yang makan cili dialah yang merasa pedasnya? Ketakutan membaca nasihat ini samalah seperti orang kafir terdahulu takut baca Quran. Mereka sumbatkan telinga mereka daripada mendengar nasihat ini.

Menyeru selain Allah akan menyebabkan manusia itu jadi lemah dan pengecut. Itulah tanda-tanda orang yang menuruti syaitan, kerana syaitan itu pengecut. Apabil syaitan berjaya menyesatkan manusia, dia akan lari dan tidak bertanggungjawab menyesatkan manusia itu. Betapa pengecutnya syaitan itu. Jadi, manusia yang pengecut menegakkan kebenaran itu samalah seperti syaitan. Mereka hanya mampu mencela, tetapi setelah dipatahkan hujah mereka secara logik, mereka bertempiaran lari. Itulah ciri-ciri manusia pengecut.

Oleh kerana itu, untuk melawan syaitan yang pengecut itu, kita kena ada semangat dan keyakinan diri. Yakin pada pegangan hidup kita. Bukan beragama mengikut orang tetapi mentaati kebenaran yang disampaikan pada akal kita. Takkanlah Allah nak sampaikan kebenaran itu melalui nafsu kita, pastilah Allah sampaikan melalui akal. Tetapi bagi yang beragama secara menurut dan tolak akal sendiri, mereka tidak nampak bahawa ilham yang diperolehi ketika berfikir itu datangnya daripada Allah. Sebab itu mereka menolak seruan rasul terdahulu, sebab Nabi Muhammad dibangkitkan bukannya membawa kitab Al Quran dalam bentuk naskah macam kita lihat sekarang. Baginda sampaikan kebenaran yang dicapai setelah berfikir. Dan hanya orang yang guna akal sahaja menerima seruan baginda, sedangkan orang yang sudah sebati dengan agama nenek moyang akan menolaknya sebab baginda tidak bawa kitab dalam bentuk naskah seperti naskah-naskah kitab2 yang wujud di zaman baginda. Kini pengulangan sejarah itu berlaku lagi.

Dan yang membawa ilham itulah malaikat sebab malaikat itu makhluk yang taat dalam bertugas. Asalkan kita berfikir sahaja, dapat ilham. Asalkan kita berfikir sahaja, dapat ilham. Bukankah itu menunjukkan betapanya taat malaikat itu? Dan ilham itu semuanya datang daripada Allah. Biarpun manusia dapat idea mencipta teknologi, hakikatnya semuanya datang daripada Allah kerana ilmu Allah itu terlalu luas. Dalam bumi sendiri pun manusia tak habis kaji, apalagi kat ruang angkasa itu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana!

Itulah maksudnya bergantung kepada Allah tanpa perantaran selainNya, iaitu menggunakan keupayaan akal sendiri. Namun, tidaklah menjadi kesalahan jika kita bertanya kepada orang yang lebih tahu dan arif, sebab kepandaian orang lain itu satu nikmat dari Allah untuk memudahkan proses kita belajar. Yang dipersoalkan di sini, siapakah yang arif dan tahu perihal hati orang kita untuk kita menuntut dan dijadikan orang itu sebagai tok guru dalam belajar kenal diri? Tiada siapa yang kenal diri kita melainkan kita dan Allah. Belajar kenal diri melalui bereksperimen sendiri itu samalah kita belajar dengan Allah, sebab kita tak nampak Allah guna mata kasar, tetapi diri kita inilah penciptaan Allah yang terhampir sekali, untuk kita kenal siapa Tuhan yang mencipta kita itu.

Sesama manusia, kita hanya boleh berpesan-pesan kebenaran dan kesabaran. Tetapi untuk menjadikan manusia itu dapat kebenaran dan tahu mengawal hati jadi sabar, tetaplah tuan punya diri kena berusaha sendiri. Tidak boleh senang-senang pergi sandarkan pada ulamak. Sikap orang Islam sekarang yang buat acuh tak acuh perihal pegangan agama atas alasan hanya ulamak sahaja yang patut menjaga urusan agama inilah yang menyebabkan manusia itu jadi malas berfikir. Manusia itu mengharap subsidi dari ulamak untuk disuapkan. Bukannya hendak berusaha kenal diri sendiri.

Makin kita kenal diri, makin mudah kita kenal siapa Allah itu. Dan orang yang kenal diri, dia akan berendah diri pada kebenaran, dan bersikap tegas terhadap kedustaan. Itu yang menyebabkan orang-orang kafir panas hati, dan orang-orang beriman (golongan yang menggunakan akal) akan merasa gembira apabila sesuatu nasihat itu disampaikan secara logik. Kerana dengan mencapai logik, hati mudah memahami. Bila hati faham, keraguan jadi hilang. Hidup mula tenang dan damai.

Yang menyebabkan manusia itu sengaja tak memahami kerana dia sengaja menolak akalnya sendiri, untuk membantah sesuatu kebenaran. Betapa ruginya manusia itu, ada akal sendiri, tetapi ditolaknya semata-mata kerana sudah biasa beragama secara menurut membuta-tuli amalan nenek moyang mereka. Mereka merasa tercabar bila agama nenek moyang mereka dipersoalkan, padahal yang mempersoalkan itu membawakan bukti logik yang tidak mampu dibantah. Sama perangai dengan orang-orang kafir terdahulu yang membantah kebenaran yang dibawa oleh para rasul terdahulu. Dan setiap kali mereka membantah, hati mereka sendiri kepanasan.

Itulah sunnah yang terjadi pada orang yang menentang kebenaran. Mereka tidak akan hidup dengan jiwa yang tenang lagi setelah mereka sendiri sedar bahawa mereka kafir (kufur dengan nikmat akal sendiri). Ini kerana mereka berpegang pada sesuatu yang jauh dari kebenaran. Mereka menidakkan Kekuasaan Allah memberikan kefahaman Quran kepada hamba-hambaNya yang berusaha mencapai kelayakan memahami Quran mengikut standard yang Allah tetapkan seperti sunnah para rasul terdahulu dapat kitab-kitab. Dan tiada siapa boleh menentang sunnah Allah itu. Siapa jua yang menentang Allah, pasti mereka merasai azab kepanasan hati sejak di dunia lagi. Dan ingatlah, azab Allah di akhirat amatlah tidak terperi sakitnya.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sat Nov 15, 2008 11:40 am

15. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk disembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka)? Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?

Itu juga yang terjadi pada kami. Kaum kami sudah tidak bergantung kepada Allah lagi biarpun mereka kata beriman kepada Allah, tetapi mereka bergantung kepada selainNya. Mereka kena menurut tok guru dalam beragama. Tanpa tok guru, mereka teraba-raba mencari Allah. Sedangkan pegangan hidup itu atas tanggungjawab tuan punya diri. Tuan punya diri itu kena belajar kenal diri kerana dia akan dipertanggungjawabkan terhadap segala usaha di hadapan Allah kelak. Bukannya simply-simply letakkan urusan agama kepada ulamak dengan alasan ulamak itu sahaja yang arif pasal Quran.

Quran bukan setakat untuk tahu buat rukun dan ibadat, tetapi yang penting setiap individu itu kena tahu perihal hatinya sendiri. Hanya tuan punya diri itu yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Dan pada hati inilah Allah akan melihat dan membalas segala usaha kita. Sebab itu tidak ada manusia lain yang layak ajar manusia nak kenal diri. Bukankah Allah sudah kurniakan akal untuk berfikir? Kenapa mereka tidak gunakan akal mereka sendiri?

Mereka tidak mengemukakan alasan yang terang terhadap kebenaran kata-kata mereka bahawa kena beragama menurut kata-kata tok guru itu. Bila dicabar dengan logik, mereka pun bertempiaran lari. Apakah kerana mereka berpegang pada dusta selama ini menyebabkan mereka jadi pengecut? Dan kerana berpegang pada dusta, hati mereka kepanasan. Bila berkata-kata, mereka hanya tahu mencela daripada memberikan bukti yang logik untuk difikirkan.

Bukankah orang yang tidak meletakkan akal pada tempatnya itu adalah orang yang zalim? Mereka mengada-adakan kebohongan dengan mengatakan akal manusia terbatas. Mereka telah membohongi Allah, padahal Allah sudah tunjukkan dengan jelas dan nyata bahawa akal manusia mampu berkembang dengan adanya penemuan-penemuan teknologi yang tidak pernah disebut dalam kitab-kitab terdahulu. Kerena mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan beragama menolak akal, Allah azab umat mereka menjadi lemah dan berpecah-belah. Itulah balasan kepada kaum yang zalim. Kelak di akhirat, balasan Allah itu tidak terperi sakitnya kerana di atas dunia lagi, orang yang menolak akalnya sendiri merasa sakit hati bila diperingatkan dengan pengajaran Quran ini.

16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.

Apabila kamu melihat kaum itu sudah sembah selain Allah iaitu menolak akal sendiri untuk menurut kata-kata tok guru itu tanpa berfikir, maka berlindunglah diri dengan memencilkan hidup daripada menurut orang kebanyakan di sekeliling kamu. Percayalah, Allah bersama-sama dengan orang yang yakin kepadaNya sedangkan orang yang hanya letakkan akidahnya pada orang lain, itulah orang yang telah disesatkan oleh syaitan. Kerana itu golongan syaitan pasti jadi pengecut dan cepat panas hati, sedangkan golongan Allah, mereka dilimpahkan rahmatNya sehingga mereka mendapat pelbagai ilham-ilham yang berguna untuk memudahkan urusan hidup. Hati mereka jadi tenang dan bahagia. Hidup mereka penuh semangat dan keyakinan.

Kerana hidup orang yang bergantung hanya kepada Allah semata-mata itu jadi mudah, mereka memiliki banyak masa untuk berjuang untuk agamaNya. Allah lapangkan hidup mereka untuk perjuanganNya. Perjuangan menyedarkan manusia agar membangunkan pemikiran agar berfikir secara logik. Bukannya menurut kata-kata tok guru secara tak logik dan boleh dibuktikan dusta. Kerana itulah Allah perkuatkan hujah-hujah orang yang berkata benar, sedangkan orang yang berdusta itu pasti lemah.

Orang yang berdusta itu hanya mampu mengatakan Quran tidak boleh dikaji guna logik, padahal Allah telah limpahkan ilham-ilham yang berjela-jela bagi membuktikan tiada siapa yang layak memberikan kefahaman Quran melainkan Allah. Tidaklah yang mendapat kefahaman Quran ini melainkan orang yang berlindung diri daripada beragama secara ikut-ikutan dan menurut kata-kata tok guru tanpa berfikir.

Oleh kerana Quran itu disampaikan oleh Rasulullah, iaitu seorang yang kenal diri lagi merendah diri, sudah pasti Allah juga akan bagi kefahaman Quran kepada orang yang kenal diri dan berendah diri juga. Itulah sunnah yang Allah tetapkan kerana Quran itu adalah kitab yang suci. Hanya hati-hati yang disucikan akan layak dapat kefahaman Quran. Sedangkan hati yang penuh sombong atas status agamanya Islam, pasti mereka jadi manusia yang menyembah selain Allah (kena beragama menurut kata-kata orang lain).

17. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Pintu gua yang didiami oleh sahabat gua itu menghadap ke utara. Sebab matahari terbit dilihat dari sebelah kanan (Timur), sedangkan matahri terbenam pula di sebelah kiri (Barat).

Cuba kita renung kedudukan kita di Malaysia ini dengan melihat ke arah utara. Negara-negara yang masyarakatnya rajin berfikir bagaikan disinari matahari terbit bermula dari Jepun, Korea seterusnya China (dari kedudukan timur kita), sedangkan negara-negara yang umatnya pemalas berfikir mengkaji alam (rata-rata negara umat Islam) terletak di sebelah kedudukan matahari terbenam.

Jadi jika kita hendak bangunkan umat Islam agar bangkit kembali, kita kena memandang ke Timur. Dasar Pandang Ke Timur (tempat matahari terbit), bak kata Tun Mahathir, mantan PM kita dahulu. Bangunkan pemikiran untuk berfikir secara logik dan kreatif. Malangnya orang Melayu sekarang nak cari cahaya Islam, mereka memandang ke Arab yang sibuk berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri. Kerana mentaliti mereka sudah disetkan bahawa yang datang daripada Arab itu Islam, dan yang datang daripada US dan Eropah itu sekular. Padahal mereka sendiri memisahkan urusan agama dengan kehidupan kerana membiarkan ilmu sains tidak dikuasai oleh bangsa mereka.

Inilah petunjuk Allah yang disampaikan secara logik dan nyata. Dan yang dapat memahami petunjukkan ini adalah orang yang yakin guna akalnya sendiri. Sedangkan sesiapa yang menolak akalnya sendiri, tiada seorang pemimpin atau tok guru pun boleh memberikan petunjuk kepadanya. Allah tidak menzalimi orang yang tolak akalnya sendiri, sebalik merekalah yang sengaja menolak akal mereka sendiri. Jadilah mereka kaum yang lemah dan dihina di atas muka bumi lagi. Kelak di akhirat, penghinaan Allah kepada manusia yang tolak akal itu amatlah besar, sebab mereka sudah nampak kepentingan pembangunan akal, tetapi sebab rasa sombong kerana status Islam, mereka tak sanggup belajar dengan bangsa yang pada zahir mereka nampak macam bukan Islam itu.

Kalau kita fikir logik pun, takkanlah ajaran Islam yang sebenarnya itu menghasilkan umat yang lemah dan berpecah-belah? Bukankah itu ajakan syaitan yang suka manusia berhasad dengki?

18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur; Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.

Selalu kita dengar, orang yang bijak berfikir, ketika tidur matanya tidak tertutup rapat. Seolah-olah sedang berjaga. Itulah ciri-ciri yang ada pada sahabat gua itu yang menunjukkan mereka itu orang yang masih membawa sinar keimanan (sebab suka berfikir secara logik, mereka nampak Kekuasaan Allah secara nyata). Mata hati mereka terbuka untuk melihat logik-logik Kekuasaan Allah, sedang kaum mereka terlena sehingga beragama secara menurut dan pengecut guna akal sendiri.

Badan manusia tidak boleh berada dalam keadaan statik ketika berbaring. Ini akan menyebabkan saraf-saraf belakang badan menjadi mati. Sebab itulah Allah balik-balikkan tubuh sahabat kahfi itu biarpun mereka sedang tidur. Begitulah Allah menjaga orang yang menjaga agamaNya. Betapa Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Allah itu. Tetapi bagaimana ada manusia berpaling dengan mengambil tok guru-tok guru itu sebagai perantara mereka dengan Allah? Apakah tok guru itu mampu melindungi mereka ketika Allah mengazab mereka? Ketika hati mereka kepanasan, adakah tok guru itu menyelamatkan mereka?

Dan kerana orang yang beriman pula memiliki ruh dan semangat yang tinggi. Sudah pasti orang-orang yang melihat kebenaran mereka akan berpaling lari akibat ketakutan. Seperti kisah paman Rasulullah ketakutan melihat baginda. Seperti juga pengecutnya orang yang sebelum ini tegar mempertahankan bahawa Quran tidak boleh dikaji guna logik, tetapi mereka bertempiaran lari akhirnya. Begitulah hebatnya semangat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang bergantung terus kepadanya untuk menggerunkan hati orang kafir yang menyebabkan orang kafir itu terdiam tanpa suara lagi.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Fri Nov 21, 2008 6:24 am

19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)." Mereka menjawab: "Kita berada (disini) sehari atau setengah hari." Berkata (yang lain lagi): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.

Pengajaran ayat ini, apabila kita tidak mengetahui sesuatu perkara, serahkanlah kepada Allah sahaja. Nanti sampai suatu masa, Allah akan bagi tahu segala yang tidak diketahui ia jika kita termasuk dalam orang yang berakal. Sebab berapa ramai orang akfir terdahulu yang tak faham-faham pengajaran Quran disebabkan mereka tidak menggunakan akal?

Manusia yang tidak menggunakan akal, mereka akan terdorong untuk mentafsir sesuatu yang tidak diketahui. Umpama kisah kematian tiga orang tawanan yang dihukum mati di Indonesia baru-baru ini, ramai cuba mentafsir bagi menunjukkan mereka mati syahid. Bukankah amalan manusia itu hanya Allah yang sebaik-baik penilai? Kenapa tidak serahkan sahaja kepada Allah, daripada diduga-duga nasib orang lain di dalam kubur itu? Fikirkanlah apa bekalan yang bakal kita bawa untuk akhirat. Yang berlalu biarkanlah berlalu, yang hidup ini kena turuskan berjuang membangunkan nasib diri dan umat.

Sebab itu apabila kita berlatih mengkaji (bukan mentafsir) Quran, Allah akan melindungi kita daripada mentafsir perihal yang kita tak tahu. Kita hanya bergantung pada logik yang Allah tunjuk. Urusan hati atau amalan orang lain, tidak layak kita menilainya. Kita hanya boleh menilai diri kita sendiri. Jika hati kita bersih daripada penyakit dan mudah dengar nasihat, insyaAllah ke syurga kita nanti. Tetapi jika hati kita kotor, panas mendengar nasihat seterusnya kuat berdengki sesama sendiri, bersolat sejuta kali pun tidak membawa apa-apa erti kerana Jahannam yang terlalu panas itu tetap menanti.

Pengajaran yang boleh kita nampak lagi daripada ayat di atas adalah, pilihlah makanan yang terbaik. Dengan kata lain, sebelum makan, fikir dulu apa yang patut dan tak patut dimakan. Bukan makan ikut selera nafsu kita. Nanti badan cepat gemuk. Badan gemuk bukan sahaja memudaratkan kesihatan, tetapi menyebabkan kita jadi pemalas berfikir. Apatah lagi nak fikir pasal Allah yang tak nampak guna mata kasar dan tidak diberikan ganjaran wang ringgit dari langit bila kita fikir pasal Dia.

Seterusnya berlaku lemah-lembutlah sesama manusia biarpun manusia itu tidak sama agama dengan kita. Tugas kita hanyalah penyampai nasihat, orang nak percaya atau tidak, itu urusan mereka dengan Allah. Di hadapan Allah kelak mereka akan dipertanggungjawab terhadap apa yang mereka perbuat.

Juga, jika kita dalam keadaan yang tidak selamat, jangan ceritakan pada orang lain hal-hal tersebut kerana dikuatiri akan ada manusia yang berpenyakit hati mengambil kesempatan terhadap diri kita. Berapa banyak kita dengar kes-kes orang yang ditipu dan diambil kesempatan akibat terlalu mudah menceritakan hal diri sendiri kepada orang lain. Terutama dalam kes masalah kesempitan wang. Ada yang tertipu dengan orang yang kononnya nak tolong selesaikan masalah wang, sebaliknya orang itu menipu yang menyebabkan kita seumpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah hebatnya ayat-ayat Quran, biarpun sepotong ayat, tetapi jika dikaji logiknya, kita dapat menggali bermacam-macam pengajaran dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita. Budaya mengkaji Quran sudah tidak subur seperti di zaman silam, sebab itu ruh Islam sudah layu. Umat jadi lembab otaknya dan hanya bercakaran sesama sendiri seperti beruk-beruk yang berebut pisang. Jika kita tidak mahu diumpamakan seperti beruk sebagaimana Nabi Muhammad pernah mengumapakan orang Yahudi terdahulu sebagai kera yang hina, jadi perkuatkanlah penggunaan akal kita agar menjadi manusia.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Tue Nov 25, 2008 6:16 am

20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya."

Orang-orang kafir, kerana dalam hatinya panas dan tidak senang hati dengan orang yang berpegang kepada kebenaran, pasti mereka akan cuba memadam kebenaran dengan segala upaya yang ada. Nabi Muhammad pun dikhabarkan pernah dilempar batu akibat menyampaikan kebenaran. Memang bukan senang nak sedarkan manusia yang sudah lama beragama secara menurut membuta-tuli. Apatah lagi yang menolak akalnya sendiri. Ini kerana mereka tidak sanggup berendah diri yang umat mereka sudah lemah dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Bila diajak berfikir bagaimana untuk bangkitkan umat yang sudah lemah dan hidup berpecah-belah, ada pula yang marah dan panas hati. Mereka cuba memaksa agar menuruti kepada agama menurut amalan nenek moyang tanpa memahami hikmah itu. Bagi mereka ulamak dahulu sudah siap kaji Quran, buat apa hendak susah-suah mengkaji lagi. Pakai menurut membuta-tuli sudahlah. Padahal mereka lupa, tapa mereka sendiri mengkaji Quran, macam mana pengajarannya hendak menyerap dalam jiwa? Apakah mereka fikir orang yang sekadar mendengar kuliah tok guru itu memahami pengajaran Quran sama dengan orang yang bergantung kepada Allah semata-mata (tanpa menyekutukanNya)? Tidakkah mereka nampak semangat yang mengkaji itu tinggi pada orang yang bergantung hanya kepada Allah?

Dan golongan lemah itu kerana mereka sudah dibiasakan beragama secara mengikut orang kebanyakan, bukan mengikut kebenaran yang tercapai melalui logik akal. Berpegang kepada yang tidak logik, bermakna manusia itu berpegang pada khayalan. Ini menyebabkan keyakinan diri jadi lemah dan seterusnya menjadi manusia yang pengecut. Mereka tidak berani mempertahankan kata-kata mereka sendiri. Mereka jadi malas berfikir dan meletakkan urusan akidah mereka sendiri kepada ulamak. Mereka takut untuk menilai diri mereka sendiri, sedangkan yang tahu dalam diri mereka adalah mereka sendiri.

Jadi, jika kita yang telah diberikan akal ini kembali kepada beragama secara menurut kata orang tanpa berfikir, maka kita tidak akan beruntung selama-lamanya. Kerana tidak pernah para Rasul itu dikhabarkan beragama secara menurut cakap orang tanpa berfikir dan bergantung atas nama orang-orang alim terdahulu. Ini kerana Setiap manusia akan bergantung kepada diri mereka masing-masing ketika dihadap kepada Allah. Jika di atas dunia tidak praktis untuk bergantung pada diri sendiri, jangan haraplah di akhirat kelak akan berani bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ketika itu sesiapa yang beragama secara ikut-ikutan pasti teraba-raba mencari tok guru-tok guru mereka untuk tolong menjawab bila dipersoalkan. Bayangkan apa yang kita turuti itu tidak diakui oleh imam terdahulu bahawa mereka pernah menyuruh sedemikian, dia mana kita hendak mencari bukti ketika itu?

Kerana itu, dengan melatih diri sejak di dunia untuk berdikari dalam mengenali diri seterusnya mengenal Allah, pasti kita akan yakin untuk menjawab soalan-soalan Allah kelak, sebab kita berpegang pada keterangan dan bukti yang nyata. Di atas dunia lagi kita sudah rasa dekat dengan Allah. Susah-senang hidup kita, kepada Allah semata-mata kita mengadu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala isi hati.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Wed Dec 03, 2008 2:35 am

21. Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka." Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya."

Kuasa mempertemukan kita dengan sesuatu adalah daripada Allah. Apabila Allah mengizinkan kita bertemu sesuatu yang kita harapkan, maka puji-pujilah Allah. Seperti itu juga kita akan dipertemukan dengan hari kiamat. Semuanya atas Kuasa Allah. Tugas kita hanya melakukan sesuatu yang melayakkan kita mendapat pertemuan yang indah. Jika kita hendak dipertemukan dengan syurga yang di dalamnya ada bidadari-bidadari bermata-jeli, apakah layak kita hidup di dunia dengan hati yang panas tidak boleh dengar nasihat?

Sekadar mengaku Islam yang manis di bibir sedangkan hati kotor penuh penyakit, tetaplah manusia itu masuk ke neraka. Orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah dahulu menganggap jika mereka masuk neraka, mereka masuk sekejap sahaja sebab status mereka sebagai pengikut ajaran agama Nabi Musa melayakkan mereka dapat keistimewaan sebegitu rupa. Kini anggapan sedemikian juga telah mempengaruhi otak sesetengah umat Islam sekarang yang menyangka jika mereka masuk neraka, setelah habis dosa dibakar, mereka akan masuk syurga sebab pernah mengaku Islam.

Tetapi mereka lupa bahawa Allah itu Maha Adil yang membalas berdasarkan apa yang ada dalam hati manusia itu ketika mereka hidup di dunia. Jika ketika di dunia mereka kekal sampai ke mati dengan hati yang berpenyakit lagi panas apabila mendengar nasihat yang dibawakan secara logik, maka logiklah mereka akan masuk neraka secara kekal. Ini kerana mereka telah didatangi pemberi nasihat-pemberi nasihat yang mengajak mereka membuka minda agar bergantung kepada Allah semata-mata dalam beragama, tetapi mereka menolaknya dengan alasan tok guru mereka suruh tolak akal dalam beragama. Jadilah mereka seumpama binatang ternak yang menurut kata orang dalam beragama. Mereka bukan beragama menurut kebenaran yang mampu dicapai oleh akal mereka sendiri, tetapi mengikut cakap orang sebab mereka malu bila tak buat macam masyarakat mereka buat. Ini yang dinamakan beragama sekadar nak jaga air muka, bukannya kerana nak jaga hati daripada penyakit.

Satu tabiat manusia apabila dipertemukan dengan sesuatu yang aneh dan pelik, mereka akan jadikan tempat itu sebagai tempat beribadat kepada Tuhan. Keadaan ini seterusnya mendorong manusia melakukan pemujaan. Sama seperti manusia yang menagung-agungkan kubur orang-orang alim yang dikatakan memiliki kelebihan-kelebihan tertentu. Ini kerana mereka tidak nampak dalam diri mereka sendiri ada jalan menuju kepada Tuhan. Bila mereka tak kenal dalam diri mereka sendiri, manusia itu terpaksa mencari perantara (berhala) untuk membawa mereka dekat kepada Allah. Akhirnya mereka tersesat dihasut syaitan yang memang mahu manusia itu tidak kenal diri.

Manusia yang tidak kenal diri, mereka akan hidup dengan cara sombong dan suka pada permusuhan. Atas rasa lebih Islamik berbanding puak lain, mereka suka bermusuh-musuhan dan memecah-belahkan masyarakat. Kononnya mereka sudah Islam dengan cara mengutuk orang lain pasal buat hukum hudud dan tunjukkan kearaban mereka, namun perhiasan zahir itu tidak menjadikan mereka dekat kepada kesatuan manusia (dekat kepada Allah), sebaliknya mereka dekat kepada pemusuhan sesama manusia (dekat kepada syaitan). Sama perangai mereka dengan golongan Yahudi yang suka berpuak-puak dan berbangga diri dengan imej keyahudian mereka. Kita nampak pengulangan sejarah yang disebut dalam Quran ini berlaku depan mata, cuma kosmetiknya berbeza. Namun kesannya tetap sama iaitu menyebabkan umat jadi lemah dan hidup berpecah-belah.

22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: "(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: "(jumlah mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya." Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit." Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.

Dan apabila manusia itu sudah tahap berpuak-puak sebab kononnya dengan taksub kepada sesuatu pendapat imam-imam terdahulu, merekalah golongan yang benar, mereka akan bercakaran dan bertengkar perkara-perkara yang mereka tiada bukti yang nyata. Mereka bersangka-sangka dengan perkara ghaib. Sebab itu mereka terpaksa cari dalil kata-kata yang disandarkan atas nama nabi atau imam terdahulu, kerana akal mereka tiada bukti secara logik. Jika mereka guna logik, sudah pasti mereka tidak perlu menyandarkan kebenaran itu pada nama nabi atau imam-imam terdahulu.

Macam Quran yang Nabi Muhammad sampaikan, kita tidak jumpa kata-kata Nabi Isa yang ada perawi-perawinya. Nabi Muhammad sampaikan pengajaran perihal Nabi-nabi terdahulu secara konsep yang logik dan mudah diterima akal walaupun baginda tidak wujud di zaman terdahulu. Kerana yang pentingnya adalah pengajaran daripada kisah-kisah umat terdahulu, bukannya kosmetik pasal umat terdahulu. Baginda hanya guna pemerhatian mengikut pandangan zaman baginda dalam memahami apa yang terjadi pada umat-umat terdahulu. Ini kerana alam ini beredar mengikut sunnah atau ketetapan yang berulang-ulang, seperti peredaran malam dan siang. Walaupun keadaaan siang zaman sekarang dengan zaman Nabi Muhammad itu berbeza dari segi lahiriah, tetapi sifat siang itu tetap sama iatu terang dan meluaskan pandangan. Begitulah perumpamaannya bagi kaum yang berakal.

Sama kesnya dengan kisah pemudah kahfi ini, bukannya bilangan mereka itu patut dijadikan perbalahan, tetapi pengajaran kisah mereka yang memencilkan diri daripada agama ikut-ikutan itu yang perlu diutamakan. Oleh kerana itu, untuk menyelamatkan dari daripada tersesat kerana beragama secara lemah dan berpecah-belah ini, pencilkan dari dari mengikut orang lain. Guna logik akal sendiri untuk mencari kebenaran. Kenapa perlu pengecut guna akal sendiri? Bukankah Allah sudah berikan akal yang waras untuk berfikir?

Dan dalam berhujah menegakkan kebenaran, janganlah menduga perkara-perkara ghaib yang tidak kita ketahui, tetapi gunakan logik dalam memahami perkara zahir. Umpamanya ada orang bertanyakan siapakah ulamak atau tok guru yang mengajak kepada berpecah-belah itu? Katakanlah "Manusia mana nampak niat hati orang lain yang ada kesombongan lagi suka berpecah-belah. Yang mampu kita nampak adalah kesan kepada perpecahan itu yang menyebabkan umat jadi lemah." Tugas kita hanya mengingatkan manusia kesan buruk bila hidup berpecah-belah. Siapa dia yang berniat jahat itu, biarkanlah Allah membalas perbuatan jahat itu. Bukan kerja kita untuk menghukum orang lain.

Manusia yang beragama secara ikut-ikutan ini suka menghukum orang lain. Ini kerana mereka merasa bangga diri kononnya mereka lebih Islamik daripada orang lain. Mereka berdegar-degar melaung-laungkan kononnya mereka memperjuangkan Islam. Namun apabila dicabar dengan hujah yang logik, mereka jadi pengecut lagi berpaling lari. Sebab itu pepatah ada mengatakan "berani kerana benar, takut kerana salah". Apabila manusia itu berpegang pada suatu yang dusta, mesti mereka jadi pengecut walaupun sebelumnya mereka berbangga diri kononnya mereka itu Islam. Macam orang Yahudi terdahulu yang berbangga diri kononnya mereka golongan benar kerana adanya Taurat, namun bila Nabi Muhammad mencabar mereka dengan Quran yang membenarkan kitab-kitab mereka itu, mereka jadi pengecut lagi berhasad dengki.

Itulah Kehebatan Allah yang memperlihatkan kebenaranNya di zaman moden ini ketika manusia menganggap Allah tidak akan bangkitkan lagi pemberi peringatan selepas zaman Nabi Muhammad. Namun, siapa boleh lawan Kekuasaan Allah? Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana!
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Adli Sun Apr 12, 2009 10:41 am

23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,

Manusia tidak pasti apa akan berlaku pada masa hadapannya. Kita hanya mampu menjangka sahaja, selebihnya atas urusan Allah yang menetapkan.

24. kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini."

Oleh itu, jika kita merancang atau berjanji untuk melakukan sesuatu perkara, katakan juga semua itu bakal terjadi jika Allah menghendaki.

Begitu juga dalam mencari kebenaran, sentiasa mengharapkan Allah berikan petunjuk kepada sesuatu yang lebih dekat kepada kebenaran itu. Dengan kata lain, orang2 yang mencari kebenaran itu hidupnya sentiasa berfikir sehingga berpegang pada bukti2 yang kukuh.

Seperti mana kisah Nabi Ibrahim mula2 nak kenal Allah, biarpun pada permulaannya, penilaian baginda tidak tepat, tetapi akhirnya sampai kepada jawapan yang sebenarnya. Bila kita berpegang pada kebenaran, barulah jadi manusia yang berani kerana benar, bukannya pengecut yang berpaling lari.

25. Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).

Siapa yang memberi tahu Nabi Muhammad sehingga baginda dapat jawapan bahawa berapa lama ashabul kahfiitu tinggal dalam gua? Kitab mana baginda pakai, tok guru mana yang ajar baginda, bahasa apa yang baginda pakai sedangkan baginda tidak hidup sezaman dengan penghuni gua itu?

Seperti itulah Allah boleh mengajar manusia yang menggunakan akal untuk memahami Quran. Allah akan memberi petunjuk kepada manusia yang bergantung kepadaNya untuk mendapat jawapan yang hampir kepada kebenaran atau semakin tepat bila manusia itu suka berfikir dan mengkaji.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Ashabul Kahfi KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Ashabul Kahfi Empty Re: Ashabul Kahfi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum