e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 18 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 18 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap6%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 6% [ 5 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap23%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 23% [ 18 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap21%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 21% [ 16 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap8%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 8% [ 6 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap8%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 8% [ 6 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap6%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 6% [ 5 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap6%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 6% [ 5 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap0%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 0% [ 0 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap6%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 6% [ 5 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap4%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 4% [ 3 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap0%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 0% [ 0 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap1%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 1% [ 1 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap3%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 3% [ 2 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap1%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 1% [ 1 ]
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcap5%RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
mekganu (3628)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
Juang (3494)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
Kalam (2631)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
RAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_lcapRAMADHAN AL-MUBARAK I_voting_barRAMADHAN AL-MUBARAK I_vote_rcap 

Keywords

2024  2011  2012  baqarah  2013  2010  


RAMADHAN AL-MUBARAK

+8
siti
tajuNM
tokkmudim
penghuluwati
Gelembong
Adli
mekganu
adikMANJA
12 posters

Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by adikMANJA Sat Aug 02, 2008 1:19 pm

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk mendidik hawa nafsu termasuklah nafsu makan yang berlebihan.Namun kebanyakkan daripada kita mengaku bahawa carta perbelanjaan setiap rumah umat islam di bulan Ramadhan ADALAH YANG TERTINGGI DALAM SETAHUN. Walhal perbelanjaan di bulan ini sepatutnya adalah yang terendah jika di bandingkan dengan bulan yang lain.Oleh itu sama-sama la kita reningkan perkara ini dan berusaha untuk menuju ke arah jalan yang di ajarkan Rasullualllah s.a.w
adikMANJA
adikMANJA
Tutor

Number of posts : 438
State : RAMADHAN AL-MUBARAK SEL
Reputation : 0
Credits : 5767
Registration date : 2008-07-30

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by adikMANJA Wed Aug 06, 2008 6:29 pm

AZAM RAMADHAN ANDA TAHUN INI???
adikMANJA
adikMANJA
Tutor

Number of posts : 438
State : RAMADHAN AL-MUBARAK SEL
Reputation : 0
Credits : 5767
Registration date : 2008-07-30

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by adikMANJA Wed Aug 06, 2008 6:39 pm

GANJARAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Hadith riwayat bukhari & muslim. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " semua amalan anak ADAM digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda.ALLAH AZZA WAJALLA berkata" melainkan berpuasa kerana ia untukKU dan AKU sendiri yg membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKU.Bagi orang yg berpuasa akan mendapat dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui tuhan nya dan bau busuk ( dari mulut orang yang berpuasa ) kerana berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau MUSK'
adikMANJA
adikMANJA
Tutor

Number of posts : 438
State : RAMADHAN AL-MUBARAK SEL
Reputation : 0
Credits : 5767
Registration date : 2008-07-30

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by mekganu Wed Aug 06, 2008 9:51 pm

semoga allah berikan kesempatan utk kak mek mengecapi kenikmatan ramadhan al mubarak yg bakal menjelang tak lama lagi bersama keluarga tercinta dan juga umat-umat islam diseluruh dunia..
avatar
mekganu
Dekan

Number of posts : 3628
Reputation : 4
Credits : 5992
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Adli Thu Aug 07, 2008 8:58 am

adikMANJA wrote:Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk mendidik hawa nafsu termasuklah nafsu makan yang berlebihan.Namun kebanyakkan daripada kita mengaku bahawa carta perbelanjaan setiap rumah umat islam di bulan Ramadhan ADALAH YANG TERTINGGI DALAM SETAHUN. Walhal perbelanjaan di bulan ini sepatutnya adalah yang terendah jika di bandingkan dengan bulan yang lain.Oleh itu sama-sama la kita reningkan perkara ini dan berusaha untuk menuju ke arah jalan yang di ajarkan Rasullualllah s.a.w

Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan kelahiran putera dan puteri saya. Yang
sulung seminggu sebelum raya dan yang second tu saya sempat puasa dua
hari jer. Due dia tengah bulan puasa, tapi dia tak sabar keluar awal Smile
. Kesian gak tengok hubby saya ke hulu ke hilir nguruskan saya dan
anak-anak. Nak balik kampung dia tak bagi sebab nak jaga sendiri
katanya.

Cuba baca ni...

Ramadhan kita sekarang dinanti kerana rezeki yang melimpah sebulan tu.
Dan ia juga dikatakan rezeki sebulan untuk raya. Masa ni, sesiapa
sahaja berminat nak niaga. Dari yang tak berapa pandai sehinggalah yang
dah pro. DAn untuk yang buat biskut tu, dari awal puasa lagi dah mula
berbisnes. Tak kurang juga yang berniaga kat pasar ramadhan, kurang
pukul 3 petang dah sedia set up meja untuk niaga dah. Meriah sekali...

Dan bagi yang membeli pulak, kalau boleh tiap hari nak pergo Pasar
Ramadhan. Sampai nak parking pun susah...berpusu-pusu, ada yang
bertolak-tolak, Ramainya orang.

Dan bila dah nak beli tu, bermacam makanan nampak sedap. Yang tak sedap
pun jadi sedap sebab lapar. Teruja nak makan masa berbuka nanti. Beli
makanan sampai tak cukup tangan nak bawak. Kalau bawak RM10, tak cukup
rasanya. Sebab kuih sekarang pun dah 50sen satu. Nak beli air lagi.
Bukan sejenis air, bila beli air soya, nampak air kelapa pun best
jugak. Beli lagi.

Bila part berbuka, wah, banyaknya makanan terhidang kat atas meja. Mana
satu nak makan ni. Bila azan kedengaran, terus tegik air. Air yang
sejuk mengalir dalam tekak, ah...sedapnya. Tambah segelas lagi.
Sudahnya perut penuh dengan air dan dapat makan sikit jer...sedangkan
atas meja tu bertimbun lagi makanan. Nak pujuk hati sendiri "tak
per,lepas solat boleh makan lagi nih..."

Sudahnya lepas solat tu, tertidur. Bila bangun nak sahur, ada makanan
yang asih boleh dimakan dan ada yang dah basi. Nak makan masa tu, tak
lalu la pulak....sudahnya, masuk tong sampah la jawabnya...

Dan permandangan surau dan masjid kita juga bertukar wajah.Setiap
petang akan ada program berbuka puasa. Dan masjid serta surau akan
dikunjungi mereka yang nak bertarawikh. Selepas tarawikh ada more
pulak...makan lagi kan...siang puasa, malamnya qada makan la tu...

Masa awal puasa, Masya Allah, ramainya yang datang solat tarawikh kat
surau dan masjid, Bila sampau pertengahan puasa, makin kurang, bila dah
nak akhir puasa, makin la kurangnya. Mungkin orang dok sibuk buat
biskut raya kot, atau jahit tempahan baju raya, or sibuk gi shopping
untuk raya...hai, macam2 aktiviti la bila raya dah dekat kan?

Part baju raya, tak per berhabis sekali setahun Smile Apa jadik lak dengan
selepas raya? Dah la masa raya tu gaji dapat awal...sudahnya, lambatnya
gaji (bila raya dah berlalu...)

Langsir baru tak tukar lagi, sofa baru, bla...bla...kalo tak tukar malu
la kat jiran dan sedara mara. Sama jer macam tahun lepas...

Adakah situasi ini juga turut kita alami? CUba renungkan...

Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Gelembong Sat Aug 16, 2008 2:43 am

Bulan Ramadhan nie InsyaAllah..kita khatamkan membaca Al-Quran.
Kalau sebelum nie kita tak pernah bertadarus, tekadkan hati dan pasang niat untuk berbuat demikian. Sesiapa yang tak pernah..mungkin kerana malu, tak mahir..itu semua terbit dari minda yang negatif.

Jika ada dikalangan kita yang mahir dalam ilmu tajwid, jangan malu2x untuk menegur sahabat2x kita yang kurang mahir. Tapi sebaiknya pada malam pembukaan, antara lain yang perlu kita ingatkan ialah buka lah majlis dengan asas2x ilmu tajwid.

Shaitan dibelengu..nafsu TIDAK!!
Menahan diri agar tidak membeli berlebih-lebihan adalah satu langkah bijak dalam menjinakkan nafsu yg bergejolak terhadap makanan yg pelbagai.

Sebuah hadith antara lain berbunyi:
"Barang siapa yang memakan diatas kenyang, sesungguhnya dia benar-benar memakan benda yang haram.."
(Maaf..tak ingat siapa periwayat hadis ini..)
Nah..perkataan benar-benar adalah isyarat yang paling manthob dalam memperkuat 'larangan' ini..

Cantiknya Ramadhan..SubhanAllah..mari kita renungkan bersama..
Gelembong
Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts : 346
Location : Tuuuu...
Reputation : 0
Credits : 5874
Registration date : 2008-05-24

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Adli Sat Aug 16, 2008 4:25 am

Gelembong wrote:Bulan Ramadhan nie InsyaAllah..kita khatamkan membaca Al-Quran.
Kalau sebelum nie kita tak pernah bertadarus, tekadkan hati dan pasang niat untuk berbuat demikian. Sesiapa yang tak pernah..mungkin kerana malu, tak mahir..itu semua terbit dari minda yang negatif.

Jika ada dikalangan kita yang mahir dalam ilmu tajwid, jangan malu2x untuk menegur sahabat2x kita yang kurang mahir. Tapi sebaiknya pada malam pembukaan, antara lain yang perlu kita ingatkan ialah buka lah majlis dengan asas2x ilmu tajwid.

Shaitan dibelengu..nafsu TIDAK!!
Menahan diri agar tidak membeli berlebih-lebihan adalah satu langkah bijak dalam menjinakkan nafsu yg bergejolak terhadap makanan yg pelbagai.

Sebuah hadith antara lain berbunyi:
"Barang siapa yang memakan diatas kenyang, sesungguhnya dia benar-benar memakan benda yang haram.."
(Maaf..tak ingat siapa periwayat hadis ini..)
Nah..perkataan benar-benar adalah isyarat yang paling manthob dalam memperkuat 'larangan' ini..

Cantiknya Ramadhan..SubhanAllah..mari kita renungkan bersama..

Allah sendiri tak sukakan perkara yang berlebihan dan melampau dalam apa jua perbuatan walaupun dalam beribadat.

Inikan pula dalam bab makan yang kita sendiri tau kesannya kalau makan berlebihan sehingga membawa kepada kekenyangan yang melampau.

Terlalu kenyang-diri jadi malas dan nak bersandar saje. malas nak bergerak. Mata jadi cepat mengantuk. Dan sudahnya...kita akan mengabaikan banyak benda lain.

Selainnya, boleh membawa kepada masalah obesiti. Obesiti menjemput darah tinggi, kencing manis, jantung dan macam-macam lagi yang dijemputnya. Dengan kata lain, pakej ni di gelar penyakit orang kaya-kaya.

Ramadhan yang sepatutnya membawa barakah kepada kita akan bertukar menjadi sebaliknya andai nafsu dan tahap pemikiran kita tetap sama seperti semalam.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Gelembong Sat Aug 16, 2008 2:18 pm

Itu lah..
Adalah menjadi satu harapan agar kita semua tidak termasuk dalam golongan orang-orang rugi dek melayani runtunan nafsu yang membuas dibulan yang paling barakah ini.

Tidakkah kita terfikir yang kebanyakan kita lebih melayani nafsu makan begitu berlebih-lebihan di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain?? Ini tidak seharusnya berlaku dan ia memang tidak menepati kehendak Islam dalam berpuasa.
Kesyumulan Ramadhan seharusnya dizahirkan oleh perbuatan dan amalan oleh umat Islam. Berbuka dan bersahurlah seadanya. Praktikkan sebanyak mungkin sunah-sunah dalam gerak laku dan amalan.

Marilah kita bertekad untuk menjinakkan disamping memerangi nafsu makan, amarah dan berbagai-bagai nafsu yang pelbagai itu dan semua itu sudah pasti diambil kira olah Allah yabg Maha Pemurah..kerana puasa kita semua adalah untuk Nya..

Apa pun tuan-tuan..keikhlasan adalah kunci kejayaan dalam amalan dan kehidupan...
Kerana keikhlasan adalah ubat paling mujarab untuk membenam perasaan ria' dan syirik..tak kira syirik kecil maupun besar.

SEJUKNYA RAMADHAN..
Gelembong
Gelembong
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts : 346
Location : Tuuuu...
Reputation : 0
Credits : 5874
Registration date : 2008-05-24

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by penghuluwati Fri Aug 22, 2008 2:31 pm

" SaLAm rAMadHaN BuaT SEMua SaHabAT E-mINDa " raya nanti jemput2 dtg rumah... mohon ampun dan maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki...
penghuluwati
penghuluwati
Pensyarah

Number of posts : 596
Location : mALaysiA
Reputation : 0
Credits : 5838
Registration date : 2008-05-21

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by tokkmudim Fri Aug 22, 2008 3:05 pm

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan
tokkmudim
tokkmudim
Timbalan Dekan

Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6033
Registration date : 2008-04-12

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by tajuNM Mon Aug 25, 2008 3:00 am

Sempena Ramadhan ini, saya berazam untuk menghabskan 30 juzuk al-Quran. Semoga Allah memberikan kekuatan.
tajuNM
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 1
Credits : 5858
Registration date : 2008-06-24

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by siti Wed Aug 27, 2008 8:58 am

Kesilapan yang kerap dilakukan pada bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18 )

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
avatar
siti
Doktor Falsafah

Number of posts : 1295
Age : 47
Location : Fil Ardh
Reputation : 1
Credits : 5974
Registration date : 2008-06-14

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by tajuNM Wed Aug 27, 2008 9:23 am

Sama2lah kita renungi dan ambil iktibar daripada apa yang disiarkan oleh cik Siti tu. Mungkin ada banyak yang dapat kita ambil. Kalau tak boleh ikut semua, jangan tinggalkan semua.
tajuNM
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 1
Credits : 5858
Registration date : 2008-06-24

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by matding Wed Aug 27, 2008 4:28 pm

tajuNM wrote:Sempena Ramadhan ini, saya berazam untuk menghabskan 30 juzuk al-Quran. Semoga Allah memberikan kekuatan.


Alhamdulillah saudaraku, semoga ALLAH mengurniakan kekuatan Imam dan taqwa, semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup di ramadhan ini, semoga ALLAH mengurniakan kelapangan yang luas untuk saudaraku mencapai matlamat dan azamnya ini.Saya juga berazam begitu tetapi kedaifan sendiri telah merencatkan perencanaannya.
matding
matding
Doktor Falsafah

Number of posts : 1207
Age : 55
Location : muka bumi ALLAH TAA'LA
Reputation : 0
Credits : 5770
Registration date : 2008-08-25

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by tajuNM Wed Aug 27, 2008 5:32 pm

matding wrote:
tajuNM wrote:Sempena Ramadhan ini, saya berazam untuk menghabskan 30 juzuk al-Quran. Semoga Allah memberikan kekuatan.


Alhamdulillah saudaraku, semoga ALLAH mengurniakan kekuatan Imam dan taqwa, semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup di ramadhan ini, semoga ALLAH mengurniakan kelapangan yang luas untuk saudaraku mencapai matlamat dan azamnya ini.Saya juga berazam begitu tetapi kedaifan sendiri telah merencatkan perencanaannya.

Sama2 berazam dan sama2 berdoa agar peroleh kekuatan...............
tajuNM
tajuNM
Pro-Canselor (Member Berkualiti)

Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 1
Credits : 5858
Registration date : 2008-06-24

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by samson Sat Aug 30, 2008 9:30 am

Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum, janganlah jadikan
Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya dan janganlah jadikan
Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang kemudian berbual dan
borak-borak yang banyak.Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah
kemudian tidur, malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Allah.

Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan
berletih-letihan. Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan
jiwa dengan rasa bertuhan.Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa
kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Allah yang
Maha Kuasa.Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri,
takutkan Allah, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa. Ramadhan hendak
menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia, rasa kasih sayang,
simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa.Ramadhan
hendak menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi dengan
dosa.Ramadhan hendak rasa agung-Nya Allah, hebat dan kuasa-Nya
Allah.Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan
ceria yang dalam gelap-gelita.

Yang penting jiwa hendak dihidupkan, memeriahkan yang di dalam jiwa,
Allah pandang bukan yang luaran tapi yang di dalam. Allah hendak
melihat yang di dalam batin manusia apakah hidup jiwanya rasa
bertuhan. Siangnya berpuasa, malam sembahyang, banyak membaca Al Quran
untuk memberi cahaya kepada jiwa yang selama ini gelap-gelita.
Membanyakkan berzikir bukan lafaznya tapi penghayatannya. Berzikir
bukan sekadar menyebut di lidah tapi menyebut di hati, dirasa oleh
jiwa. Berzikir bukan di lidah tapi ingatan di hati.

Kedatangan Ramadhan adalah dengan tujuan hendak menghidupkan hati yang
mati sebelumnya. Moga-moga kesan sebulan menghidupkan hati tahan
setahun lamanya. Kemudian Ramadhan datang lagi hidupkan pula lagi hati
yang mati tahan pula setahun lagi.Itu bagi orang awam yang selalu
sahaja cuai dan lalai. Bagi orang yang bertaqwa jiwanya hidup setiap
masa, kedatangan Ramadhan hanya untuk darjat dan pangkat di sisi
Tuhannya.Tapi kalau kedatangan Ramadhan tidak pun menghidupkan jiwa
luar meriah di dalam tidak meriah. Luar terang-benderang dengan
syariat lahir, syariat batinnya gelap. Kalau di luar Ramadhan tentulah
lebih-lebih lagi malang,gelaplah hati sepanjang tahun. Tidak ada masa
hati yang terang, sungguh malang.
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : RAMADHAN AL-MUBARAK JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Ziarahmenilai Tue Sep 02, 2008 3:20 am


بسم الله الرحمن الرحيم

ا لسلآ م عليكم ورحمة الله


Pakzai / Pak ZM mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua... Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini mana-mana yang ada anak-anak tu yang sudah berusia 7 tahun tu, pastikan perintah Baginda Rasulullah s.a.w. ini dipatuhi:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih)

Juga pastikan mereka betul-betul dapat menghafal dan memahami maksud doa ini dan mereka jadikan sebagai amalan:

RAMADHAN AL-MUBARAK Doa


Wasalam.

Ziarahmenilai
Ziarahmenilai
Siswa-Siswi

Number of posts : 57
Reputation : 0
Credits : 5845
Registration date : 2008-05-28

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Adli Wed Sep 03, 2008 10:02 am

Saya pun sama. selamat berpuasa untuk semua. Dah 3 hari dah. Maaf dipohon andai ada salah dan silap sepanjang kita kenal.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengajar kita erti menahan nafsu yang sebenar-benarnya, lebih mendekatkn kita padaNya, dan lebih merapatkan lagi antara kita
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by FeLiSeWoMaN Wed Sep 03, 2008 10:09 am

Ramadhan kali ini begitu bermakna buat aku..biasanya tahun2 lepas aku x dapat menjalani ibadah puasa bersama keluarga..dengan izin Tuhan, tahun ni dapat aku menunaikan puasa, tarawikh, tadarus bersama keluarga..tiada kata lain selain bersyukur ke hadrat Ilahi.. semoga Allah s.w.t menerima ibadah ku di bulan yg mulia dan penuh keberkatan ni..
FeLiSeWoMaN
FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts : 2310
Age : 37
Location : PaSiR MaS,KeLaTe
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 1
Credits : 5936
Registration date : 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Adli Wed Sep 03, 2008 10:41 am

samson wrote:
Yang penting jiwa hendak dihidupkan, memeriahkan yang di dalam jiwa,
Allah pandang bukan yang luaran tapi yang di dalam. Allah hendak
melihat yang di dalam batin manusia apakah hidup jiwanya rasa
bertuhan. Siangnya berpuasa, malam sembahyang, banyak membaca Al Quran
untuk memberi cahaya kepada jiwa yang selama ini gelap-gelita.
Membanyakkan berzikir bukan lafaznya tapi penghayatannya. Berzikir
bukan sekadar menyebut di lidah tapi menyebut di hati, dirasa oleh
jiwa. Berzikir bukan di lidah tapi ingatan di hati.

Yer, Allah bukan pandang zahir kita. Tapi pada hati.

kalau berpuasa dan beramal ibadat sampai tak cukup malam dan siang, tapi hati terkandung niat untuk menunjuk, apa yang kita dapat?
dapat penat berpuasa dan penat berdiri kerana solat. Lepas tu dapat pula dosa kerana riak.

Seringkali kita jumpa ayat yang mengatakan Allah mengetahui apa yang terkandung di dalam dada manusia iaitu di dalam hati kita. Bermakna Allah terlalu menekankan tentang hati. Walaupun apa yang ada dalam hati ni dapat kita sembunyikan dari manusia, tapi dapatkah kita smebunyikan dari pengetahuan yang menciptakan hati itu sendiri. Sedangkan IM yang lengkap lagi tersusun hanya ada padaNya.

dalam diri kita ni, kalau sekeping hati tu baik, baiklah kita. Tapi kalau sebaliknya, sebaliknya jugalah kita ini. Andai hati penuh penyakit, maka hiduplah pemiliknya bersama debaran dan rasa keluh kesah yang berpanjangan. Dikerumuni rasa dengki dan iri hati, dipenuhi rasa tak pernah cukup dan tak pernah puas dan diiringii pelbagai rasa lantaran nafsu diperkudakan syaitan.

Tapi kalau hati terjaga rapi, jauh dari iri, lenyap dari dendam, aman bahagialah pemilik hati itu. Hidup penuh ketenangan dan merasa Rahmat Allah sentiasa meluas. Segala yang Allah berikan itulah untukNya, tiada mengeluh kerana tak cukup, tiada berkesah kerana tak sempurna.

nak menjaga hati tidak dinafikan bukan satu kerja yang senang. Apatah lagi kalau kita dah terbiasa dengan kehidupan yang sebelum ni yang dipenuhi penyakit hati. Kebiasaannya, hati yang lamamati dan penuh kuman ini akan tersedar dari lena dan bangkit dari kematian kalau terjadi sesuatu kejutan (zalzalah) yang kuat dalam hidup mereka.

Terjadi sesuatu zalzalah yang tak mereka jangkakan. Seperti si kaya yang tetiba jatuh miskin, segala kenagangn di zaman kayanya yang penuh dosa akan menari-mnari macam tv di depannya. dari situ dia mula insaf. keinsafan yang membawa kepada mendekatkan diri kepadaNya. Dia mula bermuhasabah diri, mula menialai baik buruk masa lalunya...orang yang sedar dengan sendiri ni lebih bermakna dan lebih bertahan lama dari disedarkan oleh orang lain. Boasanya kalau ditegur, kita mudah melatah dan melenting. Kononnya merasa diri lebih baik.

dalam mendidik hati, syaitan tak pernah duduk diam. Ada celah, mereka akan cepat-cepat mencelah. Biasanya dalam proses belajar inilah banyak cabaran dan dugaannya. Orang beriman itu adalah selepas ia diuji.

dalam belajar menjaga dan mendidik hati, pelbagai lintasan jahat akan datang. Ini kerja syaitan. dan kerja kita pula adalah untuk mengimbangkannya dengan nikmat akal anugerahNya. Kaji setiap lintasan hati itu sampai kita tau baik buruknya.

Sifirnya senang saja, antara baik dan jahat. Antara salah dan betul. Imbangi keduanya dan kita tau jawabnya. kalau kita dah tau benda tu jahat, buat apa nak teruskan? Sedangkan kita dalam proses menjaga hati.

Di sini, gabungan akal dan hati adalah kerabat yang terbaik.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by FeLiSeWoMaN Wed Sep 03, 2008 10:49 am

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya..

selamat menyambut ramadhan al mubarak..
FeLiSeWoMaN
FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts : 2310
Age : 37
Location : PaSiR MaS,KeLaTe
State : RAMADHAN AL-MUBARAK KEL
Reputation : 1
Credits : 5936
Registration date : 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

RAMADHAN AL-MUBARAK Empty Re: RAMADHAN AL-MUBARAK

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum