Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Perkara Pertama
+4
Admin
tajuNM
Kalam
Adli
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Perkara Pertama
Sebagai seorang muslim, apa perkara pertama yang kita fikirkan setelah bangun dari tidur terutama sekali tidur pada waktu malam.
Mari kita kongsi bersama....
p/s-Hidup kita ini adalah untuk berfikir. Adakah anda setuju dengan pernyataan ini?
Mari kita kongsi bersama....
p/s-Hidup kita ini adalah untuk berfikir. Adakah anda setuju dengan pernyataan ini?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
Fikirkan masih ada lagi peluang untuk mengubah diri ini lebih baik dari semalam..
Re: Perkara Pertama
Kalam wrote:Fikirkan masih ada lagi peluang untuk mengubah diri ini lebih baik dari semalam..
Dalam hidup kita sepatutnya hanya ada yang baik atau yang lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam dan besok pula kena lebih baik dari hari ini...
Bila kita berfikir dan seterusnya berazam untuk berubah, itu adalah janji kita pada diri sendiri. Janji untuk berubah dan perbaiki kehidupan kita agar lebih baik dari yang sebelumnya.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah
dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri.” – (Surah Al-Anfaal, ayat 53)
Dan sesungguhnya Allah tak akan merubah kehidupan kita sehinggalah kita sendiri yang merubah hidup kita sendiri. Keadaan tidak berubah dengan sendiri tanpa ada usaha dan kesungguhan daripada kita. Apa yang penting kalau kita berazam untuk berubah ialah kesungguhan, matlamat dan keyakinan.
Apabila ada kesungguhan, kita akan bersemangat untuk melakukan perubahan yang kita inginkan. Dan apabila ada matlamat, kita tau ke mana arah tujuan kita sebenarnya. Kita bersungguh berubah untuk apa...dan apabila kita ada keyakinan, kita yakin dengan kesungguhan itu, kita akan berjaya berubah untuk mencapai matlamat yang kita aim tu.
Dan sesuatu niat yang baik itu, pasti akan mendapat pertolongan daripadaNya. Dia penuh dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sifat itulah yang membuatkan Dia tak akan membiarkan hambaNya terkontang-kanting keseorangan dalam melakukan perubahan diri ke arah kebaikan.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
fikir .....adakah aku akan terus idup utk hari esok....dan cukup ker amalan aku selama ini utk bertemu dgn Nya nanti..
Guest- Guest
Re: Perkara Pertama
Itu lah yang selalu kita fikirkan. Dan rasanya setiap dari kita akan berfikir benda yang sama macam mamat fikir tu kan...
Bila kita fikirkan cukup ke tidak amalan kita tu, kita akan jadi takut untuk mati kan...itulah yang biasa kita dengar...
Kecukupan amalan kita hanya Dia yang tau. Apa dalam hati kita, Dia yang Maha Mengetahui. Tiap satu dalam pengetahuanNya. Tiada satu pun yang tertinggal dan tercicir.
Untuk ketenangan dan kedamaian di alam sana kita perlukan keredhaanNya. Amalan kita tidakkan dapat menyamai untuk ketenangan dan kedamaian di sana. Hanya keredhaan dan sifat KemurahanNya yang membawa kita tenang di sana.
Untuk itu, kita hidup untuk mencari keredhaanNya. Kita melakukan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya juga untuk mencapai redhaNya. Dan keikhlasanlah yang membawa kita kepadaNya...
Bila kita fikirkan cukup ke tidak amalan kita tu, kita akan jadi takut untuk mati kan...itulah yang biasa kita dengar...
Kecukupan amalan kita hanya Dia yang tau. Apa dalam hati kita, Dia yang Maha Mengetahui. Tiap satu dalam pengetahuanNya. Tiada satu pun yang tertinggal dan tercicir.
Untuk ketenangan dan kedamaian di alam sana kita perlukan keredhaanNya. Amalan kita tidakkan dapat menyamai untuk ketenangan dan kedamaian di sana. Hanya keredhaan dan sifat KemurahanNya yang membawa kita tenang di sana.
Untuk itu, kita hidup untuk mencari keredhaanNya. Kita melakukan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya juga untuk mencapai redhaNya. Dan keikhlasanlah yang membawa kita kepadaNya...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
Memang wajar sekali setiap orang sentiasa berfikir untuk berubah. Berubah kearah kehidupan yang lebih baik. Kita tahu apa yang kita buat ni baik atau tidak kan..........Sebaik-baiknya berubahlah secepat mungkin.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5857
Registration date : 2008-06-24
Re: Perkara Pertama
tajuNM wrote:Memang wajar sekali setiap orang sentiasa berfikir untuk berubah. Berubah kearah kehidupan yang lebih baik. Kita tahu apa yang kita buat ni baik atau tidak kan..........Sebaik-baiknya berubahlah secepat mungkin.
berubah cara mendadak takpe ke ??? slow-slow la... tapi ada peningkatan..
Re: Perkara Pertama
Bukan mendadak namanya tu........orang yang nak berubah ni, dah lama dah dia dok pikir, tapi tak sampai seru....asyik dok tangguh aje.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5857
Registration date : 2008-06-24
Re: Perkara Pertama
Berubahlah dengan cara yang paling mudah dahulu iaitu daripada malas berfikir kepada rajin berfikir. Barulah hidup kita tidak bergantung kepada orang lain.
Bila akal kita dah tinggi dan kita sudah tahu kenapa kita perlu buat sesuatu suruhan dan meninggalkan sessuatu larang, kita akan buat dengan rela hati.
Kita boleh lihat hasil perubahan diri kita umpamanya dulu kita susah dapat idea hendak menulis, tetapi setelah rajin berfikir, idea itu cepat sahaja datang. Begitulah Allah membantu orang-orang yang berubah ke arah kebaikan.
Bila akal kita dah tinggi dan kita sudah tahu kenapa kita perlu buat sesuatu suruhan dan meninggalkan sessuatu larang, kita akan buat dengan rela hati.
Kita boleh lihat hasil perubahan diri kita umpamanya dulu kita susah dapat idea hendak menulis, tetapi setelah rajin berfikir, idea itu cepat sahaja datang. Begitulah Allah membantu orang-orang yang berubah ke arah kebaikan.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
Pada pandangan saya, kebanyakan manusia ingin berubah ke arah kehidupan yang lebih baik, namun terlalu banyak faktor yang membelenggu, terutamanya dari segi kesesuaian masa. Kadang-kadang kesempitan hidup menuntut kita untuk meneruskan kehidupan yang tidak diredhai.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5857
Registration date : 2008-06-24
Re: Perkara Pertama
Ya benar tu. Permulaan nak berubah tu memang memerlukan semangat yang tinggi. Sebab itu Allah letak cara berubah yang paling senang sekali iaitu ubah cara berfikir kerana suatu yang positif. Tak perlu guna kudrat dan tak perlu guna harta benda. Cukuplah dengan mempertingkatkan keupayaan berfikir. Semua orang ada otak. Cuma antara malas hendak berfikir atau rajin. Bila kita sudah nampak dengan menajamkan minda dan meningkatkan kebijaksanaan sahaja boleh mengubah nasib umat, kita akan bersemangat untuk berubah dan tidak tanguh-tangguh lagi.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
seorang insan tidak akan berubah tanpa pengalaman lalu. ini kerana pengalaman atau kehidupan lalu lah yang membuatkan dia berfikir tentang dirinya. apa yang telah dilakukannya pada masa lalu bisa menjadi titik-tolak pada masa sekarang dan akan datang. sekiranya ada seseorang yang tidak pernah belajar tentang kehidupan masa lampaunya, perubahan masa kini pada dirinya mungkin ada tapi amat sukar. dia mungkin tidak pernah mengenal erti penderitaan, kesempitan, kesusahan dan sebagainya kerana apabila dia bangun dari tidur hidupnya sentiasa diwarnai dengan kemewahan, kegembiraan, kesenangan dan seumpamanya.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7782
Registration date : 2008-04-07
Re: Perkara Pertama
bayau wrote:seorang insan tidak akan berubah tanpa pengalaman lalu. ini kerana pengalaman atau kehidupan lalu lah yang membuatkan dia berfikir tentang dirinya. apa yang telah dilakukannya pada masa lalu bisa menjadi titik-tolak pada masa sekarang dan akan datang. sekiranya ada seseorang yang tidak pernah belajar tentang kehidupan masa lampaunya, perubahan masa kini pada dirinya mungkin ada tapi amat sukar. dia mungkin tidak pernah mengenal erti penderitaan, kesempitan, kesusahan dan sebagainya kerana apabila dia bangun dari tidur hidupnya sentiasa diwarnai dengan kemewahan, kegembiraan, kesenangan dan seumpamanya.
Ini merupakan sebahagian daripada RISIKO yang terpaksa ditanggung. Kadang2 risiko inilah yang menjadi penghalang kepada perubahan. Terlalu besar PENGORBANAN yang harus dilakukan. Pengorbanan adalah KEPERITAN, KEPEDIHAN, KESENGSARAAN, meskipun dipenghujungnya adalah KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN. Berapa ramai yang sanggup mengharungi ini semua, dan berapa ramai pula yang melupakan terus niatnya untuk berubah. Suatu pilihan yang tragis.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5857
Registration date : 2008-06-24
Re: Perkara Pertama
tajuNM wrote:

Inilah harga yang perlu kita bayar dalam sebuah perubahan. Perubahan adalah satu perjuangan. Perjuangan hanya akan berjaya jika ada kesungguhan dan keyakinan untuk berjuang dan mencapai matlamat kita. Insya Allah, Dia kan bantu kita untuk ke jalanNya. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, mana mungkin dia biarkan kita terkontang kanting dalam mencariNya. Kita mencariNya dengan akal. Kerana hanya dengan akal kita dapat mendekatiNya.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
Adli wrote:tajuNM wrote:

Terlalu mahal harga itu, namun hasilnya amat berbaloi. Lihat sahaja pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah; mereka yang memilih kehidupan Islam dan meninggalkan kehidupan jahiliah, yang jauh lebih menyeronokkan. Dengan memilih Islam, mereka bukannya tidak tahu bahawa mereka mesti meninggalkan arak, judi, wanita, hiburan; tetapi keyakinan kepada syariat yang dibawa oleh Baginda, telah meyakinkan mereka untuk menolak semua itu. Di samping itu mereka juga terpaksa berpisah dengan kaum keluarga, hatta ibu sendiri. Terlalu berat keputusan yang mereka harus ambil. Terlalu mahal harga yang mereka mesti bayar. Namun, pengorbanan yang mereka lakukan teryata tidak sia2.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5857
Registration date : 2008-06-24
Re: Perkara Pertama
Sebenarnya perjuangan mengubah diri inilah yang paling seronok dan paling puas dirasai. Kerana setiap hari hidup kita lebih baik daripada semalam. Jika hidup kita untuk dunia, kita mudah rasa bosan dengan hidup. Walaupun kaya mana pun, tapi hati tidak rasa puas. Sebab itu orang kaya nak jadi makin kaya dan tamak lagi.
Tetapi jika kita berjuang mengubah diri sendiri, kita akan bereksperimen terhadap kehidupan kita. Setiap kali bangun tidur, kita berfikir dan mencari idea bagaimana hendak cipta hari-hari yang lebih bermakna. Setiap kali kita berjaya mengalahkan syaitan dalam diri kita sendiri, Allah beri ganjaran rasa bahagia, tenang, seronok. Macam main video game, lepas satu mission ada mission lain. Darjat kita ditinggikan.
Tetapi nikmat kebahagian, kepuasan, ketenangan ini tidak nampak seperti harta benda dan material. Sebab itu manusia susah hendak berubah pada mulanya. Namun sekali berubah dan kenal cinta Allah, manusia itu tidak akan toleh ke belakang lagi.
Tetapi jika kita berjuang mengubah diri sendiri, kita akan bereksperimen terhadap kehidupan kita. Setiap kali bangun tidur, kita berfikir dan mencari idea bagaimana hendak cipta hari-hari yang lebih bermakna. Setiap kali kita berjaya mengalahkan syaitan dalam diri kita sendiri, Allah beri ganjaran rasa bahagia, tenang, seronok. Macam main video game, lepas satu mission ada mission lain. Darjat kita ditinggikan.
Tetapi nikmat kebahagian, kepuasan, ketenangan ini tidak nampak seperti harta benda dan material. Sebab itu manusia susah hendak berubah pada mulanya. Namun sekali berubah dan kenal cinta Allah, manusia itu tidak akan toleh ke belakang lagi.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7467
Registration date : 2008-04-14
Re: Perkara Pertama
perkara pertama yg difikirkan slps bgn tdo.. alhamdullilah bgn juga aku hr ni makna nye ada lg peluang utk memperbaiki diri,membuat bakti pada keluarga dan utk diri pastu hr ni nak buat pe dulu bila sampai opis..plan keje utk sampai petang
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5832
Registration date : 2008-06-04
Re: Perkara Pertama
setiap kali terkejut tido waktu malam..mesti soklan ni bermain di kepala aku.." apa nak jadilah ngan aku nih??.....pastu biasalah...gi solat..pastu tido balik
ain- Siswazah
- Number of posts : 219
Age : 43
Reputation : 0
Credits : 5818
Registration date : 2008-06-12
Re: Perkara Pertama
Allah ,
others
others
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6992
Registration date : 2009-04-26
Re: Perkara Pertama
Errrk..!! sekali datang bah sekali pantai berubah....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6044
Registration date : 2009-04-23
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|