Log in
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Pemurah dan Penyayang
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Pemurah dan Penyayang
1:1. Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Penyayang.
Dua Sifat yang berbeza (Pemurah dan Penyayang) ditujukan kepada nama yang sama iaitu Allah. Namun ada manusia merasa hairan jika dua sifat iaitu al Kitab dan al Hikmah dikaitkan kepada nama yang sama iaitu Al Quran. Kononnya pada mereka tidak mungkin dua perkara yang berbeza disebutkan dalam ayat yang sama untuk ditujukan pada perkara yang sama. Maka mereka buat cerita kononnya al Hikmah itu bukannya Al Quran, tetapi adalah riwayat hadis.
Namun mereka tidak sedar yang bukan sahaja dua Sifat Allah yang berbeza boleh wujud dalam satu ayat untuk ditujukan kepada Allah, malah wujud ayat yang lain yang menggabungkan lebih daripada dua Sifat Allah untuk ditujukan kepada Allah seperti dalam ayat 59:23.
Adakah kerana wujudnya perkataan Pemurah dan disusuli dengan perkataan Penyayang, maka Penyayang itu tidak patut dikaitkan dengan Allah? Macam itulah apakah kerana wujud perkataan Kitab dan disusuli dengan perkataan Hikmah, maka Hikmah itu tidak layak dikaitkan dengan Al Quran.
Jika gabungan perkataan Pemurah dan Penyayang dalam ayat 1:1 itu ditujukan kepada Allah, apakah suatu yang mustahil gabungan perkataan Kitab dan Hikmah itu ditujukan kepada Al Quran?
Begitulah contoh bagaimana dalil Al Quran dapat mematahkan dakwaan orang-orang yang cuba nak menipu.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Pemurah dan Penyayang
Kalau Al Quran hanyalah Kitab dan bukannya Hikmah, tentulah tidak wujud ayat seperti di bawah;
36:2. Demi al-Qur'an yang bijaksana (Hakim).
Tentulah ayat di atas berbunyi seperti "demi Al Quran sebuah Kitab". Tetapi bila wujudnya perkaitan Al Quran dengan perkataan bijaksana, maknanya Hikmah itu juga merujuk kepada Al Quran. Samalah konsepnya seperti perkataan "al Rahim" itu merujuk kepada Allah juga walaupun digandingkan dengan perkataan "al Rahman" yang juga merujuk kepada Tuhan.
Percubaan manusia untuk memisahkan Hikmah itu daripada merujuk kepada Al Quran hanya disebabkan Hikmah itu digandingkan dengan perkataan Kitab, samalah seperti orang yang cuba memisahkan perkataan Rahim daripada merujuk kepada Allah hanya kerana digandingkan dengan perkataan Rahman.
36:2. Demi al-Qur'an yang bijaksana (Hakim).
Tentulah ayat di atas berbunyi seperti "demi Al Quran sebuah Kitab". Tetapi bila wujudnya perkaitan Al Quran dengan perkataan bijaksana, maknanya Hikmah itu juga merujuk kepada Al Quran. Samalah konsepnya seperti perkataan "al Rahim" itu merujuk kepada Allah juga walaupun digandingkan dengan perkataan "al Rahman" yang juga merujuk kepada Tuhan.
Percubaan manusia untuk memisahkan Hikmah itu daripada merujuk kepada Al Quran hanya disebabkan Hikmah itu digandingkan dengan perkataan Kitab, samalah seperti orang yang cuba memisahkan perkataan Rahim daripada merujuk kepada Allah hanya kerana digandingkan dengan perkataan Rahman.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Pemurah dan Penyayang
Salam,
Terima kasih Juang atas hujah-hujah di atas dan satu lagi bukti bahawa perkataan hikmah itu bukanlah yang dinamakan 'sunnah nabi' atau riwayat hadis. Ia adalah al-quran itu sendiri.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Pemurah dan Penyayang
Sama-sama Admin. Bukankah muslihat syaitan itu lemah? Mereka boleh menipu mengatakan macam-macam tanpa sokongan ayat Al Quran, namun Allah sudah menyediakan kepada kita bukti-bukti di dalam Al Quran sehinggakan dalam ayat 1:1 itu pun sudah ada buktinya.
Kehebatan yang kita nampak dalam Al Quran itulah menjadikan kita semakin yakin ia adalah sebuah Kitab yang benar-benar diturunkan oleh Allah kerana mampu mematahkan dakwaan palsu orang-orang yang mengada-adakan.
Kehebatan yang kita nampak dalam Al Quran itulah menjadikan kita semakin yakin ia adalah sebuah Kitab yang benar-benar diturunkan oleh Allah kerana mampu mematahkan dakwaan palsu orang-orang yang mengada-adakan.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Pemurah dan Penyayang
Salam Juang,
Banyak lagi bukti yang mungkin belum kita temui dalam al-quran. Namun, jika kita berusaha kita akan dapat menemui bukti dan petunjuk tersebut. Yang penting kita faham apa yang kita baca dan kaji bukan melagu-lagukan ayat al-quran tersebut. Sesungguhnya Tuhan bersifat pemurah dan penyayang.
Banyak lagi bukti yang mungkin belum kita temui dalam al-quran. Namun, jika kita berusaha kita akan dapat menemui bukti dan petunjuk tersebut. Yang penting kita faham apa yang kita baca dan kaji bukan melagu-lagukan ayat al-quran tersebut. Sesungguhnya Tuhan bersifat pemurah dan penyayang.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Pemurah dan Penyayang
Salam,
Sifat Al Quran adalah sebagai Kitab (sesuatu yang tertulis) dan Hikmah (sesuatu yang bijaksana). Jika Al Quran hanyalah kitab, apa bezanya Al Quran dengan bahan-bahan dusta yang ditulis oleh orang-orang menyekutukan Allah? Tetapi oleh kerana dalam Al Quran juga mengandungi kebijaksanaan, maka di situlah bezanya Al Quran dengan kitab-kitab dusta.
Di sini kita nampak Allah mementingkan kebijaksanaan dalam membezakan sesuatu itu benar atau dusta. Sesuatu yang benar, ia dilengkapi dengan kebijaksanaan. Sesuatu yang dusta, ia dilengkapi dengan kebodohan. Maka tidak hairan manusia yang suka menurut kitab-kitab dusta, mereka menjadi kaum yang bodoh.
Sifat Al Quran adalah sebagai Kitab (sesuatu yang tertulis) dan Hikmah (sesuatu yang bijaksana). Jika Al Quran hanyalah kitab, apa bezanya Al Quran dengan bahan-bahan dusta yang ditulis oleh orang-orang menyekutukan Allah? Tetapi oleh kerana dalam Al Quran juga mengandungi kebijaksanaan, maka di situlah bezanya Al Quran dengan kitab-kitab dusta.
Di sini kita nampak Allah mementingkan kebijaksanaan dalam membezakan sesuatu itu benar atau dusta. Sesuatu yang benar, ia dilengkapi dengan kebijaksanaan. Sesuatu yang dusta, ia dilengkapi dengan kebodohan. Maka tidak hairan manusia yang suka menurut kitab-kitab dusta, mereka menjadi kaum yang bodoh.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|