Log in
Similar topics
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
+2
PenjunjungEhsan
Admin
6 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Inilah namanya pemikiran sekular, iaitu memisahkan keagamaan dengan urusan harian. Sedangkan disebut didalam AlQuran.."dikalangan kamu ada rasullullah"...maka kita hendaklah meyakini segala apa yang diajarkan rasullullah akan mendatang pahala daripada Allah dan berdosa jika melanggar perintah Allah. Ibadah bukan semata-mata solat lima kali sehari semalam, malah melakukan seks dengan isteri pun adalah ibadah dan mendapat pahala.
Salam,
Kalau nak beribadah/ mengabdikan diri kepada Tuhan, laksanakan lah komitmen kita dan buatlah perkara-perkara kebaikan. Yang pergi mengadap kiub batu itu buat apa? Itu bukan mengabdikan diri kepada Tuhan tapi mengabdikan diri kepada batu.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Admin wrote:Inilah namanya pemikiran sekular, iaitu memisahkan keagamaan dengan urusan harian. Sedangkan disebut didalam AlQuran.."dikalangan kamu ada rasullullah"...maka kita hendaklah meyakini segala apa yang diajarkan rasullullah akan mendatang pahala daripada Allah dan berdosa jika melanggar perintah Allah. Ibadah bukan semata-mata solat lima kali sehari semalam, malah melakukan seks dengan isteri pun adalah ibadah dan mendapat pahala.

Salam Bayau/Admin,
Pernahkah saudara bertanya kepada ulama, kewajipan haji tesebut tertanggung diatas setiap umat Islam kah? Adakah Allah memaksa hambaNYA untuk mengerjakan haji walaupun tidak mampu? Cacat contohnya, terlalu daif, janda yang beranak ramai, orang yang berpenyakit kronik dan seumpamanya. Adakah itu akan menjadi seseorang itu tidak cukup beriman jika tidak mampu mengerjakan ibadah haji?
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5811
Registration date : 2010-05-12
Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,
Isunya di sini, mengapa penganut beragama islam mengadap kiub batu itu dalam ritual sembahyang mereka? Soal siapa yang patut mengunjungi kiub batu, kita bincang kemudian.
Isunya di sini, mengapa penganut beragama islam mengadap kiub batu itu dalam ritual sembahyang mereka? Soal siapa yang patut mengunjungi kiub batu, kita bincang kemudian.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,
3:97. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Dari terjemahan di atas, Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji.
Namun, hanya mereka yang menganut islam sahaja yang mengerjakannya sedangkan dalam terjemahan tersebut Allah mewajibkan manusia. Maknanya, mereka yang merasakan diri mereka manusia wajib mengerjakan ritual tersebut. Tak kisahlah penganut beragama islam atau agama lain.
Berbanding jika kalimat hajj diterjemahkan sebagai penyelidikan, ianya masuk akal sebab manusia (tak kira golongan, bangsa, kepercayaan dsb) wajib melakukannya bagi yang mampu.

Admin wrote:

Masuk ke mana, apa masuk ke kabah?
Tidak mungkin manusia yang banyak masuk ke dalam kabah, dan jika masuk tidak dapat dijamin akan merasa aman dan tentram.
Salam.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6070
Registration date : 2010-04-21
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,
Allah menyebut..."milik Allah adalah timur dan barat"...persoalannya, dimanakah timur dan dimanakah barat? Siapa yang berhak menentukan arah yang mesti dihadap oleh umat Islam dalam melaksanakan ibadah solat? Kejadian perpindahan kiblat juga adalah jelas dan dari situ barulah kita boleh menyelusuri fungsi sebenar kiblat dalam beribadah kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Bangunan kaabah tersebut dibina semula oleh nabi ibrahim dan nabi ismail berlandaskan wahyu Allah kepada nabi ibrahim alaihi salam dan maqam ibrahim tersebut adalah batu dimana tapak nabi ibrahim berpijak untuk meninggikan binaan kaabah (wallahu alam). .."jadikanlah maqam ibrahim sebagai tempat solat"..merujuk kepada tempat solat dan arah kiblat yang jelas adalah kaabah. Tidak ada kontra disini. Jadi jika maqam nabi ibrahim pun menghadap kearah kaabah, maka kita yang berada jauh daripada tanah haram, perlu mengambil iktibar bahawa kiblat sepertimana yang disebut sebagai.."jadikanlah maqam ibrahim sebagai tempat solat" adalah menjadi center point bahawa arah yang patut kita hadap dalam beribadah kepada Allah adalah sama dan makna beribadah bukannya semata-mata melakukan gerak-geri sahaja, malah ia meliputi seluruh amalan yang menjadi perintah sebenar didalam AlQuran dan diberikan contoh oleh junjungan besar kita nabi muhammad saw iaitu mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh ketaqwaan serta melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.

Kata KIBLAT sama sekali tidak pernah dihubungkan dengan kata SALAT,
hanya 'ulama' saja yang memandai-mandai dan menghubungkannya.
hanya 'ulama' saja yang memandai-mandai dan menghubungkannya.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6070
Registration date : 2010-04-21
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Siapa kata kiblat berhubung dengan solat. Solat hanya diperintahkan menghadap kiblat bukan menyembah kiblat. Dalam solat kita menyembah Allah semata-mata.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5811
Registration date : 2010-05-12
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
PenjunjungEhsan wrote:Siapa kata kiblat berhubung dengan solat. Solat hanya diperintahkan menghadap kiblat bukan menyembah kiblat. Dalam solat kita menyembah Allah semata-mata.
Salam,
Kalau solat hanya diperintahkan mengadap kiblat, bukankah ada hubungan di situ? Ada ayat al-quran yang berhubung tak?
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
faried wrote:Admin wrote:
3:97. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Masuk ke mana, apa masuk ke kabah?
Tidak mungkin manusia yang banyak masuk ke dalam kabah, dan jika masuk tidak dapat dijamin akan merasa aman dan tentram.
Salam.
Salam,
Dan yang peliknya orang kebanyakan dilarang masuk ke dalam kiub itu. Hanya pembesar2 agama dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Nampak sangat ada sesuatu yang cuba disembunyikan di dalamnya dari diketahui orang lain.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
PenjunjungEhsan wrote:Siapa kata kiblat berhubung dengan solat.
Jika tidak berhubungan, kenapa harus menghadap ke kiblat kalau melakukan ritual salat?
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6070
Registration date : 2010-04-21
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
faried wrote:PenjunjungEhsan wrote:Siapa kata kiblat berhubung dengan solat.
Jika tidak berhubungan, kenapa harus menghadap ke kiblat kalau melakukan ritual salat?
Awak disuruh oleh bapa awak membeli gula daripada pak abu, tapi kedai pak abu tutup, jadi untuk mendapat gula juga, awak beli daripada pak kassim. Apa yang penting gula ada.
Anggap, 'kiblat' sama dengan 'gula'. 'Solat' sama dengan 'membeli'. Walaupun kita tak tahu dimana 'gula', kita tetap menghala kepada gula untuk di'beli'. Samalah dengan 'kiblat', walaupun kita dimana sahaja, 'solat' tetap dilaksanakan dan 'kiblat' tetap kita cari.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5811
Registration date : 2010-05-12
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
PenjunjungEhsan wrote:faried wrote:PenjunjungEhsan wrote:Siapa kata kiblat berhubung dengan solat.
Jika tidak berhubungan, kenapa harus menghadap ke kiblat kalau melakukan ritual salat?
Awak disuruh oleh bapa awak membeli gula daripada pak abu, tapi kedai pak abu tutup, jadi untuk mendapat gula juga, awak beli daripada pak kassim. Apa yang penting gula ada.
Anggap, 'kiblat' sama dengan 'gula'. 'Solat' sama dengan 'membeli'. Walaupun kita tak tahu dimana 'gula', kita tetap menghala kepada gula untuk di'beli'. Samalah dengan 'kiblat', walaupun kita dimana sahaja, 'solat' tetap dilaksanakan dan 'kiblat' tetap kita cari.
'kiblat' sama dengan 'gula'.
'Solat' sama dengan 'membeli'
Artinya gula ada jika dibeli,
dan harus membeli supaya ada gula,
sehingga
beli dan gula berhubungan erat.
Jadi kiblat dan salat juga berhubungan, dan tidak mungkin berdiri sendiri.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6070
Registration date : 2010-04-21
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,
Anggap sajalah analogi dalam mengintepretasikan kefahaman terhadap kepentingan kiblat dan solat adalah wajib didirikan. Kalau tak membeli tak ada gula. Jadi kalau tak solat, bermakna tak melaksanakan perintah Allah.
Anggap sajalah analogi dalam mengintepretasikan kefahaman terhadap kepentingan kiblat dan solat adalah wajib didirikan. Kalau tak membeli tak ada gula. Jadi kalau tak solat, bermakna tak melaksanakan perintah Allah.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5811
Registration date : 2010-05-12
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
PenjunjungEhsan wrote:Salam,

Jadi, jika tiada ayat yang berkaitan hubungan solat dan kiblat, tak usahlah mengada-adakan dakwaan pula.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,
Hajj atau penyelidikan ditetapkan oleh Tuhan supaya dilakukan oleh semua manusia - bukan "orang Islam saja". Siapa yang menjadi penyelidik, Tuhan samakan statusnya sebagaimana status Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mengenal dan mengagungkan Tuhan di atas usaha beliau melakukan penyelidikan sendiri. Dan beliau juga membangunkan kawasan yang tandus menjadi makmur hasil usaha penyelidikan yang beliau lakukan bersama anaknya.
--> 3:97 Di dalamnya adalah bukti-bukti yang nyata, status Ibrahim dan sesiapa memasukinya akan selamat dan penyelidikan terhadap sistem adalah tanggungjawab manusia demi Tuhan ke atas setiap orang yang mampu menemui kaedahnya. Dan kepada sesiapa yang tidak percaya, maka sesungguhnya Tuhan wujud dengan Sendiri, mengatasi semua keperluan alam.
--> Transliterasi 3:97 Feehi ayatun bayyinatun maqamu ibraheema waman dakhalahu kana aminan walillahi AAala alnnasi hijju albayti mani istataAAa ilayhi sabeelan waman kafara fainna Allaha ghaniyyun AAani alAAalameena
Ini satu lagi ayat yang selaras dan saling memperkukuh dengan 3:97.
--> 2:125 “Dan Kami jadikan sistem ini sebagai satu kurniaan kepada manusia dan satu keharmonian – dan kamu harus mengambil teladan status Ibrahim yang komited. Dan kami perintahkan Ibrahim dan Ismail supaya mereka bersihkan sistemKu untuk mereka yang mahu membiasakan diri dan mereka yang berdedikasi dan mereka yang akur dan merendah diri”.
Transliterasi 2:125 Waith jaAAalna albayta mathabatan lilnnasi waamnan waittakhithoo min maqami ibraheema musallan waAAahidna ila ibraheema waismaAAeela an tahhira baytiya lilttaifeena waalAAakifeena waalrrukkaAAi alssujoodi
Sistem yang dimaksudkan dalam dua ayat di atas pada pendapat saya adalah sistem kehidupan yang Tuhan telah hamparkan sebagai kurniaan kepada manusia. Pada dasarnya sistem itu adalah alam keseluruhannya.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6408
Registration date : 2009-10-02
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,Admin wrote:Salam,
3:97. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Dari terjemahan di atas, Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji.
Namun, hanya mereka yang menganut islam sahaja yang mengerjakannya sedangkan dalam terjemahan tersebut Allah mewajibkan manusia. Maknanya, mereka yang merasakan diri mereka manusia wajib mengerjakan ritual tersebut. Tak kisahlah penganut beragama islam atau agama lain.
Berbanding jika kalimat hajj diterjemahkan sebagai penyelidikan, ianya masuk akal sebab manusia (tak kira golongan, bangsa, kepercayaan dsb) wajib melakukannya bagi yang mampu.
Benar Admin. Ayat di atas jelas menunjukkan "hajj" wajib dikerjakan oleh manusia tanpa mengira mereka beragama Islam atau tidak. Tetapi dalam amalan ritual mengelilingi batu yang dikatakan "Haji" itu, ia dikatakan "wajib" kepada orang beragama Islam yang mampu sahaja. Mereka meletakkan batas-batas tertentu, sedangkan Allah tidak pernah kata macam itu pun.
Itu menunjukkan hajj yang diwajibkan kepada manusia itu bukannya amalan ritual mengelilingi batu (kerana amalan itu terhad kepada yang mengaku beragama Islam sahaja), tetapi adalah penyelidikan kerana jika manusia tidak buat penyelidikan, pasti kita tidak dapat manfaat-manfaat daripadanya seperti manusia hari ini dapat. Penyelidikan tidak terbatas mengikut akuan agama seseorang manusia.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,PenjunjungEhsan wrote:faried wrote:PenjunjungEhsan wrote:Siapa kata kiblat berhubung dengan solat.
Jika tidak berhubungan, kenapa harus menghadap ke kiblat kalau melakukan ritual salat?
Awak disuruh oleh bapa awak membeli gula daripada pak abu, tapi kedai pak abu tutup, jadi untuk mendapat gula juga, awak beli daripada pak kassim. Apa yang penting gula ada.
Anggap, 'kiblat' sama dengan 'gula'. 'Solat' sama dengan 'membeli'. Walaupun kita tak tahu dimana 'gula', kita tetap menghala kepada gula untuk di'beli'. Samalah dengan 'kiblat', walaupun kita dimana sahaja, 'solat' tetap dilaksanakan dan 'kiblat' tetap kita cari.
Perumpamaan yang tidak tepat. Kiblat adalah arah, bukannya objek, maka tidak sesuai disamakan dengan "gula". Kalau "gula" itu diumpamakan dengan "kiub batu", barulah kena kerana ia sama-sama objek.
PenjunjungEhsan wrote:Salam,
Anggap sajalah analogi dalam mengintepretasikan kefahaman terhadap kepentingan kiblat dan solat adalah wajib didirikan. Kalau tak membeli tak ada gula. Jadi kalau tak solat, bermakna tak melaksanakan perintah Allah.
Tetapi "kiub" gula tidak diwajibkan dalam makanan. Malah yang terlebih makan gula juga boleh kena bermacam-macam penyakit terutama penyakit kencing manis. Begitulah kiub batu tidak diwajibkan dalam kehidupan, malah yang terlebih mengadap batu juga ramai yang terkena bermacam-macam penyakit terutama penyakit malas memikirkan Al Quran dan suka menurut membuta-tuli.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
juang wrote:Tetapi "kiub" gula tidak diwajibkan dalam makanan. Malah yang terlebih makan gula juga boleh kena bermacam-macam penyakit terutama penyakit kencing manis. Begitulah kiub batu tidak diwajibkan dalam kehidupan, malah yang terlebih mengadap batu juga ramai yang terkena bermacam-macam penyakit terutama penyakit malas memikirkan Al Quran dan suka menurut membuta-tuli.
Salam,
Awak tak memisahkan antara pekara yang menjadi hukum dalam Islam dan perkara yang menjadi amalan hidup dalam Islam. Islam itu indah dan mudah. AlQuran dijjadikan sebagai panduan dalam beribadah tetapi dalam hal kehidupan harian panduan assunnah memudahkan urusan. Jika AlQuran mengatakan semua makanan yang halal dan baik boleh dimakan, maka tugas kita mencari makanan tersebut kecuali yang nyata haram seperti khinzir/babi. Jadi awak seperti rojak yang bersoskan bolognaise tapi tak letak keju dan peperoni dalamnya. Senang cerita, agama menggariskan hukum yang telah tetap sehingga ke hari kiamat. Urusan harian adalah keperluan manusia setempat dan nabi saw menyerahkannya kepada manusia untuk menilai dan melaksanakannya dengan berpandukan tauhid dan keimanan.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5811
Registration date : 2010-05-12
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam PE,
Hanya sunnah Tuhan yang tetap sampai hari kiamat. Kita disuruh oleh Tuhan supaya mempelajari dan memahami sunnah Tuhan untuk dimanfaatkan. Itulah jalan yang lurus dan universal. Hukum agama pula tidak ada kena mengena dengan sunnah Tuhan. Malah dengan ketetapan-ketetapan Tuhan yang khusus pun bercanggah sana sini. Maklumlah agama itu kan ciptaan manusia.
Hanya sunnah Tuhan yang tetap sampai hari kiamat. Kita disuruh oleh Tuhan supaya mempelajari dan memahami sunnah Tuhan untuk dimanfaatkan. Itulah jalan yang lurus dan universal. Hukum agama pula tidak ada kena mengena dengan sunnah Tuhan. Malah dengan ketetapan-ketetapan Tuhan yang khusus pun bercanggah sana sini. Maklumlah agama itu kan ciptaan manusia.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6408
Registration date : 2009-10-02
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam TM,
Jika mengatakan demikian, dimana letaknya keislaman seseorang jika hidup tidak berhukum dengan hukum Islam dan dimana letaknya keimanan seseorang jika tindakan menolak risalah Islam yang dibawa nabi muhammad saw sama seperti nasrani menolak risalah nabi isa almasih dan yahudi menolak risalah nabi musa alaihisalam. Bezanya kita dengan ahli kitab ialah menegakkan syariat Islam dengan berpandukan sunnah rasullullah saw yang diwahyukan AlQuran.
Jika mengatakan demikian, dimana letaknya keislaman seseorang jika hidup tidak berhukum dengan hukum Islam dan dimana letaknya keimanan seseorang jika tindakan menolak risalah Islam yang dibawa nabi muhammad saw sama seperti nasrani menolak risalah nabi isa almasih dan yahudi menolak risalah nabi musa alaihisalam. Bezanya kita dengan ahli kitab ialah menegakkan syariat Islam dengan berpandukan sunnah rasullullah saw yang diwahyukan AlQuran.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5811
Registration date : 2010-05-12
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam PE,
Mana ada Tuhan kata kita kena hidup berhukum dengan "hukum Islam" atau "syariat Islam". Cuba tuan baca betul-betul Siapakah yang sebenar-benarnya pemilik hukum atau syariat di dalam alam semesta ini.
Mana ada Tuhan kata kita kena hidup berhukum dengan "hukum Islam" atau "syariat Islam". Cuba tuan baca betul-betul Siapakah yang sebenar-benarnya pemilik hukum atau syariat di dalam alam semesta ini.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6408
Registration date : 2009-10-02
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Salam,PenjunjungEhsan wrote:Salam TM,
Jika mengatakan demikian, dimana letaknya keislaman seseorang jika hidup tidak berhukum dengan hukum Islam dan dimana letaknya keimanan seseorang jika tindakan menolak risalah Islam yang dibawa nabi muhammad saw sama seperti nasrani menolak risalah nabi isa almasih dan yahudi menolak risalah nabi musa alaihisalam. Bezanya kita dengan ahli kitab ialah menegakkan syariat Islam dengan berpandukan sunnah rasullullah saw yang diwahyukan AlQuran.
Tahukah saudara yang orang Nasrani menolak Injil tetapi menerima riwayat Nabi Isa (gospel)? Sama macam rata-rata orang Islam hari ini buat iaitu menolak Al Quran tetapi menerima riwayat Nabi Muhammad (as Sunnah)?
Kewujudan konsep "anak Tuhan" dalam kepercayaan orang-orang Nasrani bukan kerana Injil mengajarnya, tetapi kerana riwayat atas nama sahabat2 Nabi Isa yang dipanggil gospel itu. Ini menunjukkan punca orang Nasrani terdahulu terpesong daripada Injil bukan kerana ajaran Injil, tetapi kerana ajaran gospel. Ini yang berlaku majoriti orang yang mengaku Islam hari ini di mana mereka lebih percaya kitab riwayat daripada Al Quran.
Contohnya Al Quran kata langit hanya boleh ditembusi dengan manusia itu dapatkan kekuatan, tetapi penurut riwayat percaya Nabi tembus ke langit dengan tumpang buraq sahaja. Kalau Nabi sendiri berpengalaman tembusi langit tanpa perlukan apa-apa kekuatan (hanya tunggu buraq turun), tidaklah Nabi menyampaikan ayat Al Quran yang katakan langit hanya boleh ditembusi dengan kekuatan itu.
Gara-gara disuapkan dengan riwayat Nabi naik ke langit tanpa apa-apa usaha mendapatkan kekuatan, maka umat Islam hari ini jadi malas dan suka menunggu sahaja daripada berusaha untuk mencapai sesuatu yang kuat seperti sains dan teknologi. Maka bangsa-bangsa yang dikatakan bukan Islam itu pula lebih kuat daripada umat Islam hari ini yang antara teramai di dunia.
Cuba renung sejarah tanah Melayu dahulu. Ketika Jepun menyerang Malaya, bukannya bangsa-bangsa Arab itu yang tolong bantu orang Melayu. Masa konfrontasi Indon-Malaysia, bukannya askar-askar Arab yang datang bantu. Sebab masa itu pun orang-orang Arab sudah lemah dan berpecah-belah.
Jadi orang Melayu kena sedar sikit yang orang Arab itu bukannya wali-wali yang boleh kita jadikan tempat perlindungan. Jangan menurut membuta-tuli ajaran mereka. Ikutilah apa yang benar tidak kira daripada mana jua ia datang.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
Admin wrote:Inilah namanya pemikiran sekular, iaitu memisahkan keagamaan dengan urusan harian. Sedangkan disebut didalam AlQuran.."dikalangan kamu ada rasullullah"...maka kita hendaklah meyakini segala apa yang diajarkan rasullullah akan mendatang pahala daripada Allah dan berdosa jika melanggar perintah Allah. Ibadah bukan semata-mata solat lima kali sehari semalam, malah melakukan seks dengan isteri pun adalah ibadah dan mendapat pahala.
Salam,
Kalau nak beribadah/ mengabdikan diri kepada Tuhan, laksanakan lah komitmen kita dan buatlah perkara-perkara kebaikan. Yang pergi mengadap kiub batu itu buat apa? Itu bukan mengabdikan diri kepada Tuhan tapi mengabdikan diri kepada batu.
Ayat mana yang suruh buat komitmen?........
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09
Re: Mengadap dan Mengunjungi Kiub Batu
tolokminda wrote:Salam PE,
Mana ada Tuhan kata kita kena hidup berhukum dengan "hukum Islam" atau "syariat Islam". Cuba tuan baca betul-betul Siapakah yang sebenar-benarnya pemilik hukum atau syariat di dalam alam semesta ini.
jadi bagaimana nak memahami ayat2 berikut.....
........Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]
maka.......
.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]
......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [al-Maidah 5:45]
......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [al-Maidah 5:47]
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka...... [al-Maidah 5:49]
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09
Page 1 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|