Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Taurat & Musa
+5
Juang
silatgayung
tolokminda
faried
Zulia
9 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: Taurat & Musa
Zulia wrote:Orang Islam telah diajar perlaksanaan solat oleh Nabi saw.
Persoalannya, tata cara salat yang konon diajarkan oleh Nabi bertentangan dengan petunjuk tentang cara calat dalam Alquran.
Indikator yang sangat pasti yang diberikan dalam Alquran tentang orang yang mendirikan salat adalah pasti tercegah dari fahsya dan mungkar 29:45),
sedangkan
menurut 'Hadis' menegakkan salat = orang yang selalu mengerjakan ritual salat secara rutin dan terjadwal, dan orang demikian tidak terjamin untuk tidak melakukan fahsya dan mungkar.
Dengan demikian, tidak dapat tidak, penjelasan 'Hadis' harus diabaikan.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
faried wrote:silatgayung wrote:sebelum ini sibuk kata ada persamaan antara bible dan hadis.... tiba2 melompat ke hujah lain plak...
come on bro2 sekalian saya jugak telah membuktikan persamaan antara bible dan Al-quran jadi apa mcm??
Jika sama, maka tidak ada masalah,
tetapi
jika bertentangan dengan Alquran maka petunjuk bibel harus ditolak.
jadi kenape sebelum in kata hadis perlu ditolak kerana ada persamaan dengan bible?
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5376
Registration date : 2010-12-09
Re: Taurat & Musa
Salam SG,
Di dalam Al-Quran Tuhan ada melontarkan satu pertanyaan. Selepas KitabNya, hadis mana lagikah yang kamu mahu percaya?
Saya rasa elok tuan cari sendiri di mana ayat berkenaan.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6409
Registration date : 2009-10-02
Re: Taurat & Musa
Bukan hadis saja yang mempunyai sanad al Quran juga mempunyai sanad. Al quran juga diturunkan secara mutawatir , berikut adalah antara 10 qiraat alQuran yang mahsyur:-
10 wajah qiraat yg mutawatirah:
1. qiraat Ibn Kathir (Mekkah, w. 120H)
2. q_Abu Ja'afar (Madinah, w. 128H)
3. q_Nafi' (madinah, w. 168H)
4. q_ abu amru al-Ala' (Basrah, w.154H)
5. q_Yaaqub (Basrah, w.205H)
6. q_Ibn `Amir (Damsyiq, w 118H)
7. q_Asim, (Kufah, w. 127H)
8. Q_Hamzah (Kufah, w.156H)
9. q_al-Kisa`iy (Kufah, w. 189H)
10. q_khalaf al-Baghdadi (Kufah, w. 229H)
Al Quran diwarisi sebagaimana hadis dengan sanad-sanadnya , tempat asal dan tahunnya.
Qiraat ini dijadikan hujah oleh orang Kristian terhadap Islam.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6868
Registration date : 2009-12-23
Re: Taurat & Musa
Salam Zulia,
Tidak pula di dalam Al-Quran itu Tuhan kata Al-Quran mesti dibaca mengikut sanad dan sebagainya. Perbuatan mengada-adakan sanad kepada Al-Quran hanyalah satu penyembunyian kepada kebenaran bagi membolehkan ia ditafsirkan mengikut kitab-kitab riwayat sebagaimana yang telah dilakukan oleh umat Kitab terdahulu. Al-Quran itu membawa mesej yang universal. Ia tidak terkongkong dalam batasan bangsa, masa mahu pun tempat. Sunah Tuhan tidak melingkungi kehidupan manusia di tempat-tempat tertentu saja. Di mana saja pun sama.
Tidak pula di dalam Al-Quran itu Tuhan kata Al-Quran mesti dibaca mengikut sanad dan sebagainya. Perbuatan mengada-adakan sanad kepada Al-Quran hanyalah satu penyembunyian kepada kebenaran bagi membolehkan ia ditafsirkan mengikut kitab-kitab riwayat sebagaimana yang telah dilakukan oleh umat Kitab terdahulu. Al-Quran itu membawa mesej yang universal. Ia tidak terkongkong dalam batasan bangsa, masa mahu pun tempat. Sunah Tuhan tidak melingkungi kehidupan manusia di tempat-tempat tertentu saja. Di mana saja pun sama.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6409
Registration date : 2009-10-02
Re: Taurat & Musa
Salam,
Al Quran sudah menyatakan bahawa tanda-tanda ia diturunkan oleh Allah adalah tidak terdapat perselisihan yang banyak di dalamnya, bukan kerana sanadnya.
Berbeza dengan riwayat hadis, untuk menunjukkan kononnya riwayat itu benar, mereka guna kaedah sanad. Malangnya berlaku perselisihan di antara riwayat-riwayat itu. Riwayat Sunnah lain, riwayat Syiah lain kerana Syiah lebih utamakan keturunan Nabi sebagai sanad mereka dan melihat golongan Sunnah tak betul kerana guna sahabat Nabi sebagai sanad riwayat mereka. Itu membuktikan riwayat hadis bukannya diturunkan oleh Allah kerana wujudnya perselisihan yang banyak di antara mereka dan menyebabkan mereka berpecah-belah walaupun mengaku Islam.
Ikut Al Quran, pasti bersatu kerana ada satu sahaja Al Quran dan kita boleh periksa perselisihan ayat-ayat Al Quran itu jika ia bukannya daripada Allah.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Taurat & Musa
silatgayung wrote:faried wrote:silatgayung wrote:sebelum ini sibuk kata ada persamaan antara bible dan hadis.... tiba2 melompat ke hujah lain plak...
come on bro2 sekalian saya jugak telah membuktikan persamaan antara bible dan Al-quran jadi apa mcm??
Jika sama, maka tidak ada masalah,
tetapi
jika bertentangan dengan Alquran maka petunjuk bibel harus ditolak.
jadi kenape sebelum in kata hadis perlu ditolak kerana ada persamaan dengan bible?
Ketika keduanya bertentangan dengan Alquran, maka keduanya harus ditolak.
Last edited by faried on Wed Jan 05, 2011 9:00 am; edited 1 time in total
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
Zulia wrote:Bukan hadis saja yang mempunyai sanad al Quran juga mempunyai sanad. Al quran juga diturunkan secara mutawatir , berikut adalah antara 10 qiraat alQuran yang mahsyur:-
10 wajah qiraat yg mutawatirah:
1. qiraat Ibn Kathir (Mekkah, w. 120H)
2. q_Abu Ja'afar (Madinah, w. 128H)
3. q_Nafi' (madinah, w. 168H)
4. q_ abu amru al-Ala' (Basrah, w.154H)
5. q_Yaaqub (Basrah, w.205H)
6. q_Ibn `Amir (Damsyiq, w 118H)
7. q_Asim, (Kufah, w. 127H)
8. Q_Hamzah (Kufah, w.156H)
9. q_al-Kisa`iy (Kufah, w. 189H)
10. q_khalaf al-Baghdadi (Kufah, w. 229H)
Al Quran diwarisi sebagaimana hadis dengan sanad-sanadnya , tempat asal dan tahunnya.
Qiraat ini dijadikan hujah oleh orang Kristian terhadap Islam.
Adakah ayat Alquran yang tidak mutawatir?
Setahu saya tidak ada. Dengan demikian istilah mutawatir untuk Alquran adalah sama sekali tidak relevan.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
Sebab itulah kita percaya pada sanadnya kalau kita meragui sanadnya maka matannya juga dalam keraguan. Kalau kita kata tidak ada orang beriman sebelum kita, maka kita mahu ikut siapa?
Kecuali mereka yang tidak berpegang pada agama.
Kecuali mereka yang tidak berpegang pada agama.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6868
Registration date : 2009-12-23
Re: Taurat & Musa
Zulia wrote:Sebab itulah kita percaya pada sanadnya kalau kita meragui sanadnya maka matannya juga dalam keraguan. Kalau kita kata tidak ada orang beriman sebelum kita, maka kita mahu ikut siapa?
Kecuali mereka yang tidak berpegang pada agama.
Pertanyaan besar buat saya, sanad dan matan Alquran sangat diyakini,
tetapi mengapa petunjuknya diabaikan?
demi sumber yang sanad dan matannya masih diperdebatkan dan diragukan.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
faried wrote:Zulia wrote:Sebab itulah kita percaya pada sanadnya kalau kita meragui sanadnya maka matannya juga dalam keraguan. Kalau kita kata tidak ada orang beriman sebelum kita, maka kita mahu ikut siapa?
Kecuali mereka yang tidak berpegang pada agama.
Pertanyaan besar buat saya, sanad dan matan Alquran sangat diyakini,
tetapi mengapa petunjuknya diabaikan?
demi sumber yang sanad dan matannya masih diperdebatkan dan diragukan.
saya rasa orang tolak hadis yang meragui petunjuk Al-quran sebenarnya
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5376
Registration date : 2010-12-09
Re: Taurat & Musa
Salam,
Kalau meragui petunjuk al-quran, buat apa orang itu tolak riwayat hadis?
Hanya orang yang membuta-tuli ikut cakap si polan dari riwayat hadis itulah yang sebenarnya meragui petunjuk al-quran. Kalau si polan itu kata A, A lah kata mereka biar pun apa yang dikatakan oleh si polan itu bertentangan dengan petunjuk al-quran.
Jadi mereka lebih yakin dengan riwayat hadis dan meragui petunjuk al-quran.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7768
Registration date : 2008-04-07
Re: Taurat & Musa
tolokminda wrote:Salam Zulia,
Tidak pula di dalam Al-Quran itu Tuhan kata Al-Quran mesti dibaca mengikut sanad dan sebagainya. Perbuatan mengada-adakan sanad kepada Al-Quran hanyalah satu penyembunyian kepada kebenaran bagi membolehkan ia ditafsirkan mengikut kitab-kitab riwayat sebagaimana yang telah dilakukan oleh umat Kitab terdahulu. Al-Quran itu membawa mesej yang universal. Ia tidak terkongkong dalam batasan bangsa, masa mahu pun tempat. Sunah Tuhan tidak melingkungi kehidupan manusia di tempat-tempat tertentu saja. Di mana saja pun sama.
dan tidak pulak dalam Al-quran Allah mengatakan wahyu tidak boleh dibaca tanpa perawi.....
hehehehe.....
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5376
Registration date : 2010-12-09
Re: Taurat & Musa
Kitab Taurat (b. Arab: توراة, tawrāṯ) ialah salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Musa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Musa a.s. Kitab Injil merupakan kesinambungan kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu Zabur. Kitab Taurat kemudian diikuti dengan penurunan kitab Injil dan kitab suci yang terakhir iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.
Al-Quran menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Musa wafat dan Nabi Isa diangkat ke langit.
Di dalam surah al-Maidah, ayat 13 - 14, Allah Taala berfirman yang bermaksud : (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."
14."Dan di antara orang-orang yang berkata : Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami (tuhan) juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan."
* Di dalam Surah Ali 'Imran ayat ke 3 dan ke 4 (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
3. "Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Qur'an) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil".
4. Sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
* Surah Al-Maa'idah 5:46 "...Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa".
* Surah Al-Hadid 57:27 "...Kemudian Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara)"Rahbaniyah" (iaitu seperti bertapa di tempat-tempat yang terpencil, mengharamkan dirinya daripada berkahwin dan menjauhi kemewahan hidup)- merekalah sahaja yang mengadakan dan mereka(mencipta)nya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya ..."
Namun begitu, Al-Qur'an menyebut nama-nama kitab yang terdahulu dan kandungannya yang berupa ajaran kepada umat pada waktu tersebut, sebagai tanda kewajiban umat Islam mempercayai "kewujudannya" dan bukan sebagai ikutan , iaitu selepas turunnya Al-Qur'an. Sebagaimana ayat 3 dan 4 dalam Surah Ali 'Imran seperti yang tertulis di atas..

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5812
Registration date : 2010-05-12
Re: Taurat & Musa
PenjunjungEhsan wrote:Kitab Taurat (b. Arab: توراة, tawrāṯ) ialah salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Musa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Musa a.s.
Alquran sama sekali tidak menghubungkan Taurat dengan Musa.
Ajaran yang menyatakan bahwa Kitab Taurat mengandung wahyu Allah kepada Nabi Musa adalah ajaran di luar Alquran.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
PenjunjungEhsan wrote:
* Di dalam Surah Ali 'Imran ayat ke 3 (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
3. "Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Qur'an) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil".
Bagaimana bayna yadayhi dapat diterjemahkan dengan dahulu daripadanya?
3:3 Al-Imran (The Family of Imran)
Nazzala AAalayka alkitaba bialhaqqi musaddiqan lima bayna yadayhi waanzala alttawrata waalinjeela
Padahal bayna yadayhi = antara kedua tangannya.
Seharusnya anda takut dengan:
PenjunjungEhsan wrote:Di dalam surah al-Maidah, ayat 13, Allah Taala berfirman yang bermaksud : (dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)
13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
Boleh awak buktikan ayat dalam Quran atau Hadits menunjukkan Injil tidak sama dengan Bible??faried wrote:Zulia wrote:
Walaupun tiada di dalam Quran.Apakah yang dipercayai oleh umum itu merujuk pada apa yang dikatakan oleh Injil. Dan al Quran tidak menolak Injil. Apa kata bapak?
Alquran membenarkan Taurat dan Injil.
Umum dipahami bahwa Injil = Bibel,
padahal
petunjuk Bibel bertentangan petunjuk Alquran.
Dengan demikian sangat mudah disimpulkan bahwa Injil tidak sama dengan Bibel.
Hanafi- Siswa-Siswi
- Number of posts : 45
Reputation : 0
Credits : 4753
Registration date : 2011-06-13
Re: Taurat & Musa
Bible kitabnya orang Kristian, Injil kitab yang diberikan kepada Isa Almasih, kalau ada persamaan bererti Bible menjiplak Injil.
antesa- Siswazah
- Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5015
Registration date : 2011-02-26
Re: Taurat & Musa
Hanafi wrote:Boleh awak buktikan ayat dalam Quran atau Hadits menunjukkan Injil tidak sama dengan Bible??faried wrote:Zulia wrote:
Walaupun tiada di dalam Quran.Apakah yang dipercayai oleh umum itu merujuk pada apa yang dikatakan oleh Injil. Dan al Quran tidak menolak Injil. Apa kata bapak?
Alquran membenarkan Taurat dan Injil.
Umum dipahami bahwa Injil = Bibel,
padahal
petunjuk Bibel bertentangan petunjuk Alquran.
Dengan demikian sangat mudah disimpulkan bahwa Injil tidak sama dengan Bibel.
Bukti apa lagi yang anda inginkan,
sedangkan
telah nyata bahwa banyak isi Bibel yang bertentangan dengan Alquran,
sehingga
dapat dikatakan bahwa Bibel demikian tidak dapat dibenarkan oleh Alquran,
jadi
bertentangan dengan ayat yang menyatakan bahwa Alquran membenarkan Taurat dan Injil.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Taurat & Musa
Benar Faried. Al Quran membenarkan Injil. Jika Bible yang ada pada hari ini 100% asli Injil yang pernah dibenarkan oleh Al Quran, pasti kita lihat ajaran Al Quran dan Bible itu saling membenarkan antara satu sama lain. Ketidaksamaan ajaran Al Quran dengan Bible itulah bukti menunjukkan Bible bukannya Injil yang pernah Al Quran benarkan.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Page 2 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|