Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Oksigen dan Ilmu
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Oksigen dan Ilmu
Oksigen
1) Oksigen diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk terus hidup.
2) Kekurangan oksigen akan menyebabkan tubuh badan jadi lemah.
3) Ketiadaan oksigen pula menyebabkan tubuh badan tidak bergerak (mati).
4) Oksigen masuk ke dalam badan melalui proses pernafasan menggunakan paru-paru.
Ilmu
1) Ilmu diperlukan oleh jiwa manusia untuk terus hidup.
2) Kekurangan ilmu akan menyebabkan jiwa manusia itu lemah.
3) Ketiadaan ilmu pula menyebabkan jiwa tidak bergerak (tidak kreatif, kaku, beku, jumud).
4) Ilmu masuk ke dalam jiwa melalui proses berfikir menggunakan otak.
Bila kita nampak persamaan oksigen dan ilmu, kita akan nampak betapa bahayanya keadaan orang yang tidak mahu menggunakan akal itu iaitu seumpama orang yang menahan diri daripada bernafas yang menyebabkan mereka tercungap-cungap kelemasan.
Satu kaum yang malas berfikir bermakna risiko kaum itu akan mati dan pupus adalah sama seperti seorang yang tidak mahu bernafas walaupun ada paru-paru yang sempurna sifatnya.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Oksigen dan Ilmu
Salam,
Daripada penjelasan sdr juang, apa yang kita nampak sama ada oksigen mahupun ilmu adalah sesuatu yang amat penting untuk manusia. sama ada kurang atau tiada langsung akan menjejaskan seseorang individu.
Sebab itu, dalam al-quran banyak ayatNya yang menyuruh kita menggunakan akal. Begitu juga suruhan membaca untuk memperolehi ilmu.
Untuk mendapatkan ilmu itu ada banyak cara dan tidak terbatas kepada membaca sahaja. Tuhan suruh kita berjalan di muka bumi (mengembara) untuk melihat keadaan kaum lain. Juga sesuatu yang memberi pengalaman dan ilmu yang berguna untuk kita.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Oksigen dan Ilmu
Salam,
Oksigen sumber menghidupkan jasad, ilmu sumber menghidupkan jiwa.
Udara adalah ruang di mana pelbagai jenis gas bergerak. Paru-paru akan menyedut udara dan oksigen diserap ke dalam diri. Kemudian karbon dioksida dibebaskan.
Medium maklumat pula adalah ruang di mana kebenaran atau kepalsuan disebarkan (contohnya internet). Mata-telinga akan menyerap maklumat itu dan akal-lah yang menapis sama ada maklumat itu benar atau palsu. Yang benar dimasukkan ke dalam jiwa, dan yang dusta dibebaskan.
Bayangkan jika paru-paru tidak menapis gas-gas yang disedut, pasti karbon dioksida akan diserapkan kembali ke dalam badan yang boleh merosakkan tisu-tisu tubuh manusia. Begitulah jadinya jika manusia tidak menggunakan akal untuk menapis maklumat benar atau palsu, maka jika dia menurut membuta-tuli maklumat palsu itu yang seterusnya merosakkan jiwanya.
Kita nampak, pada anggota tubuh badan kita ada perumpamaan-perumpamaan untuk kita fahami proses-proses yang berlaku di alam rohani sendiri. Begitulah cara Tuhan mengajar manusia iaitu menunjukkan konsep-konsep yang berlaku di alam jasmani untuk pedoman alam rohani.
p/s: Yang dikatakan ilmu itu ada sesuatu yang benar dan mendatangkan manfaat.

Jika kita lihat seseorang itu tercungap-cungap dan menjadi lemah akibat kekurangan oksigen, maka secara logiknya kita bawakan dia ke hospital untuk dapatkan bekalan oksigen di sana agar kuat kembali. Kalau kita bawa orang itu mengadap busut 5 kali sehari, orang itu tidak akan pulih keadaannya kerana perbuatan itu suatu yang tak masuk akal.
Begitulah bila kita lihat satu kaum yang tercungap-cungap dan menjadi lemah akibat kekurangan ilmu, secara logiknya kita bawakan kaum itu ke pusat penyelidikan ilmu agar kuat kembali. Kalau dibawa kaum itu mengadap batu 5 kali sehari, kaum itu tidak akan pulih keadaannya kerana perbuatan itu suatu yang tak masuk akal.
Begitulah Allah buatkan perumpamaan-perumpamaan agar mudah kita faham erti hidup yang lebih bermakna.

Tuhan bekalkan udara (oksigen) kepada kita. Begitu juga dengan ilmu. Terpulanglah kepada kita sama ada mahu menghirup udara tersebut atau mendapatkan ilmu tersebut.
Tuhan bekalkan udara (oksigen) kepada kita. Begitu juga dengan ilmu. Terpulanglah kepada kita sama ada mahu menghirup udara tersebut atau mendapatkan ilmu tersebut.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Oksigen dan Ilmu
Salam,
Ketika kita menyedut udara melalui rongga seperti hidung dang mulut, ia menyamai proses kita menyerap maklumat melalui mata dan telinga.
Kemudian apabila udara masuk ke dalam paru-paru dan oksigen ditapis untuk diserap ke dalam tubuh badan melalui saluran darah, ia menyamai proses maklumat dialirkan ke otak untuk ditapis sama ada benar atau dusta sebelum kebenaran itu diserap ke dalam hati.
Jika dalam paru-paru tiada proses penapis berlaku, maka semua jenis gas akan meresap masuk tidak kira oksigen atau gas-gas yang memudaratkan sistem tubuh badan. Begitulah jadinya bila manusia itu tidak menggunakan akal, maklumat-maklumat dusta turut akan diserap memasuki jiwanya sehingga jadi kotor dengan penyakit bangga diri, bongkak, dan dengki.
Menjaga kebersihan udara agar tidak tercemar adalah satu perbuatan yang wajar agar udara kotor tidak masuk ke dalam jasad kita. Begitulah juga menjaga kebersihan maklumat agar tidak tercemar dengan pendustaan adalah satu perbuatan yang baik agar pndustaan itu tidak masuk ke dalam jiwa kita.
Pertumbuhan pokok-pokok di banyak kawasan dapat membantu membersihkan udara kita kerana gas seperti karbon dioksida akan diserap dan gas oksigen akan dibebaskan. Begitulah pertumbuhan sains dan teknologi dapat membantu melenyapkan pendustaan-pendustaan. Contohnya dengan adanya teknologi pengangkutan seperti kapal laut, kapal terbang, dan roket, pendustaan tentang bagaimana bentuk bumi dapat dilenyapkan. Sekarang ini semua manusia sudah nampak hakikat yang bumi adalah bulat. Begitu juga dengan banyak ilmu sains dan teknologi membukti kebenaran Al Quran, maka banyak kebenaran telah diperjelaskan.
Jadi seperti mana kita menggalakkan aktiviti menghijaukan semula bumi agar udara semakin bersih, seperti itulah kita patut menyokong pertumbuhan sains dan teknologi kerana ia mampu membersihkan maklumat daripada kekotoran.
Seperti mana masyarakat Barat sudah tidak mengagung-agungkan gospel-gospel si polan dan tidak menurut membuta-tuli ajaran gereja dan paderi mereka, seperti itulah seharusnya kita lakukan demi menjaga kebersihan jiwa.
Begitulah, pada jasad kita ini ada petunjuk-petunjuk Tuhan untuk menyelamatkan diri kita agar tidak ditipu orang orang-orang yang menyekutukan Allah itu. Dengan itu kita tidak hidup menurut membuta-tuli lagi.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|