e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Betapa mudah. I_vote_lcap6%Betapa mudah. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap23%Betapa mudah. I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap21%Betapa mudah. I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap8%Betapa mudah. I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap8%Betapa mudah. I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap6%Betapa mudah. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap6%Betapa mudah. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap0%Betapa mudah. I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap6%Betapa mudah. I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap4%Betapa mudah. I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap0%Betapa mudah. I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap1%Betapa mudah. I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap3%Betapa mudah. I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap1%Betapa mudah. I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Betapa mudah. I_vote_lcap5%Betapa mudah. I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
Juang (3494)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Betapa mudah. I_vote_lcapBetapa mudah. I_voting_barBetapa mudah. I_vote_rcap 

Keywords

2013  2011  2024  baqarah  2012  2010  


Betapa mudah.

4 posters

Go down

Betapa mudah. Empty Betapa mudah.

Post by PenjunjungEhsan Fri Jun 25, 2010 1:23 am

Salam kepada sesiapa yang mendapat petunjuk.

Orang selalu membandingkan sesuatu dengan apa yang hanya terpampang didepan mata atau yang terdengar di telinganya sahaja. Bukan sahaja melakukan penapisan malah memperincikan setiap dapatan yang mereka telah gariskan dan membuat kesimpulan salah dengan meletakkan bahawa apa yang dapat dibuktikan sahaja adalah petunjuk sebenar. Namun demikian, seringkali seseorang itu terlupa, dalam bidang agama perlu ditekankan bahawa rujukan kita adalah AlQuran dan petunjuk yang diberikan oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam iaitu hadith.

Golongan yang hanya memutar-mutar cakap atau kata-kata dengan memberikan takrifan songsang berkenaan sesuatu perkataan daripada terjemahan AlQuran atau struktur ayatnya, jelas hanya bermain jarum peniti dimalam gelap yang mereka tidak sedar jari-jemari mereka terkadang tercucuk lalu luka berdarah dan darah yang mengalir keluar dari tubuh mereka berbau hanyir seolah-olah mereka menghidap penyakit darah kotor yang kronik.

Mengapa sebahagian daripada ayat AlQuran yang mereka permainkan, kenapa mereka tidak mampu mengaitkan antara satu ayat dengan ayat AlQuran yang lain dan ketandusan akal busuk mereka menyebabkan mereka tidak mampu mengesan bahawa setiap ayat di dalam AlQuran boleh memberikan berbagai-bagai makna dan tafsiran.

Sedemikian banyak ayat-ayat yang terindah di dalam AlQuran tetapi apa yang mereka sering pertikaikan ialah perkataan 1. Solat, 2. Sujud, 3. Kiblat, 4. Masjidilharam, 5. Puasa, 6. Zakat, 7. Mandi wajib, 8. Taqdir, 9. Iman, 10. Munafik, 11. Syahadah, 12. kafir, 13. Dusta, 14. Israel, 15. ilmu, 16. sihir, 17. azan, 18. 'arab, 19. arab, 20. nabi, 21. sunnah, 22. kitab, 23. talak dan 24. perang. Mungkin ada banyak lagi yang mereka pertikaikan dan seperti yang kita sedia maklum, mempertikaikan perkataan di dalam AlQuran sama sahaja ertinya dengan menghina AlQuran dan sesiapa yang menghina AlQuran maka ia telah menjadi kafir.

Sesetengah kenyataan golongan yang suka membuat tafsiran sendiri ini ada yang benar dan kebanyakannya adalah dusta. Allah ta'ala memerintahkan kita agar berguru dengan alim-ulamak agar akidah kita tidak terpesong serta mengelakkan kita daripada membuat kenyataan yang bercanggah dengan apa yang telah difahami dan disepakati oleh seluruh umat Islam. Ini melibatkan perintah Allah dan bagi sesiapa yang bertujuan melakukan kajian terhadap isi kandungan AlQuran perlulah berguru terlebih dahulu dengan guru yang memahami AlQuran dan memahami sunnah nabi saw.

Sedikit kekhuatiran yang saya rasakan ialah, kemungkinan bahawa golongan tersebut adalah kafir juga munasabah kerana dalam penulisan saya sebelum ini, tanpa ragu merasakan penulisan golongan ini amat bercanggah dengan pemahaman Islam dan jika seorang muslim sekalipun yang langsung tidak berpendidikan agama Islam tidak akan tergamak mengeluarkan kata-kata kesat lagi penuh dengan kebencian terhadap AlQuran dan nabi muhammad saw.

Tugas sebagai mukmin adalah memberi peringatan dan menyampaikan tentang ajaran Islam yang sebenarnya kepada seluruh umat manusia kerana Nabi muhammad saw diturunkan untuk memimpin seluruh manusia kearah Islam. Jika terdapat penentangan, maka tugas sebagai Islam telah dilaksanakan dan hanya orang yang tidak mahu beriman sahaja yang sentiasa mempermainkan kita sepertimana Abu Lahab, Abu Jahal, Musailamah Alkazab dan beberapa orang kafir lagi di zaman rasullullah saw. Kerjaya para pendusta ini semakin dipopularkan oleh golongan yang berpura-pura mengikuti Islam dengan hanya berpegang kepada kitab tetapi pada masa yang sama memperlihatkan kebencian mereka terhadap Islam. Semoga sesiapa yang menempuh kerjaya Abu Lahab, Abu Jahal, Musailamah Alkazab dan beberapa orang kafir lagi akan menjadikan mereka bertambah lemah dan seterusnya menerima nasib seperti mereka juga iaitu masuk neraka.

Bagi golongan pembohong yang sering menuduh pembela Islam sebagai mengucapkan 'ini sihir yang nyata' sebenarnya ia menjadi belantan yang memukul kepala golongan pembohong itu kembali. Ketika kita sedang nyenyak tidur setelah seharian bertungkus-lumus mencari rezeki dan ilmu pengetahuan, golongan pembohong ini akan bersengkang mata dan fikiran mereka bergelora kerana usaha mereka selalu sahaja digagalkan oleh para pembela agama Islam dan betapa mudahnya mereka bersikap degil dan keras semata-mata mahu merendahkan ajaran Islam tanpa mempedulikan kedudukan mereka yang jelas didalam neraka kelak.


PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Betapa mudah. Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by tolokminda Fri Jun 25, 2010 1:26 am

Salam PE,

Orang yang menghina Al-Quran adalah mereka yang memesongkan maksud ayat-ayatnya untuk disesuaikan dengan kisah-kisah dalam kitab riwayat mereka.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Fri Jun 25, 2010 1:38 am

Salam,

Dan orang yang gagal kemukakan ayat-ayat Allah sebagai bukti. Mereka letakkan Al Quran lebih rendah nilainya daripada riwayat-riwayat mereka.

Common sense kita boleh nampak, jika seseorang itu ada kesungguhan pada Al Quran dan menjadikan Al Quran keutamaannya, maka apa jua keadaan pun mereka tetap memalingkan wajah mereka kepada Al Quran.

Tetapi bagi orang munafik, mulut sahaja manis kata ikut Al Quran, tetapi nak pandang isi dan pedoman Al Quran pun mereka tak mahu. Bila gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai bukti, mulalah mengatakan terjemahan atau tafsir si polan itu menurut nafsu. Tetapi tidak pula mereka bawakan terjemahan atau tafsiran yang tak mengikut nafsu daripada mereka.

Begitulah persamaan perangai orang-orang yang tidak percaya kepada Al Quran. Banyak bagi alasan daripada bawakan bukti ayat-ayat Tuhan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Zulia Fri Jun 25, 2010 1:50 am

Jadi orang yang mendustakan ayat Allah ini akan masuk Neraka ke bang?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Betapa mudah. PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Fri Jun 25, 2010 2:17 am

Salam,

Jika ada ayat-ayat Allah mengatakan orang yang mendustakan ayatNya akan masuk syurga, silalah kemukakan bukti.

Di sini kita berhujah bersandarkan bukti. Cakap-cakap kosong dan karut-marut, itu hanyalah amalan syaitan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Zulia Fri Jun 25, 2010 1:56 pm

saya bertanya , bukan berhujah, betulkah orang yang tidak tahu perkara yang sebenar, ia hanya berdusta terhadap tuhannya?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Betapa mudah. PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by tolokminda Fri Jun 25, 2010 2:53 pm

Salam Zulia,

Tidak tahu perkara sebenar tapi tak mengada-adakan yang tak ada tu masih okay lagi kot. Tapi kalau dah la tak tau apa yang benar pastu mengada-adakan hukum dan rukun kononnya ia suruhan Tuhan, itu barulah berdusta tentang Tuhan. Kita tak boleh berdusta terhadap Tuhan sebab Tuhan tahu, kita tak boleh tipu Tuhan. Tapi kalau berdusta tentang Tuhan kita boleh menipu manusia lain.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Fri Jun 25, 2010 5:17 pm

Salam,

Ketika kita masih bayi dahulu, kita tidak tahu perkara sebenar bahawa 1+1=2. Maka kita tidaklah dikatakan berdusta. Tetapi jika sudah dewasa dan sudah nampak bukti kira guna jari sendiri bahawa 1+1=2 tetapi kita nak kata jawapannya 3, itulah pendustaan namanya.

Begitulah masa tidak baca isi kandungan Al Quran dahulu, kita rasa beritual mengadap ke arah batu itu benar ikut ajaran Al Quran. Tetapi setelah baca Al Quran dan tahu bahawa tiada ketetapan Allah agar manusia kena buat begitu, tetapi kita kata Allah suruh buat amalan begitu, itulah berdusta namanya.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Zulia Fri Jun 25, 2010 6:04 pm

Mereka ini adalah yang menyelewengkan kitab? Betul tak bang.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Betapa mudah. PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 7:40 am

Salam,

Benar. Yang suruh sujud ke arah matahari, bulan atau binaan-binaaan manusia pastilah orang yang menyelewengkan Kitab Allah.

Kalau tidak senang-senang sahaja mereka mampu tunjukkan ayat-ayat Allah manakah yang menetapkan manusia kena beritual macam mereka lakukan.

Tetapi mereka tidak sedar kegagalan mereka menunjukkan bukti itu...
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 26, 2010 12:28 pm

Orang yang jelas menyeleweng daripada panduan AlQuran ialah orang yang menafikan arah kiblat, menafikan konsep kesatuan umat Islam yang berkiblatkan dengan arah kiblat yang satu dan ini menunjukkan bahawa umat Islam bersatu. Jika dibandingkan dengan golongan yang menyembah kemana-mana sahaja, maka samalah mereka dengan orang kafir yang tidak berkiblat yang satu seperti umat Islam.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Betapa mudah. Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 8:07 pm

Salam,

Tiada pula ayat Al Quran mengatakan kiblat bertujuan untuk menyatukan umat Islam. Pandai-pandai pula mereka buat hukum tanpa berdasarkan ayat Al Quran.

Yang sujud ke arah matahari pun satu arah "kiblat" mereka sebab ada satu sahaja matahari. Yang sujud ke arah bulan pun ada satu arah "kiblat" mereka sebab bulan ada satu sahaja. Jadi, bukankah yang sujud ke arah batu itu 2x5 sahaja dengan perangai orang yang sujud ke arah matahari mahupun bulan itu?

Kalau mereka kata kaum yang sujud ke arah matahari dan bulan itu kafir dan menyekutukan Allah, bukankah sebenarnya mereka pun sama juga? Tetapi seperti biasa, orang yang masuk bakul angkat sendiri memang tak sedar diri.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 26, 2010 8:59 pm

Juang wrote:Salam,

Tiada pula ayat Al Quran mengatakan kiblat bertujuan untuk menyatukan umat Islam. Pandai-pandai pula mereka buat hukum tanpa berdasarkan ayat Al Quran.

Tiada pula ayat AlQuran yang mengatakan berkiblat itu memecah-belahkan umat Islam. Pandai pula manusia yang mendarah daging perangai mengubah hukum didalam AlQuran yang kononnya tafsiran AlQuran sebenar padahal ia berbohong

Yang sujud ke arah matahari pun satu arah "kiblat" mereka sebab ada satu sahaja matahari. Yang sujud ke arah bulan pun ada satu arah "kiblat" mereka sebab bulan ada satu sahaja. Jadi, bukankah yang sujud ke arah batu itu 2x5 sahaja dengan perangai orang yang sujud ke arah matahari mahupun bulan itu?

Adakah patut matahari dikatakannya kiblat, sedang di dalam AlQuran tidak disebut pun matahari, bulan atau bangunan batu sebagai kiblat. Perangai tidak mencerminkan akidah seseorang kerana didalam AlQuran yang membezakan manusia adalah keimanan. Kalau seseorang sujud pun pada suatu benda, mungkin dia dalam keadaan terpaksa. Jadi perangai tidak mencerminkan akidah sebenar, tetapi perkataan yang menjurus kepada tidak beriman, memang sah sujud kepada selain Allah ta'ala.

Kalau mereka kata kaum yang sujud ke arah matahari dan bulan itu kafir dan menyekutukan Allah, bukankah sebenarnya mereka pun sama juga? Tetapi seperti biasa, orang yang masuk bakul angkat sendiri memang tak sedar diri.

AlQuran yang menyatakan demikian. Kalau awak kata Allah yang masuk bakul sebenarnya sifat takabbur hanya milik Allah ta'ala semata-mata dan tidak layak bagi makhluk menyerupai Allah dalam apa keadaan.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Betapa mudah. Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 9:49 pm

PenjunjungEhsan wrote:
Tiada pula ayat AlQuran yang mengatakan berkiblat itu memecah-belahkan umat Islam. Pandai pula manusia yang mendarah daging perangai mengubah hukum didalam AlQuran yang kononnya tafsiran AlQuran sebenar padahal ia berbohong
Siapalah pula kata berkiblat itu memecah-belahkan umat Islam? Tak perlu kata pun, realitinya umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. Sudahlah lemah, pemalas belajar pula tu. Sudahlah pemalas belajar, diseru kepada Al Quran, banyak pula alasan.

Adakah patut matahari dikatakannya kiblat, sedang di dalam AlQuran tidak disebut pun matahari, bulan atau bangunan batu sebagai kiblat.
Perangai tidak mencerminkan akidah seseorang kerana didalam AlQuran yang membezakan manusia adalah keimanan. Kalau seseorang sujud pun pada suatu benda, mungkin dia dalam keadaan terpaksa. Jadi perangai tidak mencerminkan akidah sebenar, tetapi perkataan yang menjurus kepada tidak beriman, memang sah sujud kepada selain Allah ta'ala.
Tahu pun Al Quran tak sebut matahari, bulan atau bangunan batu adalah kiblat. Yang mereka pergi beritual mengadap bangunan batu atas alasan itulah kiblat buat apa? Sendiri buat, sendiri tak mengaku. Perangai tidak mencerminkan orang yang ikut Al Quran dan Sunnah.

Bukankah Al Quran ada sebut "tiada paksaan dalam agama"? Apa ke halnya mereka nak sujud dalam keadaan terpaksa? Pedoman Al Quran semudah itu pun mereka gagal nak fikirkan. Memang sah tak ikut Al Quran.

AlQuran yang menyatakan demikian. Kalau awak kata Allah yang masuk bakul sebenarnya sifat takabbur hanya milik Allah ta'ala semata-mata dan tidak layak bagi makhluk menyerupai Allah dalam apa keadaan.
Al Quran juga bawa kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya abdikan diri kepada binaan-binaan manusia. So kena tak ikut pedoman Nabi Ibrahim itu.

Jangan hanya tahu mengatakan berhala pada ritual mengadap matahari, bulan atau patung, beritual kepada mana-mana objek khusus itu pun kenalah dikatakan amalan menyekutukan Allah. Kalau amalan tradisi kaum lain sahaja dikatakan salah, tetapi amalan tradisi kaum sendiri dikatakan benar, bukankah itu golongan masuk bakul angkat sendiri?

Bila masa pula kita kata Allah masuk bakul? Kita kata kaum yang hanya angkat amalan tradisinya benar walaupun bersalahan dengan Al Quran.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 26, 2010 10:53 pm

Juang wrote:
PenjunjungEhsan wrote:
Tiada pula ayat AlQuran yang mengatakan berkiblat itu memecah-belahkan umat Islam. Pandai pula manusia yang mendarah daging perangai mengubah hukum didalam AlQuran yang kononnya tafsiran AlQuran sebenar padahal ia berbohong
Siapalah pula kata berkiblat itu memecah-belahkan umat Islam? Tak perlu kata pun, realitinya umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. Sudahlah lemah, pemalas belajar pula tu. Sudahlah pemalas belajar, diseru kepada Al Quran, banyak pula alasan.

Awak sahaja yang beranggapan sedemikian. Apa golongan kafir tak berpecah belah ke? Orang menganggap umat Islam lemah pada dasarnya bukan daripada golongan Islam itu sendiri. Hanya permata yang mengenal ma'nikam. Pemalas belajar hanya pada benda-benda yang mendatangkan dosa dan maksiat dan Islam sentiasa mengasah minda umatnya agar lebih bermutu daripada golongan yang mengasah lidah untuk menyakiti orang lain. Seru kepada AlQuran, tetapi sebenarnya awak berniat untuk mengelirukan umat Islam dengan tafsiran berbuar sentimen perkauman dan perasaan kebencian terhadap sesama Islam. Itu yang awak seru?

Adakah patut matahari dikatakannya kiblat, sedang di dalam AlQuran tidak disebut pun matahari, bulan atau bangunan batu sebagai kiblat.
Perangai tidak mencerminkan akidah seseorang kerana didalam AlQuran yang membezakan manusia adalah keimanan. Kalau seseorang sujud pun pada suatu benda, mungkin dia dalam keadaan terpaksa. Jadi perangai tidak mencerminkan akidah sebenar, tetapi perkataan yang menjurus kepada tidak beriman, memang sah sujud kepada selain Allah ta'ala.
Tahu pun Al Quran tak sebut matahari, bulan atau bangunan batu adalah kiblat. Yang mereka pergi beritual mengadap bangunan batu atas alasan itulah kiblat buat apa? Sendiri buat, sendiri tak mengaku. Perangai tidak mencerminkan orang yang ikut Al Quran dan Sunnah.

Dah mengaku pun menokok tambah isi kandungan AlQuran dengan menipu umat Islam kononnya matahari itu kiblat. Biar terjegil mata awak menahan geram sebab dah terbongkar kejahatan awak.

Ritual? Awak bengong ke? Mana ada ritual, berjimak, membaca, komitmen dan belajar tu yang sebenarnya ritual yang awak agung-agungkan.

Bukankah Al Quran ada sebut "tiada paksaan dalam agama"? Apa ke halnya mereka nak sujud dalam keadaan terpaksa? Pedoman Al Quran semudah itu pun mereka gagal nak fikirkan. Memang sah tak ikut Al Quran.

Memang tiada paksaan dalam beragama selagi individu itu kafir, tapi kalau dah Islam kewajipan keatasnya merupakan tanggungjawab yang berat untuk ia pikul, bukannya lari daripada tanggungjawab sebenar contohnya tak nak bersolat kemudian diertikan oleh si pembohong bahawa cukup dengan hanya membaca dan berkomitmen sahaja. Itu tidak bertanggungjawb namanya.

Al Quran juga bawa kisah Nabi Ibrahim melarang kaumnya abdikan diri kepada binaan-binaan manusia. So kena tak ikut pedoman Nabi Ibrahim itu.

Ini sebagai bukti bahawa Allah menceritakan kepada nabi saw tentang keadaan para nabi sebelum baginda rasullullah saw diutuskan lagi. Syariat nabi muhammad saw adalah jelas dan tidak ada kisah pun yang mengatakan puak kafir menyembah Allah semata-mata, melainkan menyekutukanNya dengan benda ataupun makhluk.

Jangan hanya tahu mengatakan berhala pada ritual mengadap matahari, bulan atau patung, beritual kepada mana-mana objek khusus itu pun kenalah dikatakan amalan menyekutukan Allah. Kalau amalan tradisi kaum lain sahaja dikatakan salah, tetapi amalan tradisi kaum sendiri dikatakan benar, bukankah itu golongan masuk bakul angkat sendiri?

Bila masa pula kita kata Allah masuk bakul? Kita kata kaum yang hanya angkat amalan tradisinya benar walaupun bersalahan dengan Al Quran.

Awak kata kiblat awak AlQuran atau dimana-mana sahaja, sama sahaja ianya berupa ritual yang awak ada-adakan. Berbanding solat, ritual awak nampak rapuh sebab menggabungkan perbuatan rutin dengan perbuatan khusus yang mana jika seorang nabi tidak diutus sekali pun, puak kafir tahu mengerjakannya seperti membaca kitab veda dan sebagainya. Sebab itu nabi diutus, untuk menunjukkan cara ibadah yang sebenarnya contohnya solat. Kebanyakan sahabat solat dibelakang nabi, jadi riwayat mereka konsisten bahawa cara solat adalah seperti yang diamalkan umat Islam yang rata-ratanya bukannya membaca=komitmen=belajar dan yang sebenarnya brahmin dan sami budha lagi banyak membaca=komiten=belajar dari Juang, Bayau, Tolokminda dan faried lakukan. Wallahu'alam bissawab.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Betapa mudah. Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Juang Sun Jun 27, 2010 2:43 am

PenjunjungEhsan wrote:Awak sahaja yang beranggapan sedemikian. Apa golongan kafir tak berpecah belah ke?
salam,

Jika ikut perspektif Al Quran, yang suka berpecah-belah itulah kafir. Ini membuktikan setakat pengakuan mulut sahaja mengaku Islam, tetapi realiti suka berpecah-belah, samalah perangai macam kaum kafir terdahulu.

Orang menganggap umat Islam lemah pada dasarnya bukan daripada golongan Islam itu sendiri. Hanya permata yang mengenal ma'nikam.
Masalahnya yang lemah dan berpecah-belah itu layakkah dikatakan Islam? Mana ada dalam Al Quran sebut, ciri-ciri umat Islam itu kena bodoh, lemah dan berpecah-belah? Kalau ada, tunjukkanlah ayat-ayatnya. Jadi, selagi bodoh, pemalas dan berpecah-belah, jangan nak perasan sudah Islam.

Pemalas belajar hanya pada benda-benda yang mendatangkan dosa dan maksiat
Al Quran tidak meletakkan hukum berdosa belajar sains dan mencipta teknologi. Tetapi kenapa mereka pemalas belajar bidang yang Allah tidak datangkan dosa itu? Kenapa dalam bab berebut kuasa, berpecah-belah dan berpuak-puak yang jelas Al Quran melarangnya, mereka pergi belajar buat kerja-kerja tak senonoh itu?

dan Islam sentiasa mengasah minda umatnya agar lebih bermutu daripada golongan yang mengasah lidah untuk menyakiti orang lain. Seru kepada AlQuran, tetapi sebenarnya awak berniat untuk mengelirukan umat Islam dengan tafsiran berbuar sentimen perkauman dan perasaan kebencian terhadap sesama Islam. Itu yang awak seru?
Bodohnya manusia itu, baca tulisan orang lain pun dia rasa sakit. Bukannya tulisan itu pergi lukakan jasad mereka pun, kenapa nak sakit pula? Sakit hati ke?

Apabila mereka rasa sakit hati, itu menunjukkan mereka buat benda-benda yang Al Quran larang. Siapa makan cili, merekalah yang rasa pedas. Sudah tahu tak tahan pedas, janganlah makan cili.

Macam itulah sakit hatinya orang-orang Yahudi dan Nasrani kepada Rasulullah walaupun Rasulullah hanya ajak mereka kembali kepada Taurat dan Injil sahaja.

Dah mengaku pun menokok tambah isi kandungan AlQuran dengan menipu umat Islam kononnya matahari itu kiblat. Biar terjegil mata awak menahan geram sebab dah terbongkar kejahatan awak.
Bila masa pula kita kata matahari itu adalah kiblat. Kalau kita kata matahari itu kiblat, sudah pasti kita suruh manusia lain bersujud ke arah matahari seperti orang yang jadikan bangunan batu itu arah kiblat.

Kita hanya buat kiasan mengikut apa yang orang yang kata bangunan batu itu adalah arah kiblat agar mereka sedar diri yang mereka tidak bercakap berdasar ayat-ayat Allah seperti golongan yang bersujud ke arah matahari itu. Biar nampak persamaan mereka.

Saya tak perlu menahan geram sebab saya tak suruh manusia sujud ke arah mana-mana objek khusus. Yang kata rasa sakit hati itulah yang terjegil matanya menahan geram. Sendiri makan cili, pergi geram kat orang lain bila rasa pedas. Apa daa...

Ritual? Awak bengong ke? Mana ada ritual, berjimak, membaca, komitmen dan belajar tu yang sebenarnya ritual yang awak agung-agungkan.
Ayat biasa orang kehabisan hujah. Orang yang suruh sujud mengadap patung pun takkan mengaku amalannya itu tak betul. 2x5 sahaja mereka itu.

Memang tiada paksaan dalam beragama selagi individu itu kafir, tapi kalau dah Islam kewajipan keatasnya merupakan tanggungjawab yang berat untuk ia pikul, bukannya lari daripada tanggungjawab sebenar contohnya tak nak bersolat kemudian diertikan oleh si pembohong bahawa cukup dengan hanya membaca dan berkomitmen sahaja. Itu tidak bertanggungjawb namanya.
2.256. Tidak ada paksaan dalam agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Tidak pula ayat 2:256 menetapkan hukum "tiada paksaan dalam agama selagi individu itu kafir". Pandai-pandai sahaja tokok tambah hukum. Kalau daripada kisah Firaun, dia memaksa kaumnya menurut agama rekaannya. Jadi tak logik Islam itu agama paksaan.

Sudahlah tokok tambah ayat Al Quran, kemudian nak samakan Islam dengan agama Firaun yang berunsur paksaan itu. Nampak sangat tak ambil pedoman Al Quran.

Orang yang ambil cara solat pada kitab riwayat itulah yang lari daripada tanggungjawab. Entah bila masa ada ayat Al Quran suruh cari cara solat dalam kitab riwayat, tidak pula mereka tunjukkan. Tak sedar diri punya manusia.

Ini sebagai bukti bahawa Allah menceritakan kepada nabi saw tentang keadaan para nabi sebelum baginda rasullullah saw diutuskan lagi. Syariat nabi muhammad saw adalah jelas dan tidak ada kisah pun yang mengatakan puak kafir menyembah Allah semata-mata, melainkan menyekutukanNya dengan benda ataupun makhluk.
Sebab syariat Nabi Muhammad sudah jelaslah kita ikut Al Quran sahaja. Lainlah Al Quran ada kata, ia tidak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelasnya.

Cakap tak serupa bikin. Kata syariat Muhammad sudah jelas, tetapi pergi cari kitab riwayat seolah-olah syariat Muhammad tak jelas disampaikan semasa baginda masih hidup.

Oleh kerana orang-orang kafir menyekutukan Allah dengan benda atau makhluk, sebab itulah kita tak turut membuta-tuli kitab riwayat itu sebab perawi itu bukannya sekutu Tuhan untuk dipercayai kebenarannya. Apatah lagi Al Quran tak pernah beri pengiktirafan kepada mereka.


Awak kata kiblat awak AlQuran atau dimana-mana sahaja, sama sahaja ianya berupa ritual yang awak ada-adakan.
Kalau Al Quran itu amalan ritual, tentu saya kena tetapkan rukun-rukun khusus untuk mengadap Al Quran. Tetapi saya mengadap Al Quran seperti saya makan. Bila rasa nak bersantap untuk jiwa, saya fahami peringatan-peringatan Allah dalam Al Quran.

Takkanlah makan yang mengadap pinggan itu amalan ritual? Makan adalah amalan rutin.

Berbanding solat, ritual awak nampak rapuh sebab menggabungkan perbuatan rutin dengan perbuatan khusus yang mana jika seorang nabi tidak diutus sekali pun, puak kafir tahu mengerjakannya seperti membaca kitab veda dan sebagainya.
Kalau solat saya yang mengadap Al Quran dan ketetapan-ketetapan Allah di serata alam itu suatu yang rapuh, sepatutnya sayalah orang yang gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran dan yang sakit hati. Tetapi kenapa orang-orang yang perasan solat mereka tidak rapuh itu yang gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sehingga terpaksa bergantung kepada kitab riwayat dan rasa sakit hati seperti orang-orang yahudi dan nasrani terdahulu sakit hati?

Sebab itu nabi diutus, untuk menunjukkan cara ibadah yang sebenarnya contohnya solat. Kebanyakan sahabat solat dibelakang nabi, jadi riwayat mereka konsisten bahawa cara solat adalah seperti yang diamalkan umat Islam yang rata-ratanya bukannya membaca=komitmen=belajar dan yang sebenarnya brahmin dan sami budha lagi banyak membaca=komiten=belajar dari Juang, Bayau, Tolokminda dan faried lakukan. Wallahu'alam bissawab.
Kalau nabi diutuskan untuk tunjukkan cara ibadat solat, dalam Al Quran itulah sudah wujud cara solat sebab Al Quran itu wahyu Allah. Kalau tanpa wahyu Allah, bukankah itu menunjukkan Nabi buat hukum mendahului Allah?

Takkanlah kita nak kata, Nabi tetapkan cara solat tanpa petunjuk wahyu Allah? Dan kalau Nabi tetapkan cara solat ikut wahyu, maka pastilah wahyu itu telah dicatatkan dalam Al Quran seperti mana wahyu-wahyu lain? Takkanlah wahyu cara solat yang penting duduk dalam kitab lain pula.

Tak logik betullah hujah mereka.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Betapa mudah. NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Zulia Sun Jun 27, 2010 7:23 am

jadi benarlah orang yang berpecah dari umat islam ini mempunyai perangai seperti orang kafir, patut tak ramai mereka ni. Kesian ya bang.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Betapa mudah. PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by PenjunjungEhsan Mon Jun 28, 2010 12:26 pm

Salam kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk,

Jika umat Islam itu tidak layak menjadi lemah adakah nabi ayub alaihi salam juga tidak layak menjadi muslim?

21:[83]
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
21:[84]
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).


Last edited by PenjunjungEhsan on Tue Jun 29, 2010 9:51 am; edited 1 time in total
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Betapa mudah. Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by PenjunjungEhsan Mon Jun 28, 2010 12:30 pm

Juang wrote:Takkanlah kita nak kata, Nabi tetapkan cara
solat tanpa petunjuk wahyu Allah? Dan kalau Nabi tetapkan cara solat
ikut wahyu, maka pastilah wahyu itu telah dicatatkan dalam Al Quran
seperti mana wahyu-wahyu lain? Takkanlah wahyu cara solat yang penting
duduk dalam kitab lain pula.

Persoalan awak wujud setelah Islam dianuti lebih daripada 1400 tahun yang lalu hingga sekarang. Sayang, awak masih belum beriman kepada nabi muhammad saw.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Betapa mudah. Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Betapa mudah. Empty Re: Betapa mudah.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum