Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Kisah ikan dalam air
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Kisah ikan dalam air
Dalam satu masyarakat ikan yang berkoloni di dalam air. Ada seekor pemuda ikan yang ego. Pemuda ikan ini selalu mengengkari seruan ikan-ikan yang lebih berpengalaman dan lebih tua atau lebih dulu makan garam laut daripadanya. Ikan-ikan tua selalu menasihatkan masyarakat tentang makanan yang tergantung di tali, dan janganlah sesekali mereka cuba memakannya walaupun rasanya mungkin sedap dan kelihatan sungguh lazat. Itu adalah tipu daya. Sekiranya kamu makan juga kamu akan dibawa keluar dari alam ini. Di sana kamu tidak boleh bernafas kerana tiada air. Kamu akan dipotong-potong dan dimasukkan kedalam minyak yang panas dan akhirnya kamu akan di makan oleh makhluk ghaib bernama manusia yang kejam itu. Pemuda ikan yang ego itu tidak mempercayai langsung cerita ini. Katanya tak logik adanya alam seperti itu. Itu adalah karut dan rekaan ikan-ikan tua. Mana ada makhluk ghaib seperti itu, ia tak logik begitu lah fikiran pemuda yang menganggap dirinya lebih bijak dari ikan-ikan lain. Pada suatu hari sedang pemuda ikan itu keluar mencari makan maka terjumpalah cacing yang tergantung dengan tali. '' Agaknya inilah yang diberitahu oleh ikan-ikan tua tu, nampak macam sedap,lazat berkrim dan tidak seperti merbahayakan. Mungkin kalau aku tak makan, mesti si tua itu pula yang memakannya. Aah baik aku makan.. makanan ni kan logik..he he.'' lalu pemuda ikan itu terus membaham cacing itu tiba-tiba dia tercekik sesuatu dan berusaha mengeluarkannya namun gagal. Rasa kesal menyelubunginya '' kalaulah aku mendengar nasihat mereka, tidaklah jadi begini''. Pemuda ikan itu menarik tali itu dengan harapan ia akan putus. Tetapi sebaliknya sesuatu telah menarik tali itu keatas permukaan air dan terus mengheret pemuda ikan itu keluar dari air. Maka nampaklah dia alam lain tanpa air dan nafasnya terasa sesak. Rupa-rupanya benar apa yang dikatakan oleh ikan tua, kini yakinlah dia tentang kebenaran itu, kalaulah dia boleh melepaskan diri dan kembali ke dalam laut dia akan memberi peringatan kepada ikan-ikan lain supaya ikutlah cakap ikan yang lebih tua kerana mereka lebih ilmu dan pengalaman. Sekian ye, anak-anak.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23
Re: Kisah ikan dalam air
dah tak ada kiasan lain ke saudari . sebab tu kita kena berfikir bukan main ikut jer , guna ilmu dari pembelajaran . kalau dapat pengalaman yg tak berguna jgn pulak kita mangsakan orang lain utk cari pengaruh.
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5809
Registration date : 2009-10-07
Re: Kisah ikan dalam air
Itu kan kisah teladan untuk anak-anak menghormati orang tua kita. Ada terkena sape-sape ke? Jangan ingat orang Islam tak maju, budak sekolah rendah pun dah boleh ekses internet. He he.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23
Re: Kisah ikan dalam air
cerita dongeng takkan mempengaruhi anak2 kecuali merosakkan pemikiran mereka .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5809
Registration date : 2009-10-07
Re: Kisah ikan dalam air
Orang yang berfikir positif mampu mengambil teladan yang baik dari apa jua sumber. Orang yang negatif tak nampak kebenaran walau dari sumber yang benar. He he
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23
Re: Kisah ikan dalam air
yg berfikiran -ve selalu suka cerita2 macam tu kerana menghayalkan macam dadah jugak . macam orang melayu jugak suka sangat cerita penglipurlara .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5809
Registration date : 2009-10-07
Re: Kisah ikan dalam air
Sebenarnya yang makan cacing dikail tu kebanyakannya ikan dewasa dan ikan tua jugak. Ikan kecik tak muat mulut. Tapi sebab mereka selalu nampak ikan besar makan kail, jadi mereka pun menyimpan cita-cita nak makan kail juga bila mulut cukup besar nanti. Maklumlah kebanyakan orang tua-tua kata makan kail tu jalan naik ke syurga. Ikan mana yang percaya bila makan kail tu nanti kena potong-potong dan kena masak dalam kuali? Tak ada. Semuanya kata ia adalah jalan naik ke syurga.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6429
Registration date : 2009-10-02
Re: Kisah ikan dalam air
Macam kisah Nabi Ibrahim ketika zaman mudanya. Baginda peringatkan kaumnya pasal perbuatan ritual mereka. Yang tua2 ketika amat marah kepada baginda sebab yang tua2 itu percaya perbuatan mereka itu yang betulnya dan memandang baginda sebagai salah. Tetapi apakah pandangan Allah sama dengan golongan pembuat amalan ritual itu? Sebab itu golongan ritual itu tidak mampu melepaskan diri mereka daripada bencana Allah ketika di dunia ini.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
Re: Kisah ikan dalam air
Apa kena-mengena cerita tu dengan komen2 tu. Pelik pulak rasanya. Macam tu ke bangsa nak maju. Asal terasa tak kena dengan pendapat sendiri cepat aje nak melatah. Tak kira apa bidang sekali pun dari politik sampai ke padang bola. Semua sama saja. Agaknya lelaki memang macam tu kot.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23
Re: Kisah ikan dalam air
Laa, nak komen pun marah? Terasa ke? Aduhai, patutlah bangsa susah nak maju.
Orang lain yang posting banyak2 dan dikomen, tak kisah pun. Ini baru buat 2-3 posting dan dikomen, dah mula nak melenting.
Kalau tak suka posting dikomen, tak payahlah tulis dalam forum2 macam ni. Buatlah website yang boleh diri sendiri aje yang boleh tulis dan tak bagi orang komen. Hehe...
Orang lain yang posting banyak2 dan dikomen, tak kisah pun. Ini baru buat 2-3 posting dan dikomen, dah mula nak melenting.
Kalau tak suka posting dikomen, tak payahlah tulis dalam forum2 macam ni. Buatlah website yang boleh diri sendiri aje yang boleh tulis dan tak bagi orang komen. Hehe...
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
Re: Kisah ikan dalam air
Saya kata saya marah ke? yang saya kata pelik.. tak de sebab utk marah.. Cuma takut kalau abang yang marahkan saya. Kalau abang marah, abang cakap. Tapi kalau tak marah.. bolehlah saya tanya lagi he he. Tugas pensyarah kenalah jawab semua pertanyaan. He he.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23
Re: Kisah ikan dalam air
Bukankah saya hanya bertanya? Bukannya saya kata saudari marah. Tak nampak tanda soal tu? Sebab daripada komen2 tu, tiada pula yang menghalang kemajuan?
Dan apsal bila ada orang nak komen mula kata orang lain tu melatah? Kalau macam tu baik tak bagi orang lain komen. Ikut suka dioranglah nak komen apa yang diorang fikirkan sesuai.
Dan apsal bila ada orang nak komen mula kata orang lain tu melatah? Kalau macam tu baik tak bagi orang lain komen. Ikut suka dioranglah nak komen apa yang diorang fikirkan sesuai.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|