e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
    Who is online?
    In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

    None

    [ View the whole list ]


    Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
    Statistics
    We have 950 registered users
    The newest registered user is niketan verma

    Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
    Poll

    Negeri Asal Anda

    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap6%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap23%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 23% [ 18 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap21%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 21% [ 16 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap8%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 8% [ 6 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap8%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 8% [ 6 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap6%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap6%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap0%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 0% [ 0 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap6%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 6% [ 5 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap4%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 4% [ 3 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap0%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 0% [ 0 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap1%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 1% [ 1 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap3%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 3% [ 2 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap1%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 1% [ 1 ]
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcap5%Ruang Berkreativiti I_vote_rcap 5% [ 4 ]

    Total Votes : 77

    Top posters
    Admin (4111)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    mekganu (3628)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    Juang (3494)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    penditaputra (3027)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    tokkmudim (2844)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    Kalam (2631)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    myra_roses (2534)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    zafran0512 (2315)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    FeLiSeWoMaN (2310)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 
    tajuNM (2159)
    Ruang Berkreativiti I_vote_lcapRuang Berkreativiti I_voting_barRuang Berkreativiti I_vote_rcap 

    Keywords

    2012  2011  baqarah  2024  2010  2013  


    Ruang Berkreativiti

    3 posters

    Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Fri Jan 15, 2010 8:47 am

    Untuk menjadi insan yang kreatif, kita memerlu ruang. Ruang untuk minda kita meneroka pelbagai perkara agar minda dapat berkembang. Jika ruang ini disekat, minda akan jadi tumpul dan hilang daya kreativiti. Itulah fitrah dalam diri kita.

    Teringat zaman kebangkitan dan kegemilangan muzik rock tanahair suatu ketika dulu. Genre ini naik atas semangat ingin meluahkan ekspresi diri yang tinggi. Ketika itu bermacam-macam band muncul bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai lagu, lirik, melodi yang kreatif terhasil sehingga kumpulan muzik seperti Search dan Wings berjaya menembusi pasaran Indonesia. Itulah zaman emas yang sukar dicari-ganti.

    Kemudian beberapa peraturan dibuat terutama dalam isu berambut panjang yang menjadi identiti artis rock ketika itu. Artis-artis berambut panjang dilarang muncul di media-media massa. Sehubungan dengan itu, kualiti lagu-lagu rock merudum. Semangat pengkarya juga telah hilang. Dan masuk tahun 2000, artis Indonesia pula mula mengambil tempat di arena muzik tanahair. Begitulah kesan buruk apabila ruang kreativiti disekat.

    Kini peraturan berambut panjang sudah ditarik balik dan pemuzik rock mula diterima di media massa. Namun nak bangunkan balik sesuatu yang sudah runtuh, buka perkara yang mudah berbanding meruntuhkan sesuatu yang telah dibina.

    Begitulah yang terjadi pada umat Islam. Apabila ruang untuk berkreativiti mentafsir Al Quran telah disekat, umat Islam mula jadi lembab otaknya. Mereka tidak boleh berfikir secara luas, lapang, jauh dan kritikal. Mereka diterapkan untuk menurut segala yang diajar oleh golongan esklusif mereka. Akhirnya pantang larang yang ditokok tambah selain yang wujud di dalam Al Quran itu menjadi musuh umat Islam sendiri.

    Tamadun Islam yang dibina oleh generasi terdahulu dengan bersusah payah, mudah-mudah sahaja diruntuhkan oleh pantang larang tak masuk akal yang diada-adakan atas nama Nabi. Ruang berkreatif sudah tidak wujud sehingga lahirkan generasi suka menurut membuta-tuli.
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Zulia Fri Jan 15, 2010 2:36 pm

    Mengapa ianya disekat? Antaranya bagi mengelak sesuatu ajaran itu, tidak bersumber dari Nabi. Terutamanya bagi ayat-ayat yang tidak jelas atau berbentuk kiasan. Bila kita tahu asbabun nuzul, kita boleh juga tahu ayat itu berkaitan apa? Contohnya. tiada paksaan dalam agama.. turunnya berkenaan seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah samada dia perlu memaksa dua orang anaknya utk masuk Islam.
    Kewujudan hadis yang tak tahu dari sumber mana pada sekitar 400 tahun Hijrah adalah antara sebab mengapa ia disekat. Kalau tidak, kredibiliti hadis akan dipersoalkan. Itu pun ada juga golongan yang mengambil pendekatan dari perkara ini utk menolak semua hadis. Jika kita menafsirkan Al Quran tanpa bersandarkan sumber, segala perkataan kita akan menjadi sesuatu penerangan . Bagaimana kalau penerangan kita bercanggah dengan penerangan Nabi? Apakah implikasi kepada umat akan datang. Sanggupkah kita 'menanggungnya' sekiranya ramai orang terpengaruh dengannya. Dan kalau ramai sudah percaya dan kita tersedar ianya satu kesilapan, bagaimana kita nak membetulkan orang ramai yang turut tersilap. Lebih bahaya kalau melalui internet yang boleh dibaca oleh ramai orang yang kita pun tidak mengetahuinya. Sebab itu Lia lebih suka berkata secara general tanpa mensabitkan mana2 ayat al quran kalau Lia tidak pasti. Jangan kata ayat alquran, kalau kita menghina mana-mana agama sekali pun boleh membawa kepada implikasi undang-undang.
    avatar
    Zulia
    Profesor Madya

    Number of posts : 1529
    Age : 43
    State : Ruang Berkreativiti PRK
    Reputation : 3
    Credits : 6882
    Registration date : 2009-12-23

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Admin Fri Jan 15, 2010 3:23 pm

    Dalam al-quran, tiada ayat yang memerintahkan agar kita ikut 'sunnah nabi'. Jika ianya adalah sesuatu yang mustahak dalam beragama, sudah tentu ada ayat al-quran yang memerintahkan sedemikian.

    Dalam beragama, akal perlu diguna. Tidak guna Allah beri kita akal kalau tak digunakan dengan sempurna.

    Kita kena beringat dengan ayat-ayat ini;

    9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

    9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

    Nabi sendiri tidak tahu orang-orang arab yang munafik itu.
    Admin
    Admin
    Canselor

    Number of posts : 4111
    State : Ruang Berkreativiti SEL
    Reputation : 8
    Credits : 7782
    Registration date : 2008-04-07

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Fri Jan 15, 2010 3:51 pm

    Membiarkan sesuatu masyarakat hidup tidak menggunakan akal dan menghalang memilih yang terbaik itu sudah terang2 melanggar perintah Allah.

    Benar kata Bayau, hidup kita bukannya terikat pada "sunnah Nabi", tetapi pada peraturan alam. Allah suruh kita hidup menggunakan akal, jangan mengikut sesuatu yang tidak diketahui, kenapa ramai melanggar perintah Allah itu?

    Apakah mereka tidak takut dengan sunnah Allah yang terjadi kepada kaum2 terdahulu yang tidak mahu hidup menggunakan akal dan tidak patuhi pada peraturan alam (hukum sains)?

    Kenapa ada manusia sombong dengan ilmu alam Tuhan ini?
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Fri Jan 15, 2010 4:04 pm

    Bila kita buat perbandingan bangsa-bangsa di dunia ini dari segi kreativiti, memang rata-rata umat Islam ketinggalan jauh ke belakang. Kadang-kadang kita jadi hairan. Sedangkan Al Quran cukup menekankan pasal penggunaan akal dan ilmu2 sains yang mengembangkan kreativiti insan, tetapi ada manusia tidak menjadikan pembangunan minda dan kreativiti itu sebagai keutamaan. Yang mereka sibuk bermegah2 atas nama "sunnah Nabi". Kononnya sesiapa yang ikut apa yang mereka katakan "sunnah Nabi" itu sahajalah yang layak dapat petunjuk. Sedangkan semua yang menggunakan akal untuk mengikuti yang paling baik, pasti dapat petunjuk.

    Siapa Tuhan semesta alam ini?
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Zulia Fri Jan 15, 2010 4:54 pm

    bayau wrote:Dalam al-quran, tiada ayat yang memerintahkan agar kita ikut 'sunnah nabi'. Jika ianya adalah sesuatu yang mustahak dalam beragama, sudah tentu ada ayat al-quran yang memerintahkan sedemikian.

    Dalam beragama, akal perlu diguna. Tidak guna Allah beri kita akal kalau tak digunakan dengan sempurna.

    Kita kena beringat dengan ayat-ayat ini;

    9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

    9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

    Nabi sendiri tidak tahu orang-orang arab yang munafik itu.

    Kalau nabi tak tahu siapa yang munafik, kita tahu ke?
    avatar
    Zulia
    Profesor Madya

    Number of posts : 1529
    Age : 43
    State : Ruang Berkreativiti PRK
    Reputation : 3
    Credits : 6882
    Registration date : 2009-12-23

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Fri Jan 15, 2010 4:59 pm

    So kenapa tak serahkan kepada Allah? Bukankah senang hidup bergantung kepada Allah?
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Zulia Fri Jan 15, 2010 5:21 pm

    Juang wrote:Membiarkan sesuatu masyarakat hidup tidak menggunakan akal dan menghalang memilih yang terbaik itu sudah terang2 melanggar perintah Allah.

    Benar kata Bayau, hidup kita bukannya terikat pada "sunnah Nabi", tetapi pada peraturan alam. Allah suruh kita hidup menggunakan akal, jangan mengikut sesuatu yang tidak diketahui, kenapa ramai melanggar perintah Allah itu?

    Apakah mereka tidak takut dengan sunnah Allah yang terjadi kepada kaum2 terdahulu yang tidak mahu hidup menggunakan akal dan tidak patuhi pada peraturan alam (hukum sains)?

    Kenapa ada manusia sombong dengan ilmu alam Tuhan ini?
    Dalam al quran menuntut manusia mematuhi hukum Allah. Ayat mana yang minta patuhi hukum sains bang? Kan kita tahu zaman ini tidak ada sengketa antara sains dan agama, agama islam yang membuka sains tu pada mata Barat, kalau tak sebelum era revolusi, sains ditentang oleh gereja. perkara itu tak relevanlah bang. Abang cuma nak rasionalise abang punya pendapat yang berbeza dgn pendapat orang Islam. Betul tak bang.
    avatar
    Zulia
    Profesor Madya

    Number of posts : 1529
    Age : 43
    State : Ruang Berkreativiti PRK
    Reputation : 3
    Credits : 6882
    Registration date : 2009-12-23

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Fri Jan 15, 2010 5:33 pm

    Hukum sains itukan datang daripada Allah? Tuhan mana lagi tetapkan hukum2 sains itu? Siapa yang atur alam ini dengan hukum-hukum tersebut? Cuba berfikir dengan luas sikit?

    Walaupun yang banyak menjumpai hukum2 sains itu daripada orang2 Barat, mereka itu makhluk Allah juga? Malah zaman kegemilangan Islam dahulu pun terkenal dengan para saintisnya juga. Kenapa nak membenci sains macam itu sekali? Patutlah Allah lemahkan umat Islam hari ini gara2 malas belajar sains.

    Bukannya ilmu sains itu membawa mudarat pun. Malah tamadun manusia terbangun kerana ilmu sains. Dan tiada para saintis berpecah-belah kerana berbeza pendapat.

    Takkanlah benda2 camtu tak boleh nak dinilai dengan waras?
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Zulia Fri Jan 15, 2010 6:09 pm

    Sudah saya katakan tiada siapa yang menentang sains. Adake kita nampak orang buat demo menentang sains? Jadi sains itu bukan persoalannya. Tak nampak ke berapa banyak graduan sains dan berapa ramai pula pengajian agama. Berapa banyak Universiti Sains dan berapa banyak pula Universiti Islam. Adakah belajar sains kita kena tinggalkan agama?
    avatar
    Zulia
    Profesor Madya

    Number of posts : 1529
    Age : 43
    State : Ruang Berkreativiti PRK
    Reputation : 3
    Credits : 6882
    Registration date : 2009-12-23

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Sat Jan 16, 2010 5:25 am

    So kalau tidak menentang sains, kenapa tidak dapat menerima orang yang nak beragama berlandaskan kebenaran hukum sains? Dalam sains, sesuatu perkara itu dikatakan benar bila ada bukti yang menunjukkan ianya benar. Ada logiknya.

    Al Quran pun mengajar kita berpegang kebenaran dengan bukti2 yang jelas dan nyata. Bukannya guna persangkaan ats perbuatan orang2 terdahulu yang tidak dibuktikan secara jelas dan nyata.

    Dalam sains, kalau selagi tiada bukti seperti teori darwin itu, ia dianggap sekadar teori. Tiada kepercayaan membuta-tuli kepada seseorang manusia. Begitulah nilai kebaikan sains dalam kehidupan.

    Jadi, orang2 yang mencari kebenaran, mereka akan hidup beragama berlandaskan bukti kebenaran seperti kaedah para saintis pakai. Itu aje.

    Secara psikologinya, bila manusia itu takut kepada orang2 yang berpegang kepada kaedah membuktikan kebenaran seperti yang para saintis guna, itu menunjukkan mereka tahu pegangan mereka tak betul.
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Sat Jan 16, 2010 5:27 am

    Bayangkan Keesaan Allah pun boleh dibuktikan secara saintifik dengan melihat keteraturan sistem alam semesta ini, walaupun di zaman Rasulullah dahulu, orang2 Yahudi dan Nasrani mengatakan Allah ada anak.

    Nampak tak bagaimana Al Quran itu selari dengan hukum2 alam ini?
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Admin Sat Jan 16, 2010 8:11 pm

    Zulia wrote:
    bayau wrote:Dalam al-quran, tiada ayat yang memerintahkan agar kita ikut 'sunnah nabi'. Jika ianya adalah sesuatu yang mustahak dalam beragama, sudah tentu ada ayat al-quran yang memerintahkan sedemikian.

    Dalam beragama, akal perlu diguna. Tidak guna Allah beri kita akal kalau tak digunakan dengan sempurna.

    Kita kena beringat dengan ayat-ayat ini;

    9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

    9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

    Nabi sendiri tidak tahu orang-orang arab yang munafik itu.

    Kalau nabi tak tahu siapa yang munafik, kita tahu ke?

    Kita tak perlu sebut siapa nama orang munafik itu sebab hanya Allah yang lebih berhak mengetahuinya. Namun ciri-ciri orang munafik itu semua sedia maklum.
    Admin
    Admin
    Canselor

    Number of posts : 4111
    State : Ruang Berkreativiti SEL
    Reputation : 8
    Credits : 7782
    Registration date : 2008-04-07

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Zulia Sat Jan 16, 2010 10:54 pm

    Agama adalah cara hidup yang terbaik. Abang tanyalah mana-mana agama pun mereka tahu apa itu agama dan apa itu sains. Zaman sekarang ni memang zaman sains. Kita jangan fikir orang lain tak tahu apa makna sains itu macam zaman datuk nenek kita. Contohnya teknology computer atau internet sekarang. Agama menggunakan nya untuk kemudahan bayar zakat. Masih lagi mentaati rukun berzakat tetapi menggunakan sains. Sebaliknya orang yang engkar akan menggunakan utk loteri dan judi. Guna sains dan logik juga. Nampak tak bezanya? Sains tidak cukup utk dijadikan penentu Hukum Agama. Sebaliknya, hukum Allah diperlukan utk manusia menggunakan sains kearah kebaikan atau keburukan. Dan keburukan dan kebaikan itu bukan sahaja pada ukuran dunia malah akhirat juga. Bukan kita gunakan sains pula nak menentukan hukum Allah betul atau tidak. Sains adalah sebahagian kecil sahaja dari ilmu Allah yang maha luas, logik kah ilmu yang sedikit dijadikan pengukur kepada peraturan Allah yang Maha luas pengetahuanNya.
    Agama Islam dah sempurna sebelum Nabi wafat, apakah kita nak mencari bukti utk mempertikaikan kebenarannya. Malanglah kalau Allah menyembunyikan bukti itu dari kita kerana niat yang kita yang tidak baik. Kalau niat kita baik tentu kita mendalami ilmu agama dengan mendapatkan mereka yang berilmu. Sebab mereka yang berbuat begitu telah pun menemui buktinya dari segi sains. Banyak buku yang telah diterbitkan mengenainya jika kita benar-benar nak cari bukti. Atau kita memilih untuk bersikap malas mempelajarinya. Dan mengambil fatwa atas dasar 'malas'.
    avatar
    Zulia
    Profesor Madya

    Number of posts : 1529
    Age : 43
    State : Ruang Berkreativiti PRK
    Reputation : 3
    Credits : 6882
    Registration date : 2009-12-23

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Sun Jan 17, 2010 10:47 am

    Ajaran agama yang baik adalah ajaran yang mengajak manusia mematuhi peraturan2 alam ini. Samalah macam cikgu memandu yang baik adalah cikgu yang ajar manusia memandu mengikut prinsip2 pemanduan yang betul dan mematuhi peraturan2 jalanraya yang telah ditetapkan.

    Oleh kerana kita (jiwa) adalah pemandu jasad kita di atas muka bumi Allah itu, maka sepatutnya kita hidup mematuhi peraturan2 Allah tetapkan secara benar dan logik. Allah tidak atur hidup kita dengan bernafas tanpa oksigen, sebab badan kita perlukan oksigen. Allah tidak atur hidup kita dengan minum air seperti besi mendidih kerana badan kita tidak mampu menahan kepanasan. Jadi, Allah atur hidup kita semuanya logik2 belaka.

    Allah beri kita bermacam2 nikmat yang logik2 semuanya yang boleh kira rasa, lihat, dengar, bau, dan pegang. Kita nak berkenderaan, Allah beri kenderaan yang logik. Nak berkahwin pun, Allah bagi kita pasangan yang logik.

    Jadi patutkah kita beragama ikut ajaran2 yang tiada bukti logik dan hanya bersandarkan persangkaan perbuatan2 orang terdahulu yang kita sendiri tidak nampak mereka buat macam itu?

    Bukan zaman sekarang sahaja zaman sains. Masa Nabi Nuh buat kapal itu pun pakai ilmu sains. Takkanlah benda2 camtu tak boleh nak fikirkan?

    Sebab Islam sudah sempuna sebelum Nabi wafatlah kita ikut Al Quran, kerana Al Quran disempurnakan sebelum baginda wafat. Yang pergi taksub dengan kitab2 selepas kewafatan Nabi itu kenapa pula? Bukankah itu menunjukkan kita tidak yakin pada kesempurnaan Islam ajaran Al Quran?

    Dalam Al Quran tidak diceritakan pun para Nabi buat amalan ritual, yang pergi tetapkan amalan ritual itu buat apa? Nampak sangat tak yakin dengan Al Quran yang telah disempurnakan itu. Ini yang saya hairan.

    Pointnya di sini, dalam apa jua bidang kehidupan kita, baik untuk dunia dan akhirat, kita tidak boleh pisah daripada ilmu sains. Walaupun akhirat itu tidak nampak guna mata kasar, tetapi hukum2 sains tetap wujud di sana. Sebab itu manusia diazab dengan kepanasan (tenaga haba), membuktikan prinsip sains yang wujud di dunia ini juga terpakai di akhirat.

    Jadi kalau datang ajaran yang tiada bukti sains menetapkan begitu, itu bukan daripada Allah lagi. Dan seorang Nabi tidak akan mengajar sesuatu yang tiada bukti dari sisi Allah. Takkanlah seorang Nabi nak ajar sesuatu yang tiada bukti (dusta)? Tak logik kan?


    Last edited by Juang on Sun Jan 17, 2010 10:58 am; edited 2 times in total
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Juang Sun Jan 17, 2010 10:52 am

    Oleh kerana fitrah manusia adalah untuk mencari kebenaran dan mengikut yang paling baik, maka Al Quran tidak menghalang kehendak fitrah tersebut. Al Quran selari dengan fitrah manusia.

    Jadi jika ada ajaran2 yang menghalang manusia mencari kebenaran dan mengikut yang paling baik, itu bukan Al Quran sebab ia sudah tidak mematuhi fitrah manusia.

    Kaum2 kafir terdahulu suka menghalang orang2 yang nak kembali kepada fitrah. Contohnya bila Nabi Ibrahim tidak menyembah patung2 (sebab tiada bukti fitrah manusia kena sembah patung dan kalau tak sembah patung, manusia tidak boleh hidup aman), kaum2 kafir tersebut menunjukkan kebencian kepada baginda.

    Di sini kita nampak, kaum2 kafir amat anti kepada orang2 yang mencari kebenaran dan kembali kepada fitrah.

    Dalam Al Quran, diceritakan juga sifat2 Nabi Adam sebagai fitrah manusia iaitu seorang yang rajin belajar. Dengan rajin belajarlah kita boleh bezakan ajaran yang benar (ada logiknya) dan ajaran2 yang palsu (tiada bukti logik).
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : Ruang Berkreativiti NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9681
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    Ruang Berkreativiti Empty Re: Ruang Berkreativiti

    Post by Sponsored content


    Sponsored content


    Back to top Go down

    Back to top

    - Similar topics

     
    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum