e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Sains dan Penciptaan I_vote_lcap6%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap23%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap21%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap8%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap8%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap6%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap6%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap0%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap6%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap4%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap0%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap1%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap3%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap1%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Sains dan Penciptaan I_vote_lcap5%Sains dan Penciptaan I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
Juang (3494)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Sains dan Penciptaan I_vote_lcapSains dan Penciptaan I_voting_barSains dan Penciptaan I_vote_rcap 

Keywords

2011  2012  2024  2013  baqarah  2010  


Sains dan Penciptaan

4 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Sains dan Penciptaan Empty Sains dan Penciptaan

Post by Juang Mon Jan 11, 2010 9:08 am

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,
96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.


Pencipta segala yang tercipta di alam semesta ini adalah Tuhan. Dia mencipta sesuatu secara benar. Sesuatu yang benar, ia boleh dikaji dan dibuktikan benar. Boleh dieksperimenkan oleh manusia untuk mendapatkan keputusan yang kukuh.

Kebenaran sesuatu teori sains yang dikemukakan bukan melihat pada latar belakang saintis itu, melainkan pada bukti-bukti logik yang dibawa. Bukti-bukti itu perlulah tidak bercanggah dengan hukum alam ini. Ia tidak bersandar pada riwayat seperti mengatakan, "graviti itu wujud kerana Isaac Newton kata ia wujud". Sekadar cakap-cakap sebegitu tidak mempunyai nilai dalam membuktikan kebenaran. Kata-kata seperti itu seolah-olah beranggapan Isaac Newton yang mencipta daya graviti pula, walhal dia hanya diilhamkan oleh Allah untuk terfikir pasal adanya daya graviti yang telah Allah tetapkan.

Allah mengizinkan akal manusia meneroka hukum-hukum alam biarpun untuk sesuatu yang tidak nampak menggunakan mata kasar seperti tenaga dan daya. Manusia boleh mengira kuantiti tenaga dan mengukur sesuatu daya menggunakan peralatan tertentu. Kebolehan ini tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain di muka bumi.

Dengan memahami sesuatu konsep yang ada pada alam semesta ini, Allah kurniakan manusia ilmu untuk mencipta sesuatu peralatan untuk memudahkan kehidupan manusia. Tanpa penat lemah para saintis mengkaji dan meneroka hukum-hukum alam ini, tidaklah kita dapat merasa nikmat dan kemudahan di sekeliling kita termasuk komputer yang sedang kita gunakan ini. Begitulah besarnya sumbangan para saintis kepada kehidupan manusia sejagat.

Oleh kerana para saintis hidup berpegang pada bukti-bukti yang nyata, maka yang membenci para saintis adalah di kalangan orang-orang yang suka berpegang pada sesuatu yang dusta dan diada-adakan atas nama orang-orang terdahulu. Ini kerana mereka tahu, mereka tidak bukti saintifik untuk mempertahankan dakwaan-dakwaan mereka.

Namun sekuat mana mereka membenci kepada para saintis, Allah membantu orang-orang yang berpegang pada bukti-bukti hukum alam untuk mengalahkan orang-orang yang berdusta. Lihatlah perbandingan bangsa-bangsa di dunia ini, yang rajin mengkaji hukum alam inilah yang Allah perkuatkan mereka dengan ilmu-ilmu yang membolehkan mereka mencipta teknologi yang menyenangkan urusan mereka. Namun tidak ramai manusia nampak hakikat tersebut.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Mon Jan 11, 2010 1:46 pm

Saintis tu beragama apa ya?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Mon Jan 11, 2010 2:48 pm

Sains adalah ilmu yang datang daripada Allah. So orang yang tunduk dan patuh pada ilmu Allah itu beragama apa ya?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Mon Jan 11, 2010 10:26 pm

Tunduk kepada ilmu Allah belum tentu tunduk kepada Allah. Kerana ada yang guna teknologi untuk perkara yang tidak baik. Kerana keinginan manusia kepada perkara yang menyeronokkan, tertarik kepada kemewahan dan keselesaan dan apa sahaja yang disukai nafsu. Jadi ilmu sains hanya menjadi tools utk manusia mencapai keinginannya. Manusia boleh mencapai keinginannya dengan jalan baik dan ada juga jalan yang tak baik.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Al-Bahr Tue Jan 12, 2010 4:35 am

Siapa Zulia nie?

forumer baru ya...

Salam Perkenalan... Sains dan Penciptaan 90436
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 8:42 am

Salam, saya siswi tahun satu.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 11:16 am

Zulia wrote:Tunduk kepada ilmu Allah belum tentu tunduk kepada Allah. Kerana ada yang guna teknologi untuk perkara yang tidak baik. Kerana keinginan manusia kepada perkara yang menyeronokkan, tertarik kepada kemewahan dan keselesaan dan apa sahaja yang disukai nafsu. Jadi ilmu sains hanya menjadi tools utk manusia mencapai keinginannya. Manusia boleh mencapai keinginannya dengan jalan baik dan ada juga jalan yang tak baik.
Samalah macam ada orang guna nama Islam untuk berbangga diri dan guna nama jihad untuk membuat keganasan. Bukan salah Rasulullah bila mereka buat begitu, sebab Rasulullah bawa Islam untuk keamanan dan kedamaian.

Jadi macam itulah dengan sumbangan para saintis itu. Bukan salah mereka jika ada yang guna teknologi untuk buat kejahatan. Itu salah orang yang salahguna teknologi itulah.

Takkanlah disebabkan ada yang salahguna teknologi, maka dikatakan saintis itu jahat? Jadi kalau macam tu, jika ada yang salah guna Islam, maka bolehlah dikatakan Rasulullah ajar keganasan? Tahu pulak kita marah bila ada orang kaitkan Rasulullah dengan keganasan.

Sedangkan Islam pun orang boleh salahguna untuk hawa nafsu sendiri, begitu juga dengan teknologi.

Jadi kenapa berfikir cetek macam tu sekali terhadap sains? Matlamat sains untuk memudahkan kehidupan manusia. Tetapi jika ada yang salh guna, itu salah orang yang salahguna sains dan teknologi itu.

Sains itu Allah kurnia kepada orang2 yang rajin berfikir, bukan pada orang2 yang pemalas berfikir. Dan suruhan berfikir itu ada dalam Al Quran. Maknanya yang rajin berfikir itu sudah ikut Al Quran sebenarnya.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 11:43 am

Macamana tak mengelakkan salahguna itu?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 12:37 pm

Kenalah berfikir, apakah yang bakal dilakukan itu mendatangkan manfaat atau mudarat. Jika tahu perbuatan itu bawa mudarat, janganlah buat membuta-tuli.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 1:05 pm

Setengah orang pentingkan diri sendiri dan tak peduli jika mudarat pada orang lain asalkan sendiri dapat manfaat. Sebab tu dunia jadi begini. Nak dapat keadilan di dunia susah. Kan syaitan dah berjanji menghancurkan perasaan baik hati dan mewujudkan hati yang tak baik. Sebab itu adanya peranan agama. Betul tak bang?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 1:10 pm

Samalah macam Islam. Ada manusia guna nama Islam untuk kepentingan diri sehingga umat mereka lemah dan berpecah-belah pun tak sedar2 diri lagi. Walhal kalau kita fikir logik, takkanlah Nabi Muhammad nak bawa ajaran yang melahirkan umat yang lemah.

Sebab itulah peranan akal untuk menapis ajaran agama yang benar dan mana ajaran yang dusta, kerana semua yang mengajar sesuatu agama mengaku ajaran mereka sahaja betul. Betul tak dik?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 2:21 pm

Abang ni tak jawab soalan lah, bagi jalan penyelesaian.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 4:31 pm

Kalau tak fikirkan apa yang saya tulis tu, memanglah mereka rasa saya tak jawap soalan. Tapi cuba berfikir panjang dan luas, nanti akan faham.

Macam Al Quranlah. Ada manusia tidak nampak dalam Al Quran sudah jelas dan terang, sehingga mereka kata Al Quran perlukan kitab2 lain untuk penjelasan. Walhal kalau mereka berfikir panjang dan luas, mereka sudah nampak dalam Al Quran itu sahaja sudah lengkap untuk beri petunjuk kepada mereka.

Sikap manusia terburu2 nak dapat jawapan. Tidak bersabar untuk berfikir.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 5:14 pm

Sebab itu bila manusia tanya Nabi jawab apa yang perlu dibuat. Tak kan Nabi jawab awak ada akal fikirlah sendiri. Abang cubalah bagi penyelesaianya. Macamana nak atasi masalah mereka yang suka buat sesuatu untuk manfaat sendiri tetapi memudaratkan orang lain, sampai ada yang membunuh orang tak bersalah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 5:39 pm

Orang yang buat sesuatu untuk keuntungan diri sendiri, tanpa memikirkan kesan mudarat pada orang lain adalah orang yang ada penyakit berbangga diri. Jadi, cara nak atasi masalah tersebut adalah dengan belajar kenal diri sehingga menjadi orang yang tunduk merendah diri.

Manusia akan tunduk merendah diri bila mereka sanggup tunduk pada peraturan alam in kerana Pencipta alam ini ada Satu sahaja. Jadi, kita kenalah belajar ilmu2 alam sehingga kita kagum dengan Pencipta alam ini.

Bila semua manusia mengkagumi Pencipta alam, tiadalah manusia nak buat hukum2 mereka sendiri untuk dituruti membuta-tuli, melainkan atas dasar rasional.

Bila semua manusia hidup secara rasional, takdelah yang nak membunuh orang tanpa bersalah.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 7:31 pm

Merasa bangga adalah kerana mengejar nama. Nafsu manusia bukan hanya nama tetapi lebih kepada mengejar untung (profit motive). Tiada manusia yang mahu rugi. Untung bukan hanya berbentuk wang ringgit atau harta, ia boleh berbentuk kedudukan, pangkat dan populariti, dan juga kemudahan atau keselesaan. Tidak salah mengejarnya tetapi cara untuk mendapatkannya boleh jadi juga dengan cara haram, rasuah, menganiayai orang, merampas hak orang. Sains hanyalah ilmu untuk mencipta kemudahan untuk hidup tetapi ia bukan matlamat manusia. Ia lebih kepada keperluan untuk menikmati hidup. Jadi matlamat akhirnya hati berasa bahagia. Adakah abang bahgia sekarang? Kalau tak kena renung-renungkan perjalanan hidup kita yang tak lama sangat di dunia ini.
Ada manusia yang hidup secara sederhana kerana dia rasa lebih bahagia begitu dan ada yang merasa tidak puas selagi tidak kaya. Walau apa pun cara kita yang penting kita bahagia. Ada manusia yang memilih untuk bahagia di akhirat dan sanggup merana di dunia terpulang kepada keyakinan masing-masing. Ada juga orang yang hatinya tidak tenang bila melihat orang lain senang. Sebaiknya kita memilki hati dan jiwa yang bahagia tanpa ada perasaan tidak baik sesama manusia.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 7:52 pm

Sesiapa yang gunakan ilmu Allah untuk kejar kemegahan nama, setakat dapat nama sahajalah. Sesiapa yang gunakan ilmu Allah untuk kejar harta dunia, setakat dapat harta dunia sahajalah. Tetapi sesiapa yang gunakan ilmu Allah untuk memudahkan hidup manusia (berbuat kebaikan), maka selagi manusia dapat kemudahan daripada ilmu yang dikembangkan itu, selagi itulah Allah beri ganjaran kepada si pengkaji ilmu Allah itu.

Ukuran bahagia atau tidak manusia itu boleh dinilai sejauh mana mereka mendapat ilham2 yang benar. Ini kerana dalam keadaan hati yang tidak tenang (akibat berpegang pada sesuatu yang dusta), pasti mereka tidak dapat ilham untuk mengatakan kebenaran. Mereka terpaksa bersandarkan pada nama2 orang terdahulu. Mereka tidak mampu menghuraikannya sendiri secara logik.

Rasulullah adalah contoh insan yang bahagia jiwanya sehingga dapat wahyu2 yang benar yang tidak bercanggah dengan hukum alam dan terbukti logik sehinggakan Keesaan Allah yang tak nampak guna mata kasar itupun dibuktikan secara logik. Sebab bukan senang seseorang manusia nak dapat ilham2 yang benar yang boleh dibuktikan secara logik dan saintifik, melainkan mereka2 yang sudah berjuang melawan penyakit2 hati.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Tue Jan 12, 2010 9:13 pm

Jadi orang hampir dengan Allah hatinya tentu tenang. Mungkin orang yang tak mengalaminya tidak akan mengetahuinya. Contohnya orang yang mendekatkan dirinya dengan Allah di waktu malam hari sedangkan manusia lain nyenyak tidur. Macam tu kan bang.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Tue Jan 12, 2010 9:25 pm

Ya, bila kita dekat dengan Allah, hati akan tenang. Apa yang dimaksudkan dekat dengan Allah itu? Maksudnya hati kita dekat dengan kebenaran sebab daripada Allah itu datangkan kebenaran. Bila kita berpegang pada sesuatu yang benar, hati akan jadi tenang.

Orang yang dekat dengan kebenaran, mereka mudah berkata secara logik. Tidak perlu sandarkan kata-katanya pada nama orang2 terdahulu. Sebab itulah untuk membuktikan Allah itu Esa, Rasulullah hanya perlu bawakan logik sahaja. Tidak pula baginda berkata "Allah itu Esa kerana menurut riwayat hadis Nabi Nabi Ibrahim, baginda berkata Allah itu Esa". Rasulullah bukan seorang yang tiada keyakinan diri dalam menyatakan kebenaran.

Jadi, bila kita faham mendekati Allah itu adalah mendekati kebenaran, maka bila bangun malam itu, kajilah sesuatu ilmu sehingga kita nampak logik2nya. Barulah hati jadi tenang dan yakin.

Betapa luas alam semesta ini boleh dikaji untuk kita nampak Keagungan Allah. Barulah iman itu menjadi mantap. Malah awal2 wahyu Al Quran pun sudah sebut pasal Sifat Mencipta yang ada pada Allah itu. Itu menunjukkan, kita belajar beragama dengan mengenal cipta2an Allah. Dalam mengkaji makhluk2 ini, pasti kita akan nampak siapa Tuhan yang sebenarnya yang patut kita patuhi dan takuti. Ketika itu kita tidak hidup menurut membuta-tuli, melainkan bersandarkan bukti2 logik (ada hukum2 alam sebagai bukti).

Bila kita sudah nampak hebatnya Tuhan, adakah kita nak hidup secara lemah dan berpecah-belah atas nama sesuatu agama lagi? Hanya orang tak kenal Tuhan sahaja hidup macam itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Wed Jan 13, 2010 8:39 am

Ada orang yang kenal tuhan dan ada orang yang menafikan tuhan dengan berbagai alasan tak kira dia saintis atau tidak, tidak kah dua kumpulan ini akan menentang antara satu sama lain, dan berpecah juga.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Wed Jan 13, 2010 9:29 am

Sejarah yang direkodkan dalam Al Quran menceritakan yang kuat memusuhi para Nabi yang dikurniakan ilmu2 sains itu adalah orang2 yang menyembah idol (ritualis). Baru seseorang Nabi itu tanya kenapa mereka menyembah seperti itu (kerana ingin mencari kebenaran), kaum ritualis sudah ambil tindakan permusuhan.

Tree Man

Cuba ikuti kisah "tree man" dalam utube tu. Bagaimana Allah izinkan ilmu yang dimiliki oleh saintis membantu seseorang dengan hanya memberi ubat bervitamin A. Walaupun lelaki itu hidup di dalam masyarakat ritualis, namun Allah tunjukkan kepada kita bagaimana sumbangan besar ilmu sains dan penciptaan ubat-ubatan kepada kehidupan manusia. Masih tak sedar2 diri lagi?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Wed Jan 13, 2010 11:48 am

Kenapa nak besarkan isu antara sains dan agama. Mana ada peperangan antara dua golongan ini. Yang bermusuh adalah kerana perbezaan kepercayaan. Semua orang belajar dan percaya sains, ini tidak disengketakan. Apa point sebenarnya bang?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Wed Jan 13, 2010 12:02 pm

Saya hanya mengatakan berpegang pada sains itu lebih banyak memberi manfaat kepada manusia. Kita boleh membantu sesama manusia dengan ilmu tersebut. Itu pun tak boleh ke?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia Wed Jan 13, 2010 12:24 pm

Boleh bang, siapa kata tak boleh dan memang itu yang berlaku zaman sekarang ni.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Sains dan Penciptaan PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang Wed Jan 13, 2010 1:08 pm

Kalau kita tidak galakkan manusia bercakap sesuatu yang benar dan mendatangkan manfaat besar kepada ketamadunan manusia, nanti manusia bercakap pasal fitnah dan dusta yang membawa kepada perpecahan sesama manusia.

Jadi, tak mahukan kita jadi golongan yang untung?

103:1. Demi masa!

103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian,

103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Sains dan Penciptaan NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Sains dan Penciptaan Empty Re: Sains dan Penciptaan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum