Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Semua Ada Ukurannya
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Semua Ada Ukurannya
15:19. Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.
15:21. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.
23:18. Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.
25:2. Yang kepunyaanNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.
42:27. Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.
54:49. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.
Semua yang Allah ciptakan ada ukurannya. Malah ilmu mencipta sesuatu produk yang diajar kepada manusia juga mengikut ukuran-ukuran tertentu. Ukuran-ukuran tersebut memasti sesuatu yang diciptakan berada dalam keadaan stabil (seimbang).
Daya graviti yang tidak nampak guna mata kasar juga boleh diukur menggunakan piawaian yang tertentu. Segala penemuan sains yang wujud hari ini ada ukuran-ukuran tertentu yang memudahkan manusia mencipta teknologi.
Begitu juga dengan kata-kata manusia. Ada ukurannya untuk menentukan kata-kata itu benar atau tidak. Kayu ukur bagi kata-kata manusia adalah sejauh manusia bukti logik yang dikemukakan.
Kata-kata yang ada logiknya, itulah datangnya daripada Allah kerana yang benar itu milik Allah. Sebaliknya kata-kata yang tidak ada logiknya, itulah yang diada-adakan oleh manusia.
Sudah tentu sebagai manusia yang dikurniakan akal yang sempurna, kenalah hidup mengukur sesuatu maklumat atau kata-kata yang didengar atau dibaca agar jiwa disucikan dengan kebenaran, bukan dikotori dengan ajaran-ajaran dusta.
Bayangkanlah, segala yang Allah cipta di alam semesta ini secara hak (ada logiknya), takkanlah Allah nak turunkan ajaran-ajaran yang tiada bukti logik yang disuruh percaya membuta-tuli kerana ramai ramai ulamak, paderi, pendeta atau sami kata ianya benar? Kita menyembah Allah ke menyembah manusia? Tiada sekutu bagiNya dalam kekuasaan.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Semua Ada Ukurannya
Semua itu ada logiknya
84:16. Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja,
Kenapa pada waktu senja kita nampak cahaya merah? Ketika waktu senja dan waktu fajar, matahari berada di kedudukan bawah berbanding awan dan pancaran cahaya nipis. Apabila sinar tersebut melalui atmosfera yang mengandungi wap-wap air dan debu-debu, cahaya tersebut akan terbias membentuk spektrum warna. Oleh kerana cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang terpanjang dalam spektrum warna, maka kita mudah melihat warna tersebut di awan. Sedangkan cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang terpendek tersebar secara rawak di atmosfera (tidak mampu dilihat).
84:17. dan dengan malam dan apa yang diselubunginya,
Kenapa malam diselubung kegelapan? Sebab kawasan yang berada di waktu malam itu dilindungi daripada pancaran matahari apabila bumi berputar pada paksinya.
84:18. dan dengan bulan apabila jadi purnama,
Kenapa bulan menjadi purnama (bulan penuh)? Kerana kedudukannya bertentangan dengan kawasan bumi yang mengalami malam dan kawasan yang bulan yang dilihat daripada bumi itu mendapat cahaya terus daripada matahari.
84:19. sesungguhnya kamu melalui peringkat demi peringkat,
Diri kita sendiri melalui peringkat-peringkat kejadian. Allah tidak cipta kita terus dalam bentuk seperti dewasa, melainkan daripada peringkat mani, segumpal darah, janin, bayi, kanak-kanak, dewasa sebelum ke peringkat tua. Malah alam semesta yang teramat luas pun ada peringkat asas kejadiannya.
Jadi, belajarlah agama (atau apa jua bidang ilmu) bermula daripada asas, peringkat-berperingkat. Barulah kita mudah faham.
Semua itu Allah tetapkan ada logik-logiknya. Boleh difkirkan dan boleh dikaji kenapa Allah tetapkan sedemikian (ada logik). Allah tidak buat semua itu secara dusta atau sihir (magik).
Tetapi macam mana ada satu kaum itu menetapkan agama mereka tanpa bersandarkan logik, sebaliknya sekadar cerita-cerita orang terdahulu (cerita turun-temurun) kononnya nampak Nabi buat seperti itu dan ini? Mereka tidak menetapkan secara logik sebaliknya secara mengada-adakan cerita atas nama orang terdahulu sahaja. Apabila diajak mereka kembali kepada Al Quran yang logik itu untuk belajar daripada asas agar mudah faham, mereka menjadi engkar dan pembantah yang nyata.
84:20. Mengapa mereka tidak mau beriman?
84:21. dan apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud (tidak akur pada kebenarannya),
84:22. bahkan orang-orang kafir itu mendustakan.
84:23. Padahal Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka).
84:24. Maka beri kabar gembiralah mereka dengan azab yang pedih,
84:25. tetapi orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, bagi mereka ganjaran yang tidak putus-putusnya.
Kepercayaan (iman) mana yang lebih kukuh dan teguh? Yang ada bukti logik dari sisi Allah, atau sekadar cerita-cerita atas nama orang-orang terdahulu?
Orang yang berfikir secara logik, pasti Allah beri ilham-ilham dan kefahaman tentang sesuatu perkara dalam hidupnya tanpa putus-putus. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|