Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 19 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 19 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Hari KeBangKitan..
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Hari KeBangKitan..
“SESUNGGUHNYA hari kiamat itu sangat dahsyat. Pada hari itu, setiap ibu
lupa pada anaknya, perempuan yang hamil gugur anaknya, engkau lihat
manusia dalam keadaan mabuk, bukan kerana mabuk minuman keras,
melainkan kerana seksaan Allah yang sangat pedih.” (al-Haj: 1 — 2)
Begitulah
ngerinya kiamat apabila malaikat Israfil meniupkan Sangkakala, sejenis
alat tiupan berbentuk sebatang tanduk sangat besar dengan lingkungan
yang boleh memuatkan seluas lapangan langit dan bumi. (Abu Hurairah)
Soalnya,
sejauh mana kita bersedia menghadapi hari Sangkakala ditiup? Sejak
sekian lama hidup di dunia, manusia kian lupa pada janji Allah bahawa
kiamat itu satu kepastian.
Banyak umat Islam terus lalai dengan
urusan harian seperti mengumpul harta kekayaan, seronok dengan keluarga
dan asyik bergelumang dosa.
Kita semakin lupa dengan
peringatan Allah: “Masa kiamat ialah masa harta benda dan anak
seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya, jika dia menghadap
Tuhan dengan hati yang tidak bersih daripada kufur dan syirik.
“Walaupun
harta benda itu dibelanjakan pada jalan kebajikan dan anak diberikan
didikan agama serta berakhlak yang mulia hingga menjadi anak yang
soleh.” (al-Syu’ara’: 88 — 89)
Allah juga menjanjikan bahawa:
“Masa kiamat itu ialah masa di mana setiap orang melarikan diri
daripada saudara, ibu bapa, isteri dan anaknya, kerana masing-masing
terlalu sibuk dengan hal keselamatan diri sendiri, tidak ada masa lagi
hendak mengambil tahu perihal orang lain, walaupun mereka sangat rapat,
mulia dan sangat dikasihinya.” (Abasa: 34 — 37).
Percaya kepada
kiamat adalah rukun iman dan ia pasti datang. Walaupun kita tidak
diberi tarikh tepat bila kiamat akan berlaku, janji Allah pasti
ditunaikan.
Oleh itu, sesekali ketika sibuk di pejabat, keluar
bersama rakan atau berehat di rumah dengan anak dan suami atau isteri,
ingatkan diri dan orang sekeliling bahawa kiamat sudah dekat.
Mungkin ingatan itu akan menyedarkan betapa selama ini kita sudah lama lalai dengan dunia.

IslahkanDiri- Siswazah
- Number of posts : 235
Age : 37
Location : Universiti MAlaya
State :
Reputation : 0
Credits : 5865
Registration date : 2008-04-28
Re: Hari KeBangKitan..
betul tu..sesekali bila tengok tv,tegok byk aksiden berlaku,masalah peperangan sesama manusia,perebutan kuasa itu sume menunjukkan tanda² akhir zaman..tetapi manusia masih lagi terus leka..
zafran0512- Pro-Canselor (Top Poster)
- Number of posts : 2315
Location : tmpt kije..
State :
Reputation : 3
Credits : 5833
Registration date : 2008-06-04
Re: Hari KeBangKitan..
Menghormati Azan
Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidakkita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang manasesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
Kepada saudaraku yang dimuliai & dihormati...
Sampaikanlah walau satu ayat…

Kehidupan kita di dunia ini adalah hanya satu singgahan untuk mencari bekal untuk kita ke sana.Dari perut bonda, kita singgah di dunia sebelum kekal di alam sana.
Dan sebelum melihat dunia, kita sudah ada perjanjian dengan Yang Maha Esa, Pencipta kita. Berjanji hanya untuk meng Esa kan Dia, Hanya dia yang layak disembah dan berjanji untuk tidak menyekutukannya. Dan shahadah itu kita bawa bersama setelah keluar dari perut ibu.
Akibat terlalu terpesona dengan keindahan dunia, sedikit-demi sedikit janji itu kita lupakan. Dalam sehari kita hanya bershahadah hanya ketika solat. Selebihnya?
Sedangkan di dunia adalah tempat untuk kita ke sana. Kita dibawa ke sini laksana satu eksperimen. Sama ada kita betah hidup di dunia ini bersama dengan janji yang kita ucap, atau kita sudah lupa diri sehingga mengabaikan janji dengan Allah dan bersaudarakan nafsu dan syaitan.
Maha dahsyat gambaran Allah tentang hari kiamat. Di mana tiada satu pun ikatan terikat. Masing-masing saling melepaskan diri. Tiada ikatan antara suami dan isteri, antara ibu bapa dan anak, antara saudara mara. Semuanya berusaha melepaskan diri sendiri.
Dan kita semua diumpamakan seperti anai-anai yang bertebaran. Berlari ke sana ke mari untuk menyelamatkan diri. Sedangkan ke mana arah larian kita, kita sendiri tidak tahu. Sebab itu diumpamakan seperti anai-anai. Bertempiaran lari bila sarangnya dikacau orang. Cuba lihat pada sifat anai-anai.
Dan gunung-gunung yang kukuh dan teguh memasak bumi itu diumpamakan seperti bulu yang dihambur-hamburkan. Seperti habuk di atas batu. Bila angin datang, ia akan terbang di bawa angin. Tiada apa yang tinggal. Bayangkan gunung-gunung, gua-gua dan bukit bukau yang berdiri kukuh itu, dengan senangnya menjadi debuan dan dibawa angin.
Dan kesukaan dan kelegaanlah bagi yang mempunyai amal soleh dan sentiasa berusaha memperbaiki diri demi mencapai redha Allah. Tenang dan damailah mereka yang berusaha untuk mensucikan hatinya dari gangguan dan bisikan syaitan. Dan mereka ini, semasa hayatnya sentiasa takut dengan azab dan pembalasan yang Allah ceritakan dalam kitabNya. hati mereka sentiasa gentar. Lantaran itu segala hasutan dan pujuk rayu syaitan dilawan biarpun berlawanan dari kehendak nafsu.
Orang yan sentiasa hatinya bersatu dengan akal dan fikiran akan tau membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Dia tak akan memudaratkan dirinya sendiri dengan keseronokan hidup akibat terpedaya dengan syaitan. Mereka lebih rela bersakit dan bersusah di dunia demi mencapai keredhaan Ilahi di akhirat sana.
Maka, tersenyum rianglah mereka itu tatkala menerima buku amalan dari tangan kanan. Gembiralah hatinya mendapati timbangan amalannya memberati kebaikan.
Dan mereka mengikuti Hari Pembalasan tanpa rasa resah dan gelisah akibat kepanasan mentari yang seumpama sejengkal di kepala itu. Itu semua adalah balasan baik dari Allah lantaran susah payah mereka mengawal nafsu jahat di dunia ini.
Tapi bagi mereka yang terbuai dengan nafsu dan keseronokan hidup, mereka akan rasai sebaliknya.
Di dunia hati mereka sentiasa panas dan membara kerana berajakan syaitan. Hidup mereka penuh dengan kemewahan dan bermegah-megah kerana berasa diri lebih dari orang lain. Kehidupan mereka bertelunjukkan arahan dan bisikan syaitan. Mereka lalai dan leka.
Setiap peringatan dan teguran yang mendatang umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. mereka abaikan. Serasa diri lebih tau dan lebih arif. Mereka rasa agama mereka sudah sempurna. Solat 5 waktu cukup menjamain kebahagiaan di alam sana. Sedangkan pernahkah kita hitung berapa minitkah kita peruntukkan untuk solat? Masa 24 jam yang Allah pinjamkan, adakah kita bahagi sama rata dengan semua aktiviti kehidupan kita?
Kita rasa solat sudah cukup. Sedangkan banyak lagi perkara sampingan lain yang boleh membawa kita ke sana. Seperti cara hidup kita. Dan yang paling penting sekali ialah penggunaan akal. Gunakanlah akal anugerah Allah untuk mengagumi segala kehebatan dan keindahan alam ciptaanNya. Kaji dan fikirkan ayat-ayat Allah sampai meresap ke dalam hati kita. Sampai kita dapat merasakan satu rasa indah dan mendamaikan. Sampai ke satu tahap kita rasa sunyi dan kosong jika tidak berdamping dengan ayat-ayat Allah ini.
Maka rugilah mereka yang mengabaikan segala teguran dan pengguanan akal di dalam ibadah. Jika ditanya tentang tidak adakah peringatan yang mendatangi kita? Saat itulah kita akan merasai kerugian yang amat sangat.
Tiada siapa yang impikan amalannya berat sebelah kiri. Tiada siapa yang inginkan mengambil buku amalannya sebelah kiri. Dari itu, bersama-samalah kita menuju ke jalanNya. Sama-sama mensucikan hati dan berlapang dada dengan tiap teguran dan sesuatu yang baru dan berfaedah untuk kita semua. Jangan cepat menolak, tapi kaji dulu baik dan buruknya.
Idea dari- Surah Al-Qariah.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|