e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

anti hadis I_vote_lcap6%anti hadis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
anti hadis I_vote_lcap23%anti hadis I_vote_rcap 23% [ 18 ]
anti hadis I_vote_lcap21%anti hadis I_vote_rcap 21% [ 16 ]
anti hadis I_vote_lcap8%anti hadis I_vote_rcap 8% [ 6 ]
anti hadis I_vote_lcap8%anti hadis I_vote_rcap 8% [ 6 ]
anti hadis I_vote_lcap6%anti hadis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
anti hadis I_vote_lcap6%anti hadis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
anti hadis I_vote_lcap0%anti hadis I_vote_rcap 0% [ 0 ]
anti hadis I_vote_lcap6%anti hadis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
anti hadis I_vote_lcap4%anti hadis I_vote_rcap 4% [ 3 ]
anti hadis I_vote_lcap0%anti hadis I_vote_rcap 0% [ 0 ]
anti hadis I_vote_lcap1%anti hadis I_vote_rcap 1% [ 1 ]
anti hadis I_vote_lcap3%anti hadis I_vote_rcap 3% [ 2 ]
anti hadis I_vote_lcap1%anti hadis I_vote_rcap 1% [ 1 ]
anti hadis I_vote_lcap5%anti hadis I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
mekganu (3628)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
Juang (3494)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
Kalam (2631)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
anti hadis I_vote_lcapanti hadis I_voting_baranti hadis I_vote_rcap 

Keywords

2010  2013  2024  2011  baqarah  2012  

anti hadis

3 posters

Go down

anti hadis Empty anti hadis

Post by Guest Thu Jun 04, 2009 6:12 pm

golongan ini adalah dari org yg bijak pandai yg telah memesongkan akan akal mereka utk memudah mereka. di dunaiwi..bukannya utk beribadat kepada Allah Taala dan Taat kepada Nabi Muhammad sws.

ingatkah mereka kepada peristiwa di syurga,ketika Allah menyuruh Syaitan sujuk kepada adam,maka syaitan ingkar,lalu syaitan berikra akan menyesatkan umat manusia ( anak cucu adam hawa )

meh lah ke http://alternatif.forums-free.com/ jangan lah terpengaruh dgn ajaran sesat lagi menyesatkan
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Admin Thu Jun 04, 2009 11:58 pm

syaitan tidak berapa risau sebab kebanyakan umat islam di dunia ini menjadi penyembah nabi yang juga akan menjadi rakan-rakannya di neraka kelak. jadi untuk tidak termasuk dalam senarai rakan-rakan syaitan ini, ikutlah ajaran al-quran. ikut al-quran bukan bermaksud menolak nabi atau rasul sebab dalam al-quran banyak sekali ayat suruh taat kepada rasul. taat di sini bermaksud ikut syariat yang terkandung dalam al-quran yang dibawakan oleh rasul.

ada di antara golongan penyembah nabi ini yang mungkin masih ragu-ragu lagi untuk mengamalkan ajaran al-quran oleh kerana di fikiran mereka masih terdapat persoalan sama ada mengikut ajaran al-quran ini bermaksud menolak nabi sebab selama ini mereka begitu taksub pada riwayat hadis yang kononnya datang daripada hadis nabi.

selain itu mereka juga ragu-ragu kepada al-quran sebab ianya hasil ajaran ulamak palsu yang mengatakan al-quran tidak lengkap, umum dan tidak terperinci sedangkan Allah sendiri mengatakan al-quran itu jelas. maka, jika Allah kata dah jelas takkan masih tidak percaya lagi. mereka lebih percayakan kata-kata manusia daripada kata-kata Allah.

itulah yang menjadi penghalang mereka. jika ini dapat dikikiskan, sifat keraguan itu InsyaAllah tidak akan terbit dalam hati mereka lagi.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : anti hadis SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Zahabur Fri Jun 05, 2009 12:59 am

Code:
      syaitan tidak berapa risau sebab kebanyakan umat
islam di dunia ini menjadi penyembah nabi yang juga akan menjadi
rakan-rakannya di neraka kelak. jadi untuk tidak termasuk dalam senarai
rakan-rakan syaitan ini, ikutlah ajaran al-quran. 

Ahaksss....
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Guest Fri Jun 05, 2009 1:22 pm

bayau wrote:syaitan tidak berapa risau sebab kebanyakan umat islam di dunia ini menjadi penyembah nabi yang juga akan menjadi rakan-rakannya di neraka kelak. jadi untuk tidak termasuk dalam senarai rakan-rakan syaitan ini, ikutlah ajaran al-quran. ikut al-quran bukan bermaksud menolak nabi atau rasul sebab dalam al-quran banyak sekali ayat suruh taat kepada rasul. taat di sini bermaksud ikut syariat yang terkandung dalam al-quran yang dibawakan oleh rasul.

ada di antara golongan penyembah nabi ini yang mungkin masih ragu-ragu lagi untuk mengamalkan ajaran al-quran oleh kerana di fikiran mereka masih terdapat persoalan sama ada mengikut ajaran al-quran ini bermaksud menolak nabi sebab selama ini mereka begitu taksub pada riwayat hadis yang kononnya datang daripada hadis nabi.

selain itu mereka juga ragu-ragu kepada al-quran sebab ianya hasil ajaran ulamak palsu yang mengatakan al-quran tidak lengkap, umum dan tidak terperinci sedangkan Allah sendiri mengatakan al-quran itu jelas. maka, jika Allah kata dah jelas takkan masih tidak percaya lagi. mereka lebih percayakan kata-kata manusia daripada kata-kata Allah.

itulah yang menjadi penghalang mereka. jika ini dapat dikikiskan, sifat keraguan itu InsyaAllah tidak akan terbit dalam hati mereka lagi.

bayau kami bukanlah penyembah nabi.tapi kami kasih dah taat akan nai dan rasul kami.kerana dalam rukun iman pun ade menyatakannya...... so kalau ko takleh nak ikut rukun iman....ape bende ini semua????? scratch
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Adli Sat Jun 06, 2009 5:49 am

Dalam Al Quran, tiada satu pun ayat Al Quran suruh cari riwayat hadis.

Dalam Al Quran, tiada satu pun ayat Al Quran sebut, jika berpegang pada Al Quran semata-mata, maka manusia itu jadi anti-hadis.

Di sini sahaja kita boleh nampak siapa golongan yang benar dan siapa golongan pendusta. Orang kafir terdahulu pun tak mengaku mereka kafir biarpun kaum mereka sibuk berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Macam itulah kaum penyembah Nabi itu pun tak mengaku sudah tidak ikut ayat Al Quran biarpun terang-terang mereka mengambil apa yang Al Quran tidak suruh.

Dah hasilnya, umat kaum penyembah Nabi itu sudah sama macam kaum kafir terdahulu yang sibuk berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri atas alasan menegakkan Islam.

Ingat tak di daerah yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekkah yang banyak pusat mengajar ajaran sembah Nabi itu. Allah datangkan tsunami meranapkan pusat ajaran mereka itu gara-gara mereka sibuk berbunh-bunuhan sesama sendiri atas alasan menegakkan Islam.

Kaum penyembah Nabi itu boleh berdusa sekuat mana mereka mahu, tetapi mereka tidak mampu menutup realiti apa yang Allah timpakan pada umat mereka. Apakah mereka ingat Allah timpakan mereka musibah itu untuk bergurau senda? Sudah pasti ada peringatan penting dari sisi Allah bagi manusia yang mahu berfikir.

Maha Hebat Allah yang membongkar tipu-daya kaum penyembah Nabi itu... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : anti hadis KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Guest Sat Jun 06, 2009 12:45 pm

Adli wrote:Dalam Al Quran, tiada satu pun ayat Al Quran suruh cari riwayat hadis.

anti hadis golongan
sesatttttttttttttttttttttt...larii....sesattttttt.sesattttttttttttt
sesat akal logik deme dah sesatttttttttttttttttttt
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Adli Sat Jun 06, 2009 2:20 pm

Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Baru tulis 2 posting dalam topik yang dia sendiri buka, sudah cabut lari. Memang tahap keldai liar betullah... Very Happy

Puji-pujian bagi Allah yang memperlihatkan kebenaran Al Quran. Semakin yakinlah golongan beriman pada Al Quran biarpun tak guna riwayat hadis.

Sepatutnya golongan yang tak guna riwayat hadis itulah yang cepat kalah bila berhujah dan berpaling lari, tapi kaum penyembah Nabi itu pula yang lari. Ya la, sudah menyembah Nabi itukan kerja orang kafir. Logiklah perangai mereka sama macam kaum kafir terdahulu yang macam keldai liar juga. Sunnah Allah kan tak berubah-ubah.

Jika kaum yang menyekutukan Allah terdahulu pernah diumpamakan seperti keldai liar, hari ini Allah membuktikan kaum yang menyekutukan Allah itu juga lagaknya macam keldai liar. Maha Agung Allah!... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : anti hadis KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Guest Sat Jun 06, 2009 5:01 pm

Adli wrote:Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

hahahah cabut lari...berpantang ajal....sebelum Allah menarik balik ape yg diberikan pada ku...aku akan tetap mempertahankan ajaran ISLAM....bukan cam ko menyesatkan lagi ade lah.....ko nie IMAN BESAR ajaran anti hadis ker?
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Zahabur Sat Jun 06, 2009 5:02 pm

Adli wrote:Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Baru tulis 2 posting dalam topik yang dia sendiri buka, sudah cabut lari. Memang tahap keldai liar betullah... Very Happy

Puji-pujian bagi Allah yang memperlihatkan kebenaran Al Quran. Semakin yakinlah golongan beriman pada Al Quran biarpun tak guna riwayat hadis.

Sepatutnya golongan yang tak guna riwayat hadis itulah yang cepat kalah bila berhujah dan berpaling lari, tapi kaum penyembah Nabi itu pula yang lari. Ya la, sudah menyembah Nabi itukan kerja orang kafir. Logiklah perangai mereka sama macam kaum kafir terdahulu yang macam keldai liar juga. Sunnah Allah kan tak berubah-ubah.

Jika kaum yang menyekutukan Allah terdahulu pernah diumpamakan seperti keldai liar, hari ini Allah membuktikan kaum yang menyekutukan Allah itu juga lagaknya macam keldai liar. Maha Agung Allah!... Smile

Kenapa ada riwayat hadis menyuruh umatnya kembali kepada Kitab Allah dan sunnah Nabi s.a.w....Sekiranya riwayat hadis tu dusta tak mungkin disuruh umat manusia menyembah Allah...
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Guest Sat Jun 06, 2009 5:31 pm

GOLONGAN ANTI HADIS

Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau
Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat
Islam selepas al-Quran.
Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada
empat, iaitu:

1 . Al-Quran

2 . Al-Sunnah atau Hadis

3 . Ijmak

4 . Qiyas.
Sejarah Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat

Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat
seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran
sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca
al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya
kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan
Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab:
"Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang
ahli fikah.
Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya
cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran
sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran
dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang
sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui. Abdullah
bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskan Muhamad
s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi
s.a.w. lakukan."
Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang,
kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja",
maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan."
*********

Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak
zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan
individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan
salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan
cepat ia diperbetulkan.
Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis
lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana
umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber kedua hukum di
dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok
kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij – masing-masing
menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang
mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti
hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung
kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima
Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam
telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi
beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah
mengkafirkan beliau.
**********

Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i

Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti
Hadis:

Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak,
dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan
dengan dalil bersifat pasti?"

Imam Syafi’I: "Ada."

Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"

Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di
sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?"

Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"

Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan
bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya..
Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?’

Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas
untuk dikembalikan kepada warisnya."

Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong
atau terkeliru?"

Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."

Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas)
dan merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas
harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti."

Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."
**********

Golongan Anti Hadis Abad Modern

Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran
anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh.
Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu
sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan
di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan
terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan
lemah.
Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar
pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat
perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I,
beliau menarik balik pandangan berkenaan.
Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak
perlu sunnah.
------------------------

Golongan Anti Hadis Di Malaysia

Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui
bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan
Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam
kembali kepada al-Quran sahaja.
Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi
gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun
begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau
masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.
Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan
mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam
kembali kepada al-Quran sahaja.
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula

Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak
Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor
berikut:

1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku
al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan
abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah
s.a.w. wafat.
2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam
pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.
3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham
kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah
s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak
benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu
(al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah)
karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu
Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana
keadaan mula turun wahyu.
Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir
al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat
penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di
dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik
para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.
Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah
s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir
dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.
ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak
dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:

a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,

b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.

c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan
umat Islam.

d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat
yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis
memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat,
iaitu:

Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis
kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.

Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada
Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.

Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas
kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para
sahabat untuk menulis Hadis.
iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham
kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong
faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak
oleh umat Islam.
iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana
yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan
oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:

a . Kejahilan

b . Kehilangan budi pekerti

c . Kerosakan moral para pemimpinnya.

d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan
mereka menjadi jumud (beku).

e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana
Islam
Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu

Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan
bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi
dari Nabi Ibrahim a.s.
Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan
bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang
lima waktu.
Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan
semasa Israk dan Mi'raj.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim
a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima
waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan
oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.
Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul
ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya
tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis
Rasulullah sahaja.
(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis
ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan
ini:

Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada’ dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah
At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan
dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah
syirik.
TARIKH MUNCUL

1985
TEMPAT BERKEMBANG

Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3

(Sumber: )
Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan
Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang
yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad,
terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Adli Tue Jun 09, 2009 12:36 am

Macam mana golongan penyembah Nabi itu berkokok pasal anti-hadis, dalam Al Quran tidak ada sebut pasal anti-hadis dan realiti kaum penyembah Nabi itulah yang lemah dan berpecah-belah.

Hanya golongan yang tidak berakal sahaja yang sanggup beragama ikut amalan nenek moyang yang membawa mudarat itu. Sedangkan Nabi Muhammad pun tak ikut ajaran nenek moyang kaum yang berpecah-belah, takkanlah kita nak buat yang songsang dengan apa yang baginda buat.

Mereka setakat mampu melabel sahaja, tetapi mereka tidak mampu menutup hakikat kaum mereka itu telah lemah dan berpecah-belah. Memalukan nama Nabi aje... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : anti hadis KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Zahabur Tue Jun 09, 2009 12:39 am

Adli wrote:Macam mana golongan penyembah Nabi itu berkokok pasal anti-hadis, dalam Al Quran tidak ada sebut pasal anti-hadis dan realiti kaum penyembah Nabi itulah yang lemah dan berpecah-belah.

Hanya golongan yang tidak berakal sahaja yang sanggup beragama ikut amalan nenek moyang yang membawa mudarat itu. Sedangkan Nabi Muhammad pun tak ikut ajaran nenek moyang kaum yang berpecah-belah, takkanlah kita nak buat yang songsang dengan apa yang baginda buat.

Mereka setakat mampu melabel sahaja, tetapi mereka tidak mampu menutup hakikat kaum mereka itu telah lemah dan berpecah-belah. Memalukan nama Nabi aje... Smile

Jangan marah kalau ada orang cakap puak2 kau anti hadis...Sebab memang nyata sekali puak2 kau menolak riwayat hadis sebagai sunnah Nabi s.a.w....
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Adli Tue Jun 09, 2009 4:20 am

Zahabur wrote:Jangan marah kalau ada orang cakap puak2 kau anti hadis...Sebab memang nyata sekali puak2 kau menolak riwayat hadis sebagai sunnah Nabi s.a.w....
Kami hanya anti riwayat hadis yang dijadikan ketetapan atas nama Nabi. Supaya mereka tidak menyembah Nabi. Kan ke dosa menyekutukan Allah itu tidak diampunkan?

Tetapi tak jumpa dalam Al Quran dosa untuk yang anti riwayat hadis. Malah tak jumpa ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis.

Sebab itulah golongan yang anti riwayat itu hati mereka boleh tenang dan ilham berjela-jela sedangkan kaum penyembah Nabi itu kepanasan hati sehingga tidak mampu turunkan ilham.

Umpamakan ilham itu seperti hujan yang turun. Hati yang panas, sudah pasti seumpama kemarau yang tiada hujan turun. Sedangkan hati yang sejuk, sudah pasti seumpama bumi yang subur selalu disirami hujan.

Itulah nikmat yang Allah kurniakan kepada orang yang berfikir mencari ilham. Tapi kalo tok guru itu suruh beragama tak guna akal, adakah seorang yang bijak akan taksub dengan kata-kata tok guru itu? Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : anti hadis KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

anti hadis Empty Re: anti hadis

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum