Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
RENUNGAN
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
RENUNGAN
Sempit rezeki disebabkan dosa?
"Hishh, sudah berbelas tahun saya bekerja keras siang dan malam, tapi
hasilnya tak seberapa. Apa yang tak kena..." "Apa lagi kerja yang saya tak
buat. Semua sudah saya buat. Bak kata orang, pergi pagi balik malam, tapi
rezeki saya sekeluarga tak juga cukup-cukup. Entah apa nak jadi..."
Begitulah bunyi keluhan ramai orang yang kita jumpa. Kadangkala kita juga
seakan-akan pernah mengomel dalam bahasa yang sama, tak begitu??
Masyarakat nyata tertekan dan gelisah menghadapi situasi tersebut
lebih-lebih lagi dalam suasana hambatan ekonomi yang mencengkam serta kos
kehidupan yang semakin tinggi. Kerana terlalu memikir dan melayan tekanan
hidup itu tanpa rasa tawakkal dan pengaduan kepada Allah yang Maha
Bijaksana dan Mengetahui, maka hari demi hari, dilaporkan semakin
bertambah ramai jumlah sang pengembara yang terpaksa pulang mengejut
kerana telah disapai tetamu tak diundang, 'The silent killer' yang menjadi
sebab-musabab membawa kepada kematian.
Tetamu senyap itu apa lagi kalau bukan tekanan darah tinggi. Saat awal
dilanda kemelut (tekanan hidup) ini, bagi sebahagian masyarakat Islam yang
mampu, mereka mungkin cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari kaunselor
bertauliah. Tak cukup dengan itu, mereka bertemu dengan pakar-pakar
motivasi. Lalu beberapa tip dan panduan dibekalkan untuk tindakkan jangka
pendek dan jangka panjang.
Antaranya: faktor perancangan masa (Time manegement), faktor displin,
faktor belajar dari kegagalan, faktor meraih peluang dan macam-macam
lagilah.
Mereka juga disarankan agar membaca karangan-karangan hebat 'mereka' yang
dinobat sebagai 'paling berjaya' dalam bidang-bidang yang popular samada
dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pengurusan, keewangan dan lain-lain
lagi. Saat itu, berkobar-kobar semangat mereka untuk meraih kejayaan dan
keuntungan yang berlipat ganda.
Namun bila terjun semula ke alam realiti atau dunia sebenar, masalah
sebenar mereka masih juga tidak hilang. Masalah hidup makin
bertimpa-timpa. Pintu rezeki semakin menyempit dan hutang pula semakin
melilit pinggang. Kawan-kawan yang konon rapat dan berikrar sehidup semati
dengan kita dulu pun, ramai yang telah 'angkat kaki' hilang entah ke mana.
Tanpa kembali kepada Islam, jawapan kepada 'ketidaktentuan' rezeki kita
itu tidak akan terjawab sampai bila-bila.
Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang
dinamakan 'Khizyun' yakni kehinaan dunia akhirat. Wal 'iyazubillah.
Dosa penghalang rezeki
Dari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan
di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan
kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak
dimiliki.
Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak
miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat
boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan
adab, miskin maruah dan jatidiri. Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa
menjadi faktor 'pengundang' rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka
kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.
Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa
dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini
menjadi faktor atau penyebab 'sempit' dan 'terhalang'nya rezeki Allah dari
rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, "Sesungguhnya manusia
terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya."
Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW
bersabda: "Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran
(kemelaratan) ."
Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW
berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan
silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi
faktor 'pengundang' dan 'pembukaan' pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak
lain adalah amalan taqwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Jikalau penduduk sesuatu penduduk
kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas
mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi." Manusia
yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki
Allah kepada insan-insan yang lain pula.
Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali
rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri
Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin
Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang
sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah
ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?
Rezeki tidak berkat
Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya
sekalipun, ia tak lebih merupakan 'istidraj' dari Allah. Itulah pemberian
yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki
sebegitu? Mahukan kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita 'ya',
maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha'labah Yahudi Mabuk serta yang sama
waktu dengan mereka.
Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari
mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak
memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh
menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan
syubhat yang mereka usahakan selama ini.
Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan
membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana
pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di
tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan
ketiga. Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut.
Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi
secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut
dan sebagainya.
Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat
di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli
secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara?
Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak
bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?
Tenangkah suasana 'airmuka' kita saat membeli juadah santapan untuk seisi
keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari
hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau
begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan
dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia
ini?
Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita.
Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan
kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa
yang kita utarakan ini.
Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah,
sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti.
Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati.

WARIS- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 135
Reputation : 0
Credits : 5620
Registration date : 2009-05-18
Re: RENUNGAN
Bagus betul posting dari saudara WARIS ni, membuatkan diri ingin bermuhasabah. Boleh saya buka soalan nanti? atau bersoaljawab?
Tima kasih.
Tima kasih.
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: RENUNGAN
DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada
melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan
kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan
atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah
satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w
menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat.
Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah
dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam
(ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan
tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang
Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam
kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan
jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan
mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah
dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah
jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas
Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku
mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa
perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima
nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak
buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat
dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta'
- surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang
dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum
pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah,
tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah
yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat
kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul
dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak
adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap
menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri
bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara
yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat.
Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri
sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada
terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan
permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat
menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus
terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti
hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah
s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

sebegitu?
Moga kita diberi taufik dan hidayah dari Allah....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: RENUNGAN
Ini adalah tanda pertama dari Allah
SWT
kepada hambanya dan
hanya
akan disedari oleh
mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini
akan
berlaku lazimnya
selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut
sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan
dengan
teliti kita akan
mendapati daging
tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda
mati maka getaran ini
akan
berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.
Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian,
tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka
ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama
kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil
daun
tersebut dan mula
membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti
kita sepanjang masa.
Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun
Malaikat Maut ini wujudnya c
uma
seorang tetapi kuasanya
untuk
mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7
HARI
Adapun tanda ini
akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi
banyak najis dan ini
akan memudahkan
urusan orang yang
akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan
jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan
beransur-ansur masuk ke
dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
TANDA 1
HARI
Akan berlaku
sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan
harinya.
TANDA
AKHIR
Akan berlaku
keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan
ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam
diri dan menantikan
kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak ...Saling
berpesan2lah sesama kita.....

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja
Aslm Untuk manfa'at bersama........
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya
Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii
laa
ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama...

Bagus diamalkan pesanan Nabi S.A.W ini kepada kita ummatnya...
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: RENUNGAN
Amallah sesuatu yang benar. Bukan sesuatu yang dusta yang diada-adakan atas nama Nabi. Tidak cukupkah Allah menghina kaum yang menyembah Nabi itu di atas muka bumi gara-gara mereka jadi malas berfikir kerana menurut segala dusta yang diada-adakan atas nama Nabi?
Kenapa azab tsunami terkena pada tempat yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekkah itu? Semuanya ada tanda-tanda peringatan Allah kepada orang yang berfikir....

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: RENUNGAN
Pesan Rasulullah sebelum wafat:
"UuShikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum"
"UuShikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum"
WARIS- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 135
Reputation : 0
Credits : 5620
Registration date : 2009-05-18
Re: RENUNGAN
Keistimewaan Wanita Yang
Allah Kurniakan Rahim
Beruntungnya seorang wanita
yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak
wajib sembahyang
tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60
hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab
dia bekerja dengan
Allah. Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh
sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira
untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, lahir
saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu
takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya
wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus
masuk Syurga. Untuk
orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan
semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa
suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang
tak disedari. Bila
dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk
syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..
Didunia lagi,
kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau
seorang isteri asyik
merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami
pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang
tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan
kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan juga tidak
derhaka kepada suaminya...

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|