e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

AD-DIN I_vote_lcap6%AD-DIN I_vote_rcap 6% [ 5 ]
AD-DIN I_vote_lcap23%AD-DIN I_vote_rcap 23% [ 18 ]
AD-DIN I_vote_lcap21%AD-DIN I_vote_rcap 21% [ 16 ]
AD-DIN I_vote_lcap8%AD-DIN I_vote_rcap 8% [ 6 ]
AD-DIN I_vote_lcap8%AD-DIN I_vote_rcap 8% [ 6 ]
AD-DIN I_vote_lcap6%AD-DIN I_vote_rcap 6% [ 5 ]
AD-DIN I_vote_lcap6%AD-DIN I_vote_rcap 6% [ 5 ]
AD-DIN I_vote_lcap0%AD-DIN I_vote_rcap 0% [ 0 ]
AD-DIN I_vote_lcap6%AD-DIN I_vote_rcap 6% [ 5 ]
AD-DIN I_vote_lcap4%AD-DIN I_vote_rcap 4% [ 3 ]
AD-DIN I_vote_lcap0%AD-DIN I_vote_rcap 0% [ 0 ]
AD-DIN I_vote_lcap1%AD-DIN I_vote_rcap 1% [ 1 ]
AD-DIN I_vote_lcap3%AD-DIN I_vote_rcap 3% [ 2 ]
AD-DIN I_vote_lcap1%AD-DIN I_vote_rcap 1% [ 1 ]
AD-DIN I_vote_lcap5%AD-DIN I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
mekganu (3628)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
Juang (3494)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
Kalam (2631)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
AD-DIN I_vote_lcapAD-DIN I_voting_barAD-DIN I_vote_rcap 

Keywords

2012  2010  2024  baqarah  2013  2011  


AD-DIN

+5
Adli
slipar
Yasir
Al-Bahr
WARIS
9 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

AD-DIN Empty AD-DIN

Post by WARIS Wed May 20, 2009 10:05 am

Kebesaran solat dua rakaat







ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan
Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara
timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas
itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku,
adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu
Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”



Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai
Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh
dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia
yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat
yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku,
sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana
mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan
solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

  • Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.

  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  • Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.

  • Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

  • Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
  • WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Wed May 20, 2009 10:07 am

    ANDA seorang Muslim! Tetapi sejauh mana anda mengetahui diri anda
    adalah Muslim sejati, diredai Tuhan dan berada pada jalan yang lurus?

    Pastikan ia memerlukan kepada penanda aras atau neraca untuk mengetahuinya.



    Sama juga di sektor korporat, ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI),
    iaitu mekanisme metrik untuk memberi markah sejauh mana ia mencapai
    sasaran dan kejayaan.

    Ia diamalkan di pelbagai sektor untuk
    menilai dan mengukur tahap kemajuan, kepemimpinan, perkhidmatan dan
    kepuasan dari segenap aspek, berdasarkan keutamaan dan garis panduan di
    setiap organisasi.

    Bagaimanapun, mengukur pencapaian organisasi
    tidak semudah mengukur diri sendiri, kerana ia terletak pada hati budi
    masing-masing.

    Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata
    dalam mengukur tahap keislaman dan pengabdian diri konsep kita sebagai
    Muslim tidak boleh lari daripada tiga perkara utama iaitu Islam, iman
    dan ihsan.

    "Islam ialah yang membabitkan rukunnya kenalah mencukupi, seperti ibadat solat, haji dan zakat perlu ditunaikan dengan sempurna.

    "Persoalan
    iman membabitkan enam perkara. Dalam ihsan, kita melakukan ibadat
    seolah-olah kita melihat Tuhan, jika tidak dapat melihat Tuhan,
    lakukanlah seolah-olah Tuhan melihat kita," katanya.

    Menurutnya,
    dalam Islam juga ada konsep muhasabah iaitu melihat kekurangan yang ada
    pada diri dan kesilapan dilakukan, memperbaikinya dan melakukan yang
    lebih baik pada masa depan.

    "Ramai orang berkata, muhasabah
    adalah membabitkan perkara yang sudah dilakukan, manakala perkara
    sebelum dan sedang dilakukan adalah tidak termasuk dalam muhasabah.

    "Tetapi
    sebenarnya, kita kena lihat juga perkara yang belum dan sedang
    dilakukan, sama ada baik atau tidak, bahkan kesudahannya baik atau
    sebaliknya.

    "Itulah neraca kita sebagai Muslim. Persoalan sama
    ada amalan yang dilakukan itu diterima atau tidak terserah kepada
    Allah," katanya.

    Mengenai amalan yang ikhlas, Imam Nawawi dalam
    keterangannya seperti dilaporkan dalam Hadith 40, berkata amal ada tiga
    bahagian, iaitu:

    * Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.

    * Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.

    * Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak
    pengabdian, malah membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai
    seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh
    ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal
    ini dinamakan ibadat yang merdeka.

    "Dan inilah rupa amal ibadat
    yang dimaksudkan Rasulullah sewaktu menjawab sungutan Aisyah yang
    berkata: Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri solat waktu malam
    hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya, sedangkan Allah sudah
    mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang! Rasulullah dalam
    jawapannya berkata: Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur!"

    Ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas dan perbezaannya terletak pada bahagian terbabit.

    Ahmad
    Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata,
    neraca yang diguna pakai Islam adalah bersifat syumul, kerana
    bertunjangkan akidah dan wahyu Ilahi.

    Sementara neraca yang lain
    dari Islam menurutnya tidak sedemikian kerana lebih bersifat luaran dan
    material, malah ia mungkin baik dari satu sudut dan tidak pada sudut
    yang lain.

    Al-Syahid Sayyid Qutb dan Abul Ala Al-Maududi dalam
    Manhaj Hidup Muslim, berkata kayu ukur yang dipakai Allah dalam menilai
    kedudukan seseorang adalah apakah hidupnya, matinya, kesetiaannya,
    kepatuhan dan pengabdiannya.

    "Seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah semata-mata, lalu ia dinilai sebagai seorang Mukmin dan Muslim.

    "Tetapi
    apabila semua itu diperuntukkan bagi yang lain, ia bukanlah Mukmin atau
    Muslim. Siapapun yang tidak memenuhi ciri ini bererti kurang imannya.

    "Menurut Allah, satu-satunya hal yang dapat dinilai adalah apakah anda telah memberikan segala yang anda miliki pada jalan-Nya.

    "Bila
    anda telah melakukannya, anda akan memperoleh hak istimewa, diberikan
    kepada mereka yang setia kepada-Nya dan menerima hak pahala bagi
    pengabdian anda kepada-Nya.

    "Tetapi bila anda mengecualikan apa
    pun juga dari pengabdian kepada-Nya, pengakuan anda sebagai seorang
    Muslim, yang bererti anda mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah
    adalah pengakuan palsu, hanya dapat mengabui mata dunia dan masyarakat
    Islam, tetapi tidak akan dapat menipu Allah."

    Sekiranya
    mekanisme KPI memandang penting kepada objektifnya, kehidupan seorang
    Muslim meletakkan sasaran bertemu Allah di akhirat.

    "Maka
    sesiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal
    soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada
    Tuhannya." (al-Kahfi: 110)
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Wed May 20, 2009 10:08 am

    ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah
    diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah
    menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.

    Kebersihan dilihat
    melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada
    amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat
    ibadat.



    Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi
    semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani,
    sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih.

    Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan
    kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.

    Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira
    sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi,
    memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut
    bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)."
    (Hadis riwayat Muslim)

    Antara yang diberikan penekanan ialah
    kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam
    sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin
    menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi
    setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

    Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut
    siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak
    itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

    Siwak
    merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan
    membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok
    gigi, dipanggil kayu siwak.

    Nabi s.a.w sendiri dilaporkan
    membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari
    meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak (menggosok
    gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."

    Namun, kebiasaannya
    Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan
    ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi
    (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya
    ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

    Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi
    dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah
    satu sunnah.

    Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang
    menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf
    (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

    Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok
    arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan
    sisa makanan di celah gigi.

    Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan.

    Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk
    membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk
    membersihkan mulut.

    Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

    Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon
    arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia
    kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.

    Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.

    Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan
    secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era
    baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat
    positif terhadap sistem kekebalan badan.

    Malah, penyelidik
    lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam
    proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau
    pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan
    fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

    Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

    i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

    ii.
    Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya
    tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau
    berkata: "Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda
    lakukan ialah siwak." (Hadis riwayat Muslim)

    iii. Apabila
    bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi
    s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak
    secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

    iv. Apabila bau
    mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau
    atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

    v. Ketika
    ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat
    digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai
    dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya:
    "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada
    tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

    vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

    Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari
    apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah
    hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.

    Di kalangan
    ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk
    bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik
    melakukannya dengan tangan kanan.

    Ini sesuai dengan hadis
    Aisyah r.a yang menyatakan: "Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang
    kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan
    diri dan dalam semua perkara."

    Mereka juga menyatakan siwak
    adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap
    Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.

    Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat
    ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong
    Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.

    Sesetengah ulama berpendapat,
    apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia
    sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan
    kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

    Berdasarkan isyarat
    daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan
    perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan
    persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Wed May 20, 2009 10:09 am

    SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga
    pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan
    kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

    1-
    Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak
    yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan
    saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam
    malaikat.



    Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai
    sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan.
    Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya
    supaya melakukannya.

    Malaikat akan meninjau ke dalam hati
    ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan
    bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk
    tempat penurunan.

    Ketika itu, hati dibantu dengan tentera
    yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah
    kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang
    berterusan dan saling bersambungan.

    Bantuan ini tidak
    terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada
    kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan
    dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

    "Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui
    dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan
    memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)."
    (al-Lail:5-7)

    Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya
    menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu
    terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan
    tidak akan mempedulikannya.

    Selepas bersih daripada sifat
    tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat
    terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan
    pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan
    muhasabah.

    Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke
    atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah
    bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan
    zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati
    manusia." (ar-Ra'd)

    2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi
    hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan
    terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

    Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam
    hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim
    akal untuk mendapatkan nasihatnya.

    Tetapi akal sudah biasa
    menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari
    helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal
    dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang
    menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana
    semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

    Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

    Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang
    baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup
    akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati
    sehingga menutup sinar cahayanya.

    Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

    Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga
    hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat
    pertimbangan.

    Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas
    atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang
    bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai
    maksiat.

    Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya
    bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya
    sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang
    menjaganya?

    Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan
    mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak,
    bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

    3- Hati yang
    didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan
    tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan
    kebaikan.

    Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

    Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan
    diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya
    sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

    Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan
    terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi
    semakin kuat.

    Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara
    dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta
    tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

    Sekiranya
    sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan
    syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada
    golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

    Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati
    tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada
    janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan
    dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Al-Bahr Wed May 20, 2009 1:32 pm

    Waa, satu lagi thread yang menarik dari saudara WARIS. Lebih menarik dari thread 'RENUNGAN'...boleh buka soalan tak nanti? boleh bersoaljawab? Tima kasih.
    Al-Bahr
    Al-Bahr
    Sarjana Muda

    Number of posts : 310
    Location : CLASSIFIED
    Reputation : 0
    Credits : 5829
    Registration date : 2009-04-16

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Yasir Sun May 31, 2009 11:30 am

    Inilah yang dinamakan HIKMAH yang diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW. Walaupun di dalam Al-Quran, Allah tidak menceritakan tentang peristiwa Jibril dan solatnya, tetapi ia diberitakan oleh Nabi Muhammad SAW.

    Mereka yang menolak hadis nabi terlepas peluang untuk mendengar cerita-cerita menraik yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
    Yasir
    Yasir
    Siswa-Siswi

    Number of posts : 31
    State : AD-DIN SEL
    Reputation : 0
    Credits : 5507
    Registration date : 2009-05-19

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by slipar Sun May 31, 2009 2:19 pm

    Inilah yang dinamakan HIKMAH yang diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW. Walaupun di dalam Al-Quran, Allah tidak menceritakan tentang peristiwa Jibril dan solatnya, tetapi ia diberitakan oleh Nabi Muhammad SAW.

    Mereka yang menolak hadis nabi terlepas peluang untuk mendengar cerita-cerita menraik yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.
    _________________

    boleh sedara terangkan apa hikmah di sebalik riwayat tersebut .

    sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana
    mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan
    solat bukan atas perintah-Ku.”
    slipar
    slipar
    Pensyarah

    Number of posts : 733
    Reputation : -1
    Credits : 6239
    Registration date : 2009-04-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Adli Sun May 31, 2009 6:01 pm

    Hikmah apa kebendanya jika solat mereka itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah, lagi ketinggalan dalam ilmu alam? Oleh itu, golongan beriman tidak rasa rugi pun dengan ajaran yang setakat melahirkan kaum yang lemah tersebut. Lebih baik golongan beriman kembali kepada Allah dengan memikirkan ayat-ayatNya daripada mendengar riwayat dusta yang setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah.

    Sebab sudah Allah janjikan, bila manusia itu kembali kepada kebenaran, pasti mereka akan bersatu-padu, dan apabila manusia mengambil kedustaan, pasti mereka akan berpecah-belah. Sebab itulah Nabi Muhammad dan golongan beriman terdahulu ambil sesuatu yang benar, bukannya riwayat dusta. Orang Nasrani dahulu pun guna riwayat dusta sehingga timbulnya ajaran menyembah Nabi Isa, sebab tidak logik ajaran sebenar Injil suruh sembah Nabi Isa. Dan kini kita lihat, ada manusia tolak Al Quran untuk guna riwayat dusta sehingga mereka menyembah Nabi Muhammad (beranggapan Nabi itu pembuat ketetapan selain Allah).

    Kalau kita fikir logik pun, takkanlah seseorang Rasul itu setakat membawa ajaran yang menyebabkan kaumnya jadi lemah dan berpecah-belah? Sedangkan yang kita tahu, Rasulullah itulah yang menguatkan dan menyatu-padukan masyarakat mereka. Tetapi yang menghairankan, kenapa ajaran atas nama Rasul tersebut sekarang ini kita nampak setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah?

    Bukti inilah yang membuatkan golongan beriman menjauhi amalan nenek moyang yang tidak ada hikmahnya, malah membawa mudarat (umat jadi lemah dan berpecah-belah).

    Sekuat mana kaum penyembah Nabi itu kata ajaran nenek moyang mereka itu benar, mereka tidak mampu mendustai hakikat yang Allah takdirkan kepada umat mereka iaitu jadi umat yang lemah dan berpecah-belah. Secara logiknya, apabila umat itu sudah kembali lemah dan berpecah-belah, itu menunjukkan ajaran-ajaran syaitan (dusta) telah meresap dalam umat tersebut.... Smile
    Adli
    Adli
    Profesor Madya

    Number of posts : 1848
    State : AD-DIN KEL
    Reputation : 4
    Credits : 7468
    Registration date : 2008-04-14

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Admin Sun May 31, 2009 6:43 pm

    Riwayat-riwayat hadis itulah yang memecah-belahkan umat islam sehingga wujudnya aliran dan mazhab-mazhab di dunia. Kalau bukan kerana itu, tentu umat islam kuat dan bersatu sebab hanya al-quran menjadi pegangan. Tidakkah mereka mahu memikirkannya?
    Admin
    Admin
    Canselor

    Number of posts : 4111
    State : AD-DIN SEL
    Reputation : 8
    Credits : 7783
    Registration date : 2008-04-07

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Juang Mon Jun 01, 2009 9:31 am

    Ya, tidak syak lagi. Ayuh! Kita tinggalkan amalan nenek moyang yang membawa mudarat besar kepada tamadun manusia itu. Bila riwayat itu menyebabkan umat Islam jadi pemalas berfikir ilmu Allah yang tidak ada sempadannya, maka Allah gantikan tamadun Islam yang pernah gemilang dahulu dengan tamadun yang diasaskan oleh Barat.

    Nak kutuk Barat itu buat apa? Baik kutuk umat sendiri yang sudah jadi kaum yang tak bertamadun kerana sibuk berpecah-belah dan berbalah-balah pasal agama gara-gara taksub kepada tok guru yang taksub kepada riwayat hadis. Allah merahmati manusia yang mengutuk umat sendiri yang tidak sedar diri itu seperti mana Allah pernah merahmati para Rasul terdahulu yang mengutuk umat mereka yang tak sedar diri itu.

    Golongan yang tak sedar diri lagi berbangga diri biarpun Allah sudah tunjukkan kehinaan nasib mereka memang layak dikutuk, sebab dalam hati kaum itu telah dikuasai syaitan. Bukankah syaitan itu memang perlu dikutuk? Mengutuk kena pada tempatnya itu suatu tindakkan yang adil. Malangnya umat Islam sekarang suka kutuk Barat yang banyak sumbangkan idea dan teknologi berguna pada manusia, sebab itulah Allah balas balik kutukan umat Islam itu dengan dihinanya mereka di muka bumi sebab umat Islam mengutuk tidak kena pada tempatnya (mengutuk orang yang memuliakan ilmu Allah pencipta alam ini).

    Cukup-cukuplah Allah menghina umat Islam sekarang dengan direndahkan tahap ilmu mereka berbanding bangsa-bangsa yang rajin berfikir. Tak malukah, kita kutuk orang Barat, tapi duk guna teknologi komputer dan internet yang orang Barat itu cipta.

    Memang umat Islam sekarang ramai yang tidak sedar diri dan tidak tahu malu kerana beragama secara lemah dan pemalas berfikir sehingga terpaksa tumpang banyak teknologi luar. Tapi ada hati perasan umat terbaik. Umat terbaik apa kebendanya jika sibuk berpecah-belah dan berpuak-puak itu? Macam ciri-ciri kaum kafir yang disebutkan dalam Al Quran sahaja.

    Mereka kata orang Barat itu kafir, tetapi mereka tidak sedar diri bahawa dengan umat yang lemah (gara-gara pemalas kaji alam) dan berpecah-belah pasal agama itulah menunjukkan mereka sudah kafir. Mereka mendustai Al Quran dengan mengambil riwayat hadis yang bercanggah dengan ajaran Al Quran. Al Quran suruh berfikir, mereka itulah yang pemalas berfikir. Bukankah sudah terpesong 180 degree dari suruhan Al Quran?

    Allah Maha Hebat!

    Smile
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : AD-DIN NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9682
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Mon Jun 01, 2009 1:54 pm

    Diantara faktor-faktor yang menjadikan umat Islam lemah, miskin dan mundur ialah:


    Pertama - Lemah dalam fahaman Islam.

    Kelemahan yang dimaksudkan ialah kelemahan dalam memahami Islam
    sehingga mengakibatkan lahirnya pemikiran atau fahaman yang
    mengelirukan disebabkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi sehingga
    perbezaan tersebut merosakkan akidah yang mengakibatkan lahirnya
    kelompok-kelompok yang mengambil jalan mudah dengan apa yang diajarkan
    oleh Rasulullah s.a.w. seperti lahirnya berbagai fahaman dan
    ajaran-ajaran sesat yang memecahbelahkan perpaduan di kalangan
    masyarakat.


    Kedua - Lemah dalam membangun kekuatan ekonomi.

    Kedudukan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya amat menyedihkan
    jika dibandingkan dengan ekonomi di kalangan Islam. Ini adalah berpunca
    daripada kegagalan mereka sendiri menghayati serta memahami tuntutan
    Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna.
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by semut api Mon Jun 01, 2009 1:57 pm

    en waris, encik puan & tuan akal tarak main ini celita dali nabi2, liwayat liwayat, tapi akai .. err dari akai nya ditilima nya hehehehe laughing
    semut api
    semut api
    Doktor Falsafah

    Number of posts : 1482
    Reputation : 3
    Credits : 6993
    Registration date : 2009-04-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Juang Mon Jun 01, 2009 3:30 pm

    Manusia jadi lemah bila akalnya lemah. Sebab itulah realiti sekarang, bangsa yang bijak, Allah izinkan mereka menguasai alam dan ekonomi. Tetapi bangsa yang b0doh, mereka dihina di muka bumi.

    Takkanlah ayat-ayat Al Quran suruh manusia berfikir itu suatu suruhan yang sia-sia? Tidak dijumpai pun ayat Al Quran yang tegah manusia berfikir. Dan hasil ajaran Al Quran, umat Islam dahulu gemilang dengan melahirkan ramai cendekiawan.

    Malangnya sejak wujudnya ajaran taksub riwayat hadis, maka umat Islam jadi b0doh dan pemalas berfikir. Hanya manusia yang b0doh sahaja yang suka berpecah-belah dan berpuak-puak. Sesama ASWJ pun boleh wujud bermaca-macam puak yang taksub pada tok guru mereka yang guna riwayat hadis.

    Tetapi golongan yang berpegang pada Al Quran semata-mata, Allah jauhkan dari hidup berpuak-puak sebab mereka tidak taksub pada mana-mana tok guru. Sesiapa yang bawakan kebenaran yang logik difikirkan, golongan beriman mudah menerimanya.

    Tapi sedihnya, kaum penyembah Nabi yang kata mereka itu benar, tidak mampu pun bawakan hujah yang logik difikirkan. Kata-kata mereka hanyalah singkat sesingkat akal mereka. Ketidakmampuan mereka berkata dengan ilham, menunjukkan Allah sudah hina mereka sejak di dunia.

    Puji-pujian bagi Allah yang menunjukkan betapa lemahnya kata-kata kaum penyembah Nabi itu. Sebab itulah kaum kafir terdahulu pun lemah dan singkat kata-kata mereka dengan sekadar berkata "inilah sihir yang nyata".

    Smile
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : AD-DIN NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9682
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by semut api Mon Jun 01, 2009 3:39 pm

    Juang wrote:Tetapi golongan yang berpegang pada Al Quran semata-mata,
    lidah pun macam keling , macam tahu cakap AQ, dasar akai cetek lagi tipu kaki laughing
    semut api
    semut api
    Doktor Falsafah

    Number of posts : 1482
    Reputation : 3
    Credits : 6993
    Registration date : 2009-04-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Mon Jun 01, 2009 4:11 pm

    semut api wrote:
    Juang wrote:Tetapi golongan yang berpegang pada Al Quran semata-mata,
    lidah pun macam keling , macam tahu cakap AQ, dasar akai cetek lagi tipu kaki laughing



    burung kakak tua la...tu kissy1
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Juang Mon Jun 01, 2009 4:49 pm

    Orang yang tidak mampu membuktikan dari dirinya bahawa mereka tidak cetek akal itu lagi hina. Sekadar mampu perlekehkan tulisan orang, tapi nak buktikan guna keupayaan diri sendiri pun tak mampu. Macam orang mandul sahaja. Mandul pun otak. Haha

    Hanya golongan tidak berakal sahaja yang terus beragama yang setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.

    Puji-pujian bagi Allah.

    Smile
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : AD-DIN NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9682
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Mon Jun 01, 2009 4:51 pm

    hadis dan sunnah adalah pelengkap ummat Islam..
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Juang Mon Jun 01, 2009 4:59 pm

    Al Quran dan Sunnah sudah lengkap. Sebab itulah tiada ayat Al Quran suruh cari riwayat hadis untuk melengkapkan Al Quran. Cuba cari mana ayat Al Quran suruh cari riwayat hadis?

    Macam mana mereka boleh ikut ajaran yang Al Quran tidak tetapkan?

    Hanya golongan tidak berakal sahaja yang terus beragama yang setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.

    Puji-pujian bagi Allah.

    Smile
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : AD-DIN NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9682
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Mon Jun 01, 2009 5:29 pm

    Hadis
    merupakan pelengkap Al-quran. Contohnya, perintah tentang shalat. Di
    dalam Alquran hanya disebutkan, ”Aqimish-shalah” (Dirikanlah shalat).



    Tidak
    ada penjelasan soal waktu dan bagaimana tata dan cara pelaksanaan ibadah
    shalat. Begitu juga Alquran tidak menjelaskan secara lengkap tata cara
    berzakat maupun ibadah haji. ”Perkara ini hanyalah dijelaskan secara lengkap tentang bagaimana melaksanakan ibadah shalat/zakat dan haji melalui hadis. Itulah pentingnya hadis,” kata Umar. al-khatab
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Juang Mon Jun 01, 2009 7:11 pm

    Tetapi kenapa Al Quran menjelaskan secara lengkap cara pembahagian harta si mati? Jika Al Quran itu tidak lengkap, kenapa perkara itu diperjelaskan dalam Al Quran.

    Sedar atau tidak, bahawa apa-apa yang tidak ditetapkan dalam Al Quran, itu bermakna ia sudah sempurna ditetapkan oleh Nabi Muhammad supaya selepas kewafatan baginda, tidak ada orang menambah-nambah hukum yang Al Quran tidak tetapkan atas nama baginda.

    Bila tidak ditetapkan waktu bersolat, ia bermakna bersolatlah pada waktu yang sesuai. Kenapa buat ketetapan waktu yang Al Quran tidak tetapkan?

    Tata cara ibadat solat ada disebutkan dalam Al Quran tetapi untuk cara yang asas. Tetapi jika kita mencari cara ibadat solat yang digunakan oleh rata-rata umat Islam sekarang, memang tak jumpa dalam Al Quran sebab ibadat itu sudah ditokok-tambah atas nama Nabi.

    Orang Islam, mereka diajar cara solat ikut riwayat hadis atau kata-kata tok guru terlebih dahulu sebelum mereka memahami ajaran Al Quran. Akibatnya mereka tak jumpa cara solat yang telah diajar itu dalam Al Quran. Sudah tak jumpa cara tersebut sebab cara yang mereka pelajari itu bukan ketetapan dalam Al Quran.

    Tidak ada ayat Al Quran suruh bersolat ikut ketetapan riwayat hadis atau ikut cakap tok guru. Sedangkan burung-burung pun boleh tahu cara bersolat masing-masing, takkanlah manusia itu lebih lemah dari burung sehingga tidak tahu cara solat untuk dirinya sendiri.

    Ingatlah, kita beragama bukan ikut ketetapan manusia, tetap ketetapan Allah. Jika benar cara bersolat yang digunapakai oleh umat Islam sekarang dari Allah, sudah pasti ada hukum alam yang logik membenarkan ketetapan tersebut.

    Smile
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : AD-DIN NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9682
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Zahabur Tue Jun 02, 2009 12:38 am

    Ikutilah sunnah Rasulullah.....Sekiranya kita tidak mengikut sunnah Rasulullah
    maka kita bukan dari golongan umat Baginda s.a.w.....
    Zahabur
    Zahabur
    Pensyarah

    Number of posts : 535
    Reputation : 9
    Credits : 6045
    Registration date : 2009-04-23

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Juang Tue Jun 02, 2009 9:39 am

    Ya, logik sekali kata-kata anda itu. Ikutilah sunnah yang para Rasul terdahulu sampaikan, sebab sunnah itu ketetapan daripada Allah, bukan dari kehendak hati seseorang Rasul.

    Oleh kerana sunnah Rasul itu datangnya daripada Allah, pasti ia ada bukti berupa hukum alam yang membenarkannya. Di sinilah penentu kenapa kita tidak perlukan nama perawi untuk membuktikan kebenaran kata-kata seseorang Rasul itu sebab Rasul itu bercakap berdasar hukum alam yang Allah cipta ini. Hukum alam, biarpun zaman berubah, tetapi ia tetap tidak berubah. Hukum alam itulah yang memelihara kata-kata para Rasul, bukannya nama si perawi.

    Jadi, untuk ikut ajaran seseorang Rasul, carilah ajaran yang benar ikut hukum alam, bukannya ajaran yang tidak ada hukum alam yang membenarkannya. Barulah itu tanda-tanda kita menyembah Allah, sebab yang tetapkan hukum alam ini adalah Allah.

    Senang bukan? Ya, memang Islam itu mudah. Cuma kaum penyembah Nabi itu sahaja yang menyempitkan dan menyusahkan agama.

    Ayuh, mari kita tinggalkan ajaran dusta atas nama Nabi yang kita sudah nampak hasilnya setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah. Tidak mungkin sunnah Rasulullah itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah.

    Puji-pujian bagi Allah.

    Smile
    Juang
    Juang
    Dekan

    Number of posts : 3494
    State : AD-DIN NSE
    Reputation : 6
    Credits : 9682
    Registration date : 2008-08-26

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by WARIS Tue Jun 02, 2009 11:43 am

    Sebagai seorang muslim, sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk menerima
    keseluruhan hadis Nabi s.a.w. Ini kerana Nabi s.a.w. adalah seorang
    Rasul utusan Allah SWT kepada manusia. Mentaati Rasul bererti mentaati
    Allah SWT. Namun disebabkan kita tidak sempat hidup bersama Rasulullah
    s.a.w., kita tidak dapat mendengar sendiri hadis-hadis baginda. Justeru
    itu kita bergantung kepada pembawa hadis-hadis tersebut kepada kita. Para pembawa hadis ini dipanggil sebagai perawi.
    Memandangkan
    kesahihan perkara yang dibawa oleh para perawi (iaitu hadis Nabi
    s.a.w.), boleh dipersoalkan (kerana kemungkinan lupa, dusta dan
    tersalah itu wujud), maka para muhaddisin telah membahagikan hadis
    kepada dua bahagian, iaitu:
    1- Hadis Maqbul. (hadis yang diterima)
    2- Hadis Mardud. (hadis yang ditolak)
    Hadis
    maqbul ialah hadis yang mana telah nyata kuatnya kebenaran perawi
    tersebut dalam apa yang diriwayatkannya. Manakala hadis mardud ialah
    hadis yang tidak kuat kebenaran perawi dalam apa yang diriwayatkannya.
    Hadis maqbul ialah hadis yang mencukupi lima syarat iaitu:
    1- sanadnya bersambung,
    2- para perawinya bersifat adil,
    3- para perawinya dhobit (pengingat),
    4- tiada syaz,
    5- tiada illah.
    WARIS
    WARIS
    Ketua Siswa-Siswi

    Number of posts : 135
    Reputation : 0
    Credits : 5620
    Registration date : 2009-05-18

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Zahabur Wed Jun 03, 2009 12:29 am

    Juang wrote:Ya, logik sekali kata-kata anda itu. Ikutilah sunnah yang para Rasul terdahulu sampaikan, sebab sunnah itu ketetapan daripada Allah, bukan dari kehendak hati seseorang Rasul.

    Oleh kerana sunnah Rasul itu datangnya daripada Allah, pasti ia ada bukti berupa hukum alam yang membenarkannya. Di sinilah penentu kenapa kita tidak perlukan nama perawi untuk membuktikan kebenaran kata-kata seseorang Rasul itu sebab Rasul itu bercakap berdasar hukum alam yang Allah cipta ini. Hukum alam, biarpun zaman berubah, tetapi ia tetap tidak berubah. Hukum alam itulah yang memelihara kata-kata para Rasul, bukannya nama si perawi.

    Jadi, untuk ikut ajaran seseorang Rasul, carilah ajaran yang benar ikut hukum alam, bukannya ajaran yang tidak ada hukum alam yang membenarkannya. Barulah itu tanda-tanda kita menyembah Allah, sebab yang tetapkan hukum alam ini adalah Allah.

    Senang bukan? Ya, memang Islam itu mudah. Cuma kaum penyembah Nabi itu sahaja yang menyempitkan dan menyusahkan agama.

    Ayuh, mari kita tinggalkan ajaran dusta atas nama Nabi yang kita sudah nampak hasilnya setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah. Tidak mungkin sunnah Rasulullah itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah.

    Puji-pujian bagi Allah.

    Smile

    Perawi2 hadis adalah ulamak....ulamak2 adalah orang yang berpengetahuan dalam agama...Ulamak adalah pewaris nabi...
    Anda kena faham pewaris nabi tapi bukan nabi....Nabi s.a.w. dah jamin sebagai pewaris nya....
    Zahabur
    Zahabur
    Pensyarah

    Number of posts : 535
    Reputation : 9
    Credits : 6045
    Registration date : 2009-04-23

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Admin Wed Jun 03, 2009 12:37 am

    Tiada dalam al-quran pun mengatakan ulamak itu pewaris nabi.
    Memang kita disuruh bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan tentang kitab. Tanyalah kepada mereka yang benar-benar berpengetahuan dan mengikuti ajaran al-quran.
    Admin
    Admin
    Canselor

    Number of posts : 4111
    State : AD-DIN SEL
    Reputation : 8
    Credits : 7783
    Registration date : 2008-04-07

    Back to top Go down

    AD-DIN Empty Re: AD-DIN

    Post by Sponsored content


    Sponsored content


    Back to top Go down

    Page 1 of 2 1, 2  Next

    Back to top


     
    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum