Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 15 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 15 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Jalan Hidup Yang Lurus
+3
Espionage
Zahabur
Adli
7 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Jalan Hidup Yang Lurus
Apakah jalan hidup yang lurus itu?
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (Al Faatihah: 7)
Kenikmatan yang sebenar adalah kenikmatan yang kekal abadi. Ia tertanam dalam jiwa. Dan ia datang bersama sesuatu yang bersifat kekal juga seperti amal2 soleh, ilmu dan cinta yang suci.
Jika kita anggap kemewahan harta-benda itu suatu yang memberikan nikmat, maka kita hanya dapat kenikmatan sementara. Luput sahaja harta-benda itu, hati kita akan jadi sengsara selepas nikmat harta itu dicabut. Begitulah nasib manusia yang mengejar perhiasan duniawi apabila mereka mati kelak.
Bagaimana nak capai kenikmatan yang kekal?
Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga), (Al Muthaffifin: 22)
Banyakkan berbakti daripada meminta subsidi. Perbanyakkan menyumbang untuk masyarakat daripada meminta-minta orang berikan kesenangan untuk kita. Semudah-mudah sumbangan adalah idea. Malah dengan adanya idea2 inilah kehidupan manusia semakin dipermudahkan.
Setelah sumbangkan idea, barulah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan idea-idea tersebut. Dan kemudian barulah menyumbangkan harta benda sebagai modal untuk merealisasikan idea tersebut. Jika kita kaji sejarah penurunan Quran pun, ia mengajak Rasulullah belajar dahulu, supaya jadi insan yang banyak idea, kemudian barulah turunnya wahyu keluarkan zakat.
Semua manusia mampu capai kenikmatan yang kekal asalkan bermula pada cara yang betul, sebab semua manusia yang waras otaknya ada akal. Cuma bergantung kepada tahap kerajinan atau kemalasan nak berfikir sahaja, yang membezakan darjat manusia dengan manusia yang lain. Orang yang rajin berfikir, maka tinggilah darjatnya di sisi Allah selagi dia tidak berbangga diri dengan kurniaan ilmu daripada Allah.
Jika kita lihat pun, orang2 yang rajin berfikir ini banyak menyumbang manfaat kepada masyarakat berbanding yang pemalas berfikir. Yang malas berfikir, mereka hanya nak hidup senang sahaja dengan bantuan ehsan orang lain. Oleh itu, banyakkan memudahkan kehidupan orang lain daripada diri sendiri agar mencapai kenikmatan yang kekal.
Jika kita mampu terapkan sifat begini dalam masyarakat, tidak mustahil semua anggota masyarakat akan senang sebabnya setiap individu itu lebih suka memudahkan orang lain daripada mengaut kesenangan diri.
Mengaut keuntungan diri menyebabkan manusia itu jadi tamak. Bila ada sifat tamak, hati jadi tidak tenang melihat orang lain lebih kaya. Bila hati tak tenang, apakah ada kenikmatan dalam hidup yang berkekalan?
Rajin-rajinlah muhasabah diri sejauh mana sudah lurus jalan hidup kita berdasarkan kenikmatan2 yang kita rasa setakat ini. Jika masih tak capai rasa nikmat yang Allah janjikan, itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan cara beragama kita.
Orang yang diberikan kenikmatan hidup, hatinya lapang. Mereka boleh bertukar2 pendapat pasal agama tanpa berpecah-belah dan mengejek2, sebab bab agama inilah manusia suka berpecah-belah sejak dahulu sampai sekarang. Hanya orang yang berpenyakit hati dan dengki sahaja suka mencela bila berbeza pendapat menunjukkan tiada sifat terbuka.
Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab (Taurat, Injil, Quran etc) kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali 'Imran: 19)
Orang-orang yang apabila Allah datangkan kebenaran, mereka menunjukkan kedengkian, maka hilanglah kenikmatan hidup baginya. Kedengkian hanya menyebabkan hati jadi panas. Sebab itu orang2 yang ada dengki, mereka takut berbincang pasal agama. Pasti hati mereka jadi panas bila berbeza pendapat. Mereka tiada boleh berlapang dada bila ada pendapat orang lain lebih kukuh daripadanya. Mereka hanya tahu hendak mencela sahaja dan memadamkan kebenaran.
Kalau kita fikir, adakah manusia itu dikatakan Islam jika begitu banyak sifat panas dalam hatinya? Apakah mereka lupa Alllah Maha Melihat kedengkian yang tersembunyi dalam hati mereka? Sebab itu di atas dunia lagi Allah sudah hisab mereka dengan dibalasi kepanasan hati akibat kedengkian tersebut bagi membuktikan bahawa hisab Allah itu sangat cepat. Belum tunggu mati, si pendengki itu sudah panas hati. Itu golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Kena berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi S.A.W.... Itu je....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Dan Al Quran dan Sunnah itu berlandaskan bukti-bukti yang nyata. Bukan simply-simply guna riwayat atas nama seseorang Rasul. Itu aje...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
adakah anda bukan salah satu Umat Nabi Muhammad S.A.W??
Jika tidak, di manakah anda dapat kitab Al-Quran tersebut??
siapa yang bagi kat anda?

Espionage- Pensyarah
- Number of posts : 743
Location : Selangor
State :
Reputation : 0
Credits : 5940
Registration date : 2008-04-19
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Bukankah Al Quran itu datangnya dari Allah. So Allah-lah bagi kat kita. Itu pun susah nak fikir ke..?Espionage wrote:adakah anda bukan salah satu Umat Nabi Muhammad S.A.W??
Jika tidak, di manakah anda dapat kitab Al-Quran tersebut??
siapa yang bagi kat anda?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Adli wrote:Bukankah Al Quran itu datangnya dari Allah. So Allah-lah bagi kat kita. Itu pun susah nak fikir ke..?Espionage wrote:adakah anda bukan salah satu Umat Nabi Muhammad S.A.W??
Jika tidak, di manakah anda dapat kitab Al-Quran tersebut??
siapa yang bagi kat anda?
Allah bagi Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab.
Yang Adli pakai rujuk dan fahami itu dalam bahasa Melayu, bukannya Al-Qur'an. Adli beli drpd orang buku terjemahannya itu.
Adli tak faham bahasa Arab Al-Qur'an, bagaimana Adli boleh kata Adli faham Al-Qur'an?
.
Jomfikir- Siswa-Siswi
- Number of posts : 15
Reputation : 0
Credits : 5778
Registration date : 2008-08-05
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Perkataan "Quran" itu bermaksud bacaan. Bila diterjemahkan dalam bahasa Melayu pun, tetaplah ia jadi bacaan, so masih lagi ia adalah Quran. Apa daa...itu pun tak terfikir ke?Jomfikir wrote:
Allah bagi Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab.
Yang Adli pakai rujuk dan fahami itu dalam bahasa Melayu, bukannya Al-Qur'an. Adli beli drpd orang buku terjemahannya itu.
Saya faham "bacaan" dalam bahasa Melayu laa. Nama pun bacaan. Nak faham, kena guna bahasa apa yang kita faham.Adli tak faham bahasa Arab Al-Qur'an, bagaimana Adli boleh kata Adli faham Al-Qur'an?.
Saudara pakai nick "Jomfikir" tapi macam orang tak berfikir sahaja lagaknya...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Kahkahkah!! kau tu bukan Rasul ingat Allah nak turunkan Quran dalam hati kau ke...kita ni umat Nabi S.A.W. ikut je la apa yang Nabi S.A.W. sampaikan...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Ni tengah ikut apa yang Rasulullah sampaikan iaitu suruh berfikir dan bergantung kepada Allah semata-mata. Apa daa...Zahabur wrote:Kahkahkah!! kau tu bukan Rasul ingat Allah nak turunkan Quran dalam hati kau ke...kita ni umat Nabi S.A.W. ikut je la apa yang Nabi S.A.W. sampaikan...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Aku berfikir "Allah telah pun merancang kehidupan aku dari awal hingga akhir dengan diisi dengan nikmat yang baik-baik. Takkan pula Allah nak rancang kehidupan yang penuh dengan maksiat untuk hambaNya? Aku mesti berbaik sangka dengan Tuhanku. Tapi kita manusia ini lah yang mencorakkan buruk atau baiknya kehidupan kita. Malas mengaji dan mengamalkan agama, maka tersasarlah dari kehidupan baik dan cantik yang telah diatur. Begitulah Qada' dan Qadar Allah."
Konsep qada' secara mudahnya ialah seperti satu perjalanan hidup (mungkin di dunia sahaja?) seorang manusia (makhluk lain seperti tumbuhan,haiwan dan jin?) yang telah pun direkodkan dalam satu cd atau hard disk.
Konsep qadar pula secara mudahnya seperti playback dari apa yang telah direkodkan tetapi manusia dengan akal dan nafsu yang selalu disalahgunakan,termakan pula hasutan jin san syaitan, seringkali lari dari apa yang telah direkodkan.
Dengan penuh rasa sangkabaik ku terhadap Tuhanku, semestinya Allah telah pun merancang satu penghidupan yang baik untuk aku (begitu juga sekalian manusia) dengan nikmat-nikmatNya. Sehubungan dengan ini juga, aku tiba-tiba terfikir dengan ayat dari surah Al fatihah yang selalu kita baca dalam solat yang berbunyi:
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seolah-olahnya, setiap hari sebanyak 17 rakaat kita mengharapkan kepada Allah untuk kembali kepada qada'nya iaitu satu kehidupan yang diisi dengan nikmat-nikmatnya yang telah pun dirancang dan direkodkan dahulu. Berulang-ulang kali ayat ini dibaca dalam solat. Betapa mengharapnya kita untuk kembali ke rahmat Allah. (kembali ke rahmatullah?)
Seorang rakan bertanya kepadaku, kenapa ada orang yang kaya dan ada yang miskin?ada yang miskin siang menjahit, malam jual kuih, suami dah meninggal, anak pula ramai. yang kaya pula hidup senang di dunia dari kecil sampailah ke besar, makan semuanya disuap! seolahnya Tuhan itu tidak adil.
Aku cuba bagi pandangan: Sesekali jangan berburuk sangka dengan Tuhan. Dia telah pun merancang kehidupan manusia dengan nikmat-nikmat yg baik dan pelbagai. Sebab itu kita kena berusaha untuk kembali kepada kehidupan yang cantik yang telah pun dirancangNya. memang banyak halangan untuk kembali kepada qada'Nya itu. Antaranya: nafsu, jin, syaitan, qarin, perasaan malas dll. Di sini timbul pula konsep sabar. Sabar dengan ujianNya. Kalau si miskin mampu sabar dan redha dengan ujianNya ditambah pula dengan amal ibadat yang ikhlas kepadaNya, maka beruntunglah si miskin itu. Tambahan lagi kalau dia rajin berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa, dengan izin Allah kehidupannya akan berubah. Perlu di ingat dalam Islam tidak ada istilah putus asa. Teringat kembali zaman kegemilangan Islam dahulu di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, di mana tidak wujud lagi asnaf-asnaf yang layak untuk menerima zakat kerana tidak ada yang fakir dan miskin.
Allah itu maha adil. yang kaya juga ada ujiannya. Tidak semestinya hidup sentiasa senang dan sentiasa di atas. Pelbagai sudut boleh difikirkan untuk membuktikan manusia itu yang merosakkan perancangan Allah. Maka aku berfikir lagi, ada yang kafir yang tidak pernah kenal Islam dari kecil sampai mati, hidup pula serba miskin didunia dan akhirnya masuk pula neraka kerana bukan Islam. Adakah Allah tidak adil? Tentunya tidak. Sebagai orang Islam, kita sewajibnya bersyukur dilahirkan dalam Islam dan dapat mengecapi iman. Aku serahkan kepada Allah, Hakim yang sangat adil dalam mengadili manusia ciptaanNya. Walaupun dia dilahirkan dalam keadaan kafir, tetapi di luh mahfuz telah pun berjanji dengan Allah untuk patuh padaNya. Maka kedua orang tuanyalah yang mencorakkan sama ada dia yahudi, nasrani dsb. Naluri untuk mengenal siapa pencipta alam dan seluruh isinya pasti ada pada manusia sebaik-baik kejadian yang dianugerahkan dengan akal untuk berfikir. Maka berusahalah ke arah itu sehingga kita betul-betul kenal akan Dia. Ini bukan sahaja tugas untuk org kafir, tetapi juga untuk umat Islam seluruhnya. Bagaimana untuk kita tahu kita sudah kenal Tuhan dengan sebenar-benarnya? Apabila mendengar nama Allah disebut di setiap kali azan mahupun setiap kali mengangkat takbir di permulaan solat, maka akan bergetarlah jantung, meremang bulu roma kerana takutnya diri yang kerdil betapa besar, agung dan hebatnya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa!

malam- Siswa-Siswi
- Number of posts : 27
Reputation : 0
Credits : 5524
Registration date : 2009-04-27
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Ya Allahu Rabbi!...adakah aku sudah tersesat dari jalanMu yang lurus itu?Espionage wrote:adakah anda bukan salah satu Umat Nabi Muhammad S.A.W??
Jika tidak, di manakah anda dapat kitab Al-Quran tersebut??
siapa yang bagi kat anda?
Jika benar, kembalikanlah aku ke jalan yang diredhaiMu itu ya Allah!...
Sesungguhnya Engkaulah yang memberikan petunjukMu kepada mereka
yang Engkau kehendaki dikurniakan ni'matMu itu...
Ku tersesat di hujung jalan ku balik ke pangkal jalan...
Aminnn...
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Al-Bahr kita tak akan sesat buat selama-lamanya kalau berpegang kepada Quran dan Hadis....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Manusia tidak akan tersesat jika tidak menyekutukan Allah. Itu sahaja.
Sebab sudah terjadi golongan Yahudi kata mereka ikut Taurat dan golongan Nasrani kata ikut Injil, tetapi akibat mereka mentaati riwayat-riwayat hadis atas nama Nabi-nabi terdahulu, mereka sampai tahap mengadakan anak bagi Allah, iaitu segala kata-kata atas nama hamba-hamba Allah itu dipercayai benar. Sedangkan bila diminta apa bukti yang boleh difikirkan, mereka kata "tidak boleh difikirkan, pakai terima sahaja". Mereka letakkan kebenaran atas nama hamba-hamba Allah itu, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata.
Tiada dosa yang tidak diampun oleh Allah kecuali dosa syirik.
Itulah punca yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan berpecah-belah. Jika generasi Islam tulen jadi kuat dan bersatu-padu kerana mentauhidkan Allah, maka kesan sebaliknya berlaku jika sesuatu umat itu mula menyekutukan Allah.
Sebab sudah terjadi golongan Yahudi kata mereka ikut Taurat dan golongan Nasrani kata ikut Injil, tetapi akibat mereka mentaati riwayat-riwayat hadis atas nama Nabi-nabi terdahulu, mereka sampai tahap mengadakan anak bagi Allah, iaitu segala kata-kata atas nama hamba-hamba Allah itu dipercayai benar. Sedangkan bila diminta apa bukti yang boleh difikirkan, mereka kata "tidak boleh difikirkan, pakai terima sahaja". Mereka letakkan kebenaran atas nama hamba-hamba Allah itu, bukan lagi pada bukti-bukti yang nyata.
Tiada dosa yang tidak diampun oleh Allah kecuali dosa syirik.
Itulah punca yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan berpecah-belah. Jika generasi Islam tulen jadi kuat dan bersatu-padu kerana mentauhidkan Allah, maka kesan sebaliknya berlaku jika sesuatu umat itu mula menyekutukan Allah.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Akal manusia tak maksum....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Akal ada tahap maksum tak maksum ker? Tinggi rendah tahap akal itu tau laa...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Tak maksum makna nya tak terpelihara dari kesilapan berfikir...camne pun kena rujuk kepada Quran dan Hadis.... anda kena ingat!!!
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Tak maksum makna nya tak terpelihara dari kesilapan berfikir...camne pun kena rujuk kepada Quran dan Hadis.... anda kena ingat!!!
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Ustaz slipar maksum ke tak maksum....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Tersilap berfikir itu kerana hati itu tidak niatkan berfikir untuk berpegang pada bukti-bukti yang nyata. Jika hati itu fokus nak berpegang pada bukti-bukti yang nyata, pasti akal itu akan jumpa jalan yang benar juga macam kisah Nabi Ibrahim mula-mula nak kenal Allah.
Dengan kata lain, hati itulah yang jadi penentuan kemaksuman. Bukannya akal. Akal ikut aje apa hati nak. Malah ada manusia yang akalnya boleh terima sesuatu yang logik, tetapi sebab hatinya menolak, maka ditolak juga kebenaran itu. Ini menunjukkan hati itulah yang mengawal ke mana arah tuju akal itu ketika berfikir.
Dengan kata lain, hati itulah yang jadi penentuan kemaksuman. Bukannya akal. Akal ikut aje apa hati nak. Malah ada manusia yang akalnya boleh terima sesuatu yang logik, tetapi sebab hatinya menolak, maka ditolak juga kebenaran itu. Ini menunjukkan hati itulah yang mengawal ke mana arah tuju akal itu ketika berfikir.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Ustaz slipar maksum ke tak maksum
jauh jelank la
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Jalan Hidup Yang Lurus
Jauh camne tu ustaz slipar....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|